Followers

Thursday, November 5, 2015

Takaful nyawa perlu ada medical card dan saving sekali?

Kalau tuan tuan pernah dapat quotation takaful nyawa samada daripada agen Maa Takaful atau kompeni lain pernahkah terfikir kenapa ada pampasan kematian , ada simpanan (pelaburan ) dan ada medical card …sesetengah tak ada medical card sekali pula .

Takaful nyawa di negara kita biasanya datang bersama unsur saving. Kenapa ya .. sebab tuan tuan buat caruman secara berkala pada amaun tertentu . amaun tuan-tuan buat tu ada lebihan . Biarpun RM10 ajer  lebihan setelah ditolak caj berkaitan , maka ia dimasukkan ke akaun pelaburan peserta. Inilah saving @ pelaburan .

Medical card pula dalam takaful nyawa jika ditawarkan bersama , ia adalah “rider” . Pada hemat saya , rider ini cuma option . Tuan-tuan berhak menolak rider ini . Di Maa takaful memang ada option nak letak atau tak nak . Yang bagusnya  medical card Maa Takaful boleh ambil lain kali , sebab boleh stand alone.

Cadangan daripada pembaca

kekurangan idea bertulis .. bukan .. sebenarnya ada banyak benda boleh ditulis tetapi ada masa terhad untuk menaip . Jika berkesempatan , selalu sahaja saya akan menulis . Pun begitu tak boleh banyak sangat nanti anda pembaca nak cari info kena luang banyak masa di blog saya ini .

Kali ini saya mohon jasa baik pembaca agar memberikan maklumbalas , cadangan atau komen secara terbuka mahupun tertutup kepada saya . Jadi dapatlah saya tingkatkan mutu posting , mutu servis dan lain lain perkara . Tulisan daripada tuan-tuan sekalian sangat saya hargai.

Bolehkah Bukan Islam Ambil Takaful

Ya.. boleh malah digalakkan lagi . Tiada halangan . Tiada caj extra dikenakan sebaliknya kadar untuk beliau adalah sama . Maa tak ada diskriminasi sebegitu . Harap maklum .

Oleh itu , wahai orang ramai pilihlah Maa Takaful sebagai pilihan untuk takaful nyawa , medical card, personal accident atau nak buat saving . Nak gantikan MRTA pun boleh tau !

Kenapa Ada Istilah PLATINUM Hospital

sebab ada kemudahan swipe ajer kad kita lantas data peribadi kita dan status plan polisi medical card kita ada dalam kad itu . Pihak hospital boleh dapat maklumat tersebut dengan cepat. Ini memudahkan lantas mempercepatkan kemasukan kita ke wad bagi mendapatkan rawatan .

harap maklum bahawa ianya bukan Pass @ permit @ exemption untuk deposit hospital .

FYI . .. deposit hospital berbeza mengikut hospital malah ada yang tidak kenakan langsung.
FYI … deposit hospital tidak sama dengan Ko- takaful , Ko-insurans
FYI … Medical card Maa Takaful ( MEDICA2015) tiada ko-takaful !!!

Kenapa Perlu Takaful Medical Card

Jawapan Mudah dan Paling boleh dipegang kuat oleh kita semua.

SEBAB …. kita nak sembuh cepat daripada kesakitan maka perlu ke hospital swasta . Oleh itu izinkanlah MAA TAKAFUL yang bayarkan bil rawatan yang tinggi itu .  Mampukah kita pakai wang sendiri ?

jangan segan silu bertanya

Walaupun saya ni bukan kaunter pertanyaan tetapi Tuan Tuan jangan pula nak tunggu saya buka kaunter .

Bertanyalah , hantarlah SMS , WhatsApp , email kepada saya .
JIka saya tahu saya akan jawab setakat saya tahu ,
Jika tak tahu saya akan katakan tidak tahu
atau saya akan merujuk kepada atasan saya atau rakan yang arif  .

Kita sama-sama belajar , Tuan tuan tak tahu , tanya ajer . Jangan anggap soalan tuan itu “silly question “ . Dalam belajar tak ada istilah sebegitu .

oleh itu  … grab ur handphone .. whatsapp saya .email saya

0136061652 , zampairul@gmail.com

Tuesday, October 6, 2015

Sudah ada Polisi tetapi tak berapa faham

Posting kali ini nak offer seperkara . Saya dapati secara umumnya client (tuan dan puan ) tidak berapa faham apa yang ada dalam polisi sendiri . Jadi disini saya nak tawarkan bantuan untuk review polisi yang telah anda daftar tersebut. 

Tidak kisah anda daftar dengan agen lain , tetapi saya hanya boleh tolong review dan bagi pendapat samada apa yang telah anda ambil / join /bayar itu sesuai . Jika ada beberapa perkara yang perlu ditambah saya akan beritahu . Insya Allah . Pun begitu , cadangan daripada saya tidak bermakna apa yang agen anda tawarkan tidak betul , tidak baik . Saya sekadar memberikan pendapat sahaja .

Untuk pengetahuan , pemegang polisi ( peserta ) boleh menambah @ mengurangkan manfaat dari masa ke semasa . Ada cara dan masanya . Memang sesetengah agen tak beritahu , mungkin sebab tumpuan mereka ialah supaya tuan dan puan sekalian dapatkan polisi dahulu . Sudah ada polisi , perubahan boleh dibuat kemudian . Sudah ada polisi bermakna mereka berjaya membantu tuan puan sekalian dilindungi . Tujuan mereka perlindungan asas terlebih dahulu . Kalau nak terangkan pasal modified dan sebagainya , risau pula tuan puan keliru sebab banyak sangat info .

untuk saya tolong review dan bagi pendapat , saya mohon jasa baik sediakan buku polisi sebelum telefon saya . Sebab beberap soalan daripada saya  memerlukan anda untuk rujuk buku polisi tersebut.

Sebenarnya sebelum posting ini ditulis , sudah ramai yang telefon saya untuk tolong memahami apa yang sudah mereka subcribe.

Thursday, September 3, 2015

Kadar Caruman untuk Bayi : Medical card

Sebenarnya jika anda bandingkan dengan kos rawatan , pasti akan setuju bahawa caruman medical card tidaklah semahal mana pun . Bandingkan dengan faedah diterima di hospital agar anak anak dan diri sendiri dapat dirawat dan diberikan perubatan yang terbaik dan pantas tanpa perlu menunggu giliran seperti di hospital kerajaan .

semua orang layak ke hospital kerajaan tetapi tidak semua sanggup bayar kos rawatan jika ke hospital swasta. Begitu juga semua orang mahu dapat rawatan , jumpa pakar , pembedahan segera dan sedia maklum hospital kerajaan tak akan dapat berbuat apa apa selagi mana tidak melibatkan kos kecemasan , ini cenderung kepada faktor giliran.

jadi hospital swasta antara faktor utama untuk rawatan segera. Berkunjunglah dengan senang hati andai anda sudah ada kad perubatan @ anda seorang yang memang kaya raya .

bayi L & P

mutu posting lebih baik

komen

Senarai Hospital Panel Maa Takaful .. selangor & KL

panel di KL selangor

Tuesday, September 1, 2015

Tanpa ko-takaful : Medical card

MEDICA2015 produk medical card stand alone daripada Maa Takaful . 100% pasti tiada ko-takaful. Selalunya ko-takaful dalam produk operator lain jika ada ialah 10% daripada kos rawatan pada kadar minima RM300 – maksima RM1000 per bil rawatan .

Jika masuk ke wad dan masih kena ko-takaful , medical card agak kurang membantu di saat itu JIKALAU masa nak admit kita kekurangan wang. Maklumlah , masuk hospital adakala kes emergency , kita bukan ingat nak bawa cash / dompet / kad dan sebagainya. Masa itu kita fikirkan kebaikan pesakit terlebih dahulu. Atau lebih malang lagi kalau kita sakit dan bergerak ke hospital sendiri.

MEDICA2015 ini tak perlu lagi tunai yang banyak masa nak masuk wad @ masa nak jelaskan bil . Tiada lagi ko-takaful demi kesenangan . KESIMPULANNYA  , JADIKAN TANPA KO-TAKAFUL SEBAGAI FAKTOR PENARIK UNTUK ANDA ADA MEDICAL CARD.

Medical Card Stand Alone Adalah Murah

Stand alone dalam erti kata lain single.
Stand alone medical card adalah produk daripada Maa Takaful . Maksudnya hanya medical card semata mata. Tiada takaful nyawa apa lagi kalau saving.

Takaful nyawa dalam industri takaful di negara ini biasanya ada bersama saving. Ini kerana lebih daripada caruman setelah ditolak tabarru ( kos) akan dimasukkan ke dalam akau pelaburan .Maka dengan itu rata-rata produk takaful nyawa + saving dipanggil samada investmenlink atau takafulink oleh operator takaful negara ini . Takafulink/investmentlink jika nak dapatkan medical card  perlu ambil rider medical card . Caruman melibatkan tabarru takaful nyawa , saving dan medical card.   Maka medical card dalam produk ini bukan lagi stand alone. Sebaliknya jika stand alone medical card. caruman hanya untuk medical card ajer. Tabarru di situ sahaja. Ini jelas bahawa kos caruman lebih rendah.

Nak tahu caruman Takaful tapi Malu

Tuan sekalian tak perlu berasa malu sebab tak ada apa nak rugi kalau bertanya. Jangan pula fikir bila dah tanya , konsultan akan kejar dan follow up selalu.

Konsultan lain mungkin , tapi saya .. saya tak buat begitu .
Saya kan follow up tapi sekali sekala ajer. Itu pun sekadar bertanya kalau masih ada soalan atau bahagian tertentu yang tak faham.

Bila nak tanya, saya dah sediakan form untuk dapatkan quotation. Isi form tersebut. Mudah sesangat . lagipun info berkaitan saya perlu tahu sudah ada.

tak nak guna form . boleh juga email saja pada saya .

beri saya info orang yang hendak dilindungi spt berikut:-

Nama ( tipu pun boleh)
Tarikh Lahir ( tepat)
Jantina ( tepat)
no telefon ( optional)
Daerah ( optional)

zampairul@gmail.com  , 0136061652 utk whatsapp / call



 

Sunday, August 30, 2015

Jangan kedekut Jangan terlambat

Saya selalu saja berdepan dengan pelanggan yang bagi bajet rendah untuk join takaful ini . Saya berbesar hati menolong mereka memahani takaful dan produk yang ingin mereka dapatkan tetapi pada masa yang sama saya hadapi masalah nak menolong mereka. Mereka bagi bajet rendah , adakala cuma 5% daripada gaji ajer. Kalau mereka faham , sebenarnya dengan 10% dari gaji mereka boleh menyelamatkan kewangan di masa hadapan beliau , keluarga dan anak anak sendiri nanti  . Bukan untuk sementara tetapi selama lamanya.

Berapakah kadar caruman dan Pampasan wajar

Berapakah kadar caruman dan pampasan yang wajar untuk diambil oleh peserta terutamanya bagi takaful nyawa  ?

saya cuba menjawab soalan umum ini secara peribadi.  Jawapan saya tidak mewakili sesiapa atau mana-mana pihak .

Kadar caruman akan menentukan berapakah kadar pampasan kematian yang layak diperolehi oleh peserta. Jika tinggi caruman , maka nilai pampasan boleh apply juga naik .  Ada orang kata , saya saya duit sebanyak ini , berapakah nilai pampasan yang boleh dapat. Bagi saya , cara ini tidak berapa sesuai . Sebaliknya cara saya nak kongsikan ini lebih tepat.

Sepatutnya pada peringkat awal , kita tentukan berapakah nilai pampasan yang kita mahu . Selepas itu , barulah saya dan rakan-rakan agen / konsultan dapat memberikan kadar caruman . Kadar caruman bergantung penuh kepada apa yang ada dalam takaful nyawa tersebut termasuk riders yang attached bersama .

Katakan seorang suami bergaji RM3000 sebulan .
Perbelanjaan beliau sebulan RM2800 secara purata . Ini belanja untuk beliau dan keluarga sebulan .
RM2800 ini adalah belanjawan tetap / corak perbelanjaan sekeluarga. Jika kurang  gaji beliau tetiba cuma RM2000 maka beliau sekeluarga dalam masalah besar . Maka di sini kita boleh katakan bahawa beliau mesti dapat RM2800 sebulan barulah boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

Oleh itu , saya sebagai konsultan saya nak sarankan berapa kadar pampasan sesuai untuk beliau ? Pampasan dibayar kalau beliau meninggal dunia atau hilang upaya kekal .

Dengan wang pampasan tadi , dapatlah keluarga beliau gunakan wang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
SOALAN TAMBAHAN …GUNA WANG PAMPASAN UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN , BERAPA LAMA WANG TADI DAPAT BERTAHAN ?

jika pampasan RM60,000 .. kita lihat belanja sekeluarga ialah RM2800 .
RM60,000 bahagi RM2800 sebulan = 21 bulan
ini bermakna dengan wang RM60,000 keluarga dapat teruskan kehidupan untuk 21 bulan dengan belanja tetap 2800.

sepatutnya yang menjadi keutamaan ialah BAGI KELUARGA TERUSKAN KEHIDUPAN BELANJA RM2800 SEBULAN SELAMA LAMANYA. BUKAN SEKADAR 21 BULAN AJER.

Balik kepada soalan asal . Berapakah kadar caruman dan pampasan sesuai  ?

nak tahu jawapan .. boleh hubungi saya ..
0136061652
Whatsapp .

bukan nak sorok , saja nak test pembaca berminat ke tak nak tahu .. berminat.. saya akan share nanti tapi kena contact saya.

Medical Card untuk Semua termasuk bukan islam

medical card daripada Maa Takaful untuk semua orang. Tahukah bahawa orang bukan islam boleh dapatkan kad ini juga. Medical card Maa Takaful tiada halangan asalkan memenuhi pra syarat untuk permohonan . Sihat tubuh badan , tiada sejarah penyakit kritikal , tiada kanser  dan tidak pernah mengidap penyakit berbahaya .

Medical card patut ada oleh semua orang. Ada orang sihat , ada orang sakit. Ada orang sihat hari ini , esok jatuh sakit. Biarpun rutin hidup bak atlet negara , sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan belum menjadi jaminan tidak akan jatuh sakit pada esok hari . Ada orang tetiba sakit sebab strok , sakit jantung , pitam dan jatuh lalu cedera. Ada orang gagah bak badang tetapi sekali kena gigit dengan nyamuk aedes , terus terlantar atas katil melawan demam denggi . Untung nasib masih hidup , jika malang terus mati akibat demam denggi .

Jadi perkara yang sama juga berlaku kepada orang ramai . Maka dengan itu , biarpun Maa Takaful adalah kompeni insurans islam , tiada masalah untuk bukan islam sama sama menikmati faedah takaful ini . Permohonan produk produk takaful adalah terbuka .

Takaful nyawa @ dalam insurans am dipanggil insurans hayat sama saja terbuka kepada orang ramai . TIdak kira bangsa , warna kulit , ada resam dan agama .

Sunday, July 12, 2015

Fikir kenapa Orang lain ada takaful???

Takaful ini diwujudkan sebab ada kepentingan kepada individu dan kepada masyarakat dalam skop yang lebih luas. Dengan takaful , wujudnya perlindungan terhadap pendapatan dan hilang upaya dan kos melibatkan rawatan dan sebagainya.

Takaful disertai ramai dan terdiri daripada pelbagai latar belakang individu dan berbeza juga dari segi tahap kemampuan ekonomi . Peserta takaful sebetulnya bukanlah daripada golongan yang berkemampuan . Percayalah bahawa , mereka yang memahami kepentingan takaful ini akan berusaha mendapatkannya . Mereka tidak menjadikan taraf ekonomi mereka sebagai halangan. Bagi mereka , perlindungan lebih penting berbanding simpanan . Sebab itulah walaupun orang kaya tetapi mereka masih sertai takaful sedangkan secara logiknya mereka telah stabil dari segi ekonomi . Bagi yang kurang berkemampuan , mereka tetap nak sertai takaful . Bagi mereka , jika tanpa kewangan yang stabil  bagaimana dengan situasi keluarga apabila ketiadaan beliau nanti . Bagaimana pula beliau nak teruskan kehidupan andai sudah jatuh ditimpa tangga. Tiada lagi pendapatan menambah derita. Jadi dengan takaful , boleh menambahbaik kehidupan orang ditinggalkan selamanya atau memperbaiki tahap kesihatan justeru tidak lagi menggunakan wang simpanan peribadi atau lebih teruk terpaksa merayu simpati orang ramai . Bercakap situasi merayu ini , boleh buka harian metro , setiap hari ada saja berita insan merayu simpati bagi mendapatkan rawatan.

Persoalan di sini , kenapa mereka berusaha untuk ada takaful tetapi tidak ANDA ?

  1. Adakah anda terlampau kaya
  2. adakah anda mampu sihat
  3. adakah anda mampu mendapatkan rawatan segera dan menjelaskan bil dengan sendiri
  4. adakah anda tidak perlu tinggalkan sebarang wang kepada waris
  5. adakah anda sudah cukup perlindungan takaful sedia ada terutama daripada majikan
  6. adakah anda rasa anda tak akan mati
  7. adakah anda rasa anda mati , orang lain yang dapat pampasan itu
  8. adakah anda fikir anda tidak mampu dari segi kewangan .
  9. adakah anda seorang individu seperti insan lain yang dapat gaji tolak belanja tolak simpanan , akhirnya tiada baki lagi untuk takaful .  GAJI-EXPENSE –SAVING =____(RM)takaful.
  10. adakah anda tidak mahu jadi seperti peserta takaful . GAJI – EXPENSES – TAKAFUL=___(RM) SAVING.
  11. adakah anda fikir orang ramai termasuk adik beradik dan ibu bapa sanggup berkorban wang ringgit untuk merawat anda.
  12. adakah anda tak kisah kehidupan orang lain terjejas dengan ketiadaan anda
  13. adakah anda tak kisah kehidupan orang lain terjejas dengan kemerosotan kesihatan akibat penyakit , kemalangan , usia , jangkitan dan lain lain .
  14. adakah anda malas berfikir untuk masa depan
  15. adakah anda sering dihasut oleh rakan rakan , media massa , FB  bahawa mencarum takaful/ insurans merugikan
  16. adakah mereka yang menghasut anda akan membantu anda dikala kesusahan @ membantu keluarga anda dikala anda tiada di dunia ini lagi .
  17. adakah bagi anda simpanan lebih penting berbanding takaful
  18. adakah anda faham konsep bertakaful dan kepentingan sebelum anda berkata tidak kepada takaful .
  19. jika takaful tidak penting kepada anda , kenapa pula ia penting kepada individu lain dan kenapa individu lain sanggup berhabisan untuk takaful . sudahkan anda memahami niat mereka?

Monday, July 6, 2015

Ciri Penting Medical Card Terbaik Untuk Diri sendiri

 

  1. Tiada Ko-Takaful : Supaya tak perlu guna wang sendiri langsung untuk bil perubatan .
  2. Annual limit berpatutan:  Kalau pilih plan biarlah annual limit sesuai sebab risau jika ditimpa penyakit perlukan kos rawatan tinggi , tak cukup had tahunan . paling selesa ialah RM100,000 setahun .
  3. Medical card cover bil rawatan seperti dicaj oleh hospital . Bukannya cover separuh separuh ajer.

Tidak boleh kata medical card kompeni X adalah terbaik sebab yang terbaik ialah yang paling hampir dapat memenuhi kehendak “insured person” dan bonus jika ada ciri2 saya nyatakan di atas.

Ingin bertukar medical card Dari kompeni X kepada MAA Takaful

ya .. boleh ajer nak dapatkan medical card daripada Maa Takaful walaupun dah ada kad dari kompeni lain. Yang bagusnya pula ialah tak perlu lagi habiskan “ waiting period ” sebab boleh “take over” daripada kompeni X tersebut.

waiting period di Maa Takaful seperti berikut : -

120 hari kes berat
30 hari kes biasa
21 hari kes demam denggi
24 jam kes kemalangan

dah lepas waiting period ni barulah boleh guna kad. Jadi amatlah menguntungkan apply Maa Takaful dan take over polisi lama punya medical card. Maa Takaful approved dan inforced , terus boleh guna kad walaupun bagi kes berat.

prosedur nak take over ini mudah sahaja. Agen akan bagitau cara. yang penting pergi cari semula buku polisi kompeni X tersebut.

Friday, June 26, 2015

Penerima Pampasan : Siapa ?

Penerima pampasan bahasa melayu . Istilah diguna pakai dalam insurans ialah “Beneficiary” . Dalam kehidupan seharian kita panggil waris.

Sesiapa sahaja boleh dinamakan sebagai penerima pampasan . Pampasan ini pula adalah bebas daripada masalah paperwork pembahagian harta. Sebab ini bukan harta tetapi sejumlah wang yang diterima atas sebab kehilangan nyawa @ hilang upaya kekal @ penyakit kritikal .

Tahukah anda bahawa , andai kita dipilih sebagai beneficiary maka wajiblah kita menguruskan pampasan itu sewajarnya. Wang pampasan bukan hak milik kita secara mutlak , sebaliknya kita adalah sebagai pemegang amanah . Maka selepas menerima ini jangan kata sejumlah wang itu hak milik kita. Memang dalam masyarakat kita masih ramai yang tidak faham situasi ini . Ramai menyangka wang itu milik mereka.  Sebab itu ada masalah pembahagian wang pampasan ini dalam masyarakat kita.

Wang pampasan boleh menjadi hak milik mutlak andai peserta insurans / takaful menamakan kita sebagai penerima HIBAH . Maksudnya sebagai hadiah . Hibah boleh dinamakan atas nama sesiapa sahaja . Terpulang kepada pemegang polisi . Ahli keluarga , mak ayah , adik adik , jiran , hatta orang gaji atau pengasuh dan bibik.

Policy holder boleh mengisi borang penama samada sebagai hibah atau beneficiary . Jika tak pernah isi , boleh hubungi agen untuk mengisi borang khas . Jika ada polisi “medical card”, tak perlu isi penama sebab tiada pampasan diberikan sebaliknya RM5000 diterima waris adalah khairat kematian .

pemegang polisi = peserta = policy holder = pencarum
Hibah = Hadiah
Beneficiary = penama = penerima pampasan = pemegang amanah

Insurans dan Takaful : Perlindungan @ Pelaburan

Tanyalah soalan ini kepada umum termasuk kepada para agen takaful , insurans dan pelaburan . Saya percaya ramai yang tidak dapat menjawab dengan tepat .

  1. Insurans/takaful adalah pelaburan !
  2. Insurans/ takaful adalah perlindungan !
  3. Insurans/ takaful adalah pelaburan dan perlindungan !

Mana satu yang betul ?????
ramai yang jawab no.3 .Insurans/ takaful adalah pelaburan dan perlindungan !

Mari kita lihat apa maksud insurans dan takaful.

Insurans bermaksud satu perjanjian diantara pihak pemberi insurans dengan pihak diinsurans untuk memberi sejumlah manfaat apabila berlaku peristiwa yang boleh diinsuranskan seperti kematian , hilang anggota badan , hilang upaya dan penyakit.

Takaful bermaksud Jamin-Menjamin. Di negara kita , tidak dipanggil insurans islamik sebaliknya TAKAFUL.

Di dalam insurans premium dikutip adalah cukup cukup sahaja. Tidak boleh kurang atau lebih . Jika kurang akan memberi kesan kepada “pooling premium” . Jika lebih , telah melanggar konsep perlindungan sebaliknya menjadi keuntungan . Maklumat lanjut tentang ini ada dalam “actuarial science”.  

Insurance is intended to compensate an individual or a business for a financial loss, not to provide an opportunity for gain. To prevent people from using insurance policies as means of making wagers (gambling by purchasing policies on lives of people who were completely unrelated to them and created a possibility of financial gain if the insured died), the government passed law that when an insurance policy is issued, the policy-owner must have an insurable interest in the risk that is insured. The policy-owner must be likely to suffer a genuine loss or detriment should the event insured against occur. An insurable interest exists when the policy-owner is likely to benefit if the insured continues to live and is likely to suffer some loss or detriment if the insured dies. If the insurer determines that the proposed policy-owner does not meet the insurable interest requirement, then the insurer will not issue the policy. All persons are considered to have an insurable interest in their own lives.

Kesimpulannya , insurans sebenarnya adalah perlindungan . Bukan pelaburan .

Thursday, June 25, 2015

Saya graduan sains Aktuari

saya sebenarnya berminat dengan takaful ini bukan sebab ingin menjadi agen dan menikmati komisen daripada jualan produk takaful . Juga bukan kerana saya mahu bekerja dengan syarikat insurans dan takaful di negara ini . Hakikatnya saya memang pernah bekerja dengan RHB Insurance Berhad . Pun begitu , minat saya lebih kepada takaful . Saya juga lebih gemar menyampaikan apa yang telah saya pelajari dulu dengan orang ramai .

Bidang aktuari sangat mencabar semasa zaman belajar . Kerah keringat siang malam untuk belajar. Fokus utama kami adalah matematik dan statistik yang isinya adalah calculus dan probability. Pada masa sama mesti mahir dengan ilmu sains komputer, kewangan dan pengajian perniagaan. Walaupun di peringkat diploma , disajikan dengan 8 paper matematik , 7 paper statistik. Ini belum termasuk dengan subjek iringan lain . Pelajar dalam bidang ini tidak ramai , sebab setiap kali intake tempat adalah terhad. Saya percaya kerana tenaga pengajar khas bidang ini belum mencukupi bagi menambah kuota pengambilan setiap tahun .

Bidang ini jika berjaya sampai mendapat gelaran AKTUARI / actuaries .. Maka satu dunia memerlukan tenaga dan kepakaran pemegang title ini. Pun begitu , bertahun tahun usaha dan pengorbanan perlu dibuat bagi mendapat ilmu secukup sebelum bergelar seorang aktuari . Di negara ini UiTM salah satu tempat untuk belajar aktuari. Di situlah tempat saya menimba ilmu .

Aktuari adalah orang bertanggungjawab dalam menentukan kadar caruman takaful yang tuan tuan sekalian . Tanpa kepakaran mereka , agak pincanglah industri takaful dan insurans. Pakar aktuari diperlukan bagi menimbangtara dan menguruskan risiko dan ketidaktentuan khasnya untuk insurans.

bacaan lanjut secara umum boleh lihat wikipedia di sini

Takaful Nyawa ?

Takaful nyawa @ insurans nyawa adalah sejenis perlindungan kehilangan pendapatan/kewangan atas sebab kematian . Penerima manfaat (pampasan) dijamin daripada kesan kewangan oleh si mati .

“A protection against the loss of income that would result if the insured passed away. The named beneficiary receives the proceeds and is thereby safeguarded from the financial impact of the death of the insured.”

Matlamat

Matlamat takaful nyawa adalah memberikan sejumlah jaminan kewangan selepas kewangan kita ( peserta) . Oleh itu sebelum mendapatkan takaful nyawa , kita perlu mempertimbangkan paras kewangan dan gaya hidup yang perlu diteruskan oleh penerima manfaat (Waris) . Sebagai contoh siapa yang perlu uruskan kos pengebumian dan menjelaskan bil perubatan ? Perlukah waris kita berpindah ? Adakah tabungan masa depan atau semasa seperti penjagaan anak , hutang dan pengajian. Adakah perlu untuk mengkaji semula secara tahunan polisi atau apabila peristiwa besar seperti perkahwinan , penceraian , kelahiran atau anak angkat , pembelian rumah atau perniagaan.

Wednesday, June 24, 2015

MUSIM RAYA MUSIM KEMALANGAN JALANRAYA

saya bukan nak takutkan … tapi ini hakikat. Sabun tahun kita melihat , mendengar malah lebih dasyat terbabit terus dalam kemalangan jalanraya. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi situasi ini.

YA …...
TIDAK ..
apa perlu dibuat bagi mengurangkan kesedihan ini .. Paling kurang  elakkan “sudah jatuh ditimpa tangga pula” . Situasi ini merujuk kepada masalah susulan selepas kemalangan.

  1. Kos rawatan
  2. Hilang sumber pendapatan
  3. kos sara hidup

Ada mangsa kemalangan yang masih hidup tetapi hilang anggota badan  . Ada yang perlukan rawatan susulan berterusan . Malang lagi .. rawatan seumur hidup . Ada yang bertambah malang terpaksa berhenti kerja dengan rela atau diberhentikan. Bila perkara ini berlaku , maka masalah pada kos sara hidup pula. Tidak lagi ada sumber pendapatan . Pada masa lain , keadaan lain  mangsa kemalangan mati di tempat kejadian mahupun hospital . Tinggallah sanak saudara , sahabat taulan , ibu bapa , anak anak  ,isteri atau adik beradik meneruskan hidup tanpa kita yang selama ini membawa pulang pendapatan . Mereka sudah kehilangan kita , sekarang mereka kena menempuh hidup tanpa kita , tanpa pendapatan .

Saya mengajak saudara saudari di luar sana .. bersedialah untuk kes kemalangan . Memang tak dapat dihidu .. tetapi kita dapat mengurangkan penderitaan saudara mara akibat kita terlibat dalam kemalangan. Jika kita hidup , kita perlukan rawatan dan siapa yang akan berikan kita wang bagi membayar bil rawatan  . Untuk itu saya gesa , ambillah medical card. Medical card Maa Takaful adalah yang termurah di pasaran . Murah tak semestinya tak bagus !

Jika kita meninggal dunia , waris perlukan wang untuk terus hidup . Saya gesa ambil takaful nyawa . Jika boleh , ambil juga takaful kemalangan diri . Nak tahu , takaful kemalangan diri sangat murah berbanding dengan pampasanya. Bayangkan kita meninggal kerana kemalangan  , waris kita ada RM 1 JUTA .  untuk pampasan RM 1 juta ini .. setahun cuma  sekitar RM1800 sahaja , 10 tahun RM18 ribu , 20 tahun jadi bayaran RM36 ribu , 30 tahun RM54 ribu dan 40 tahun RM72 ribu .  Tengok , 40 tahun kita dah mencarum sebanyak 72 ribu  , bayangkan kalau kita simpan wang tersebut dan akhirnya kita meninggal dunia akibat kemalangan  maka itulah sahajalah wang yang kita tinggalkan. Ini berbeza andai kita mencarum dengan takaful kemalangan diri . RM1,000,000 . Jauh beza bukan .  Tanya diri kita , dalam tempoh 40 tahun mendatang kita ini bebas daripada kemalangan ?????

PATINA_gold (1)PATINA_gold (2)PATINA_gold (3)

selepas 40 tahun , kita tak ada apa2 kemalangan .. RM72 ribu sudah habiskan .. Tak perlu kita bangkitkan lagi isu rugi mencarum selama ini . Tahukah , sedarkah kita bahawa betapa untungnya kita diberikan nikmat tidak kemalangan !

Monday, June 22, 2015

Maa Takaful : Personal Accident : PATINA

“Personal Accident insurance or PA insurance is an annual policy which provides compensation in the event of injuries, disability or death caused solely by violent, accidental, external and visible events. It is different from life insurance and medical & health insurance.”

Maa Takaful ada tawarkan personal accident. Produk ni buat masa ini ada  
PATINA 77
PATINA SILVER
PATINA GOLD
PATINA 2016

Takaful education beri peluang pada anak anak

polisi education anak .
yang bayar ayah sebab nama ayah dalam borang  sebagai payor.
Ayah yang bayar , maka ayah bertanggungjawab .
ayah kena penyakit kritikal  atau pun ayah disahkan hilang upaya kekal.
jadi polisi education anak tadi , masih berjalan dan ayah tak perlu bayar sampailah anak tu besar .

nak best lagi , mak yang tak ada kaitan tadi ( sebab bukan pemohon) ,
kena penyakit kritikal ( bukan ayah )   ataupun mak disahkan hilang upaya kekal.
sama macam tadi , polisi anak masih berjalan , bulan bulan tak perlu bayar lagi sampailah anak tu besar.

Tuesday, June 16, 2015

Medical Card Termurah di Pasaran

Jika belum tahu , produk stand alone / single / one plan menawarkan caruman terendah di pasaran  . Manakala produk investmentlink / takafulink lebih tinggi caruman ( bukan mahal) jika dibandingkan dengan stand alone.


stand alone   = 1 produk
Investmentlink = 2   produk ( takaful nyawa + saving ) @
= 3 produk ( takaful nyawa + medical card + saving)

ada sesetengah daripada kita sedang mempertimbangkan untuk pilih produk / plan termurah sesuai dengan kemampuan kewangan . Bagi saya , beralih saja kepada medical card stand alone . Jangan tunggu kewangan stabil baru nak ambil serentak semuanya. PERCAYALAH . ..

nanti kalau tak sihat , tak dapat nak buat rawatan segera , macam mana nak kerja . Macam mana nak stabil income , walhal sebenarnya jika ada medical card , income automatik stabil . PERCAYALAH . ..

Wednesday, June 10, 2015

Agen Maa Takaful Bandar Kulim & Sekitar

jika rasa memerlukan agen  Maa Takafu di sekitar kulim , bandar bahru , selama , taiping , baling dan pulau pinang bagitau saja. InsyaAllah saya boleh sampai .

sebenarnya zaman dah maju ni .. maka konsep perlu berjumpa dengan agen tak semestinya lagi. Sekarang sudah ada kemudahan diberikan oleh kompeni supaya boleh deal jarak jauh . Jadi tak semestinya kena bertentang mata lagi .
dah boleh buat dari jauh . By phone, whatsapp , call , email dan sebagainya.

Saturday, June 6, 2015

Bos kerja Vs Bos Yang Baik dan caring

Bos akan bagi benefit medical kepada staff. Malangnya kebanyakan bos bagi medical semasa staff bekerja dengan mereka sahaja. Itupun ada limitation sesangat. Jadi di sini saya mengajak para bos di luar sana. Join Maa Takaful untuk staff mereka. Ambil medical card yang diwajibkan ke atas pekerja mereka. Ambil Maa Takaful . Stand alone. Tak perlu bayar lebih , hanya bayar untuk caruman medical card mereka sahaja. Apabila staff dah tak bekerja dengan bos , tetapi diri mereka masih dilindungi Medical card. Sebab selama ni memang daftar atas nama mereka bezanya bos yang baik dan caring bayarkan caruman mereka selama ini .

iklan Maa

Monday, May 25, 2015

Pendapat siapa yang betul .. hak masing2

saya olah semula ..
satu rungutan oleh consumer di luar sana . Pendapat peribadi beliau tentang wang dan cara belanjanya
spend rm600 sebulan untuk insurans...sedang pertimbangkan lebih baik tambah loan ASB dan invest emas...daripada aku kayakan orang lain baik senangkan hidup keluarga.

Kalau nak melabur memang bukan dalam takaful sebab premium dikutip ngam ngam . tak untung tak rugi . PErkara ini hanya bebudak yang belajar actuarial tau dan of kos orang yang kerja dalam skop underwritter dan penggubal produk . Profit yang ada dalam takaful / insurans datang daripada pelaburan , bukan daripada wang caruman .

Jika nak buat investment , benar .. pergilah kepada institusi yang dipercaya ramai dan besar pulangan . Tetapi sebelum itu , PROTECT dulu apa yang kita ada. Nyawa , kesihatan , wang dengan instrumen yang dipercayai .. apa lagi kalau bukan takaful / insurans .

SELEPAS SUDAH PROTECT BARU MELABUR !

sebab itu , blog ini sebenarnya lebih kepada memberi pendedahan , sharing knowledge . Tiada unsur paksaan untuk sign borang .

Medical card Mahal atau murah ?

Selalu orang ramai akan kata tak nak ambil medical card sebab mahal . Itu semua persepsi yang datang dari kuasa poket seseorang . Kalau mampu , memang tak akan kata mahal . Betul tak .

Sebenarnya bukan kuasa poket yang tentukan murah atau mahal medical card sebaliknya “mind set” kita sendiri. Kita rasa belanja RM50 , 70 , 100 , 120 , 130 , malah 200 sebulan untuk medical card adalah mahal . Tanya diri sendiri andai kata wang tersebut disimpan secara tetap di bank  , banyak atau sikit. Wang yang sama jika dibawa ke pasaraya banyak atau sikit ?

Jika berlaku kesakitan , penyakit dan bawa diri ke hospital swasta , kena bayar dengan wang poket sendiri ribuan ringgit masa tu barulah boleh kata RM3000 , RM14,000 , RM3000 adalah jumlah wang yang banyak . Wang ini pua tak akan kembali lagi. Tahukah juga bahawa jika ke hospital kerajaan , sekalipun percuma jika ada GL kerajaan , andai kena masuk besi dalam badan kena bayar sendiri. Sekeping besi sahaja sudah cecah ribuan ringgit.

Tahukah bahawa , dengan hanya RM100 sebulan atau Rm200 sebulan …kira kira RM2400 setahun sudah boleh menjimatkan wang simpanan anda ! semua kos perubatan ditanggung oleh kad. wang simpanan tak terusik pun. Boleh guna untuk perkara lain .

Tahukah juga orang kaya kaya pun ada ambil medical card sebab merungut kos perubatan tinggi . Jadi kalau orang kaya yang ada wang ribuan ringgit, ratusan ribu duit poket pun terasa mahal kos perubatan , apatah lagi kita pacal pacal sekalian . Maka jangan anggap medical card untuk orang mampu ajer..sebenarnya ia untuk orang tak mampu !

AKhir sekali , tahukah jika ada kad dan pernah guna kad especially melibatkan kos pembedahan ribuan ringgit  tuan tuan sekali tak akan sesekali melupakan caruman medical card. Malah akan menggalakkan rakan rakan dan kenalan supaya ada juga medical card !

kalau nak sembang . sapa sapa saja boleh sembang.
kalau nak tolong .. sapa sapa saja boleh tolong
kalau nak tolong bab duit .. fikir2 sapa yang boleh tolong
kalau dah fikir … buatlah keputusan wajar . 
kalau dah wajar .. tak akan menyesal punya !

MEDICA 2015 dan SMARTMEDIC 200

Medica2015 dan smartmedic200

  • both adalah produk daripada Maa takaful
  • both medical card
  • both boleh diambil secara stand alone
  • both ada manfaat bayar bil perubatan
  • Smartmedic200 adalah produk terdahulu
  • Medica2015 produk terbaru
  • Smartmedic200 boleh diambil dalam takafulink ( investmentlink ) sebagai rider tetapi di saat post ini ditulis , medica hanya stand alone . Belum boleh ambil dalam takafulink
  • medica2015 jauh lebih baik daripada smartmedic sebagai medica ada penambahbaikan
  • tiada langsung ko takaful dalam medica , tetapi smartmedic ada ko takaful bagi yang dibawah 16tahun.

Saya secara automatik akan mencadangkan medica2015 kepada pelanggan.

Sumbangan Jangka Masa Panjang majikan

sebagai majikan , ambillah medical card stand alone untuk pekerja anda. Andai kata mereka telah berhenti kerja sekali pun , medical card mereka boleh diteruskan lagi. Inilah yang saya maksudkan sumbangan jangka masa panjang. Tuan sebagai majikan , telah memberikan mereka sesuatu yang berharga .

Semasa mereka di bawah syarikat , daftar mereka secara individu . Tuan sebagai majikan bayarkan caruman untuk mereka. Caruman stand alone tidak tinggi seperti investment link . Tuan cuma bayar portion untuk medical card sahaja . Pendaftaran isi borang secara individu tetapi bayaran pihak tuan yang buat. Tuan boleh bayar sekaligus setiap bulan untuk setiap pekerja. Better bayar advance 3 bulan supaya tidak timbul isu lapse.

tips daripada saya , jika tuan setuju bayar 100% caruman mereka itu sangat terbaik . Jika tuan rasa , kompeni tidak mampu 100% , kurangkan kepada 75% dan 25% lagi daripada gaji pekerja, potongan wajib . Masukkan dalam terma dan syarat bekerja.

Tuesday, May 19, 2015

Medical Card Untuk Pekerja ?

Saya sangat menggalakkan supaya majikan mempertimbangkan agar mengambil medical card untuk pekerja mereka. Cadangannya daripada saya ialah ambil plan paling terendah dan biarlah secara individu macam Plan Medical Card Maa Takaful MEDICA2015 .

Manfaat diterima oleh pekerja sama sahaja dengan plan sedia ada . Tiada bezanya. Sebagai majikan anda telah membuat keputusan wajar . Andai kata pekerja telah berhenti sekalipun , bekas pekerja anda masih boleh meneruskan medical card ini . Dia bayar sendiri selepas berhenti dengan tuan ( majikan) . Walaupun mereka tidak bekerja dengan tuan , tetapi mereka tetap dapat memperbaiki kehidupan ke arah lebih sihat sebab masih boleh mendapat rawatan dengan kad perubatan . Anda sebagai majikan sangat prihatin.

Majikan biasanya  memberi manfaat kesihatan kepada staf mereka sahaja. Staf berhenti maka manfaat kesihatan juga dihentikan. Amat malang bagi staf yang telah diberhentikan sebab mereka cuti sakit dalam tempoh yang lama . Perkataan lebih kasar , staff yang sakit lama sangat hanya membebankan majikan . Tiada manfaat kepada organisasi lagi . Maka staf begini akan diberhentikan.

Tidak salah beralih kepaa plan secara individu berbanding “bundle” seperti diamalkan oleh kebanyakan majikan.

Jangan Bergantung Penuh atas manfat kesihatan oleh Majikan Kita

kad oleh kompeni tempat kerja bagus. Tetapi sejauh manakan perlindungan diberikan . Jadi para pembaca budiman , kajilah jenis perlindungan , kadar , bilangan dan segalanya tentang medical benefit yang diberikan oleh majikan . Bukan apa , nanti kita salah faham dan akhirnya terpaksa menanggung sendiri kos lebihan . Biasanya begitulah , kompeni akan berikan secara terhad .

Walau sebagus mana sekalipun manfaat kesihatan oleh majikan , wajib kita beringat bahawa kita hanya ditanggung selagi mana menjadi salah seorang daripada mereka / kompeni / organisasi terbabit . Selepas kita berhenti atau diberhentikan , maka perlindungan kesihatan juga dihentikan. AMATLAH MALANG , jika kita perlukan medical card selepas itu tetapi ditolak oleh semua kompeni insurans dan takaful . Sebabnya kita sudah termasuk dalam kumpulan tidak layak memohon lagi.

Maka beringatlah , walaupun sudah ada manfaat daripada majikan MEDICAL CARD persendirian wajib ada. Jika kurang bajet , maka pilihlah MAA TAKAFUL sebab medical card MEDICA2015 adalah stand alone maka carumannya rendah . Nak rendah lagi pilih pula plan paling rendah . At least MEDICA2015 menjadi backup kepada manfaat kesihatan kompeni .

biarlah berita di bawah berbicara lanjut untuk pembaca hayati.

medical card Maa Takaful

Friday, May 1, 2015

Takaful Education.. Manfaat tambahan

Kita nak menyimpan wang untuk anak anak .. apa kata sambil menyimpan , kita berikan perlindungan takaful nyawa kepada mereka. Tambahan pula ada beberapa manfaat tambahan yang sangat berguna dalam takaful education.

Secara asasnya , takaful education ini ada takaful nyawa + saving . Tapi saya nak bagitau , di Maa Takaful ada manfaat tambahan  . Saya wajibkan manfaat tambahan ni kepada client saya sebab berguna sesangat.

Payor Benefit
Pengecualian caruman sehingga polisi matang andai pencarum ( ibu/bapa) meninggal dunia @ Hilang Upaya Kekal dan Keseluruhan atau diagnosa menginap salah satu 46 jenis penyakit kritikal .

Ini bermakna polisi takaful education masih ada dan tak perlu bayar caruman lagi sebab segala caruman ditanggung oleh Maa takaful.

saya terfikir nak wujudkan kamus istilah

nanti jika saya ingat saya akan buatkan satu pos khas sebagai rujukan istilah yang diguna pakai dalam insurans dan takaful . InsyaAllah .

macam rider , cash value , surrender value , endowment , whole life , term insurance dan sebagainya .

Hubungi Saya .. telefon , whatsapp , email

whatsapp-logo

email zampairul

Thursday, April 23, 2015

Sila tinggalkan komen

Kami memohon jasa baik agar dapat memberikan komen , pandangan , nasihat , teguran dan cadangan agar dapat memberikan info dan seterusnya menjadikanya sebagai penambahbaik posting akan datang. Kerjasama daripada pembaca sekalian sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih . Oleh itu sila komen di posting ini atau boleh email saja kepada zampairul@gmail.com 

 komen

Friday, April 17, 2015

Takaful Education

takaful education ini untuk anak anak kita. Kita buat simpanan untuk mereka sebagai tambah nilai. Sebenarnya kita melindungi mereka dalam takaful . Perlindungan insurans nyawa bak kata konvensional .

Kita ambil takaful education di Maa Takaful , ada takaful nyawa  dan saving . Matang apabila usia anak kita 25 tahun . Matang ini bukan bermakna dah matang baru boleh ambil wang .. kita boleh ambil bila bila masa sahaja. Cuma polisi education akan tamat apabila usia anak 25 tahun nanti . Sepanjang masa anak kita membesar kita dah lindungi hidupnya dengan takaful. Kita boleh juga masukkan medical card sebagai “rider” dalam takaful education ini . Nah sekarang kita ada takaful nyawa + medical card + saving.

nak tahu Maa Takaful ada tawarkan rider paling berguna ..yang terbaik dan saya sangat sukakannya sampaikan semua client saya , saya wajibkan ambil rider ini .

  1. Payor benefit : Bapa/ ibu ditimpa salah satu 46 jenis penyakit kritikal @ hilang upaya kekal @ meninggal segala caruman polisi takaful education anak tak kira berapa pun jumlah annually : tak perlu bayar lagi sebab dah dilangsaikan sehingga polisi matang.
  2. Spouse benefit : Pasangan Bapa/ ibu ditimpa salah satu 46 jenis penyakit kritikal @ hilang upaya kekal @ meninggal segala caruman polisi takaful education anak tak kira berapa pun jumlah annually : tak perlu bayar lagi sebab dah dilangsaikan sehingga polisi matang.

Demam Denggi Boleh Guna Medical card

ya.. benar.. memang boleh guna medical card. Jadi apa tunggu lagi sebab sekarang ini tak kira di mana kita berada dan setiap masa kita terdedah kepada gigitan nyamuk aedes pembawa virus untuk demam denggi . kalau dah kena , seminggu jugalah kita di hospital . Untung ada kad boleh juga merasa di hospital swasta.

demam denggi aede Maa Takaful medical card medica2015 (1)demam denggi aede Maa Takaful medical card medica2015 (2)demam denggi aede Maa Takaful medical card medica2015 (3)demam denggi aede Maa Takaful medical card medica2015 (4)

MEDICA2015  : Medical card MAA TAKAFUL .. terbaik sebab murah di pasaran.

Thursday, April 16, 2015

Rebutlah peluang sekarang..

saya gesa rebutkan peluang untuk memiliki medical card sekarang sebab andai dah jatuh sakit nanti sudah terlewat. 100% permohonan kita ditolak. Medical card hanya terima mereka yang sihat walafiat sahaja.

Jika kita rasa kita sihat dan tak ada penyakit disebabkan gaya hidup sihat, jangan begitu .. sebab kita boleh sakit dengan pelbagai cara . Cara paling mudah ialah akibat kemalangan termasuklah jatuh tangga , bilik air , dihempa pokok . Paling mudah terdedah ialah kemalangan jalanraya dan di tempat kerja. Kes kemalangan Maa Takaful bagi jaminan akan cover dalam tempoh 24jam selepas kad kita diaktifkan sahaja. hari ini apply esok dah boleh guna kad. MALANG TIDAK BERBAU .. tetapi .. medical card depan mata boleh cium jika ada!

Kita jangan fikir ada simpanan , ada kwsp ada asb jadi bila sakit boleh guna wang tersebut. Tahukan wang tersebut bila dah guna tak boleh kembali . Sebaliknya kalau ada kad ini , simpanan tak usik pun.

KENAPA BOLEH MENYIMPAN TETAPI TAK BOLEH NAK BERJIMAT !

Wednesday, April 8, 2015

GST oohh GST

MEDICAL CARD dikenakan GST oleh kerajaan. Jadi sila tambah GST 6% dalam caruman stand alone medical card kita. Bagi pemegang polisi sedia ada ( stand alone) , sila adjust semula caruman anda andai dibuat secara online banking terutamanya yang buat periodically payment ( auto payment / auto debit) .

Harap maklum.

Saturday, March 14, 2015

Ilmu disampaikan vs wang.

suka untuk saya maklumkan bahawa .
saya suka berkongsi ilmu dalam takaful ini seperti kepentingan dalam kehidupan kita seharian .
Saya selalu mementingkan perkongsian pengetahuan dengan harapan orang ramai mendapat ilmu sebelum membuat keputusan dalam memilih plan takaful terbaik . 

"Closing" bukan matlamat utama saya tetapi ilmu yang disampaikan adalah fardu kifayah kepada saya disebabkan saya adalah graduan dalam bidang aktuari ( insurans/takaful) selepas itu pasti datang rezeki dari mana-mana pintu .Itulah pesan para guru/pensyarah saya dulu.

Maka dengan itu tuan/puan sekalian janganlah teragak agak bertanya pada saya sebab tiada niat saya akan menyeksa tuan tuan dengan follow up email , call , sms yang berterusan  .Sebaliknya saya akan menghormati privasi tuan/puan.

tuan tanya saya jawab. Saya tak tahu.. saya jawab tak tahu.
Tuan nak ambil takaful saya gembira walaupun dengan agen  / kompeni lain . Yang penting tuan ada takaful.
Tuan bagi saya peluang untuk membantu dalam mendapatkan takaful … itu satu penghormatan untuk saya.

MEDICAL CARD : MEDICA2015 BAYI & KANAK KANAK

Posting kali ini nak tunjukkan kadar caruman bagi stand alone medical card maa takaful melalui produk barunya iaitu MEDICA2015 .

Kebaikan :-

  1. Boleh ditawarkan secara stand alone
  2. Ada elaun hospital kerajaan
  3. Sedikit wang untuk Khairat kematian RM5,000 walaupun ini produk stand alone
  4. Pemohon boleh dapatkan pengecualian cukai sehingga RM3,000.
  5. Yang paling saya suka . Tiada ko-takaful.
  6. Boleh join seawal usia 30 hari .
    • Tapi tak perlu tunggu usia 30 hari baru nak apply . Boleh apply sebelum 30hari dan secara automatik perlindungan bermula hari ke 3o kelahirannya
  7. Penurunan kadar caruman dengan drastik apabila usia 6 tahun. Sila rujuk jadual.

medica2015 bayI

Pujuk diri sendiri.. tukar pemahaman peri penting kad perubatan

kalau kita nak dapatkan khidmat rawatan di hospital swasta.. Maka kita wajar dapatkan Kad perubatan . Orang ramai bukan tak tahu istimewa kad perubatan dan keperluannya . Apabila kita berada dalam ‘comfort zone’ memang sukar untuk kita beralih atau mencuba sesuatu yang lain pula. Maksud saya kita sihat sokmo dan percaya susah nak jatuh sakit sebab sejarah kesihatan keluarga yang tip top , rajin bersukan atau sentiasa lakukan perkerjaan yang memerah keringat dan peluh. Percayalah ada seribu satu cara untuk kita jatuh sakit. Tak semestinya amalkan gaya hidup sihat kita tak akan sakit. Tak sakit tak perlu ke hospital , tak perlu kad perubatan. Kita boleh sakit dan perlukan doktor dan wad dan ubat-ubatan dan senyum manis doktor dan jururawat. Tak perlu kena penyakit ajer tapi mungkin daripada kemalangan jalanraya ,kemalangan di tempat kerja macam tersepit machine , kena pisau di dapur , parang di kebun , dikejar disengat tebuan-penyengat-lebah-labah-lipan . Mungkin juga sebab binatang kecil lain yang besar kesan buruk ke atas tubuh badan .Macam ular , sekenit , tungau , kutu babi . Ada lagi satu binatang , orang yang ada ilmu kebal sekalipun tak dapat nak kebalkan diri juga. Nyamuk Aedes !

Di sini saya mengajak agar kita fahami keperluan untuk kad perubatan sebab kita tidak mampu sihat sejahtera selalu . Perlindungan daripada kad perubatan boleh melindungi kita dari segi kesihatan tubuh badan dan perlindungan daripada menggunakan wang simpanan. Justeru itu ini boleh memberikan kesejahteran pada seisi keluarga.

Tuesday, March 10, 2015

Kisah sedih mereka …tak dapat guna wang KWSP.. socso

 

ini adalah rintihan beberapa individu yang ditimpa kesusahan akibat sakit kronik dan mereka berharap dapat menggunakan wang daripada beberapa sumber.

http://aizahkaman.blogspot.com/2015/03/itu-hak-kami.html

Wednesday, January 14, 2015

Bolehkah bayi ambil kad kesihatan

ya.. boleh.
perlindungan kepada mereka bermula apabila berusia 30hari . tak perlu tunggu setahun baru boleh cover. Maa Takaful sanggup lindungi sedari 30 hari usianya.
Pun begitu tak perlulah nak tunggu si dia berusia 30 hari baru nak apply. Kita boleh apply awal daripada itu. Hari kelahirannya dah boleh apply. Day 1. Kita key in data awal tetapi polisi untuk si bayi akan bermula ngam ngam pada hari ke 30 usianya.
medica card terbaru maa Takaful .. MEDICA 2015 diambil secara stand alone. Paling best TIADA KO TAKAFUL untuk bayi. Seronok bukan . !!!

untuk orang tua.. paling last usia 65 tahun

teruskan bacaan berkaitan CARUMAN BAYI & Kanak Kanak

Polisi Auto Renewal

ya ..polisi kita auto renewal .. lagi best nak dengar.. GUARANTEE RENEWAL .

Dijamin andai kita jelaskan caruman up to date .
Dijamin walaupun kita pernah claim berpuluh ribu sebelum ini
Dijamin asalkan kita masih berusia bawah 80 tahun
Dijamin sebab Maa Takaful yang kata begitu .

nuat masa ini usia untuk join takaful ialah
minima 30 hari
maksima 65 tahun.

usia warga emas memanglah tinggi carumannya .. tapi setinggi tinggi caruman untuk mereka, kos rawatan mereka jauh lebih mahal. Anggap saja kita bayar RM4k setahun untuk dapatkan rawatan bernilai puluhan ribu setahun. Warga tua boleh dikatakan lebih kerapa masuk hospital maka kos rawatan mereka pun tinggi. Apalah sangat RM4k setahun kalau dapat bil RM50k ????

Bagaimana nak guna kad kesihatan

  1. mestilah guna di hospital sahaja. Tak boleh guna di pam minyak atau “ touch and Go” port. Juga tidak boleh guna di tesco mahupun giant.
  2. Hanya boleh guna untuk rawatan yang perlu dimasukkan ke dalam wad. Maknanya perlu stay wad. outpatient tak boleh guna kad !!! ..Psss… masuk wad bukannya semalaman cuma 6 jam minima ajerrr.
  3. Boleh guna di hospital swasta yang menjadi panel kepada Program takaful kad kesihatan Maa Takaful.  Jika bukan hospital panel kad kesihatan Maa Takaful .. bayar sendiri kemudian buat reimbursement dengan Maa Takaful. ( proses reimbursement dalam posting lain).
  4. So.. kalau ditakdirkan kita masuk bukan hospital panel , bayar dulu dan claim kemudian hari. Maka jangan risau , claim anda akan dilayan !
  5. OK.. pergi hospital tunjuk kad pabila kena admit.
    kaunter akan periksa validity kad  . sebab tu kita kena pastikan payment up to date.
    kaunter kata ok .. kita proceed masuk wad.
    Hari dicharge , dapat form utk sign keluar ajer. Payment bil telah dijelaskan oleh Maa Takaful. Cashless.
  6. Andai tak bawa kad , hospital boleh semak dengan guna ic kita. Dun worry ok . Lagi satu .. maa Takaful bersedia menerima panggilan telefon drpd pihak hospital 24 jam seminggu. Sebab database pelanggan boleh diakses oleh hospital melalui operator 24jam seminggu. Maka nak kena masuk wad 3 pagi pun tiada masalah untuk pihak Maa Takaful keluarkan GL( guarantee letter) kepada hospital berkenaan.

Kenapa perlu pilih hospital swasta

antara sebab mudah dalam menjawab soalan tajuk posting

  1. rawatan lebih cepat
  2. tempoh menunggu dalam semua urusan dipendekkan .
  3. suasana aircond
  4. mesra pelanggan
  5. sakit lebih cepat dirawat , maka lebih cepat hilang sakit.
  6. wad yang tidak sesak dengan pesakit lain. Tambahan pula kalau dapat tinggal dalam bilik seorang diri ajer

jika anda muda caruman murah

medical card maa takaful memang murah jika anda masih muda. bawah 30 tahun x sampai RM100 sebulan.

kartun medical card : bila bil menjelma

humor