Followers

Saturday, March 14, 2015

Ilmu disampaikan vs wang.

suka untuk saya maklumkan bahawa .
saya suka berkongsi ilmu dalam takaful ini seperti kepentingan dalam kehidupan kita seharian .
Saya selalu mementingkan perkongsian pengetahuan dengan harapan orang ramai mendapat ilmu sebelum membuat keputusan dalam memilih plan takaful terbaik . 

"Closing" bukan matlamat utama saya tetapi ilmu yang disampaikan adalah fardu kifayah kepada saya disebabkan saya adalah graduan dalam bidang aktuari ( insurans/takaful) selepas itu pasti datang rezeki dari mana-mana pintu .Itulah pesan para guru/pensyarah saya dulu.

Maka dengan itu tuan/puan sekalian janganlah teragak agak bertanya pada saya sebab tiada niat saya akan menyeksa tuan tuan dengan follow up email , call , sms yang berterusan  .Sebaliknya saya akan menghormati privasi tuan/puan.

tuan tanya saya jawab. Saya tak tahu.. saya jawab tak tahu.
Tuan nak ambil takaful saya gembira walaupun dengan agen  / kompeni lain . Yang penting tuan ada takaful.
Tuan bagi saya peluang untuk membantu dalam mendapatkan takaful … itu satu penghormatan untuk saya.

MEDICAL CARD : MEDICA2015 BAYI & KANAK KANAK

Posting kali ini nak tunjukkan kadar caruman bagi stand alone medical card maa takaful melalui produk barunya iaitu MEDICA2015 .

Kebaikan :-

  1. Boleh ditawarkan secara stand alone
  2. Ada elaun hospital kerajaan
  3. Sedikit wang untuk Khairat kematian RM5,000 walaupun ini produk stand alone
  4. Pemohon boleh dapatkan pengecualian cukai sehingga RM3,000.
  5. Yang paling saya suka . Tiada ko-takaful.
  6. Boleh join seawal usia 30 hari .
    • Tapi tak perlu tunggu usia 30 hari baru nak apply . Boleh apply sebelum 30hari dan secara automatik perlindungan bermula hari ke 3o kelahirannya
  7. Penurunan kadar caruman dengan drastik apabila usia 6 tahun. Sila rujuk jadual.

medica2015 bayI

Pujuk diri sendiri.. tukar pemahaman peri penting kad perubatan

kalau kita nak dapatkan khidmat rawatan di hospital swasta.. Maka kita wajar dapatkan Kad perubatan . Orang ramai bukan tak tahu istimewa kad perubatan dan keperluannya . Apabila kita berada dalam ‘comfort zone’ memang sukar untuk kita beralih atau mencuba sesuatu yang lain pula. Maksud saya kita sihat sokmo dan percaya susah nak jatuh sakit sebab sejarah kesihatan keluarga yang tip top , rajin bersukan atau sentiasa lakukan perkerjaan yang memerah keringat dan peluh. Percayalah ada seribu satu cara untuk kita jatuh sakit. Tak semestinya amalkan gaya hidup sihat kita tak akan sakit. Tak sakit tak perlu ke hospital , tak perlu kad perubatan. Kita boleh sakit dan perlukan doktor dan wad dan ubat-ubatan dan senyum manis doktor dan jururawat. Tak perlu kena penyakit ajer tapi mungkin daripada kemalangan jalanraya ,kemalangan di tempat kerja macam tersepit machine , kena pisau di dapur , parang di kebun , dikejar disengat tebuan-penyengat-lebah-labah-lipan . Mungkin juga sebab binatang kecil lain yang besar kesan buruk ke atas tubuh badan .Macam ular , sekenit , tungau , kutu babi . Ada lagi satu binatang , orang yang ada ilmu kebal sekalipun tak dapat nak kebalkan diri juga. Nyamuk Aedes !

Di sini saya mengajak agar kita fahami keperluan untuk kad perubatan sebab kita tidak mampu sihat sejahtera selalu . Perlindungan daripada kad perubatan boleh melindungi kita dari segi kesihatan tubuh badan dan perlindungan daripada menggunakan wang simpanan. Justeru itu ini boleh memberikan kesejahteran pada seisi keluarga.

Tuesday, March 10, 2015

Kisah sedih mereka …tak dapat guna wang KWSP.. socso

 

ini adalah rintihan beberapa individu yang ditimpa kesusahan akibat sakit kronik dan mereka berharap dapat menggunakan wang daripada beberapa sumber.

http://aizahkaman.blogspot.com/2015/03/itu-hak-kami.html