Followers

Friday, July 22, 2016

Takaful Nyawa Lebih Penting berbanding Kad Kesihatan ?

Tajuk post kali ini panjang . Kalau saya tambah “Kajian perbandingan Takaful Nyawa Lebih Penting…..” nanti sudah jadi macam tajuk tesis pula. At least Kajian Ilmiah .

sebenarnya takaful adalah penting dalam kehidupan kita. Takaful nyawa memberikan kita kelegaan dari segi mental sebab sudah tahu ahli keluarga akan dapat pampasan atas kematian kita. Takaful kesihatan pula memberi kita ketenangan sewaktu hidup dikala sedang  bergelut , berjuang melawan sakit dan penyakit di badan . Pada masa yang sama emosi kita boleh terkawal sebab tahu , ahli keluarga dan akaun bank sendiri tak terusik demi membantu kita pulih semula.

Takaful kemalangan diri memberikan kita ketenangan dari segi pampasan akibat kemalangan . Maklumlah hidup kita ini sentiasa sahaja terdedah dengan kemalangan . Ada antara kita setiap hari akan berada di jalanraya malah perkerjaannya sendiri sudah berada di atas jalanray . Habis kerja sampai rumah , atau hari cuti ..tetap terdedah dengan kemalangan . Pampasan tidak semestinya akibat kemalangan jalanraya sahaja , malah konsep kemalangan lebih luas.

Jika kita tiada masalah kewangan , saya sarankan ambil semua .
Jika ada masalah kewangan , saya utamakan kad kesihatan .
berduit  maka tambah pula Takaful nyawa dan sertakan sekali takaful kemalangan .

PATINA : PA terbaik Maa Takaful

Patina boleh bagi pampasan sehingga berjuta ringgit. Emmm… kita kalau simpan duit untuk ditinggalkan pada waris sebanyak itu …sangat sukar .

Kalau tak pernah claim , maka renewal akan diberi diskaun 20% .

bagi yang ada bayar cukai , boleh mohon pengurangan cukai nanti. 

Sunday, July 17, 2016

takafulink dan investmentlink

takafulink dan investmentlink .. perkara yang sama .

 

itu ajer posting kali ni . Bye.

Rider(s)

Dalam insurans dan takaful .. rider adalah manfaat tambahan .
Biasa rider ada dalam takafulink  / investmentlink . bagaimana nak faham ..
Takaful nyawa + medical card. Takaful nyawa ( core ) dan medical card adalah rider’nya . Kita boleh ambil takaful nyawa ajer . Medical card tu nak ambil sekali atau tak nak ambil pun boleh.

contoh lain .
takaful nyawa ( core) + elaun hospital +elaun mc + medical card + critical illness +  kemalangansemua yang saya bold dan italic  adalah rider dalam pelan takaful nyawa.

tambahan …

ambillah takaful kemalangan diri .. ia juga penting. Bayar murah , pampasan tinggi .
jangan ingat accident jalanraya ajer boleh claim .. dipatuk ular kira kemalangan juga tu .

Saturday, July 16, 2016

lebih risiko mati sebab kemalangan berbanding…

ya.. kali ni nak beri pendapat peribadi bahawa kita ni sentiasa terdedah dengan kemalangan jalanraya. Setiap hari kita gunakan jalanraya dan setiap kali itulah diri kita terbuka , terdedah dengan pelbagai jenis kemalangan jalanraya . Walaupun kita hanya pejalan kaki , pengguna LRT ,  Komuter , bas awam dan sebagainya. Apatah lagi kalau kita menaiki kereta sendiri . Penunggang motosikal lebih lebih lagi terdedah . Golongan motor samada dilanggar atau melanggar atau terbabas tetap sakit tetap jatuh .

jadi fikirkan bahawa bila bila masa sahaja kita boleh mati , sakit sebab kemalangan jalanraya berbanding sebab sakit dan penyakit. Mati sebab sakit at least kita dah tahu kita sakit apa , tapi mati dan sakit sebab kemalangan siapa tahu ?

Maka saya menyeru agar kita pertimbangkan ambil pelan kemalangan diri . Harganya tidak semahal yang disangka. Perlindungannya juga tinggi. PATINA2016 antara PA ( personel xcden) yang Maa Takaful tawarkan . Pampasan RM1,000,000 .

Monday, July 11, 2016

kenapa boleh simpan emas…liat nak takaful

saya masih tertanya tanya kenapa orang kita masih boleh beli dan simpan emas baik secara fizikal mahupun secara maya . Point saya ialah kemampuan untuk berbelanja pada satu entiti / medium perlindungan diri daripada masalah wang fiat yang ada susut nilai , inflasi dan sebagainya.

bagaimana untuk diri sendiri yang sudah tentu ada lebih dari 2 masalah ( inflasi , susut nilai) dan masalah lain seperti susut berat badan , susut susuk tubuh , sakit badan , keracunan , kerosakan organ , kehilangan anggota badan dan masalah berantai daripada kemerosotan kesihatan macam hilang pekerjaan , hilang gaji , hilang kawan , hilang saudara , hilang harapan dan lain lain lagi .

Kenapa dahulu perlindungan aset

Kenapa tak dahulukan perlindungan kepada diri sendiri.?????

Jika accident .. bagus ada kad

Untuk musibah kemalangan jalanraya , jika ada kad bolehlah kita beralih dari hospital kerajaan ke hospital swasta . Bukan perbandingan dari segi khidmat tetapi nak cakap jika ada kad kesihatan terutamanya MEDICA2015 tentu ada keutamaan untuk kita dapatkan rawatan sambungan di swasta.

DISKAUN 20% medical card Maa Takaful

 

Post kali ini cuma nak cakap , MEDICA2015 jika tak digunakan maka tahun depan punya renewal diberi diskaun 20%

Tuesday, July 5, 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN BERSAMA SANAK SAUDARA SEMOGA IA MENJADI HARI YANG PENUH BERMAKNA UNTUK ANDA .

BAGI SEMUA PEMEGANG POLISI YANG BERSAMA SAYA , MAAF DAN SERIBU KEMAAFAN SAYA MOHON DARIPADA KALIAN DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN DIBERIKAN KEPADA SAYA. BERSAMA KITA MENJADIKAN KEHIDUPAN SEHARIAN KITA LEBIH BERMAKNA . SAYA MENDOAKAN SEMOGA KITA SEMUA DIBAWAH PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T BAIK DARI SEGI KESIHATAN , REZEKI DAN PERLINDUNGAN TERUTAMANYA PERJALANAN KITA ATAS KENDERAAN SEPANJANG MUSIM PERAYAAN INI.

AMIN , AMIN , AMIN.