Followers

Monday, October 7, 2013

Realiti kadar rawatan di Malaysia

Gambar di bawah menggambarkan bajet kasar kos rawatan bagi beberapa penyakit yang serius di negara ini . Ternyata dengan melihat sahaja gambar ini , sudah pasti memiliki kad kesihatan adalah wajar sekali dan mesti diusahakan dengan segera. Jangan terlewat mendapatkan kad sebab sebaik sahaja anda disahkan ada penyakit , tiada lagi kad yang sudi ambil anda. Carilah duit sendiri , pakai lah duit simpanan untuk kos rawatan . Ramai orang beranggapan kadar kad mahal tapi kalau dah bayar rawatan dengan duit sendiri berani saya katakan “ramai yang akan menyesal” tidak ada kad . Ternyata di waktu itu mereka masing masing mengakui kadar kad adalah amat rendah sekali .

IMG_1380974748938IMG_1380974756441

IMG_1380974761741IMG_1380974778296

Saya berani katakan , bahawa saya tidak kejar sangat komisen yang saya dapat daripada caruman tuan tuan tapi apa yang saya kejar adalah ilmu yang saya sampaikan ini dapat membantu tuan tuan di masa depan . Dapat membantu tuan tuan dari segi kewangan dan untuk mendapatkan rawatan segera dan kelegaan segera . Saya amat berterima kasih kepada para peserta takaful yang telah sudi mendengar nasihat daripada saya yang muda ini . Sungguh seronok sekali apabila dapat membantu tuan tuan sekalian .

Jangan berlengah untuk dapatkan kad sebab nanti “ sudah terhantuk baru terngadah”  .

Gunakan lah formula yang sebenar “ Gaji – perbelanjaan – takaful = simpanan”  . Tabiat kita adalah terbalik dan salah sebenarnya di mana kita beranggapan dapat gaji tolak belanja dan simpanan ( asb , bank , emas  , rumah) dan ada baki baru nak ambil takaful . Kalau tak ada baki , sampai bila bila tak ambil insuran. Bayangkan kalau tetiba sakit dan pihak majikan tidak dapat tanggung 100% bil rawatan ?

Friday, October 4, 2013

Kenapa Saya Terlibat Dalam Takaful

Saya sebenarnya adalah graduan dari bidang sains aktuari . Semasa dalam pengajian saya telah didedahkan dengan kepentingan insuran  , bagaimana insuran berfungsi , di sebalik tadbir pengurusan , pengiraan reserve , quota share , reinsuran  , produk , statistik dan pelbagai lagi perkara melibatkan insuran .

Sebelum pergi lanjut suka di sini saya jelaskan bahawa sains aktuari adalah menjadi tulang belakang kepada sesebuah syarikat insuran . Tanpa mereka proses underwriting dan prospecting bisnes insurans ini agak mustahil . Memang boleh dibuat oleh orang bukan aktuari tapi dewasa kini , siap yang laksanakannya? Ya , mereka inilah yang digelar actuaries .

Balik kepada kisah kenapa saya terlibat.

  1. Saya Graduan bidang insuran– Khusus dalam Aktuari. Adalah amat merugikan jika saya tinggal bidang ini begitu sahaja.
  2. Saya tahu peri pentingnya insuran di zaman ini
  3. Saya mahu kaum melayu saya ramai yang dilindungi insuran  di masa depan
  4. Ini boleh mengubah gaya hidup dan nasib saya di masa depan

Saya di sini , sebenarnya berbesar hati dapat membantu mereka di luar sana memahami insuran . Ada masanya saya gembira dapat membantu mereka yang sedia ada polisi insuran  walaupun polisi mereka dari syarikat lain . Saya suka beri penerangan tapi tak berharap sangat dapat “ closed case” sebab bagi saya asalkan mereka subcribe insuran saya sudah puas hati tidak kisah dengan mana mana syarikat . Apa yang penting, mereka akhirnya faham akan kepentingannya . Ada pula kenalan kata, “macam tu rugilah , buat letih terang ajer , tapi mereka ambil dengan orang lain” . Jawab saya , “ya..saya rugi dari segi komisen tapi saya tak rugi di akhirat dengan menyampaikan ilmu”.

Untuk makluman insuran dan takaful adalah perkara yang sama ! Secara asasnya takaful adalah insuran dan insuran adalah takaful .

Di negara kita ,insuran merujuk kepada insuranskonvensional tapi takaful merujuk kepada insuran islam . Itu sahaja . Pokoknya kedua duanya memberi perlindungan .

Wednesday, July 10, 2013

Maa Takafulink Hajj

Pelan ni memang dirangka bagi mereka yang target nak kumpul duit ke tanah suci  . Maa Takaful bagi pelbagai jenis kelebihan menyimpan di sini dan tuan bakal tahu sebentar lagi. Teruskan bacaan . Saya akan cuba sampaikan seringkasnya dah padat . InsyaAllah .
Pelan apa ni ?Simpanan Haji Alternatif Terbaik selain di Tabung Haji .

Apa yang terbaiknya ?
Simpan dalam Tabung Haji yang anda buat sekarang adalah membuat simpanan dan pelaburan semata-mata. Sebaliknya di Maa Takaful melaui pelan ini (Maa Takafulink Hajj) simpanan tersebu ada simpanan,pelaburan dan perlindungan. Jawabnya di sini , terbaik sebab ada perlindungan kepada diri kita sendiri.

Kenapa mesti di Takaful
Sebab jika di takaful ada manfaat tambahan iaitu perlindungan ( insurans). Semua operator yang ada pelan haji akan tawarkan perlindungan

Jadi Kenapa Mesti Pilih MAA Takaful
MAA Takaful ada pelan yang lebih  menarik . Menyimpan di tempat lain cuma bagi pulangan dari segi pelaburan tersebut sahaja . Tidak ada perlindungan pun . Terjadi apa apa pada kita , kita boleh dapat wang simpanan sahaja. Dalam akaun RM15,00 dapat lah balik RM15,000. Tetapi Pelan MAA Takaful Hajj ini siap ada pampasan lagi disamping dapat balik duit simpanan tu . Dalam akaun pelan ada RM15,000 dapat balik RM15,000 + pampasan sehingga RM100,000.  menarik bukan?

”Menarik” ?

  1. Ada badal haji  jika kita tak sempat tunaikan haji akibat meninggal dunia
  2. Ada Korban jika kita meninggal dunia
  3. Ada Waqaf jika kita  meninggal dunia
  4. Perlindungan luar negara : tanah suci sekiranya berlaku kematian ataupun kita hilang upaya kekal , MAA Takaful akan bayar  2kali ganda ( double)nilai pampasan sedia ada kita. Yang best lagi , ianya 365 hari dan bukan semasa musim haji dan umrah sahaja. Operator lain bagi pampasan berganda juga tetapi semasa musimnya sahaja. Bagi mereka yang bekerja , ulang alik ke tanah suci inilah peluang terbaik anda .
  5. Ada Khairat Kematian
  6. Pampasan kematian , jika di tanah suci nilainya double
  7. Boleh Add On : elaun hospital
  8. Boleh add on  : Hilang upaya kekal @ Penyakit kritikal : jika kita disahkan mengidap salah satu penyakit kritikal , tak perlu bagi caruman pada MAA Takaful  . Sebabnya , caruman tersebut sudah pun diselesaikan oleh MAA Takaful sampailah polisi kita matured . Caruman kita tak perlu bayar , polisi jalan macam biasa . Menarik bukan ? Ini dipanggil “ Waiver”
  9. Boleh keluarkan duit bila bila masa.
Saya tunjukkan jalan terbaik menyimpan sahaja . Bukan nak cakap menyimpan di tabung haji tidak bagus. Sebolehnya hendak saya syorkan perkara ini , pergi daftar untuk ke tanah suci di Tabung Haji, daftar tahun ini silap silap 2040 nanti baru dapat pergi . sementara itu kita menyimpan di Maa Takaful ini . Pelan Takafulink Hajj . Berbaloi baloi !!!
“macam macam ada “

Sunday, July 7, 2013

2 Pelan Perlindungan pulang modal

Ya.. begitu lah .. ada 2 pelan dalam Maa Takaful ini yang boleh memenuhi niat mereka di luar sana yang risau istilah “ duit burn” .  Selepas ini tak perlu lah risau sebab saya tahu  dan yakin tuan tuan sebenarnya memang nak ada perlindungan tapi risau sebab banyak sangat atau selalu dengar duit “burn” bila diletakkan dalam insurans/ takaful .  Apa yang tuan risaukan memang berasas tetapi haruslah saya katakan , bukan semua pelan akan burn duit kita tu  dan bukan semua duit kita akan burn , ada yang masih boleh dapat semula .

Tapi saya di sini bukanlah nak offer yang boleh dapat duit tu semuanya , tapi kalau berminat dengan takafulink daripada Maa Takaful ini  juga produk lagi satu .. Takaful Hajj .. maka tuan tidak salah lagi tempatnya .. memang boleh dapat balik 100% duit tersebut + perlindungan lagi .
Nak tahu lebih lanjut kena lah follow up di sini . Boleh tinggalkan komen juga.

    1. Berapa banyak kita nak tinggalkan pada keluarga pabila ketiadaan tuan di dunia ini lagi ?
    2. Berapa banyak kita nak sara hidup sendiri dan keluarga andai ditimpa penyakit kritikal ?
    3. Berapa banyak kita nak sara hidup sendiri dan keluarga andai hilang upaya kekal ?

katakan pada usia 50tahun tak dapat bekerja lagi . sudah hilang pendapatan . mana nak cari duit lagi andai kata tiada siapa nak ambil bekerja lagi . Wang simpanan makin hari makin susut juga . Sampai satu masa boleh jadi “0” .

Tanya diri nak berapa banyak ?

RM50,000 sahaja
RM100,000 jer
RM200,000 Ok kot
RM300,000 boleh la tahan tapi masih kena berjimat
RM500,000 sampai mati rasa lega
RM1,000,000 terbaik
RM2,000,000 lagi bagus. Lega, hidup pun senang lenang, kaya raya.

Bukan kami minta tuan laburkan sebanyak nilai nilai di atas tapi yang kena carumkan jauh jauh jauh jauh .. saya ulang jauh jauh jauh lebih rendah berbanding perlindungan diberikan tersebut. Jika tuan survive , boleh dapat 100% caruman tersebut semula beserta lebihan ( kira macam untung lah ) . simpan di tempat lain dapat dividen sahaja tapi jika di Maa Takaful , perlindungan kewangan itu yang terbaik sekali . InsyaAllah tuan tak akan rugi dan menyesal pun.

Derma baju sekolah anak anda

 

OFF TOPIC .. Ini adalah Khidmat Komuniti.

Kunjungan saya ke pos kemar melalui bandar Grik dan jalan bengkang bengkok selepas kampung bersia lama dan menuju ke pengkalan trojan sebelum menaiki bot dan 4x4 .

Sekolah ini menempatkan pelajar dari peringkat Pra sekolah hingga darjah 6. Kekuatan guru seramai 30 orang . Jumlah yang ramai jika di sekolah perkampungan orang asli tempat lain , tetapi jika di RPS Pos Kemar ini , jumlah ini adalah rendah berbanding jumlah pelajarnya yang mencecah 800  orang .

OA

Di sini bukan kisah guru nak disampaikan tetapi nak minta anda , orang ramai especially ibu bapa andai sudi menyumbangkan pakaian persalinan uniform sekolah  anak anak yang terpakai . Semua ini bolehlah disumbangkan melalui kami dan kami akan cuba sampaikan kepada murid murid sedaya upaya kami . Biasanya akan dibawa masuk oleh guru-guru sendiri . Kehidupan anak anak murid ini sesetengahnya terpaksa tinggal di asrama memandangkan jarak perjalanan ke sekolah yang jauh . Bayangkan lah anak anak kecil pra sekolah- darjah 6 . Lihat anak anda , masih kecil dan mentah mereka bukan . Apatah lagi murid murid orang asli ini , kecil kecil lagi terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan uruskan hidup sendiri di asrama. Memang ada guru bertugas tetapi , secara peribadi mereka masih tidak dapat menguruskan setiap murid. Lantaran masih ada murid yang tidak ada kelengkapan sekolah yang mencukupi . kasut selipar sebelah lain sebelah sana lain . Ada juga selipar besar sebelah , kecil sebelah . Itupun jika ada selipar . Baju sekolah , ada yang tidak berbasuh sebab ada 1 set salinan sahaja . Jika ada 2 atau 3 pasti guru akan basuh .

Dari segi sumbangan , kami hanya menerima uniform sekolah standard . Iaitu baju putih dan seluar biru , kain biru tua sahaja. Kasut sekolah berserta stokin juga . Selipar juga boleh.

Masuklah dan lihatlah sendiri semangat mereka untuk belajar walaupun dalam serba kekurangan termasuk dari segi kewangan, masa , bahasa , guru , kasih sayang dan masa bersama keluarga . Beruntung kita bersekolah di kampung biasa , di bandar . anak anak kita selesa belajar di sekolah yang jauh lebih baik dari mereka di perkampungan orang asli ini . Jika ingin masuk dan melihat mereka , boleh hubungi kami untuk uruskan bagi pihak anda.

Lepas ni boleh lah turut serta dalam Page FB kami .Klik , share dan menderma jika mampu.
https://www.facebook.com/pages/Derma-Uniform-Sekolah-Untuk-orang-Asli/469465843147690

Wednesday, June 19, 2013

Mana yang Wajar kosmetik vs Kad

Ramai orang di luar sana , yang sanggup berhabis RM RM RM untuk kecantikan diri . Katanya kesihata diri luar dan dalam mesti dijaga. Biar habis RM RM RM asalkan dapat maintain atau upgrade kesihatan diri luar dan dalam . Pun begitu tak kurang juga ada yang sanggup ke sana sini mencari pengamal perubatan tradisional dan moden untuk kecantikan .

RM RM RM .. begitu banyak sekali duit yang sanggup dilaburkan kearah itu . Cuba tanya diri sendiri, kaji selidik semula apa yang telah dibelanjakan , banyak mana RM RM RM dah habis atau mungkin akan habis sebab pasti ada produk yang memerlukan komitmen berterusan .

Akhir sekali saya ingin mengajak berfikir sejenak . Apa erti kecantikan semua ini jika tak dapat memberikan peluang terlepas daripada masalah rawatan kesihatan diri . Bagaimana jika ada sakit organ dalaman , duit nak pakai untuk kos rawatan mana nak cari terutamanya jika mahu disegerakan penderitaan berakhir . Jawapan di akhir akhir ini pastilah disarankan ke hospital swasta.  Jika berduit tak apa lah . tak sengsara .

Jadi , kalau ada duit tu , sebelum berhabis habisan dalam mencantikkan wajah , diri , adalah lebih baik beringat ingat untuk menjaga diri sendiri . sediakanlah pelan rawatan jika ditimpa musibah kesihatan .

tanya diri sendiri :::

“Apa guna cantik jika badan sakit sana sini sebab tiada duit nak tanggung kos rawatan”

Saturday, June 15, 2013

Takaful Link & Haji

Sebenarnya bukan Medical card sahaja  yang ada atau yang saya boleh kongsikan tapi produk lain macam takafulink dan takaful Hajj  ( untuk haji ) .

saya sangat menyukai takaful hajj sebenarnya sebab kebaikan yang ada padanya . Nak tahu lanjut boleh ler follow up blog ini ya .

Tak sanggup tunggu ,  .. jangan ler tunggu , hubungi saya terus .

OFF shore On Shore–Medical Card

Insurans Off shore medical card 1Insurans Off shore medical card
Insurans @ takaful untuk insan insan bekerja di pelantar dan di pantai khususnya yang masih mencari medical card . Beringat ingat sebelum kena .
Bagi mereka yang bekerja di OFF shore / On shore boleh lah memohon dengan MAA Takaful . Sebab bukan semua  jawatan di tempat ini yang dikategori berbahaya . Maka dengan itu , rebutlah peluang . Medical Card Smart Medic MAA Takaful ini .

kesimpulannya Maa Takaful boleh tawarkan untuk anda sementara yang lain menolak anda.

medical card offshore / onshore
Kad kesihatan offshore / onshore

Teruskan bacaan di sini pula
  1. Smart Medic 200
  2. Untuk dapatkan quotation

Thursday, June 13, 2013

Smart Medic 100 Digantikan dengan Smart Medic 200

Untuk tahun 2013 ini , nampaknya pelan terhangat Smart Medic 100 digantikan dengan pelan baru  iaitu Smart Medic 200 . Lebih kurang macam application smart phone ler pula . Versi Update .

Apa yang menarik ialah , tiada lagi had seumur hidup . Ini satu berita baik . Tak perlulah kita risau tuntutan kita dah habis sebab asik keluar masuk hospital . Pun begitu , had tuntutan setahun masih ada. Untuk nilainya boleh rujuk jadual di bawah ini

PLAN BENEFIT P150 P200 P300 P500 P1000 (RM)
(RM) (RM) (RM) (RM)
Annual Limit 50,000 100,000 150,000 200,000 250,000
Lifetime Limit No Lifetime Limit

Monday, June 10, 2013

Memahami Medical Card MAA TAKAFUL–Smartmedic 200

nota di bawah ini adalah tidak lengkap . Sila berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut. Nota ini sebagai mukadimah dan panduan sahaja. 

PLAN BENEFIT P150 P200 P300 P500 P1000
(RM)
(RM) (RM) (RM) (RM)
Annual Limit 50,000 100,000 150,000 200,000 250,000
Lifetime Limit No Lifetime Limit


ada lima pelan untuk dipilih .
  1. P150
  2. P200 
  3. P300 
  4. P500
  5. P1000
Kelima lima pelan ini tiada lagi limit seumur hidup . Hilang satu masalah  !
  1. Kadar sumbangan / caruman lelaki dan perempuan tidak sama walaupun sama usia. 

  2. Bayaran boleh dibuat melalui bank bank pilihan anda atau bayar kepada agen pilihan anda iaitu saya ler.  Bayaran dibuat adalah sumbangan kepada sesiapa sahaja dalam kumpulan Medical card Smartmedic ini yang ditimpa musibah. Jika kita yang dilanda musibah , maka kitalah yang menerima sumbangan daripada peserta lain juga. Semua ini ada akad, semasa menandatangani borang permohonan. 

  3. Smartmedic 200 ini adalah untuk melindungi kita dari segi bebanan kewangan terhadap bil rawatan samada di hospital kerajaan mahupun swasta terpilih . Ianya bukanlah memberi kita keuntungan tetapi membantu kita mengurangkan kos perbelanjaan bagi mendapatkan rawatan. Atau mungkin bukan sekadar mengurangkan kos tetapi menyelamatkan kita 100% daripada kos rawatan
    .
  4. Uniknya Smartmedic 200 ini tiada co-takaful . Iatu satu terma yang terdapat pada sesetengah takaful lain . Co–takaful mengkehendaki kita untuk membayar sejumlah daripada kos rawatan kita di hospital. 

  5. Smartmedic 200 ini tidak perlu didaftar bersama pelaburan . Bukankah kita perlukan perlindungan , jadi kenapa nak bebankan dengan bayaran tambahan untuk pelaburan pula. Smartmedic 200 MAA Takaful ini boleh STAND ALONE. 

    Teruskan bacaan di sini pula 
    1. Smart Medic 200
    2. Untuk dapatkan quotation

Friday, May 31, 2013

Agen pun masuk Wad juga

ini adalah gambar terbaru wad KPJ Penang .  VIP room . saya telah bermalam di sini . Jangan ingat saya agen saya tak pakai kad. Saya sendiri dah 3 tahun , ini kali pertama menggunakannya . 20-22 mei 2013jika tuan tuan mahukan masuk wad ( jika perlu) seperti ini , boleh lah hubungi saya untuk dapatkan medical card ditawarkan oleh MAA Takaful .





Monday, January 21, 2013

Learn how to die & live

setiap hari kena ingat Allah ...dan ingat mati .. baru kita sedar kita ni diutuskan ke dunia untuk apa . Ambil tahu syurga .. tahu ngeri neraka jahanam tu ,buat bacaan pasal neraka..kaji neraka tu macam mana.. ada masa bila ingat mati rasa dunia ni sempit sangat walaupun orang kata besar .

how to live

Monday, January 7, 2013

Belum terlambat Untuk ada medical card tapi....

Tuan , puan , Encik , cik , belum terlambat untuk memiliki perlindungan kewangan ke atas bil bil perubatan dan rawatan di hospital tapi sudah terlambat jika tergolong dalam fakta berikut :-

  1. Telah melebihi usia 59 tahun semasa permohonan ( MAA Takaful - SmartMedic menerima usia penyertaan maksimum ialah 59 tahun sahaja) 
  2. Telah disahkan mengidap penyakit tertentu . Pun begitu masih boleh memohon tetapi penyakit sedia ada tidak akan ditanggung oleh MAA Takaful  ( saya percaya kompeni lain pun macam itu juga) dan penyakit / bil rawatan lain boleh ditanggung seperti pencarum yang lain juga. 
  3. Belum berusia 30 hari . MAA Takaful - SmartMedic paling awal terima apabila berusia 30hari) 
  4. Tidak berpegang kepada formula ini  PENDAPATAN- BELANJA-TAKAFUL= SAVING sebab memang akan sukar berikan komitmen pada takaful nanti. 
  5. Hilang  upaya kekal