Followers

Showing posts with label TBE. Show all posts
Showing posts with label TBE. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

My Qualification

Tuan tuan sekalian,

Saya telah pun menduduki TBE. Terima kasih kepada En. Harris dan staf kerana banyak membantu saya dalam peperiksaan ini.

TBE tidaklah sesukar disangka. Adakah kerana saya ini seorang yang kuat ingatan,.Tidak, saya bukan kuat ingatan tetapi saya adalah Graduan dalam Sains Aktuari. Untuk pengetahuan Tuan, buku TBE yang dibekalkan oleh IBFIM memang menarik dan padat dengan info. Saya menyokong buku tersebut kerana saya telah habiskan masa sekurangnya 3tahun semasa belajar di UiTM dalam Sains Aktuari. Kandungan buku TBE oleh IBFIM adalah "Finger tips" bagi saya.

Dalam post sebelum ini saya ada sertakan soalan-soalan dalam TBE, InsyaAllah saya akan sambung lagi post tersebut dengan soalan lain pula. Teruskan mengikuti post tersebut !

Dibawah ini pula adalah keputusan peperiksaan TBE saya baru baru ini.

Saya juga merupakan graduan dalam bidang Sains Aktuari dr UiTM. Jadi saya sebenarnya ada background yang kukuh dalam industri ini.

Tuesday, August 31, 2010

Contoh Soalan Takaful Basic Exam TBE

TBE formatnya begini; ada
  • 50 soalan objektif
  • Jawab atas kertas jawapan ( macam sekolah tu)
  • Biasanya setiap bulan ada 2 kali exam
  • Baca buku panduan ASAS TAKAFUL oleh IBFIM
  • Antara pusat exam ialah sekolah St. John Bukit Nanas Kuala Lumpur.
Saya ingin menyeru agar lebih ramai yang turut serta menduduki peperiksaan TBE ini. Maka dengan ini saya cuba lah recall balik soalan-soalan exam yang saya duduki kelmarin. Berikut adalah soalan-soalan yang ditanya.
  1. Berikut adalah jenis jenis kontrak takaful kecuali
  2. Antara rukun dan syarat Mualamat dalam jual beli kecuali
  3. Aliran pengendalian produk jangka pendek ( Tuan kena paham carta aliran)- mudharabah
  4. Aliran pengendalian produk jangka panjang ( Tuan kena paham carta aliran)- mudharabah
  5. Apakah definisi Insurans
  6. Berikut perbezaan insurans dengan Takaful kecuali
  7. Dari segi kewangan, insurans ditakrifkan sebagai..... (ms 46)
  8. Gharar terbahagi kepada tiga kecuali (ms 51) (jawapannya gharar separuh) mana ada gharar separuh , sebab yg ada cuma banyak,sedikit dan sederhana.
Harap Tuan teruskan bersama saya. Dari masa ke semasa saya akan keluarkan soalan2 TBE lagi.

bagi yang dah ambik, nak semak result sila semak sini . KEPUTUSAN TBE . Saya doakan kalian berjaya dalam peperiksaan.