Followers

Saturday, July 21, 2012

Kenapa Mesti Pilih Kad kesihatan MAA Takaful ?

emm. soalan subjektif untuk dijawab . Pun begitu saya akan menjawab dengan sebaik mungkin.

  1. Tidak wajib diambil bersama pelan pelaburan . Jadi nilai monthly atau annually kita adalah lebih rendah. Ini kerana ianya dikira berdasarkan manfaat oleh Kad kesihatan sahaja. Tidak seperti kad kesihatan daripada operator insuran dan takaful yang lain yang mensyaratkan secara langsung mesti bersama pelaburan. Sebab itu kami lebih rendah berbanding mereka. Bayar apa yang perlu sahaja. Kita boleh buat pelaburan di tempat lain tanpa perlu terasa beban di MAA Takaful.
  2. Tiada CO- takaful
    Co- insurans atau co-takaful adalah bayaran kepada pihak hospital semasa pendaftaran atau pun semasa nak discharge dari hospital swasta. Kita perlu bayar dalam kira kira 10% dari nilai caj rawatan. 90% lagi akan diselesaikan oleh medical card itu. Sebagai contoh kos rawatan membuang apendik di swasta RM4000. Maka masa nak daftar keluar kita perlu bayar 10% ( RM400). Emm.. bukan ini membebankan kita pada masa tersebut!  Untuk Pengetahuan , tiada co –takaful untuk smart medic MAA Takaful . Kita tidak perlu bayar pun.  Keseluruhan (100%) kos rawatan akan diselesaikan oleh MAA Takaful . Asalkan kos rawatan kita memenuhi syarat syarat seperti dalam polisi .( sijil takaful) kita.

Friday, July 20, 2012

Takaful & Insurans Mendaki Gunung-Outdoors

Para pendaki Gunung , outdoors always terdedah dengan injury samada short term atau long term . Kalau tak kena treatment tak apa lah , kalau kena treatment yang costing .. hopefully dah prepare dengan plan kesihatan samada melalui government / swasta. Dapatkanlah medical card anda hari ini. yezza.. sekian mukadimah agen medical card / takaful. Naik gunung , trip outdoor boleh bayar ratusan , tak akan lah untuk jaminan kewangan terhadap badan sendiri nak diabaikan dan tak mampu. Sekali injured dan kena pula tunggu giliran / temujanji pada sekian sekian haribulan tentu tak best kan . Jadi tentulah kita nak pulih dengan cepat .

Nak cepat, kenalah kita dapatkan di pusat perubatan swasta. Untuk ringankan beban diri sendiri, medical card jawapannya. Lagi cepat dapat rawatan , lagi cepat kita boleh kembali aktif dalam aktiviti luar pintu ini .