Followers

Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Friday, March 31, 2017

Berita Benar : Gagal dapat pembiayaan Medical Card

Ini adalah cerita benar benar berlaku yang terjadi kepada seorang lelaki yang mengambil produk insurans dengan syarikat X .

Beliau ambil polisi kesihatan ini sejak 2014 dengan aharapan jika berlaku apa apa kepadanya , ia bakal membantunya kelak. Kisah bermula apabila beliau menghidap penyakit dengan hatinya . Oleh itu kerapa berulang alik ke hospital dan dimasukkan ke wad . Alkisahnya …. beliau terpaksa memabayar sendiri bil hospital. Beliau hubungi ejen insuransnya malangnya alasan daripada syarikat X tak dapat bagi perlindungan sebab  peraturan yang dibuat.  Apa yang menghairankan beliau , dalam terma dan syarat polisi tidak ada menyatakan berapa kali boleh masuk wad .

Oleh itu , saya menyarankan orang ramai di luar sana untuk mengambil kira faktor BOLEH MASUK WAD dan PAKAI KAD BANYAK KALI apabila ingin memilih medical card.  Zurich Takaful sejak masih beroperasai sebagai MAA Takaful memang tak pernah bagi had berapa kali boleh admit wad kepada semua pelanggannya. Hingga kini andai pelanggan perlu masuk wad , masuk lah .. yang penting jumlah tuntutan nanti tidak lebih nilainya daripada had tahunan ditanggung sahaja .

Friday, March 24, 2017

RM100 , RM200 , RM300 , RM400 sebulan rasa mahal

Maa takaful is now Zurich Takaful MalaysiaTengok tajuk posting kali ni .. saya nak bagitau , masa sihat walafiat ni memang akan rasa mahal sesangat komitmen untuk takaful . RM400 sebulan untuk seisi keluarga sebulan rasa macam nak liat nak jer nak bayar . Ada yang RM100 sebulan pun rasa rugi jer .. rasa besar sangat RM100 pergi kepada takaful .

Pemikiran kita , RM100 sebulan , RM200 , RM400 , RM500 sebulan tu macam macam boleh buat.

CUBA FIKIRKAN BILAMANA DAH TERLANTAR SAKIT . MASA TU NAK PAKAI DUIT UNTUK RAWATAN DIRI SENDIRI , ANAK , ISTERI ATAU SESIAPA SAHAJA YG DIBAWAH TANGGUNGJAWAB KITA  .. DENGAR DAN INGAT SEMULA YANG TAKAFUL BOLEH MEMBANTU RINGANKAN BEBAN … MASA TU DAH CARI SEMULA NO TELEFON KONSULTAN , AGEN TAKAFUL NAK AMBIL TAKAFUL KATANYA . TAMBAHNYA LAGI , KALI NI RM400 SEBULAN PUN SAYA SANGGUP !

ini realiti , kami para konsultan sering bertemu dengan masyarakat yang berfikiran begini pada peringkat awal kami approach mereka . Kini sudah terlewat , kami tak dapat bantu lagi . Sedih di hati kami  cuma kami tak tunjukkan .

saya sedih bukan sebab dia sakit tapi saya sedih sebab masa dulu saya tak berusaha sungguh sungguh dan saya kurang berkemahiran untuk yakinkan beliau mencarum takaful. Saya harus memperbaiki diri saya sendiri. 

Thursday, November 5, 2015

Cadangan daripada pembaca

kekurangan idea bertulis .. bukan .. sebenarnya ada banyak benda boleh ditulis tetapi ada masa terhad untuk menaip . Jika berkesempatan , selalu sahaja saya akan menulis . Pun begitu tak boleh banyak sangat nanti anda pembaca nak cari info kena luang banyak masa di blog saya ini .

Kali ini saya mohon jasa baik pembaca agar memberikan maklumbalas , cadangan atau komen secara terbuka mahupun tertutup kepada saya . Jadi dapatlah saya tingkatkan mutu posting , mutu servis dan lain lain perkara . Tulisan daripada tuan-tuan sekalian sangat saya hargai.

Sunday, July 12, 2015

Fikir kenapa Orang lain ada takaful???

Takaful ini diwujudkan sebab ada kepentingan kepada individu dan kepada masyarakat dalam skop yang lebih luas. Dengan takaful , wujudnya perlindungan terhadap pendapatan dan hilang upaya dan kos melibatkan rawatan dan sebagainya.

Takaful disertai ramai dan terdiri daripada pelbagai latar belakang individu dan berbeza juga dari segi tahap kemampuan ekonomi . Peserta takaful sebetulnya bukanlah daripada golongan yang berkemampuan . Percayalah bahawa , mereka yang memahami kepentingan takaful ini akan berusaha mendapatkannya . Mereka tidak menjadikan taraf ekonomi mereka sebagai halangan. Bagi mereka , perlindungan lebih penting berbanding simpanan . Sebab itulah walaupun orang kaya tetapi mereka masih sertai takaful sedangkan secara logiknya mereka telah stabil dari segi ekonomi . Bagi yang kurang berkemampuan , mereka tetap nak sertai takaful . Bagi mereka , jika tanpa kewangan yang stabil  bagaimana dengan situasi keluarga apabila ketiadaan beliau nanti . Bagaimana pula beliau nak teruskan kehidupan andai sudah jatuh ditimpa tangga. Tiada lagi pendapatan menambah derita. Jadi dengan takaful , boleh menambahbaik kehidupan orang ditinggalkan selamanya atau memperbaiki tahap kesihatan justeru tidak lagi menggunakan wang simpanan peribadi atau lebih teruk terpaksa merayu simpati orang ramai . Bercakap situasi merayu ini , boleh buka harian metro , setiap hari ada saja berita insan merayu simpati bagi mendapatkan rawatan.

Persoalan di sini , kenapa mereka berusaha untuk ada takaful tetapi tidak ANDA ?

  1. Adakah anda terlampau kaya
  2. adakah anda mampu sihat
  3. adakah anda mampu mendapatkan rawatan segera dan menjelaskan bil dengan sendiri
  4. adakah anda tidak perlu tinggalkan sebarang wang kepada waris
  5. adakah anda sudah cukup perlindungan takaful sedia ada terutama daripada majikan
  6. adakah anda rasa anda tak akan mati
  7. adakah anda rasa anda mati , orang lain yang dapat pampasan itu
  8. adakah anda fikir anda tidak mampu dari segi kewangan .
  9. adakah anda seorang individu seperti insan lain yang dapat gaji tolak belanja tolak simpanan , akhirnya tiada baki lagi untuk takaful .  GAJI-EXPENSE –SAVING =____(RM)takaful.
  10. adakah anda tidak mahu jadi seperti peserta takaful . GAJI – EXPENSES – TAKAFUL=___(RM) SAVING.
  11. adakah anda fikir orang ramai termasuk adik beradik dan ibu bapa sanggup berkorban wang ringgit untuk merawat anda.
  12. adakah anda tak kisah kehidupan orang lain terjejas dengan ketiadaan anda
  13. adakah anda tak kisah kehidupan orang lain terjejas dengan kemerosotan kesihatan akibat penyakit , kemalangan , usia , jangkitan dan lain lain .
  14. adakah anda malas berfikir untuk masa depan
  15. adakah anda sering dihasut oleh rakan rakan , media massa , FB  bahawa mencarum takaful/ insurans merugikan
  16. adakah mereka yang menghasut anda akan membantu anda dikala kesusahan @ membantu keluarga anda dikala anda tiada di dunia ini lagi .
  17. adakah bagi anda simpanan lebih penting berbanding takaful
  18. adakah anda faham konsep bertakaful dan kepentingan sebelum anda berkata tidak kepada takaful .
  19. jika takaful tidak penting kepada anda , kenapa pula ia penting kepada individu lain dan kenapa individu lain sanggup berhabisan untuk takaful . sudahkan anda memahami niat mereka?

Monday, May 25, 2015

Medical card Mahal atau murah ?

Selalu orang ramai akan kata tak nak ambil medical card sebab mahal . Itu semua persepsi yang datang dari kuasa poket seseorang . Kalau mampu , memang tak akan kata mahal . Betul tak .

Sebenarnya bukan kuasa poket yang tentukan murah atau mahal medical card sebaliknya “mind set” kita sendiri. Kita rasa belanja RM50 , 70 , 100 , 120 , 130 , malah 200 sebulan untuk medical card adalah mahal . Tanya diri sendiri andai kata wang tersebut disimpan secara tetap di bank  , banyak atau sikit. Wang yang sama jika dibawa ke pasaraya banyak atau sikit ?

Jika berlaku kesakitan , penyakit dan bawa diri ke hospital swasta , kena bayar dengan wang poket sendiri ribuan ringgit masa tu barulah boleh kata RM3000 , RM14,000 , RM3000 adalah jumlah wang yang banyak . Wang ini pua tak akan kembali lagi. Tahukah juga bahawa jika ke hospital kerajaan , sekalipun percuma jika ada GL kerajaan , andai kena masuk besi dalam badan kena bayar sendiri. Sekeping besi sahaja sudah cecah ribuan ringgit.

Tahukah bahawa , dengan hanya RM100 sebulan atau Rm200 sebulan …kira kira RM2400 setahun sudah boleh menjimatkan wang simpanan anda ! semua kos perubatan ditanggung oleh kad. wang simpanan tak terusik pun. Boleh guna untuk perkara lain .

Tahukah juga orang kaya kaya pun ada ambil medical card sebab merungut kos perubatan tinggi . Jadi kalau orang kaya yang ada wang ribuan ringgit, ratusan ribu duit poket pun terasa mahal kos perubatan , apatah lagi kita pacal pacal sekalian . Maka jangan anggap medical card untuk orang mampu ajer..sebenarnya ia untuk orang tak mampu !

AKhir sekali , tahukah jika ada kad dan pernah guna kad especially melibatkan kos pembedahan ribuan ringgit  tuan tuan sekali tak akan sesekali melupakan caruman medical card. Malah akan menggalakkan rakan rakan dan kenalan supaya ada juga medical card !

kalau nak sembang . sapa sapa saja boleh sembang.
kalau nak tolong .. sapa sapa saja boleh tolong
kalau nak tolong bab duit .. fikir2 sapa yang boleh tolong
kalau dah fikir … buatlah keputusan wajar . 
kalau dah wajar .. tak akan menyesal punya !