Followers

Monday, October 7, 2013

Realiti kadar rawatan di Malaysia

Gambar di bawah menggambarkan bajet kasar kos rawatan bagi beberapa penyakit yang serius di negara ini . Ternyata dengan melihat sahaja gambar ini , sudah pasti memiliki kad kesihatan adalah wajar sekali dan mesti diusahakan dengan segera. Jangan terlewat mendapatkan kad sebab sebaik sahaja anda disahkan ada penyakit , tiada lagi kad yang sudi ambil anda. Carilah duit sendiri , pakai lah duit simpanan untuk kos rawatan . Ramai orang beranggapan kadar kad mahal tapi kalau dah bayar rawatan dengan duit sendiri berani saya katakan “ramai yang akan menyesal” tidak ada kad . Ternyata di waktu itu mereka masing masing mengakui kadar kad adalah amat rendah sekali .

IMG_1380974748938IMG_1380974756441

IMG_1380974761741IMG_1380974778296

Saya berani katakan , bahawa saya tidak kejar sangat komisen yang saya dapat daripada caruman tuan tuan tapi apa yang saya kejar adalah ilmu yang saya sampaikan ini dapat membantu tuan tuan di masa depan . Dapat membantu tuan tuan dari segi kewangan dan untuk mendapatkan rawatan segera dan kelegaan segera . Saya amat berterima kasih kepada para peserta takaful yang telah sudi mendengar nasihat daripada saya yang muda ini . Sungguh seronok sekali apabila dapat membantu tuan tuan sekalian .

Jangan berlengah untuk dapatkan kad sebab nanti “ sudah terhantuk baru terngadah”  .

Gunakan lah formula yang sebenar “ Gaji – perbelanjaan – takaful = simpanan”  . Tabiat kita adalah terbalik dan salah sebenarnya di mana kita beranggapan dapat gaji tolak belanja dan simpanan ( asb , bank , emas  , rumah) dan ada baki baru nak ambil takaful . Kalau tak ada baki , sampai bila bila tak ambil insuran. Bayangkan kalau tetiba sakit dan pihak majikan tidak dapat tanggung 100% bil rawatan ?

Friday, October 4, 2013

Kenapa Saya Terlibat Dalam Takaful

Saya sebenarnya adalah graduan dari bidang sains aktuari . Semasa dalam pengajian saya telah didedahkan dengan kepentingan insuran  , bagaimana insuran berfungsi , di sebalik tadbir pengurusan , pengiraan reserve , quota share , reinsuran  , produk , statistik dan pelbagai lagi perkara melibatkan insuran .

Sebelum pergi lanjut suka di sini saya jelaskan bahawa sains aktuari adalah menjadi tulang belakang kepada sesebuah syarikat insuran . Tanpa mereka proses underwriting dan prospecting bisnes insurans ini agak mustahil . Memang boleh dibuat oleh orang bukan aktuari tapi dewasa kini , siap yang laksanakannya? Ya , mereka inilah yang digelar actuaries .

Balik kepada kisah kenapa saya terlibat.

  1. Saya Graduan bidang insuran– Khusus dalam Aktuari. Adalah amat merugikan jika saya tinggal bidang ini begitu sahaja.
  2. Saya tahu peri pentingnya insuran di zaman ini
  3. Saya mahu kaum melayu saya ramai yang dilindungi insuran  di masa depan
  4. Ini boleh mengubah gaya hidup dan nasib saya di masa depan

Saya di sini , sebenarnya berbesar hati dapat membantu mereka di luar sana memahami insuran . Ada masanya saya gembira dapat membantu mereka yang sedia ada polisi insuran  walaupun polisi mereka dari syarikat lain . Saya suka beri penerangan tapi tak berharap sangat dapat “ closed case” sebab bagi saya asalkan mereka subcribe insuran saya sudah puas hati tidak kisah dengan mana mana syarikat . Apa yang penting, mereka akhirnya faham akan kepentingannya . Ada pula kenalan kata, “macam tu rugilah , buat letih terang ajer , tapi mereka ambil dengan orang lain” . Jawab saya , “ya..saya rugi dari segi komisen tapi saya tak rugi di akhirat dengan menyampaikan ilmu”.

Untuk makluman insuran dan takaful adalah perkara yang sama ! Secara asasnya takaful adalah insuran dan insuran adalah takaful .

Di negara kita ,insuran merujuk kepada insuranskonvensional tapi takaful merujuk kepada insuran islam . Itu sahaja . Pokoknya kedua duanya memberi perlindungan .