Followers

Sunday, August 30, 2015

Jangan kedekut Jangan terlambat

Saya selalu saja berdepan dengan pelanggan yang bagi bajet rendah untuk join takaful ini . Saya berbesar hati menolong mereka memahani takaful dan produk yang ingin mereka dapatkan tetapi pada masa yang sama saya hadapi masalah nak menolong mereka. Mereka bagi bajet rendah , adakala cuma 5% daripada gaji ajer. Kalau mereka faham , sebenarnya dengan 10% dari gaji mereka boleh menyelamatkan kewangan di masa hadapan beliau , keluarga dan anak anak sendiri nanti  . Bukan untuk sementara tetapi selama lamanya.

Berapakah kadar caruman dan Pampasan wajar

Berapakah kadar caruman dan pampasan yang wajar untuk diambil oleh peserta terutamanya bagi takaful nyawa  ?

saya cuba menjawab soalan umum ini secara peribadi.  Jawapan saya tidak mewakili sesiapa atau mana-mana pihak .

Kadar caruman akan menentukan berapakah kadar pampasan kematian yang layak diperolehi oleh peserta. Jika tinggi caruman , maka nilai pampasan boleh apply juga naik .  Ada orang kata , saya saya duit sebanyak ini , berapakah nilai pampasan yang boleh dapat. Bagi saya , cara ini tidak berapa sesuai . Sebaliknya cara saya nak kongsikan ini lebih tepat.

Sepatutnya pada peringkat awal , kita tentukan berapakah nilai pampasan yang kita mahu . Selepas itu , barulah saya dan rakan-rakan agen / konsultan dapat memberikan kadar caruman . Kadar caruman bergantung penuh kepada apa yang ada dalam takaful nyawa tersebut termasuk riders yang attached bersama .

Katakan seorang suami bergaji RM3000 sebulan .
Perbelanjaan beliau sebulan RM2800 secara purata . Ini belanja untuk beliau dan keluarga sebulan .
RM2800 ini adalah belanjawan tetap / corak perbelanjaan sekeluarga. Jika kurang  gaji beliau tetiba cuma RM2000 maka beliau sekeluarga dalam masalah besar . Maka di sini kita boleh katakan bahawa beliau mesti dapat RM2800 sebulan barulah boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

Oleh itu , saya sebagai konsultan saya nak sarankan berapa kadar pampasan sesuai untuk beliau ? Pampasan dibayar kalau beliau meninggal dunia atau hilang upaya kekal .

Dengan wang pampasan tadi , dapatlah keluarga beliau gunakan wang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
SOALAN TAMBAHAN …GUNA WANG PAMPASAN UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN , BERAPA LAMA WANG TADI DAPAT BERTAHAN ?

jika pampasan RM60,000 .. kita lihat belanja sekeluarga ialah RM2800 .
RM60,000 bahagi RM2800 sebulan = 21 bulan
ini bermakna dengan wang RM60,000 keluarga dapat teruskan kehidupan untuk 21 bulan dengan belanja tetap 2800.

sepatutnya yang menjadi keutamaan ialah BAGI KELUARGA TERUSKAN KEHIDUPAN BELANJA RM2800 SEBULAN SELAMA LAMANYA. BUKAN SEKADAR 21 BULAN AJER.

Balik kepada soalan asal . Berapakah kadar caruman dan pampasan sesuai  ?

nak tahu jawapan .. boleh hubungi saya ..
0136061652
Whatsapp .

bukan nak sorok , saja nak test pembaca berminat ke tak nak tahu .. berminat.. saya akan share nanti tapi kena contact saya.

Medical Card untuk Semua termasuk bukan islam

medical card daripada Maa Takaful untuk semua orang. Tahukah bahawa orang bukan islam boleh dapatkan kad ini juga. Medical card Maa Takaful tiada halangan asalkan memenuhi pra syarat untuk permohonan . Sihat tubuh badan , tiada sejarah penyakit kritikal , tiada kanser  dan tidak pernah mengidap penyakit berbahaya .

Medical card patut ada oleh semua orang. Ada orang sihat , ada orang sakit. Ada orang sihat hari ini , esok jatuh sakit. Biarpun rutin hidup bak atlet negara , sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan belum menjadi jaminan tidak akan jatuh sakit pada esok hari . Ada orang tetiba sakit sebab strok , sakit jantung , pitam dan jatuh lalu cedera. Ada orang gagah bak badang tetapi sekali kena gigit dengan nyamuk aedes , terus terlantar atas katil melawan demam denggi . Untung nasib masih hidup , jika malang terus mati akibat demam denggi .

Jadi perkara yang sama juga berlaku kepada orang ramai . Maka dengan itu , biarpun Maa Takaful adalah kompeni insurans islam , tiada masalah untuk bukan islam sama sama menikmati faedah takaful ini . Permohonan produk produk takaful adalah terbuka .

Takaful nyawa @ dalam insurans am dipanggil insurans hayat sama saja terbuka kepada orang ramai . TIdak kira bangsa , warna kulit , ada resam dan agama .