Followers

Thursday, October 21, 2021

Medical card baru

 Zurich Takaful kini memperkenalkan priduk medical card terbaru . MEDIC PRO namanya.. Ternyata ia lebih baik daripada medical card sebelum ini. Beberapa manfaat baru diperkenalkan manfaat sedia ada juga ditambah atau dinaikkan had . 


Call utk bantuan penerangan percuma.

Whatsapp juga boleh ..0136061652



Monday, July 1, 2019

Mendaki Gunung Bintang .. apa yang perlu .

Takaful PATINA daripada Zurich Takaful .. sesuai untuk bagi anda yang meminati aktiviti mencabar fizikal . Sudah semestinya para pendaki sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko antaranya kemalangan seperti jatuh dan luka , luka dan patah , patah dan pengsan , kematian . Risiko lain pula ialah AMS – acute mountain sickness yang memang boleh berlaku kepada pendaki baru dan lama juga. Tidak kurang juga risiko diserang binatang seperti beruang, harimau , gajah , babi dan yang jenis terbang seperti lebah , tebuan tanah , penyengat. Oleh itu , musibah ini namanya kemalangan . Oleh kerana ia kemalangan , maka takaful kemalangan diri sangat berguna.


baiklah .. berikut adalah sedikit info tentang pendakian jalur gunung bintang, kulim kedah.

Di sini memang sekian lama menjadi pintu masuk untuk mendaki Gunung Bintang. Para pendaki perlu meletakkan kenderaan samada di kawasan hutan lipur , tanah persendirian , rumah kenalan mahupun di perkarangan masjid.

Guider
Namun begitu , usah khuatir jika anda sememangnya menggunakan khidmat guider tempatan , maka soal meletakkan kenderaan perkara mudah sahaja. Guider ( adam ) ada sediakan tempat letak kereta di rumahnya sendiri  . keistimewaan sampingan ialah , rumah adam ada sungai . Oleh itu para pendaki tiada masalah untuk membersihkan badan sesudah tamat xpdc nanti .

Permit.
memandangkan ini adalah kawasan jajahan pejabat perhutanan , maka ada baiknya kita minta izin terlebih dahulu . Urusan permit boleh berhubung terus dengan jabatan perhutanan . Boleh juga hubungi kami untuk uruskan pada pihak anda ( kadar caj dikenakan ) . Ambil saja guider adam sebab akan pakejnya berserta urusan permit .

laporan polis.
ini bukan report polis . Ia sekadar pemberitahun kepada pihak polis yang terdekat . Makluman akan dibuat di balai polis Sungai Kob . Balai ini yang paling dekat , 15KM .. pergi dan balik dah jadi 30KM . Butiran peribadi pendaki yang penting mesti didedahkan ialah nama penuh , alamat semasa , no pengenalan , no telefon sendiri,  no telefon kecemasan .

4x4 transfer

ada pendaki yang mahu berjimat maka jalanlah kaki sejauh 5km `1 jam mendaki dan jalan kaki juga apabila pulang nanti . Sangatlah disarankan untuk ambil saja khidmat teksi 4x4 ini untuk hantar dan jemput anda di garisan mula. Jarak perjalanan untuk ke trail head sudah 5km iaitu kira-kira 1 jam berjalan kaki tanpa henti . Bayangkan berapa banyak tenaga telah dibuang sedangkan pendakian sebenar belum pun bermula.

Kadar Bayaran
Kadar bayaran adalah subjektif. Jika penulis letakkan sekarang , nilai ini mungkin tidak “reasonable ’ 4, 5 tahun lagi . Oleh itu ada baiknya berbincang lanjut dengan para guider. Sebabnya para guider yang biasanya akan aturkan untuk pendaki .

BERMINAT ?

HUBUNGI 0136061652 – adam

Thursday, April 4, 2019

come and join us as a Teammate

once upon a time we were known as an agent. Nowadays lets call us a wealth planner .

why join us ( ZUrich Takaful )
1- comprehensive products .. sell at ease .
2- monthly bonuses by company , or by agency
3- Friday is payday!
4- well known and an established company . Zurich is round the globe.
5- cooperative teammate.

Tuesday, January 8, 2019

Bolehkah baby ambil takaful

ya ..semestinya boleh malah ada beberapa jenis produk takaful yang sesuai untuk bayi .  Kesemua produk saya sebutkan di bawah ini boleh diambil seawal usia bayi 30hari. Tak perlu tunggu usia 30 , usia sehari pun boleh untuk kita cepatkan proses pendaftaran bayi kita. Supaya polisi berjalan / inforced dengan segera iaitu sebaik sahaja usianya 30hari.

  1. buatkan plan education.
    apabila usia bayi sekitar 18tahun , sambil lindungi takaful ada unsur saving untuk bayi . Semasa nak lanjutkan perlajaran ke universiti sudah ada simpanan untuk dia.
  2. lindungi bayi daripada masalah kesihatan. Iaitu dengan cara mendapatkan rawatan cepat dan sebaik mungkin untuk bayi sehingga dewasa. Gunakan medical card , ambil MEDICA2015 di zurich takaful ini .
  3. Bayi kita sentiasa terdedah dengan risiko kecederaan dan kemalangan . Jatuh sini sana macam buaian , tangga , koridor , basikal  , motorsikal dan sebagainya. Kemalangan terhantuk dashboard kereta semasa impact salah satu penyumbang kepada statistik kecederaan parah kepada bayi. Ini sebab kebanyakan para ibu bapa tidak meletakkan anak kecil dalam kerusi khas. Pada masa yang sama , ibu bapa berada di kerusi hadapan .  Maka takaful kemalangan diri sesuai untu perkara sebegini.

kesimpulannya Takafulink untuk cover nyawa dan saving , medical card bagi kes kesihatan dan akhir sekali kemalangan diri untuk kes musibah .

takafulink
MEDICA2015 .2016
PATINA2016

sudah berapa lama saya dalam takaful

Kalau dikira berdasarkan posting pertama saya dalam blog ini ialah pada 31 ogos 2010.  Hari ini sudah 2019 .. bermakna sekurangnya saya sudah nak masuk 9 tahun dalam takaful.Walaubagaimanapun  , saya sebenar terlibat lebih awal cuma saya mula menulis dalam blog hanya pada 2010.

yang pasti saya sudah lebih dari 10 tahun . Semoga saya terus dapat bertahan dan memberikan perkhidmatan untuk semua orang.

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara

kalau nak tulis 5 perkara tu .. anda tentu sudah sedia maklum .

ambil takaful ada kaitan dengan 5 perkara di atas

hidup sebelum mati … Hanya orang hidup ambil takaful bekalan untuk waris masa dia mati .

lapang sebelum sibuk … kita jangan jadikan alasan sibuk dengan urusan harian sampai tak ada masa nak bersama agen takaful.

sihat sebelum sakit ….. Ingat .. mana2 kompeni takaful dan insurans ada prosedur khas kalau nak terima kita sebagai pelanggan. Biarlah sehebat mana promosi daripada para agen dan kompeni takaful / insurans .. Namun salah satu syarat utama untuk ambil polisi ialah SIHAT SEBELUM SIGN !!!

aktif 2019

jika dilihat pada posting saya di blogspot ini agak jarang update. Namun sukahati dimaklumka bahawa saya sentiasa aktif untuk kekal dalam bidang ini . Facebook saya sentiasa update berkenaan takaful , perihal produk baru , amalan wajar dan sebagainya .

Tahun 2019 masih awal namun beberapa produk terbaru dilancarkan sekitar suku ke-4 tahun 2018 .

Takaful sure cover
Takaful senior Gold
Takaful MUMTAZ


3 takaful di atas tidak memerlukan sebarang medical check up malah jika sudah ada penyakit anda tetap diterima.

Monday, December 24, 2018

TRAVEL INSURANCE

post kali ini nak cakap , apabila kita terfikir untuk dapatkan takaful  / insuran travel . Maka ada baiknya juga jika kita usahakan lindungi diri kita 24jam selama 365 hari setahun terhadap kemalangan .

saya gesa , ambillah takaful kemalangan diri . personal accident. Di zurich takaful namanya ialah PATINA2016. Plan kemalangan diri ini pampasan bermula serendah RM50,000 sehingga RM1,000,000 pun boleh.

Kemalangan tu jangan pula kita anggap limited kepada accident jalanraya ajer . Sebaliknya definisi kemalangan ni lebih luas dalam kontek takaful dan insurans . Jatuh tangga , dipatuk ular , tersadung kaki , jatuh bilik air sebab licin , jatuh kerusi , jatuh longkang , kena paku semasa bertukang  , cedera semasa bersukan . Itu semua kemalangan .

caruman bulanan  kemalangan diri amat rendah berbanding plan takaful dan insurans lain . Tak percaya . Bayangkan dengan tidak sampai RM20 sebulan bagi yg usia 30an  dah boleh dapatkan pampasan RM50,000 . Kalau mati biasa ( semulajadi ) bukan kemalangan pun masih ada pampasan .

Nak tahu lagi , selepas 2 tahun , kita akan dapat diskaun caruman sebanyak 20% . walaupun kita pernah claim , 20% tetap dapat . 

MUMTAZ

PRODUK TERBARU DI ZURICH TAKAFUL IALAH

MUMTAZ

KITA BUATKAN SAVING DAN PERLINDUNGAN TAKAFUL
ADA PULANGAN 18% , 38% DAN 48% DARIPADA NILAI SAVING TU .
BEST SEBAB KITA BAGI KOMITMEN HANYA 8 TAHUN TETAPI BENEFIT KEKAL SAMPAI 16TAHUN

Saturday, November 24, 2018

Peta Sungai Sedim

peta sungai sedim .

gunakan waze atau google map .
scroll down page ini sampai bawah .
boleh juga hubungi 0136061652 melalui whatsapp dan anda akan diberikan location.

takaful sakit apa pun boleh ambil

ya.. sudah ada di pasaran daripada zurich takaful … dah ada sakit apa pun dijamin boleh diterima.

  1. asalkan usianya 35 ke atas ( RM75 sebulan )
  2. asalkan usianya 50 ke atas ( RM50 sebulan )

Saturday, October 20, 2018

Kenapa Perlu Medical Card

Kalau tak pernah sakit , memang tak pernah la dapatkan rawatan di hospital .
kalau pernah ada keluarga @ kenalan yang sakit , perlukan rawatan tapi kita tak dapat bantu .
kalau selama ini tak tahu macam mana penat , mengantuk , bosan dengan prosedur masa mendapatkan rawatan di hospital awam  .

selagi itu kita tak terdetik untuk ambil medical card secara serius.
medical card kena ambil awal beberapa bulan atau tahun lebih awal daripada detik kita tahu kita ada penyakit itu ini .

penyakit kanser.. kena ambil awal..lebih dari setahun lebih awal. Jika kita ambil baru 6 bulan , pihak insurans , takaful boleh jadi ragu-ragu samada kita sengaja menyorokkan fakta ini semasa mohon dulu. Hatta kita sememangnya tidak tahu pun ada kanser masa apply dulu. Biasanya pihak insurans akan kaji dulu.

Sunday, September 2, 2018

diskaun medical card

Medical card Zurich Takaful ada NCD diskaun 20% setiap tahun .

Usia anak 6 hingga 15 tahun .. sekitar RM53 .

diskaun NCD 20% tinggal RM43 sebulan .

cover RM100k setahun .
unlimited seumur hidup .
bil dibayar seperti dicaj

andai mati , ada juga RM5000 sebagai khairat.

Thursday, May 3, 2018

Insurans atau takaful .. sebenarnya sama

ya.. insurans dan takaful sebenarnya sama dari segi fungsinya.
di negara kita sahaja , Bank Negara ajer yang kenalkan Takaful bagi menjamin kpd rakyat bahawa institusi insurans islam yang di pasaran adalah mematuhi syariah . Agar umat islam negara ini tidak keliru samada islamik atau tidak insurans tersebut .. maka diwajibkan semua insurans islamik pakai TAKAFUL .. sebab itu anda perhatikan semua kompeni takaful , ada perkataan takaful .

oleh itu , anda sebagai pengguna , bakal pemilik takaful , bakal pemohon , bakal dilindungi takaful jangan risau , jangan khuatir , jangan was was lagi .. negara kita dah lama dah ada syarikat insurans islamik ..iaitu yang TAKAFUL .

Maa Takaful
zurich Takaful
Great eastern takaful  dan sebagainya

Wednesday, February 28, 2018

duit BRIM dan takaful

dapat duit BRIM umpama rezeki tepi .

jadi cubalah gunakan dengan sebaiknya . antaranya ambil takaful utk warga emas RM50 sebulan

kalau utk yang muda mudi boleh belikan takaful untuk mak ayah ( takaful senior gold )

kalau untuk diri sendiri , ambil personel accident . bulanan tak sampai RM50 ..ada yang rm30 ajer sebulan .
yang bujang tu , ambil duit BRIM dan gunakan utk takaful ni .

Duit BRIM ..gunakan sebaiknya

Psssss... makcik pakcik abang kakak dapat duit BRIM tu nak double tak ? RM50 jer sebulan boleh tak utk ------>

mai mencarum dalam takaful utk warga emas walaupun dah ada penyakit . Pampasan kematian berbelas ribu @ puluh ribu kalau sebab kemalangan .

dapat duit BRIM tak kaya , Mencarum dalam takaful tak kaya juga tapi boleh kaya dengan pahala dan mudahkan waris !

Takaful Senior Gold .. Zurich Takaful.

Tuesday, February 27, 2018

Khairat Kematian Cara konvensional VS cara takaful

Bercakap pasal khairat kematian rata-rata antara kita tahu ianya adalah secara sukarela dan diberikan kepada waris kita setelah kematian kita. Itupun jika kita adalah pesertanya. Selalunya yuran bagi khairat kematian ini pada kadar rendah seperti RM5 @ RM10 sebulan sahaja. Faedah khairat kematian itu sendiri selalunya sekitar cukup bagi menguruskan hal ehwal pengebumian jenazah mengikut peredaran masa.

Bayangkan anda ada takaful yang mampu berikan khairat kematian lebih daripada kos pengurusana jenazah . Waris anda secara umumnya akan uruskan jenazah anda dengan wang yang ada di tangan dahulu sebab mempercepatkan urusan pengebumian adalah sesuai dengan tuntutan agama islam . Selesai pengebumian maka para waris boleh uruskan tuntutan takaful . Tahukah anda bahawa bagi jenazah islam pihak takaful sedaya upaya akan mempercepatkan urusan pembayaran pampasan . Selalunya kadar pampasan adalah setimpal dengan apa yang dicarum selama hayat si mati.

Untuk warga emas , yang berusia 50 dan ke atas , pampasan kematian yang lebih tinggi daripada khairat kematian . Bulanan serendah RM50 sudah boleh dapat pampasan yang tinggi daripada kos pengebumian jenazah . Itu bagi kematian biasa ( sakit) , jika mati disebabkan kemalangan , jumlah pampasan 5kali ganda!

mana anda pilih , khairat kematian dalam RM2,000 @ pampasan kematian utk waris RM15,000 @ RM45,000 jika mati kemalangan.  Inilah Plan Takaful Senior Gold daripada Zurich Takaful.

Tuesday, January 30, 2018

Hubungi saya

MEMBANTU :MEMAHAMI :BERETIKA
konsultan Zurich Takaful
0136061652 – ZAM ..
seantero malaysia

cara meringankan beban kematian orang tua kita

caranya dengan ambil takaful ke atas ibu bapa kita terutamanya berusia 50 dan ke atas. Pampasan diberikan kepada kita atas kematiannya . RM50 sebulan . Semasa apply kita letakkan nama kita sebagai penerima pampasan .
Wang pampasan itu bolehlah kita guna utk uruskan hal ehwal kematian ibu bapa kita.

Kalau mati disebabkan kemalangan  5kali ganda pampasan dibayar kepada kita!

cover balik duit urusan jenazah
cover balik duit urusan kenduri kendara
cover balik duit bayar hutang arwah tak banyak sikit pun syukur !


Plan untuk orang tua namanya Takaful Senior Gold.
Penyakit sudah ada ? tak ada masalah . Khas untuk warga senior penyakit kita tolak tepi , janji mohon !

Wednesday, January 24, 2018

Jangan kata mahal , katakan perlu

jika terasa sebulan bayar mahal sangat untuk takaful maka ayuh kita ubah pula cara kita melihat takaful itu sendiri.

RM180 sebulan untuk medical card dan takaful nyawa atau untuk cancer care pasti rasa mahal .. ya ada saja mereka yang berfikiran begitu . Oleh itu saya mengajak untuk fikir situasi di bawah ini pula.

Hari ini bayar RM180 sebulan rasa mahal , ambil masa lama untuk selesaikan, kekadang missed.
Hari ini doctor minta sediakan RM10,000 , RM25,000  , RM60,000 bagaimana ????

pampasan takaful sebagai cara membayar hutang arwah

saya selalu menggalakkan kalian untuk berfikir dengan pelbagai sudut kenapa mesti ada takaful. Kali ini saya nak nasihatkan agar berfikir untuk melunaskan segala hutang kewangan arwah atau hutang kita sesudahnya kita mati.

Kita tentu berharap agar semua hutang kita dilangsaikan oleh waris sesudah kita mati. Bagaimana mungkin untuk waris menyempurnakannya jika tiada sumber kewangan yang mencukupi. Maka dengan itu kita mudahkkan waris kita dengan menyediakan dana bagi hutang hutang kita.

kita tinggalkan kereta dengan installment bank masih berbaki
kita tinggalkan peralatan ,perabot rumah dengan ansurans pada towkey kedai lagi.
kita ada ambil pinjaman dengan saudara mara, kawan dan orang tua.
kita ada berhutang dengan kedai baiki kereta , kedai runcit malah kedai makan.

Bagaimana dengan sumber kewangan waris.
Jika kita ada harta dan wang yang banyak ditinggalkan pada waris sekalipun , namun jika tanpa cara yang mudah dicairkan ….lambatlah hutang kita diselesaikan.

pampasan takaful nyawa, takaful kemalangan diri , takaful kesihata malah takaful cancer care masing masing ada sumbangan untuk waris anda !

Tuesday, January 23, 2018

Takaful Patina2016 ialah Kemalangan Diri ( PA)

bagi mereka ( LELAKI ) berusia 30 hingga 39tahun , Takaful kemalangan diri ( PA) serendah RM22 sebulan !
pampasan kematian RM50,000 . Jika mati normal ( bukan kemalangan ) juga diberikan pampasan !

RM22 sebulan
RM5.50 seminggu
RM0.78 ( sen sehari)

MURAHHHHHHH

Wednesday, January 10, 2018

Bajet tak Cukup tapi nak takaful

Jika anda ada masalah bajet tak cukup tapi hati semangat gilerrr untuk ada takaful .. Apa kata guna kaedah lain pula untuk pastikan dapat takaful juga.

caranya ?
Jadilah konsultan takaful !
nak tahu macam mana prosesnya…
hubungi saya !

Saturday, December 30, 2017

Takaful warga emas tapi berpenyakit

Untuk warga emas.. 50an dan ke atas jika sudah berpenyakit, masih boleh ambil takaful nyawa dengan Zurich Takaful .

Ambil produk yang dinamakan Takaful Senior Gold. Ini adalah insurans nyawa ( islamik) . Takaful nyawa ini akan berikan pampasan di atas kematian peserta( anda) . Pampasan ini akan diberikan kepada pihak penerima yang telah ditentukan oleh anda sendiri. Tidak semestinya satu penama, malah 2 penama pun boleh.

RM50 sahaja sebulan. Jika ambil RM100 sebulan maka pampasannya lebih tinggi. Begitulah seterusnya gandaan RM50 sahaja.
RM50,RM100, RM150…. RM450 , RM500 sebulan.

boleh buat caruman secara bulanan mahupun tahunan. 
BERBALOI … BERBALOI… BERBALOI

Sunday, December 10, 2017

Bajet Rendah tapi nak mula bertakaful

Jika anda ada bajet rendah , dan ada kesedaran , ada niat cuma tak jumpa dan tak reti nak pilih lagi ..

dengan itu teruskan bacaan anda. Saya nak share pendapat untuk mereka yang bajet rendah daripada biasa.

saya sangat sarankan mula dengan pelan pelan takaful kemalangan diri yang ada di pasaran . Semua kompeni menawarkan pelan ini . Harga pelan ini secara umumnya bagi semua kompeni adalah yang termurah yang ada di pasaran .

Zurich Takaful ada pelan kemalangan diri namanya PATINA2016 .
Dalam pelan ini ada pampasan itu ini . Antaranya

1- kematian biasa
2- Kematian akibat kemalangan
3- Elaun hospital
4- Elaun mc
5- Bayaran balik rawatan
6- Dan pelbagai manfaat lain .

Semua manfaat saya ceritakan di atas mesti dibaca bersama broucher rasmi PATINA dan secara rasmi terma dan syarat ada dalam buku polisi / cover note pelanggan.

Kesimpulannya , Takaful kemalangan diri adalah yang terbaik dan termurah di pasaran. Sesuai untuk semua golongan termasuk kanak kanak dan pelajar universiti , dara dan teruna dan orang perseorangan.

RM0.70 sehari .. mampu kan ! lebih murah daripada sepinggan nasi !

Saturday, December 2, 2017

Plan Takaful Warga Emas

Mak ayah sudah lebih dr 50 tahun.
Ambilkan takaful untuk mereka.
Pilih sebulan rm50@100@150....seterusnya hingga rm500 sebulan.
Lagi tinggi caruman, lagi tinggi pampasan.
Plan ini cover kematian biasa .
Plan ini cover pampasan berganda lebih tinggi mati akibat kemalangan.
At least ambillah ...RM50 sebulan ajer .
Parents dah ada penyakit boleh lulus.
Bukan auta tapi fakta.
Zurich Takaful (M) Berhad.
Plan ini namanya TAKAFUL SENIOR GOLD.
konsultant anda ( saya lah )
0136061652.
Letaklah nama anda sebagai pemohon bagi parent anda !
Hibahkan kepada diri sendiri sebab anda payor polisi mereka

zurich takaful Kulim warga emas

konsultan kulim

Zurich Takaful berhad .. Konsultan @ agen kawasan Kulim , pulau pinang , taiping , bandar bahru .
saya lah .. encik zam .. 0136061652

Friday, November 17, 2017

Inginkan Takaful + saving yang lebih memberangsangkan

Jika berniat untuk bertakaful dan pada masa yang sama berminat untuk menyimpan … Ya ada satu plan terbaik yang mungkin sesuai dengan anda.

Takaful Term 80

  • perlindungan selama 20tahun
  • usia bawah 46 ( last 45 tahun untuk join)
  • ada pampasan kematian
  • ada pampasan penyakit kritikal
  • elaun wad
  • ada saving dan return

    syarat lain , anda mestilah seorang yang bebas penyakit

sebagai contoh kajian kes , wanita 30 tahun usianya

Plan 1
pampasan penyakit kritikal RM100,o00.00
Pampasan kematian RM100,000.00
Pampasan kematian akibat kemalangan RM100,000.00
Nilai saving terkumpul boleh diambil (withdraw) .
RM1183.93 setahun @ RM98.66 sahaja sebulan . Jika dibanding dengan benefit yang ada dalam plan 1 ini  , caruman adalah dianggap yang termurah .

Thursday, November 16, 2017

TAKAFUL UNTUK USIA 50 DAN KE ATAS

bagi kita yang berusia 50 tahun dan ke atas ada takaful yang memang tengah hot walaupun masih baru dilancarkan oleh ZTMB – Zurich Takaful Malaysia Berhad.


  • Takaful senior Gold .
  • Perlindungan kepada warga malaysia yang berusia 50 hingga 90 tahun
    Tak perlu risau ada penyakit apa pun sebab dijamin lulus
  • Mahal ke , tidak mahal pun .. semurah RM50 sebulan atau maksima RM500 sebulan .
  • Pampasan diberikan kepada waris bagi kematian biasa dan akibat kemalangan . Akibat kemalangan pampasannya lebih tinggi.
  • Tahukah kita boleh mohon untuk diri sendiri , begitu juga anak boleh mohon untuk ibu atau bapa mereka.
  • Sudah ada penyakit , tiada masalah .
  • Money back 100% jika peserta meninggal dalam tempoh 2 tahun pertama. Kiranya pampasan sebenar diberikan jika meninggal selepas 2 tahun ambil takaful ini . Jadi tiada apa yang rugi !

Monday, May 15, 2017

Plan Medical Card Terbaik di Pasaran

ya .. medical card Maa Takaful memang antara yang terbaik di pasaran .

kenapa terbaik .

  1. kadar caruman berbaloi dengan kadar perlindungan yang dapat
  2. Kadar caruman masih rendah tetapi perlindungan tinggi
  3. boleh ambil kad sahaja jika mahu
  4. Boleh juga combine dengan takaful nyawa jika mahu
  5. Bil ditanggung seperti di caj
  6. kemasukan ke hospital dengan guarantee letter diberikan 24jam seminggu . Boleh berkunjung ke hospital bila bila masa sebab urusan GL oleh Zurich adalah 24/7.
  7. Ada pengurangan kadar caruman . Diberikan diskaun jika tahun lepas tak pernah guna kad . 20%
  8. Ada peluang untuk kurangkan income tax
  9. Ringankan beban kewangan setelah ditimpa musibah kesihatan . Elakkan daripada guna wang tabungan dari bank , tabung haji , jual tanah , jual harta benda lain .
  10. Mungkin kita terselamat dari senarai mereka yang menunggu rawatan di hospital goverment sebab kita beralih kepada swasta . Menunggu juga di swasta kadang kadang tu , tapi selalunya jauh lebih pantas daripada gomen .
  11. Pilihan kepada diri kita , nak guna kad di hospital gomen boleh , di swasta pun boleh . ( hospital panel )
  12. Jika admit di hospital swasta , paid per claim . Client ( anda) bayar dulu kemudian claim dengan zurich
  13. Ada khairat kematian
  14. kalau nak list … banyak lagi faedahnya .

Monday, April 24, 2017

yang penting mana satu nak pilih

fahami kepentingan bertakaful , berinsurans  dulu , kemudian barulah berfikir macam mana nak katakan mana satu kena ambil dulu .

medical card  dulukah
Pampasan kematian dulukah ( sering kali disebut income replacement )
Kemalangan diri kah

Bagi saya … saya ulang, .. fahami dulu kepentingan bertakaful .

Takaful adalah insurans ..
Ia insurans yang berlandaskan hukum hakam dalam islam . Patuh syariah . Jadi kita boleh katakan takaful adalah insurans. Hanya beza pada nama tapi membawa konsep yang sama .

Takaful dan insurans sama-sama memberi jaminan ke atas seseorang / sesuatu yang dilindungi dengan satu amaun pampasan yang ditentukan apabila berlaku perkara atau musibah . Banyak gaya penulisan dan bahasa di luar sana yang boleh anda baca tetapi tetap membawa kepada satu maksud.  Menjamin , pampasan , orang dilindungi , musibah , syarikat insurans .

kepentingan insurans bergantung kepada jenis insurans diambil pula . Sebagai contoh
1- medical card : tujuan nya untuk perkara kesihatan diri membawa kepada jaminan akan bil rawatan
2- Kematian : memberikan pampasan kepada waris atas kematian orang dilindungi
3- Kemalangan diri : memberikan pampasan kepada orang dilindungi di atas kemalangan yang berlaku

banyak lagi insurans yang ada di luar sana , saja bagi 3 contoh ini sahaja .

1- medical card kita rasa manfaatnya semasa hidup
2- Takaful nyawa : manfaat boleh dapat masa hidup oleh orang dilindungi @ waris yang dapat sebab tuan polisi mati
3- Takaful kemalangan diri : manfaat masa hidup atau selepas kematian nya .

kalau nak hidup lama kata orang , bila sakit kena berubat . Nak berubat ada pula cepat dan lambat . Jika nak cepat tentulah kena pilih hospital swasta berbanding kerajaan ( mostly sakit begitulah senario pilihan hospital )  Jadi bila berubat kena keluarkan duit bayar bil . Ada lagi ke hospital swasta bagi rawatan percuma @ murah ?? Nak bayar pakai duit simpanan memang boleh tapi kalau dah ada pilihan tak perlu guna duit tu ..kenapa nak tolak kan . Maka ambillah medical card.

Kegembiraan Saya .. melihat client mengaku …

kegembiraan saya bukan pada komisen yang saya dapat daripada setiap polisi yang berjaya saya closed ke atas client .
Tahukah apa yang buatkan saya gembira . hati berbunga bunga .. senyum penuh bangga dalam hati  apabila client sedia ada mengaku dia kesempitan wang , kesusahan tak terperi akibat sakit ditanggung sekarang ini . Tambahnya lagi , saya pasti “terduduk” tak mampu nak buat rawatan sebab tak ada sumber kewangan yang sesuai . MUJURLAH saya dapatkan kad ini walaupun masa tu saya rasa ambil pun sebab tak nak diganggu oleh agen lagi @ alasan lain  sebab tak pasti pun nak pakai bila tapi ntah la ..ambil jer lah sebab duit pun ada baki.

Client sedia ada saya , hingga kini masih guna kad sebab terbabit dalam kemalangan jalanraya memaksa para doktor pasang besi pada tulang temulang dia . Bukan sekali tetapi berkali kali kena operate  ( prosedur ) untuk rawatan beliau . Hari ini , beliau menunggu waktu untuk next operation beliau . “Kos ditanggung oleh medical card buat masa ini  sudah cecah RM70,000 .00 sedangkan saya baru bayar 2 tahun” .

 

Di sinilah kepuasan sebenar saya sebagai agen  / konsultan apabila client dapat merasai perasan rasa selamat daripada beban kewangan akibat sakit .

Kegembiraan Saya .. melihat client mengaku …

kegembiraan saya bukan pada komisen yang saya dapat daripada setiap polisi yang berjaya saya closed ke atas client .
Tahukah apa yang buatkan saya gembira . hati berbunga bunga .. senyum penuh bangga dalam hati  apabila client sedia ada mengaku dia kesempitan wang , kesusahan tak terperi akibat sakit ditanggung sekarang ini . Tambahnya lagi , saya pasti “terduduk” tak mampu nak buat rawatan sebab tak ada sumber kewangan yang sesuai . MUJURLAH saya dapatkan kad ini walaupun masa tu saya rasa ambil pun sebab tak nak diganggu oleh agen lagi @ alasan lain  sebab tak pasti pun nak pakai bila tapi ntah la ..ambil jer lah sebab duit pun ada baki.

Client sedia ada saya , hingga kini masih guna kad sebab terbabit dalam kemalangan jalanraya memaksa para doktor pasang besi pada tulang temulang dia . Bukan sekali tetapi berkali kali kena operate  ( prosedur ) untuk rawatan beliau . Hari ini , beliau menunggu waktu untuk next operation beliau . “Kos ditanggung oleh medical card buat masa ini  sudah cecah RM70,000 .00 sedangkan saya baru bayar 2 tahun” .

 

Di sinilah kepuasan sebenar saya sebagai agen  / konsultan apabila client dapat merasai perasan rasa selamat daripada beban kewangan akibat sakit .

Thursday, April 13, 2017

Hutang sana sini.. sanggup pula

Ada antara kita , sanggup berhutang sana sini utk dapatkan takaful  / insurans.

situasi yang sama , sanggup berhutang untuk hidupkan insurans kereta. Sebab nak pakai kereta minggu depan , bulan depan @ hari hari . Tapi kalau berhutang untuk dapatkan insurans  / takaful macam saya sharing selama ini tak sanggup pula . Bagi saya , mereka itu tak nampak kegunaan takaful . Tak macam kereta, hutang .. boleh guna .

tak kena memang tak mengadah . Dah kena , baru nak mengadah , baru nak cari perlindungan itu ini .. maaf dah terlewat masa tu .

Kita sanggup berhutang beli kereta  , sampai bayar seribu sebulan  . Tapi … kalau takaful utk diri sendiri , semurah PATINA2016 tak sanggup pula. PATINA2016 adalah insurans islamik untuk kemalangan diri .

Saturday, April 1, 2017

Antara Tuntutan Insurans Yang Tidak Layak Seperti:

  1. penyakit sedia ada dan tidak disebutkan ketkan mengsi borang
  2. penyakit tertentu (hilang upaya dan komplikasi daripada berkaitan dengannya. Contoh : hipertensi, diabetes melitus, penyakit kardiovaskular.
  3. sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran serta keabnormalan fizikal neonatal yang wujud dalam temph 6 bulan dari masa kelahiran .
  4. Bunuh diri / hilang upaya disebabkan percubaan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri.
  5. Peperangan
  6. berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa peperangan atau semasa di bawah perintah operasi ketenteraan atau pemulihan ketenteraman awam.
  7. sebarang pelanggaran atau cubaan melanggar undang undang atau menentang daripada ditahan.
  8. kehamilan , keguguran atau melahirkan anak .
  9. penyakit mental atau saraf, rawatan ketagihan arak , salah guna dadah atau komplikasi yang timbul daripadanya atau pengambilan dadah secara tidak sengaja yang tidak diperkripsi oleh doktor.
  10. Pembedahan plastik / kosmetik / elektif / khatan (kecuali khatan akibat jangkitan) , pemeriksaan mata / pembedahan elektif untuk cacat penglihatan akibat rabun dekat, rabun jauh , pembiasan atau pembedahan keratotomi radial , cermin mata untuk pembetulan penghlihatan , kanta senuth , kanta intraokular , penggunaan atau permerolehan perkakas atau alat prostetik seperti anggota tiruan , alat pendengaran dan preskripnya.
  11. sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian kecuali diperlukan akibat kemalangan tidak termasuk penggantian gigi asal , gigi palsu dan perkhimatan prostetik .

Friday, March 31, 2017

Berita Benar : Gagal dapat pembiayaan Medical Card

Ini adalah cerita benar benar berlaku yang terjadi kepada seorang lelaki yang mengambil produk insurans dengan syarikat X .

Beliau ambil polisi kesihatan ini sejak 2014 dengan aharapan jika berlaku apa apa kepadanya , ia bakal membantunya kelak. Kisah bermula apabila beliau menghidap penyakit dengan hatinya . Oleh itu kerapa berulang alik ke hospital dan dimasukkan ke wad . Alkisahnya …. beliau terpaksa memabayar sendiri bil hospital. Beliau hubungi ejen insuransnya malangnya alasan daripada syarikat X tak dapat bagi perlindungan sebab  peraturan yang dibuat.  Apa yang menghairankan beliau , dalam terma dan syarat polisi tidak ada menyatakan berapa kali boleh masuk wad .

Oleh itu , saya menyarankan orang ramai di luar sana untuk mengambil kira faktor BOLEH MASUK WAD dan PAKAI KAD BANYAK KALI apabila ingin memilih medical card.  Zurich Takaful sejak masih beroperasai sebagai MAA Takaful memang tak pernah bagi had berapa kali boleh admit wad kepada semua pelanggannya. Hingga kini andai pelanggan perlu masuk wad , masuk lah .. yang penting jumlah tuntutan nanti tidak lebih nilainya daripada had tahunan ditanggung sahaja .

Thursday, March 30, 2017

Bakal @ Pemegang Polisi Perlu Isytihar Status Kesihatan Elak Tuntutan Ditolak

Setiap daripada kita mesti jujur dan memberikan maklumat yang diperlukan dengan jelas sebelum menyerahkan borang permohonan kepada ejen insurans .. iaitu saya .

Kegagalan membuat isytiharkan hanya akan menyebabkan sebarang tuntutan terbatal . Dalam satu kes yang berlaku di syarikat X oleh diceritakan oleh ejen Y .

“seorang pelanggan sebelum ambil insurnas beliau ada dimasukkan ke hospital dan buat pembedahan telinga tetapi tidak isytiharkan kepada ejen ( ejen Y ) . Kemudian beliau dimasukkan ke hospital atas sakit yang sama  : selepas dah mencarum dalam insuran. Pemegang polisi gagal membuat tuntutan kerana tidak jujur tentang status kesihatan mereka”

Sebelum tuntutan diluluskan ejen atau syarikat insurans  / takaful akan menyiasat terhadap permohonan itu . sekiranya tiada sejarah penyakit , rawatan tetapi tuntutan dibatalkan , maka kita sebagai pemegang polisi dinasihatkan berurusan terus dengan syarikat terbabit. FIGHT FOR YOUR RIGHT.

Friday, March 24, 2017

RM100 , RM200 , RM300 , RM400 sebulan rasa mahal

Maa takaful is now Zurich Takaful MalaysiaTengok tajuk posting kali ni .. saya nak bagitau , masa sihat walafiat ni memang akan rasa mahal sesangat komitmen untuk takaful . RM400 sebulan untuk seisi keluarga sebulan rasa macam nak liat nak jer nak bayar . Ada yang RM100 sebulan pun rasa rugi jer .. rasa besar sangat RM100 pergi kepada takaful .

Pemikiran kita , RM100 sebulan , RM200 , RM400 , RM500 sebulan tu macam macam boleh buat.

CUBA FIKIRKAN BILAMANA DAH TERLANTAR SAKIT . MASA TU NAK PAKAI DUIT UNTUK RAWATAN DIRI SENDIRI , ANAK , ISTERI ATAU SESIAPA SAHAJA YG DIBAWAH TANGGUNGJAWAB KITA  .. DENGAR DAN INGAT SEMULA YANG TAKAFUL BOLEH MEMBANTU RINGANKAN BEBAN … MASA TU DAH CARI SEMULA NO TELEFON KONSULTAN , AGEN TAKAFUL NAK AMBIL TAKAFUL KATANYA . TAMBAHNYA LAGI , KALI NI RM400 SEBULAN PUN SAYA SANGGUP !

ini realiti , kami para konsultan sering bertemu dengan masyarakat yang berfikiran begini pada peringkat awal kami approach mereka . Kini sudah terlewat , kami tak dapat bantu lagi . Sedih di hati kami  cuma kami tak tunjukkan .

saya sedih bukan sebab dia sakit tapi saya sedih sebab masa dulu saya tak berusaha sungguh sungguh dan saya kurang berkemahiran untuk yakinkan beliau mencarum takaful. Saya harus memperbaiki diri saya sendiri. 

Saturday, March 18, 2017

Kepentingan Takaful Senior Gold

Produk baru , tapi masih ramai yang belum tahu . Adalah menjadi satu perasan dukacita kepada diri sendiri sebab tak berusaha sehabis baik agar masyarakat di luar sana tahu adanya takaful untuk warga emas .

Takaful ini memberikan perlindungan TAKAFUL NYAWA kepada warga emas . Pampasan dibayar kepada waris akibat kematian normal dan juga akibat kemalangan . Jika akibat kemalangan , pampasan dibayar adalah berganda.

Takaful ini penting kepada mereka yang berusia emas  . Dengan takaful ini warga senior yang join takaful ini boleh tinggalkan sejumlah wang tunai kepada waris melalui pampasan kematian dirinya. Sedikit sebanyak membantu warisnya dari segi kewangan.

Takaful ini penting kepada warga emas sebab produk ini masih menerima kemasukan / sucribe / join hatta sudah ada penyakit. Tidak perlu medical check up juga. Maka  ini memberikan peluang kepada warga emas memiliki takaful juga.

Wednesday, March 1, 2017

Takaful nyawa untuk orang tua, warga emas

Takaful senior Gold boleh berikan perlindungan takaful nyawa . Kematian akibat kemalangan dan kematian biasa walaupun sudah ada penyakit tertentu.

walaupun sudah ada kencing manis , darah tinggi , batu karang …boleh lulus !!!!!

Caruman bermula serendah RM50 sebulan . RM100 sebulan . RM150 sebulan . RM200 sebulan.

* mengikut terma dan syarat.

Takaful Warga Tua

Zurich Takaful kenalkan produk terbaru . 2017 ini .

Takaful Senior Gold .

Takaful ini berikan pampasan kematian biasa dan kematian akibat kemalangan . Tiada rider lain dah .

RM100 , RM150 , RM200 , RM250 ……. sebulan .
Lagi tinggi caruman bulanan , lagi tinggi pampasan.

tidak perlu medical checkup .
Walaupun sudah ada sakit itu ini , sah dan boleh lulus  .

syarat :
pampasan dibayar setelah polisi lebih dari 2 tahun , jika kurang , Zurich Takaful pulangkan semula caruman dibuat dalam tempoh kurang 2 tahun tersebut sahaja.

Kita sebagai anak , boleh mohon bagi pihak orang tua kita. Jadi tunggu apa . Dapatkan segera !!!

 

sebagai contoh ibu dan bapa kita berusia 62 .

setahun kita bayar RM2400
10 tahun kita bayar RM24,000
20 tahun kita bayar RM48,000

Bapa 62 tahunEmak Usia 62 RM200

kalau meninggal akibat kemalangan, pampasan lebih tinggi daripada jumlah caruman terkumpul !!!

Tuesday, February 21, 2017

Bagaimana cara untuk mendaftar

Jika anda sudah berminat nak dapatkan takaful  , boleh ikuti langkah seterusnya untuk mendaftar .

  1. Isikan borang yang diberikan , lazimnya saya bagi melalui email .

    2 borang yang ringkas dan mudah untuk diisikan .
  2. Hantar borang asli kepada saya .
  3. saya dapat borang dan key in dalam sistem .
    buat bayaran  .
  4. pegawai zurich takaful buat semakan .
  5. lulus , perlindungan bermula.

Monday, February 20, 2017

Simpanan untuk waris

Anda pilih antara berikut yang manakan paling sesuai untuk tinggalkan waris dengan sejumlah wang .

 

1 – daripada simpanan tunai di institusi kewangan

2- melalui takaful nyawa

saya berikan senari0 berikut.

bapa simpan RM200 sebulan dalam institusi kewangan
ibu mencarum takaful RM200 sebulan dalam Zurich Takaful dengan pampasan RM300, 000

Bapa meninggal dunia setelah 10 tahun menyimpan dalam bank . Secara asas simpanan beliau sebanyak RM24 ribu dan tidak lebih RM40 ribu termasuk dividen.  Waris dapat nilai simpanan ini setelah pelbagai urusan dilakukan dan pembahagian mengikut undang2 sedia ada.

Ibu meninggal dunia setelah 10 tahun mencarum dalm takaful nyawa . Secara asas simpanan beliau tak sampai RM24 ribu sebab sebahagian caruman digunakan sebagai yuran( wakalah)  . Simpanan beliau mungkin hanya sekitar RM12,000 sahaja atau kurang. Waris dapat secara terus tanpa pelbagai urusan sebab pampasan ini dibayar terus  . Nilai yang waris dapat ialah RM300,000 + RM12,000 nilai simpanan ibu daripada takaful.

 

Daripada senario ini , saya sarankan anda yang fikir nak menabung untuk ditinggalkan kepada waris agar mempertimbangkan cara Ibu berbanding cara bapa.

Wednesday, February 15, 2017

Takaful Nyawa : Quotation asas

Takaful nyawa  / life insurance dalam islamic insurance di negara kita secara praktikalnya ada lebihan daripada sumbangan ( premium dlm insurans) automatik ia jadi simpanan . Simpanan itu seterusnya jadi pelaburan .

berikut adalah contoh bagi takaful nyawa secara asas tanpa memasukkan rider/s . Apa yang terpapar adalah

:::sumbangan asas peserta ( cik Alya) RM1200 setahun
:::sum insured beliau RM100,000.00 dan
:::jumlah saving terkumpul .
:::Quotation ini projection untuk selama 30 tahun . Kiranya polisi ini matang apabila cik alya pada ketika itu sudah puan , berusia 55 tahun .

cik alya 25thn_30thn_RM1200_takaful nyawa_zurich takaful

cik alya 25thn_30thn_RM1200_takaful nyawa_zurich takaful 2

 

di bawah ini pula … dengan modal RM200 sebulan @ RM2400 setahun .. dengan konsep yang sama seperti di atas Cik Alya MAMPU DAPATKAN POLISI PAMPASAN RM 1,000,000  ( 1 JUTA) . Nak tinggalkan RM1 juta dengan simpanan sendiri mungkin mustahil , tapi tidak mustahil dengan takaful.

cik alya 25thn_30thn_RM2400_takaful nyawa_si sejuta 1

cik alya 25thn_30thn_RM2400_takaful nyawa_si sejuta 2

Sunday, February 12, 2017

Takaful Nyawa ( Takaful Hajj ) Wanita 26 tahun

Plan Takaful nyawa :::::   Zurich Takaful ==== Plan Takaful Hajj
Usia Pelanggan ::::: 26 tahun … 1991 untuk tahun 2017 ini.
Jantina ::::: wanita
Tempoh ::::::: 30tahun
Sum Insured ::::: RM200,000 ( 2 ratus ribu)
Kadar Caruman ::::: RM100 sebulan
Rider :::: Waiver caruman untuk kes penyakit kritikal  .
Rider :::: Elaun hospital
Rider ::::  penyakit kritikal ( critical illness super)
Rider ::::  Badal haji , korban dan wakaf ( khusus protection)
Rider ::::  sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal akibat kemalangan.

Sila hubungi saya untuk dapatkan penerangan lanjut @ jika ada soalan berkaitan boleh ajukan terus di w.a @ komen @ email saya.  Sedia membantu pengetahuan saya ini .

wanita 26 tahun 1wanita 26 tahun 2

Saturday, February 11, 2017

Beralih dari medical card sedia ada kepada Zurich Takaful

Jika sudah ada medical card dari kompeni lain .. jangan rasa bersalah nak beralih kepada Zurich.

kita panggil sebagai take over bilamana subcribe dengan zurich takaful. Maksudnya tempoh menunggu ( grace period) tak perlu lagi. Hari ni apply esok inforced maka terus boleh guna kad. 120 hari , 30 hari menunggu dah tak ada .

tips tambahan , apply dulu yang zurich takaful ( MEDICA2015) , dah berjaya barulah fikir samada nak teruskan juga yang lama atau terminate . Jangan belum apply , belum berjaya dengan zurich takaful kita dah stop yang sana. Kalau jadi keperluan nak pakai medical card masa tu … tak ke haru biru jadinya.

Nota tambahan…Untuk terminate yang lama samada terminate terus polisi tersebut ( Takaful_investmentlink) atau hanya minta ubah untuk buang / keluarkan rider medical card . Maka dengan cara ini boleh mengurangkan kos caruman sedia ada.

ada beberapa syarat utama untuk Take Over ini . Antaraya  polisi tersebut mestilah sudah lebih dari setahun , anda masih sihat walafiat dan tiad sejarah claim yang serious di kompeni lama.

Your call .. nak simpan dalam institusi kewangan @ tabung di rumah @ dalam takaful

kita boleh menyimpan duit untuk emergency sakit nanti .

ada 2 cara menyimpan .
cara konvensional / standar ialah menabung .. tak kira lah menabung di rumah atau dalam medium kewangan macam bank .

cara ke-2 ialah .. kita menyimpan dalam takaful medical card zurich takaful . Kita simpan bulan bulan biarpun RM125 sebulan atau lebih rendah atau lebih tinggi . kalau sebulan rm100 , setahun RM1200 .. dalam beberapa tahun selepas menyimpan mungkin dah mencecah ribuan ringgit.

kalau simpan dalam bank / tabung .. kita sakit boleh ambil dan guna sepenuhnya ..adakah mencukupi ?????

kalau apply medical card zurich takaful , tak perlu risau sebab pasti mencukupi untuk rawatan kita . Bukan sekali tapi berkali kali .

Jadi kalau boleh , cuba ubah mind set ..instead of menyimpan cash untuk rawatan di masa hadapan dalam cara banking .. baik cuba dalam takaful . Jauh lebih jimat dan berbaloi baloi .

Apply Medical card Zurich Takaful tanpa medical check up

Ya. anda boleh apply medical card zurich takaful yang namanya kini MEDICA2015 tanpa perlu buat medical check up . Syarat utama untuk apply ialah anda mesti sihat walafiat.

Penukaran alamat Website ini

bagi merealisasikan tema straight to the point hala tuju website ini saya dengan rela paksa menukar kepada alamat baru .

https://smartmedic-zurichtakaful.blogspot.my daripada yang lama https://maa-smartmedic.blogspot.com

Jika anda search di enjin carian .. search engine .. google jumpa page lama , jangan risau . memang tak dapat dah ke website ini . Cuma nak bagitau saya tak hilang cuma alih alamat rumah sahaja.

Friday, February 10, 2017

Salah Satu Sebab Kenapa Saya Pilih sebagai consultan Maa Takaful ( kini dikenali Zurich Takaful)

tajuk posting kali ini salah satu … Maka satu daripada banyak sebab yang saya ada yang boleh saya ceritakan kali ini .

saya bermula dengan sebagai seorang dewasa yang mencari medical card . Saya buat kajian dari internet dan email beberapa konsultan dari pelbagai kompeni . Saya tertarik dengan produk medical card Maa Takaful pada ketika itu dan bukannya atas sebab konsultan itu sendiri. Bagi saya , pada masa tersebut medical card Maa Takaful memenuhi keperluan saya. Saya perlukan kad sahaja . Saya tak mencari saving @ pelaburan @ nyawa @ personal accident .

Saya buat kajian sendiri berdasarkan bantuan daripada konsultan secara langsung tidak langsung. Yang tak langsung ialah dengan membaca tulisan mereka dalam internet. Secara langsung tentulah dengan menghubungi konsultan tersebut.

Ini sebabnya ::::
Faktor pemilihan produk dan seterusnya menjadi konsultan bagi pihak Maa Takaful dipengaruhi  oleh pengetahuan saya sendiri dalam bidang takaful dan insurans. Saya adalah graduan Sains Aktuari dari UiTM Shah Alam . Sains aktuari  / actuary / actuarial science adalah berkisarkan insurans dan kewangan .  Atas faktor inilah yang saya memilih Maa Takaful ketika itu sebagai konsultan