Followers

Monday, April 24, 2017

yang penting mana satu nak pilih

fahami kepentingan bertakaful , berinsurans  dulu , kemudian barulah berfikir macam mana nak katakan mana satu kena ambil dulu .

medical card  dulukah
Pampasan kematian dulukah ( sering kali disebut income replacement )
Kemalangan diri kah

Bagi saya … saya ulang, .. fahami dulu kepentingan bertakaful .

Takaful adalah insurans ..
Ia insurans yang berlandaskan hukum hakam dalam islam . Patuh syariah . Jadi kita boleh katakan takaful adalah insurans. Hanya beza pada nama tapi membawa konsep yang sama .

Takaful dan insurans sama-sama memberi jaminan ke atas seseorang / sesuatu yang dilindungi dengan satu amaun pampasan yang ditentukan apabila berlaku perkara atau musibah . Banyak gaya penulisan dan bahasa di luar sana yang boleh anda baca tetapi tetap membawa kepada satu maksud.  Menjamin , pampasan , orang dilindungi , musibah , syarikat insurans .

kepentingan insurans bergantung kepada jenis insurans diambil pula . Sebagai contoh
1- medical card : tujuan nya untuk perkara kesihatan diri membawa kepada jaminan akan bil rawatan
2- Kematian : memberikan pampasan kepada waris atas kematian orang dilindungi
3- Kemalangan diri : memberikan pampasan kepada orang dilindungi di atas kemalangan yang berlaku

banyak lagi insurans yang ada di luar sana , saja bagi 3 contoh ini sahaja .

1- medical card kita rasa manfaatnya semasa hidup
2- Takaful nyawa : manfaat boleh dapat masa hidup oleh orang dilindungi @ waris yang dapat sebab tuan polisi mati
3- Takaful kemalangan diri : manfaat masa hidup atau selepas kematian nya .

kalau nak hidup lama kata orang , bila sakit kena berubat . Nak berubat ada pula cepat dan lambat . Jika nak cepat tentulah kena pilih hospital swasta berbanding kerajaan ( mostly sakit begitulah senario pilihan hospital )  Jadi bila berubat kena keluarkan duit bayar bil . Ada lagi ke hospital swasta bagi rawatan percuma @ murah ?? Nak bayar pakai duit simpanan memang boleh tapi kalau dah ada pilihan tak perlu guna duit tu ..kenapa nak tolak kan . Maka ambillah medical card.

Kegembiraan Saya .. melihat client mengaku …

kegembiraan saya bukan pada komisen yang saya dapat daripada setiap polisi yang berjaya saya closed ke atas client .
Tahukah apa yang buatkan saya gembira . hati berbunga bunga .. senyum penuh bangga dalam hati  apabila client sedia ada mengaku dia kesempitan wang , kesusahan tak terperi akibat sakit ditanggung sekarang ini . Tambahnya lagi , saya pasti “terduduk” tak mampu nak buat rawatan sebab tak ada sumber kewangan yang sesuai . MUJURLAH saya dapatkan kad ini walaupun masa tu saya rasa ambil pun sebab tak nak diganggu oleh agen lagi @ alasan lain  sebab tak pasti pun nak pakai bila tapi ntah la ..ambil jer lah sebab duit pun ada baki.

Client sedia ada saya , hingga kini masih guna kad sebab terbabit dalam kemalangan jalanraya memaksa para doktor pasang besi pada tulang temulang dia . Bukan sekali tetapi berkali kali kena operate  ( prosedur ) untuk rawatan beliau . Hari ini , beliau menunggu waktu untuk next operation beliau . “Kos ditanggung oleh medical card buat masa ini  sudah cecah RM70,000 .00 sedangkan saya baru bayar 2 tahun” .

Di sinilah kepuasan sebenar saya sebagai agen  / konsultan apabila client dapat merasai perasan rasa selamat daripada beban kewangan akibat sakit .

Thursday, April 13, 2017

Hutang sana sini.. sanggup pula

Ada antara kita , sanggup berhutang sana sini utk dapatkan takaful  / insurans.

situasi yang sama , sanggup berhutang untuk hidupkan insurans kereta. Sebab nak pakai kereta minggu depan , bulan depan @ hari hari . Tapi kalau berhutang untuk dapatkan insurans  / takaful macam saya sharing selama ini tak sanggup pula . Bagi saya , mereka itu tak nampak kegunaan takaful . Tak macam kereta, hutang .. boleh guna .

tak kena memang tak mengadah . Dah kena , baru nak mengadah , baru nak cari perlindungan itu ini .. maaf dah terlewat masa tu .

Kita sanggup berhutang beli kereta  , sampai bayar seribu sebulan  . Tapi … kalau takaful utk diri sendiri , semurah PATINA2016 tak sanggup pula. PATINA2016 adalah insurans islamik untuk kemalangan diri .

Saturday, April 1, 2017

Antara Tuntutan Insurans Yang Tidak Layak Seperti:

  1. penyakit sedia ada dan tidak disebutkan ketkan mengsi borang
  2. penyakit tertentu (hilang upaya dan komplikasi daripada berkaitan dengannya. Contoh : hipertensi, diabetes melitus, penyakit kardiovaskular.
  3. sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran serta keabnormalan fizikal neonatal yang wujud dalam temph 6 bulan dari masa kelahiran .
  4. Bunuh diri / hilang upaya disebabkan percubaan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri.
  5. Peperangan
  6. berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa peperangan atau semasa di bawah perintah operasi ketenteraan atau pemulihan ketenteraman awam.
  7. sebarang pelanggaran atau cubaan melanggar undang undang atau menentang daripada ditahan.
  8. kehamilan , keguguran atau melahirkan anak .
  9. penyakit mental atau saraf, rawatan ketagihan arak , salah guna dadah atau komplikasi yang timbul daripadanya atau pengambilan dadah secara tidak sengaja yang tidak diperkripsi oleh doktor.
  10. Pembedahan plastik / kosmetik / elektif / khatan (kecuali khatan akibat jangkitan) , pemeriksaan mata / pembedahan elektif untuk cacat penglihatan akibat rabun dekat, rabun jauh , pembiasan atau pembedahan keratotomi radial , cermin mata untuk pembetulan penghlihatan , kanta senuth , kanta intraokular , penggunaan atau permerolehan perkakas atau alat prostetik seperti anggota tiruan , alat pendengaran dan preskripnya.
  11. sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian kecuali diperlukan akibat kemalangan tidak termasuk penggantian gigi asal , gigi palsu dan perkhimatan prostetik .