Followers

Wednesday, May 4, 2016

Apabila perkara buruk berlaku…soalan orang ramai ..

Situasi ini sering kita dapat lihat…

situasi apa ?

Situasi di mana berlaku satu perkara yang malang @ mendukacitakan … maka pasti ada dari kalangan orang ramai akan bertanya … Dia / mangsa / arwah ada ambil insurans tak ?

Nah .. di situ kita dapat lihat bahawa ramai yang tahu kepentingan takaful / insurans tetapi masih liat nak ambil satu untuk diri sendiri . Yang bertanya  soalan di atas itu pun masih ada yang Tiada takaful.
percaya lah.

Posting pasal medical card ajer

Ya.. jika anda seorang yang rajin dan telah membaca posting saya pasti akan perasan saya banyak tekankan medical card . Tuan tuan tentu sedia maklum bahawa ada banyak lagi produk takaful dan insurans macam takaful nyawa , takaful kemalangan diri , pendidikan dan lain lain lagi .

Kenapa saya banyak pasal medical card.
Pasal saya sedar ianya satu perkara yang penting. Sebab itu saya tidak jemu jemu berkempen , sharing dan mengajak tuan sekalian agar memahami kepentingan medical card .

posting ini ada kaitan dengan posting yang lepas :  Takaful mana nak ambil dulu

Kulim dan Taiping

Saya dah luaskan kuasa … sebenarnya kawasan .

saya kini mudah dan lebih dekat untuk anda.

Agen Maa Takaful  Kulim , Kedah
jadi orang kulim dan kawasan sekitar jangan segan silu nak berwhatsapp dengan saya atau telefon atau jika kelapangan boleh kita berjumpa. Jumpa tak semestinya kena sign borang terus .. yang penting anda fahami dulu .

Perbandingan medical card di Pasaran

saya tak buat perbandingan secara terbuka.
Saya boleh bantu anda dalam memahami takaful daripada Maa Takaful .
Pada pendapat saya , yang paling hampir memenuhi hasrat anda , itulah takaful terbaik untuk anda.

sebelum itu pastikan anda faham dengan jelas setiap produk yang jadi perbandingan tersebut.

Bersangka Baik dengan Agen Takaful , Insurans

setiap kali anda ditegur oleh agen insurans ,pasti rasa tak tenteram . Betul tak ? Saya dulu pun macam itu rasanya. Tambahan pula masih muda. Namun saya gembira saya ditegur juga oleh agen insurans dan hasilnya saya ada perlindungan insurans. ( Takaful itu insuran juga) .

Agen mendekati anda kerana tahu kepentingan bertakaful . Jadi ilmu yang ada ini nak dikongsi dengan orang ramai . Saya tak jumpa anda tapi saya kongsi di blog ini . Anggap saja , ada hikmah bilamana anda didekati agen. Tak berminat tolak secara baik . Agen boleh handle rejection . Pada masa yang sama para agen rasa kecewa dalam hati tak dapat nak bantu masyarakat.

Kehadiran agen adalah satu petanda , amaran , nasihat , teguran , peringatan untuk kita agar mempertimbangkan semula status kewangan diri sendiri di masa hadapan. Kita sanggup berbelanja untuk urusan kereta , rumah , hiburan berbanding takaful .

Jauh beza keperluaan antara astro dan takaful .. umpama makan tengahari .
Takaful adalah nasi … dan astro adalah seekor ikan bilis