Followers

Showing posts with label Produk. Show all posts
Showing posts with label Produk. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Medical Card Baru : Lebih syookkkkk

MEDICA2015YOUR HEALTH IS YOUR WEALTH!
Pilihan Anda Yang Ideal - MEDICA2015
Memperkenalkan MEDICA2015 - pelan perubatan yang menawarkan faedah yang komprehensif. Ianya dimuatkan dengan ciri-ciri yang komprehensif dan terkini dan memberikan anda ganjaran apabila anda sihat serta mengurangkan kebimbangan anda apabila anda sakit. MEDICA2015 merupakan pelan unik yang menawarkan Diskaun Tanpa Tuntutan daripada bayaran caruman tahunan untuk peserta yang kekal sihat. Selain itu, anda tidak akan dibebani dengan bayaran ko-takaful1 sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Ia juga menyediakan anda dengan manfaat khairat kematian sebanyak RM5000, yang mana akan dibayar sekiranya
berlaku kematian atas semua sebab. Jangan bimbang! Kami melindungi perbelanjaan perubatan apabila anda dimasukkan ke hospital. Selain itu, nikmatilah persaraan anda tanpa tekanan dengan perlindungan perubatan dan pembaharuan yang dijamin sehingga berumur 80 tahun.
1. Nikmati Manfaat Seumur Hidup Tanpa Had - dengan MEDICA2015 anda tidak perlu bimbang mengenai had seumu hidup. Kami menawarkan manfaat seumur hidup tanpa had yang mana ianya membolehkan anda menikmati rawatanperubatan dan perkhidmatan yang berkualiti sepanjang hayat.
2. Diskaun Tanpa Tuntutan sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tempoh tersebut, MEDICA2015 memberi ganjaran sebanyak 20% diskaun tanpa tuntutan daripada caruman tahunan anda yang seterusnya.
3. Nikmati Perlindungan Perubatan Yang Komprehensif Tanpa Ko-Takaful MEDICA2015 bukan hanya menjaga segala keperluan perubatan, malahan ianya juga menawarkan jaminan kewangan. Dengan kemudahan tanpa ko-takaful bagi pesakit yang dimasukkan he hospital, anda yakin dan fokus untuk memastikan anda lebih sihat dan kami akan menjaga yang selebihnya.
4. Pendapat Perubatan Kedua – anda berhak untuk mengetahui yang anda perlu mendapatkan rawatan yang terbaik untuk penyakit anda. Sebab itulah kami menyediakan kemudahan untuk anda mendapatkan nasihat perubatan kedua di atas penyakit yang anda hadapi, mana-mana 46 penyakit kritikal.
5. Pilihan Pelan Perubatan Yang Komprehensif Dan Berpatutan – dengan MEDICA2015, anda diberi 6 pilihan pelan yang komprehensif dan berpatutan. Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan anda, dan kami akan menjaga keperluan anda dengan sewajarnya.
6. Tanpa tunai, Bantuan 24-Jam Dan Kemasukan Hospital Yang Mudah – bebaskan diri anda daripada bebanan proses pengurusan hospital. MEDICA2015 memastikan anda dimasukkan ke dalam mana-mana hospital panel pilihan dan kami akan menjaga segala keperluan perubatan anda selepas itu.
7. Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang Seperti Yang Dicaj – MEDICA2015 menyediakan kos rawatan untuk kedua-dua kanser dan dialisis buah pinggang seperti yang dicaj bagi menampung kos rawatan yang semakin meningkat.
8. Perlindungan Di Mana Saja Anda Berada – Melanconglah ke seluruh dunia dengan penuh keyakinan. Sama ada anda mempunyai urusan perniagaan atau bercuti, MEDICA2015 memberikan anda bantuan perubatan kecemasan di mana sahaja anda berada di seluruh dunia. Anda boleh melancong dengan penuh ketenangan fikiran, mengetahui bahawa anda akan dilindungi dengan manfaat-manfaat seperti berikut:
a. Program Bantuan Antarabangsa
Pemindahan perubatan kecemasan, penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan, penghantaran ubatan yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan, penghantaran balik mayat, kepulangan anak-anak di bawah tanggungan, khidmat bantuan 24 jam untuk rujukan perubatan dan sebagainya.
b. Bantuan PerjalananMenyediakan maklumat berkaitan inokulasi, keperluan visa, bantuan penemuan kehilangan bagasi, dokumen dan barang-barang persendirian, maklumat cuaca, maklumat pertukaran asing, aturan dan informasi penerbangan, rujukan perundangan, rujukan penterjemah dan penyampaian mesej kecemasan.
c. Bantuan KeretaPenundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan, bantuan kereta sewa, bantuan urusan penginapan hotel dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain.
d. Bantuan Kediaman
Perkhidmatan membaiki paip, tukang kunci, pembaikan am dan kawalan serangga perosak.
9. Pembaharuan Dijamin - Pembaharuan bagi pelan MEDICA2015 ini adalah dijamin sehingga umur 80 tahun. Ini akan memberi keselesaan kepada anda dan keluarga anda selagi caruman dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
10. Manfaat Khairat Kematian - Kami menyediakan Manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000 yang mana ianya akan dibayar apabila berlakunya kematian atas apa jua sebab.














Wednesday, July 10, 2013

Maa Takafulink Hajj

Pelan ni memang dirangka bagi mereka yang target nak kumpul duit ke tanah suci  . Maa Takaful bagi pelbagai jenis kelebihan menyimpan di sini dan tuan bakal tahu sebentar lagi. Teruskan bacaan . Saya akan cuba sampaikan seringkasnya dah padat . InsyaAllah .
Pelan apa ni ?Simpanan Haji Alternatif Terbaik selain di Tabung Haji .

Apa yang terbaiknya ?
Simpan dalam Tabung Haji yang anda buat sekarang adalah membuat simpanan dan pelaburan semata-mata. Sebaliknya di Maa Takaful melaui pelan ini (Maa Takafulink Hajj) simpanan tersebu ada simpanan,pelaburan dan perlindungan. Jawabnya di sini , terbaik sebab ada perlindungan kepada diri kita sendiri.

Kenapa mesti di Takaful
Sebab jika di takaful ada manfaat tambahan iaitu perlindungan ( insurans). Semua operator yang ada pelan haji akan tawarkan perlindungan

Jadi Kenapa Mesti Pilih MAA Takaful
MAA Takaful ada pelan yang lebih  menarik . Menyimpan di tempat lain cuma bagi pulangan dari segi pelaburan tersebut sahaja . Tidak ada perlindungan pun . Terjadi apa apa pada kita , kita boleh dapat wang simpanan sahaja. Dalam akaun RM15,00 dapat lah balik RM15,000. Tetapi Pelan MAA Takaful Hajj ini siap ada pampasan lagi disamping dapat balik duit simpanan tu . Dalam akaun pelan ada RM15,000 dapat balik RM15,000 + pampasan sehingga RM100,000.  menarik bukan?

”Menarik” ?

  1. Ada badal haji  jika kita tak sempat tunaikan haji akibat meninggal dunia
  2. Ada Korban jika kita meninggal dunia
  3. Ada Waqaf jika kita  meninggal dunia
  4. Perlindungan luar negara : tanah suci sekiranya berlaku kematian ataupun kita hilang upaya kekal , MAA Takaful akan bayar  2kali ganda ( double)nilai pampasan sedia ada kita. Yang best lagi , ianya 365 hari dan bukan semasa musim haji dan umrah sahaja. Operator lain bagi pampasan berganda juga tetapi semasa musimnya sahaja. Bagi mereka yang bekerja , ulang alik ke tanah suci inilah peluang terbaik anda .
  5. Ada Khairat Kematian
  6. Pampasan kematian , jika di tanah suci nilainya double
  7. Boleh Add On : elaun hospital
  8. Boleh add on  : Hilang upaya kekal @ Penyakit kritikal : jika kita disahkan mengidap salah satu penyakit kritikal , tak perlu bagi caruman pada MAA Takaful  . Sebabnya , caruman tersebut sudah pun diselesaikan oleh MAA Takaful sampailah polisi kita matured . Caruman kita tak perlu bayar , polisi jalan macam biasa . Menarik bukan ? Ini dipanggil “ Waiver”
  9. Boleh keluarkan duit bila bila masa.
Saya tunjukkan jalan terbaik menyimpan sahaja . Bukan nak cakap menyimpan di tabung haji tidak bagus. Sebolehnya hendak saya syorkan perkara ini , pergi daftar untuk ke tanah suci di Tabung Haji, daftar tahun ini silap silap 2040 nanti baru dapat pergi . sementara itu kita menyimpan di Maa Takaful ini . Pelan Takafulink Hajj . Berbaloi baloi !!!
“macam macam ada “