Followers

Friday, June 26, 2015

Penerima Pampasan : Siapa ?

Penerima pampasan bahasa melayu . Istilah diguna pakai dalam insurans ialah “Beneficiary” . Dalam kehidupan seharian kita panggil waris.

Sesiapa sahaja boleh dinamakan sebagai penerima pampasan . Pampasan ini pula adalah bebas daripada masalah paperwork pembahagian harta. Sebab ini bukan harta tetapi sejumlah wang yang diterima atas sebab kehilangan nyawa @ hilang upaya kekal @ penyakit kritikal .

Tahukah anda bahawa , andai kita dipilih sebagai beneficiary maka wajiblah kita menguruskan pampasan itu sewajarnya. Wang pampasan bukan hak milik kita secara mutlak , sebaliknya kita adalah sebagai pemegang amanah . Maka selepas menerima ini jangan kata sejumlah wang itu hak milik kita. Memang dalam masyarakat kita masih ramai yang tidak faham situasi ini . Ramai menyangka wang itu milik mereka.  Sebab itu ada masalah pembahagian wang pampasan ini dalam masyarakat kita.

Wang pampasan boleh menjadi hak milik mutlak andai peserta insurans / takaful menamakan kita sebagai penerima HIBAH . Maksudnya sebagai hadiah . Hibah boleh dinamakan atas nama sesiapa sahaja . Terpulang kepada pemegang polisi . Ahli keluarga , mak ayah , adik adik , jiran , hatta orang gaji atau pengasuh dan bibik.

Policy holder boleh mengisi borang penama samada sebagai hibah atau beneficiary . Jika tak pernah isi , boleh hubungi agen untuk mengisi borang khas . Jika ada polisi “medical card”, tak perlu isi penama sebab tiada pampasan diberikan sebaliknya RM5000 diterima waris adalah khairat kematian .

pemegang polisi = peserta = policy holder = pencarum
Hibah = Hadiah
Beneficiary = penama = penerima pampasan = pemegang amanah

Insurans dan Takaful : Perlindungan @ Pelaburan

Tanyalah soalan ini kepada umum termasuk kepada para agen takaful , insurans dan pelaburan . Saya percaya ramai yang tidak dapat menjawab dengan tepat .

  1. Insurans/takaful adalah pelaburan !
  2. Insurans/ takaful adalah perlindungan !
  3. Insurans/ takaful adalah pelaburan dan perlindungan !

Mana satu yang betul ?????
ramai yang jawab no.3 .Insurans/ takaful adalah pelaburan dan perlindungan !

Mari kita lihat apa maksud insurans dan takaful.

Insurans bermaksud satu perjanjian diantara pihak pemberi insurans dengan pihak diinsurans untuk memberi sejumlah manfaat apabila berlaku peristiwa yang boleh diinsuranskan seperti kematian , hilang anggota badan , hilang upaya dan penyakit.

Takaful bermaksud Jamin-Menjamin. Di negara kita , tidak dipanggil insurans islamik sebaliknya TAKAFUL.

Di dalam insurans premium dikutip adalah cukup cukup sahaja. Tidak boleh kurang atau lebih . Jika kurang akan memberi kesan kepada “pooling premium” . Jika lebih , telah melanggar konsep perlindungan sebaliknya menjadi keuntungan . Maklumat lanjut tentang ini ada dalam “actuarial science”.  

Insurance is intended to compensate an individual or a business for a financial loss, not to provide an opportunity for gain. To prevent people from using insurance policies as means of making wagers (gambling by purchasing policies on lives of people who were completely unrelated to them and created a possibility of financial gain if the insured died), the government passed law that when an insurance policy is issued, the policy-owner must have an insurable interest in the risk that is insured. The policy-owner must be likely to suffer a genuine loss or detriment should the event insured against occur. An insurable interest exists when the policy-owner is likely to benefit if the insured continues to live and is likely to suffer some loss or detriment if the insured dies. If the insurer determines that the proposed policy-owner does not meet the insurable interest requirement, then the insurer will not issue the policy. All persons are considered to have an insurable interest in their own lives.

Kesimpulannya , insurans sebenarnya adalah perlindungan . Bukan pelaburan .

Thursday, June 25, 2015

Saya graduan sains Aktuari

saya sebenarnya berminat dengan takaful ini bukan sebab ingin menjadi agen dan menikmati komisen daripada jualan produk takaful . Juga bukan kerana saya mahu bekerja dengan syarikat insurans dan takaful di negara ini . Hakikatnya saya memang pernah bekerja dengan RHB Insurance Berhad . Pun begitu , minat saya lebih kepada takaful . Saya juga lebih gemar menyampaikan apa yang telah saya pelajari dulu dengan orang ramai .

Bidang aktuari sangat mencabar semasa zaman belajar . Kerah keringat siang malam untuk belajar. Fokus utama kami adalah matematik dan statistik yang isinya adalah calculus dan probability. Pada masa sama mesti mahir dengan ilmu sains komputer, kewangan dan pengajian perniagaan. Walaupun di peringkat diploma , disajikan dengan 8 paper matematik , 7 paper statistik. Ini belum termasuk dengan subjek iringan lain . Pelajar dalam bidang ini tidak ramai , sebab setiap kali intake tempat adalah terhad. Saya percaya kerana tenaga pengajar khas bidang ini belum mencukupi bagi menambah kuota pengambilan setiap tahun .

Bidang ini jika berjaya sampai mendapat gelaran AKTUARI / actuaries .. Maka satu dunia memerlukan tenaga dan kepakaran pemegang title ini. Pun begitu , bertahun tahun usaha dan pengorbanan perlu dibuat bagi mendapat ilmu secukup sebelum bergelar seorang aktuari . Di negara ini UiTM salah satu tempat untuk belajar aktuari. Di situlah tempat saya menimba ilmu .

Aktuari adalah orang bertanggungjawab dalam menentukan kadar caruman takaful yang tuan tuan sekalian . Tanpa kepakaran mereka , agak pincanglah industri takaful dan insurans. Pakar aktuari diperlukan bagi menimbangtara dan menguruskan risiko dan ketidaktentuan khasnya untuk insurans.

bacaan lanjut secara umum boleh lihat wikipedia di sini

Takaful Nyawa ?

Takaful nyawa @ insurans nyawa adalah sejenis perlindungan kehilangan pendapatan/kewangan atas sebab kematian . Penerima manfaat (pampasan) dijamin daripada kesan kewangan oleh si mati .

“A protection against the loss of income that would result if the insured passed away. The named beneficiary receives the proceeds and is thereby safeguarded from the financial impact of the death of the insured.”

Matlamat

Matlamat takaful nyawa adalah memberikan sejumlah jaminan kewangan selepas kewangan kita ( peserta) . Oleh itu sebelum mendapatkan takaful nyawa , kita perlu mempertimbangkan paras kewangan dan gaya hidup yang perlu diteruskan oleh penerima manfaat (Waris) . Sebagai contoh siapa yang perlu uruskan kos pengebumian dan menjelaskan bil perubatan ? Perlukah waris kita berpindah ? Adakah tabungan masa depan atau semasa seperti penjagaan anak , hutang dan pengajian. Adakah perlu untuk mengkaji semula secara tahunan polisi atau apabila peristiwa besar seperti perkahwinan , penceraian , kelahiran atau anak angkat , pembelian rumah atau perniagaan.

Wednesday, June 24, 2015

MUSIM RAYA MUSIM KEMALANGAN JALANRAYA

saya bukan nak takutkan … tapi ini hakikat. Sabun tahun kita melihat , mendengar malah lebih dasyat terbabit terus dalam kemalangan jalanraya. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi situasi ini.

YA …...
TIDAK ..
apa perlu dibuat bagi mengurangkan kesedihan ini .. Paling kurang  elakkan “sudah jatuh ditimpa tangga pula” . Situasi ini merujuk kepada masalah susulan selepas kemalangan.

  1. Kos rawatan
  2. Hilang sumber pendapatan
  3. kos sara hidup

Ada mangsa kemalangan yang masih hidup tetapi hilang anggota badan  . Ada yang perlukan rawatan susulan berterusan . Malang lagi .. rawatan seumur hidup . Ada yang bertambah malang terpaksa berhenti kerja dengan rela atau diberhentikan. Bila perkara ini berlaku , maka masalah pada kos sara hidup pula. Tidak lagi ada sumber pendapatan . Pada masa lain , keadaan lain  mangsa kemalangan mati di tempat kejadian mahupun hospital . Tinggallah sanak saudara , sahabat taulan , ibu bapa , anak anak  ,isteri atau adik beradik meneruskan hidup tanpa kita yang selama ini membawa pulang pendapatan . Mereka sudah kehilangan kita , sekarang mereka kena menempuh hidup tanpa kita , tanpa pendapatan .

Saya mengajak saudara saudari di luar sana .. bersedialah untuk kes kemalangan . Memang tak dapat dihidu .. tetapi kita dapat mengurangkan penderitaan saudara mara akibat kita terlibat dalam kemalangan. Jika kita hidup , kita perlukan rawatan dan siapa yang akan berikan kita wang bagi membayar bil rawatan  . Untuk itu saya gesa , ambillah medical card. Medical card Maa Takaful adalah yang termurah di pasaran . Murah tak semestinya tak bagus !

Jika kita meninggal dunia , waris perlukan wang untuk terus hidup . Saya gesa ambil takaful nyawa . Jika boleh , ambil juga takaful kemalangan diri . Nak tahu , takaful kemalangan diri sangat murah berbanding dengan pampasanya. Bayangkan kita meninggal kerana kemalangan  , waris kita ada RM 1 JUTA .  untuk pampasan RM 1 juta ini .. setahun cuma  sekitar RM1800 sahaja , 10 tahun RM18 ribu , 20 tahun jadi bayaran RM36 ribu , 30 tahun RM54 ribu dan 40 tahun RM72 ribu .  Tengok , 40 tahun kita dah mencarum sebanyak 72 ribu  , bayangkan kalau kita simpan wang tersebut dan akhirnya kita meninggal dunia akibat kemalangan  maka itulah sahajalah wang yang kita tinggalkan. Ini berbeza andai kita mencarum dengan takaful kemalangan diri . RM1,000,000 . Jauh beza bukan .  Tanya diri kita , dalam tempoh 40 tahun mendatang kita ini bebas daripada kemalangan ?????

PATINA_gold (1)PATINA_gold (2)PATINA_gold (3)

selepas 40 tahun , kita tak ada apa2 kemalangan .. RM72 ribu sudah habiskan .. Tak perlu kita bangkitkan lagi isu rugi mencarum selama ini . Tahukah , sedarkah kita bahawa betapa untungnya kita diberikan nikmat tidak kemalangan !

Monday, June 22, 2015

Maa Takaful : Personal Accident : PATINA

“Personal Accident insurance or PA insurance is an annual policy which provides compensation in the event of injuries, disability or death caused solely by violent, accidental, external and visible events. It is different from life insurance and medical & health insurance.”

Maa Takaful ada tawarkan personal accident. Produk ni buat masa ini ada  
PATINA 77
PATINA SILVER
PATINA GOLD
PATINA 2016

Takaful education beri peluang pada anak anak

polisi education anak .
yang bayar ayah sebab nama ayah dalam borang  sebagai payor.
Ayah yang bayar , maka ayah bertanggungjawab .
ayah kena penyakit kritikal  atau pun ayah disahkan hilang upaya kekal.
jadi polisi education anak tadi , masih berjalan dan ayah tak perlu bayar sampailah anak tu besar .

nak best lagi , mak yang tak ada kaitan tadi ( sebab bukan pemohon) ,
kena penyakit kritikal ( bukan ayah )   ataupun mak disahkan hilang upaya kekal.
sama macam tadi , polisi anak masih berjalan , bulan bulan tak perlu bayar lagi sampailah anak tu besar.

Tuesday, June 16, 2015

Medical Card Termurah di Pasaran

Jika belum tahu , produk stand alone / single / one plan menawarkan caruman terendah di pasaran  . Manakala produk investmentlink / takafulink lebih tinggi caruman ( bukan mahal) jika dibandingkan dengan stand alone.


stand alone   = 1 produk
Investmentlink = 2   produk ( takaful nyawa + saving ) @
= 3 produk ( takaful nyawa + medical card + saving)

ada sesetengah daripada kita sedang mempertimbangkan untuk pilih produk / plan termurah sesuai dengan kemampuan kewangan . Bagi saya , beralih saja kepada medical card stand alone . Jangan tunggu kewangan stabil baru nak ambil serentak semuanya. PERCAYALAH . ..

nanti kalau tak sihat , tak dapat nak buat rawatan segera , macam mana nak kerja . Macam mana nak stabil income , walhal sebenarnya jika ada medical card , income automatik stabil . PERCAYALAH . ..

Wednesday, June 10, 2015

Agen Maa Takaful Bandar Kulim & Sekitar

jika rasa memerlukan agen  Maa Takafu di sekitar kulim , bandar bahru , selama , taiping , baling dan pulau pinang bagitau saja. InsyaAllah saya boleh sampai .

sebenarnya zaman dah maju ni .. maka konsep perlu berjumpa dengan agen tak semestinya lagi. Sekarang sudah ada kemudahan diberikan oleh kompeni supaya boleh deal jarak jauh . Jadi tak semestinya kena bertentang mata lagi .
dah boleh buat dari jauh . By phone, whatsapp , call , email dan sebagainya.

Saturday, June 6, 2015

Bos kerja Vs Bos Yang Baik dan caring

Bos akan bagi benefit medical kepada staff. Malangnya kebanyakan bos bagi medical semasa staff bekerja dengan mereka sahaja. Itupun ada limitation sesangat. Jadi di sini saya mengajak para bos di luar sana. Join Maa Takaful untuk staff mereka. Ambil medical card yang diwajibkan ke atas pekerja mereka. Ambil Maa Takaful . Stand alone. Tak perlu bayar lebih , hanya bayar untuk caruman medical card mereka sahaja. Apabila staff dah tak bekerja dengan bos , tetapi diri mereka masih dilindungi Medical card. Sebab selama ni memang daftar atas nama mereka bezanya bos yang baik dan caring bayarkan caruman mereka selama ini .

iklan Maa