Followers

Monday, July 1, 2019

Mendaki Gunung Bintang .. apa yang perlu .

Takaful PATINA daripada Zurich Takaful .. sesuai untuk bagi anda yang meminati aktiviti mencabar fizikal . Sudah semestinya para pendaki sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko antaranya kemalangan seperti jatuh dan luka , luka dan patah , patah dan pengsan , kematian . Risiko lain pula ialah AMS – acute mountain sickness yang memang boleh berlaku kepada pendaki baru dan lama juga. Tidak kurang juga risiko diserang binatang seperti beruang, harimau , gajah , babi dan yang jenis terbang seperti lebah , tebuan tanah , penyengat. Oleh itu , musibah ini namanya kemalangan . Oleh kerana ia kemalangan , maka takaful kemalangan diri sangat berguna.


baiklah .. berikut adalah sedikit info tentang pendakian jalur gunung bintang, kulim kedah.

Di sini memang sekian lama menjadi pintu masuk untuk mendaki Gunung Bintang. Para pendaki perlu meletakkan kenderaan samada di kawasan hutan lipur , tanah persendirian , rumah kenalan mahupun di perkarangan masjid.

Guider
Namun begitu , usah khuatir jika anda sememangnya menggunakan khidmat guider tempatan , maka soal meletakkan kenderaan perkara mudah sahaja. Guider ( adam ) ada sediakan tempat letak kereta di rumahnya sendiri  . keistimewaan sampingan ialah , rumah adam ada sungai . Oleh itu para pendaki tiada masalah untuk membersihkan badan sesudah tamat xpdc nanti .

Permit.
memandangkan ini adalah kawasan jajahan pejabat perhutanan , maka ada baiknya kita minta izin terlebih dahulu . Urusan permit boleh berhubung terus dengan jabatan perhutanan . Boleh juga hubungi kami untuk uruskan pada pihak anda ( kadar caj dikenakan ) . Ambil saja guider adam sebab akan pakejnya berserta urusan permit .

laporan polis.
ini bukan report polis . Ia sekadar pemberitahun kepada pihak polis yang terdekat . Makluman akan dibuat di balai polis Sungai Kob . Balai ini yang paling dekat , 15KM .. pergi dan balik dah jadi 30KM . Butiran peribadi pendaki yang penting mesti didedahkan ialah nama penuh , alamat semasa , no pengenalan , no telefon sendiri,  no telefon kecemasan .

4x4 transfer

ada pendaki yang mahu berjimat maka jalanlah kaki sejauh 5km `1 jam mendaki dan jalan kaki juga apabila pulang nanti . Sangatlah disarankan untuk ambil saja khidmat teksi 4x4 ini untuk hantar dan jemput anda di garisan mula. Jarak perjalanan untuk ke trail head sudah 5km iaitu kira-kira 1 jam berjalan kaki tanpa henti . Bayangkan berapa banyak tenaga telah dibuang sedangkan pendakian sebenar belum pun bermula.

Kadar Bayaran
Kadar bayaran adalah subjektif. Jika penulis letakkan sekarang , nilai ini mungkin tidak “reasonable ’ 4, 5 tahun lagi . Oleh itu ada baiknya berbincang lanjut dengan para guider. Sebabnya para guider yang biasanya akan aturkan untuk pendaki .

BERMINAT ?

HUBUNGI 0136061652 – adam