Followers

Tuesday, October 6, 2015

Sudah ada Polisi tetapi tak berapa faham

Posting kali ini nak offer seperkara . Saya dapati secara umumnya client (tuan dan puan ) tidak berapa faham apa yang ada dalam polisi sendiri . Jadi disini saya nak tawarkan bantuan untuk review polisi yang telah anda daftar tersebut. 

Tidak kisah anda daftar dengan agen lain , tetapi saya hanya boleh tolong review dan bagi pendapat samada apa yang telah anda ambil / join /bayar itu sesuai . Jika ada beberapa perkara yang perlu ditambah saya akan beritahu . Insya Allah . Pun begitu , cadangan daripada saya tidak bermakna apa yang agen anda tawarkan tidak betul , tidak baik . Saya sekadar memberikan pendapat sahaja .

Untuk pengetahuan , pemegang polisi ( peserta ) boleh menambah @ mengurangkan manfaat dari masa ke semasa . Ada cara dan masanya . Memang sesetengah agen tak beritahu , mungkin sebab tumpuan mereka ialah supaya tuan dan puan sekalian dapatkan polisi dahulu . Sudah ada polisi , perubahan boleh dibuat kemudian . Sudah ada polisi bermakna mereka berjaya membantu tuan puan sekalian dilindungi . Tujuan mereka perlindungan asas terlebih dahulu . Kalau nak terangkan pasal modified dan sebagainya , risau pula tuan puan keliru sebab banyak sangat info .

untuk saya tolong review dan bagi pendapat , saya mohon jasa baik sediakan buku polisi sebelum telefon saya . Sebab beberap soalan daripada saya  memerlukan anda untuk rujuk buku polisi tersebut.

Sebenarnya sebelum posting ini ditulis , sudah ramai yang telefon saya untuk tolong memahami apa yang sudah mereka subcribe.