Followers

Tuesday, August 31, 2010

Contoh Soalan Takaful Basic Exam TBE

TBE formatnya begini; ada
  • 50 soalan objektif
  • Jawab atas kertas jawapan ( macam sekolah tu)
  • Biasanya setiap bulan ada 2 kali exam
  • Baca buku panduan ASAS TAKAFUL oleh IBFIM
  • Antara pusat exam ialah sekolah St. John Bukit Nanas Kuala Lumpur.
Saya ingin menyeru agar lebih ramai yang turut serta menduduki peperiksaan TBE ini. Maka dengan ini saya cuba lah recall balik soalan-soalan exam yang saya duduki kelmarin. Berikut adalah soalan-soalan yang ditanya.
  1. Berikut adalah jenis jenis kontrak takaful kecuali
  2. Antara rukun dan syarat Mualamat dalam jual beli kecuali
  3. Aliran pengendalian produk jangka pendek ( Tuan kena paham carta aliran)- mudharabah
  4. Aliran pengendalian produk jangka panjang ( Tuan kena paham carta aliran)- mudharabah
  5. Apakah definisi Insurans
  6. Berikut perbezaan insurans dengan Takaful kecuali
  7. Dari segi kewangan, insurans ditakrifkan sebagai..... (ms 46)
  8. Gharar terbahagi kepada tiga kecuali (ms 51) (jawapannya gharar separuh) mana ada gharar separuh , sebab yg ada cuma banyak,sedikit dan sederhana.
Harap Tuan teruskan bersama saya. Dari masa ke semasa saya akan keluarkan soalan2 TBE lagi.

bagi yang dah ambik, nak semak result sila semak sini . KEPUTUSAN TBE . Saya doakan kalian berjaya dalam peperiksaan.

MAA Takaful

MAA takaful itu apa ?

Ya, satu soalan yang bagus. Lebih baik kita kenal dulu dengan MAA takaful sebelum bercakap tentang SMART MEDIC yang menjadi tujuan blog ini.

MAA TAKAFUL adalah sebuah syarikat ! simple...muahahhahaaaa..

Begini tuan, MAA TAKAFUL merupakan hasil dari kerjasama strategik antara MAA Holdings Berhad (maah) dan Solidaritas Syarikat BSC (C) dari Bahrain, salah satu syarikat terkemuka di dunia Arab.

Pada tarikh 21 Februari 2006, sebuah Joint Venture (JV) Perjanjian ditandatangani dengan Solidaritas, untuk membentuk sebuah syarikat bersama yang disebut MAA Takaful untuk melakukan usaha Takaful.

Pada tarikh 3 Mac 2006, Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan kelulusan lesen Takaful baru untuk bersama maah dan Solidaritas. Pada tarikh 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal disetor dari RM100 juta dan berlesen pada tarikh 1 Julai 2007 sebagai Operator Takaful komposit. Saat ini, MAA Takaful mempunyai kekuatan badan lebih dari 15.000.

Maah memegang 75% pemilikan saham pada MAA Takaful sementara Solidaritas memegang 25%.

Maah berdaftar pada papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad. anak syarikat dan syarikat persatuan yang terlibat dalam umum dan perniagaan insurans jiwa, termasuk lepas pantai dan usaha reasuransi, sewa beli, leasing dan kemudahan kredit lain, unit trust, pengurusan hotel, pengurusan dana dan penasihat pelaburan, keselamatan dan perkhidmatan perundingan dan Operasi amal pusat dialisis. Selama bertahun-tahun, MAAH telah memperluaskan usahanya ke Indonesia dan Filipina melalui MAA International Assurance Ltd.

Lepas ni, dalam post akan datang , saya bawakan kisah SMARTMEDIC pula ye, nantikan post tersebut

Takaful, insurans dan saya

Salam kepada pembaca.

Saya bercadang nak menulis artikel mengenai SMART MEDIC yang ditawarkan oleh MAA TAKAFUL.

Jadi, di sini saya mengharap sokongan tuan tuan agar saya terus berusaha dan rajin menulis lagi. Macam mana nak sokong? Mudah, dengan hanya membaca dan post komen/ cadangan / pertanyaan.

Siapa pula saya.. saya adalah insan biasa yang suka membantu Tuan / Puan / Cik dalam hal takaful terutamanya SMART MEDIC. Pun begitu, juga suka berkongsi pendapat dan pengetahuan saya dalam dunia takaful dan insurans. Boleh tanya apa sahaja mengenai insurans dan takaful, jika saya tahu saya akan menjawabnya. Jika tak tahu, saya akan katakan tidak tahu.

Apa Kelayakan saya.
Siapalah saya nak katakan diri ini layak. Saya cuma graduan dalam Sains Aktuari dari UiTM, Telah menduduki TBE dan seorang penasihat (agen ) MAA takaful.