Followers

Saturday, December 30, 2017

Takaful warga emas tapi berpenyakit

Untuk warga emas.. 50an dan ke atas jika sudah berpenyakit, masih boleh ambil takaful nyawa dengan Zurich Takaful .

Ambil produk yang dinamakan Takaful Senior Gold. Ini adalah insurans nyawa ( islamik) . Takaful nyawa ini akan berikan pampasan di atas kematian peserta( anda) . Pampasan ini akan diberikan kepada pihak penerima yang telah ditentukan oleh anda sendiri. Tidak semestinya satu penama, malah 2 penama pun boleh.

RM50 sahaja sebulan. Jika ambil RM100 sebulan maka pampasannya lebih tinggi. Begitulah seterusnya gandaan RM50 sahaja.
RM50,RM100, RM150…. RM450 , RM500 sebulan.

boleh buat caruman secara bulanan mahupun tahunan. 
BERBALOI … BERBALOI… BERBALOI

Sunday, December 10, 2017

Bajet Rendah tapi nak mula bertakaful

Jika anda ada bajet rendah , dan ada kesedaran , ada niat cuma tak jumpa dan tak reti nak pilih lagi ..

dengan itu teruskan bacaan anda. Saya nak share pendapat untuk mereka yang bajet rendah daripada biasa.

saya sangat sarankan mula dengan pelan pelan takaful kemalangan diri yang ada di pasaran . Semua kompeni menawarkan pelan ini . Harga pelan ini secara umumnya bagi semua kompeni adalah yang termurah yang ada di pasaran .

Zurich Takaful ada pelan kemalangan diri namanya PATINA2016 .
Dalam pelan ini ada pampasan itu ini . Antaranya

1- kematian biasa
2- Kematian akibat kemalangan
3- Elaun hospital
4- Elaun mc
5- Bayaran balik rawatan
6- Dan pelbagai manfaat lain .

Semua manfaat saya ceritakan di atas mesti dibaca bersama broucher rasmi PATINA dan secara rasmi terma dan syarat ada dalam buku polisi / cover note pelanggan.

Kesimpulannya , Takaful kemalangan diri adalah yang terbaik dan termurah di pasaran. Sesuai untuk semua golongan termasuk kanak kanak dan pelajar universiti , dara dan teruna dan orang perseorangan.

RM0.70 sehari .. mampu kan ! lebih murah daripada sepinggan nasi !

Saturday, December 2, 2017

Plan Takaful Warga Emas

Mak ayah sudah lebih dr 50 tahun.
Ambilkan takaful untuk mereka.
Pilih sebulan rm50@100@150....seterusnya hingga rm500 sebulan.
Lagi tinggi caruman, lagi tinggi pampasan.
Plan ini cover kematian biasa .
Plan ini cover pampasan berganda lebih tinggi mati akibat kemalangan.
At least ambillah ...RM50 sebulan ajer .
Parents dah ada penyakit boleh lulus.
Bukan auta tapi fakta.
Zurich Takaful (M) Berhad.
Plan ini namanya TAKAFUL SENIOR GOLD.
konsultant anda ( saya lah )
0136061652.
Letaklah nama anda sebagai pemohon bagi parent anda !
Hibahkan kepada diri sendiri sebab anda payor polisi mereka

zurich takaful Kulim warga emas

konsultan kulim

Zurich Takaful berhad .. Konsultan @ agen kawasan Kulim , pulau pinang , taiping , bandar bahru .
saya lah .. encik zam .. 0136061652

Friday, November 17, 2017

Inginkan Takaful + saving yang lebih memberangsangkan

Jika berniat untuk bertakaful dan pada masa yang sama berminat untuk menyimpan … Ya ada satu plan terbaik yang mungkin sesuai dengan anda.

Takaful Term 80

  • perlindungan selama 20tahun
  • usia bawah 46 ( last 45 tahun untuk join)
  • ada pampasan kematian
  • ada pampasan penyakit kritikal
  • elaun wad
  • ada saving dan return

    syarat lain , anda mestilah seorang yang bebas penyakit

sebagai contoh kajian kes , wanita 30 tahun usianya

Plan 1
pampasan penyakit kritikal RM100,o00.00
Pampasan kematian RM100,000.00
Pampasan kematian akibat kemalangan RM100,000.00
Nilai saving terkumpul boleh diambil (withdraw) .
RM1183.93 setahun @ RM98.66 sahaja sebulan . Jika dibanding dengan benefit yang ada dalam plan 1 ini  , caruman adalah dianggap yang termurah .

Thursday, November 16, 2017

TAKAFUL UNTUK USIA 50 DAN KE ATAS

bagi kita yang berusia 50 tahun dan ke atas ada takaful yang memang tengah hot walaupun masih baru dilancarkan oleh ZTMB – Zurich Takaful Malaysia Berhad.


  • Takaful senior Gold .
  • Perlindungan kepada warga malaysia yang berusia 50 hingga 90 tahun
    Tak perlu risau ada penyakit apa pun sebab dijamin lulus
  • Mahal ke , tidak mahal pun .. semurah RM50 sebulan atau maksima RM500 sebulan .
  • Pampasan diberikan kepada waris bagi kematian biasa dan akibat kemalangan . Akibat kemalangan pampasannya lebih tinggi.
  • Tahukah kita boleh mohon untuk diri sendiri , begitu juga anak boleh mohon untuk ibu atau bapa mereka.
  • Sudah ada penyakit , tiada masalah .
  • Money back 100% jika peserta meninggal dalam tempoh 2 tahun pertama. Kiranya pampasan sebenar diberikan jika meninggal selepas 2 tahun ambil takaful ini . Jadi tiada apa yang rugi !

Monday, May 15, 2017

Plan Medical Card Terbaik di Pasaran

ya .. medical card Maa Takaful memang antara yang terbaik di pasaran .

kenapa terbaik .

  1. kadar caruman berbaloi dengan kadar perlindungan yang dapat
  2. Kadar caruman masih rendah tetapi perlindungan tinggi
  3. boleh ambil kad sahaja jika mahu
  4. Boleh juga combine dengan takaful nyawa jika mahu
  5. Bil ditanggung seperti di caj
  6. kemasukan ke hospital dengan guarantee letter diberikan 24jam seminggu . Boleh berkunjung ke hospital bila bila masa sebab urusan GL oleh Zurich adalah 24/7.
  7. Ada pengurangan kadar caruman . Diberikan diskaun jika tahun lepas tak pernah guna kad . 20%
  8. Ada peluang untuk kurangkan income tax
  9. Ringankan beban kewangan setelah ditimpa musibah kesihatan . Elakkan daripada guna wang tabungan dari bank , tabung haji , jual tanah , jual harta benda lain .
  10. Mungkin kita terselamat dari senarai mereka yang menunggu rawatan di hospital goverment sebab kita beralih kepada swasta . Menunggu juga di swasta kadang kadang tu , tapi selalunya jauh lebih pantas daripada gomen .
  11. Pilihan kepada diri kita , nak guna kad di hospital gomen boleh , di swasta pun boleh . ( hospital panel )
  12. Jika admit di hospital swasta , paid per claim . Client ( anda) bayar dulu kemudian claim dengan zurich
  13. Ada khairat kematian
  14. kalau nak list … banyak lagi faedahnya .

Monday, April 24, 2017

yang penting mana satu nak pilih

fahami kepentingan bertakaful , berinsurans  dulu , kemudian barulah berfikir macam mana nak katakan mana satu kena ambil dulu .

medical card  dulukah
Pampasan kematian dulukah ( sering kali disebut income replacement )
Kemalangan diri kah

Bagi saya … saya ulang, .. fahami dulu kepentingan bertakaful .

Takaful adalah insurans ..
Ia insurans yang berlandaskan hukum hakam dalam islam . Patuh syariah . Jadi kita boleh katakan takaful adalah insurans. Hanya beza pada nama tapi membawa konsep yang sama .

Takaful dan insurans sama-sama memberi jaminan ke atas seseorang / sesuatu yang dilindungi dengan satu amaun pampasan yang ditentukan apabila berlaku perkara atau musibah . Banyak gaya penulisan dan bahasa di luar sana yang boleh anda baca tetapi tetap membawa kepada satu maksud.  Menjamin , pampasan , orang dilindungi , musibah , syarikat insurans .

kepentingan insurans bergantung kepada jenis insurans diambil pula . Sebagai contoh
1- medical card : tujuan nya untuk perkara kesihatan diri membawa kepada jaminan akan bil rawatan
2- Kematian : memberikan pampasan kepada waris atas kematian orang dilindungi
3- Kemalangan diri : memberikan pampasan kepada orang dilindungi di atas kemalangan yang berlaku

banyak lagi insurans yang ada di luar sana , saja bagi 3 contoh ini sahaja .

1- medical card kita rasa manfaatnya semasa hidup
2- Takaful nyawa : manfaat boleh dapat masa hidup oleh orang dilindungi @ waris yang dapat sebab tuan polisi mati
3- Takaful kemalangan diri : manfaat masa hidup atau selepas kematian nya .

kalau nak hidup lama kata orang , bila sakit kena berubat . Nak berubat ada pula cepat dan lambat . Jika nak cepat tentulah kena pilih hospital swasta berbanding kerajaan ( mostly sakit begitulah senario pilihan hospital )  Jadi bila berubat kena keluarkan duit bayar bil . Ada lagi ke hospital swasta bagi rawatan percuma @ murah ?? Nak bayar pakai duit simpanan memang boleh tapi kalau dah ada pilihan tak perlu guna duit tu ..kenapa nak tolak kan . Maka ambillah medical card.

Kegembiraan Saya .. melihat client mengaku …

kegembiraan saya bukan pada komisen yang saya dapat daripada setiap polisi yang berjaya saya closed ke atas client .
Tahukah apa yang buatkan saya gembira . hati berbunga bunga .. senyum penuh bangga dalam hati  apabila client sedia ada mengaku dia kesempitan wang , kesusahan tak terperi akibat sakit ditanggung sekarang ini . Tambahnya lagi , saya pasti “terduduk” tak mampu nak buat rawatan sebab tak ada sumber kewangan yang sesuai . MUJURLAH saya dapatkan kad ini walaupun masa tu saya rasa ambil pun sebab tak nak diganggu oleh agen lagi @ alasan lain  sebab tak pasti pun nak pakai bila tapi ntah la ..ambil jer lah sebab duit pun ada baki.

Client sedia ada saya , hingga kini masih guna kad sebab terbabit dalam kemalangan jalanraya memaksa para doktor pasang besi pada tulang temulang dia . Bukan sekali tetapi berkali kali kena operate  ( prosedur ) untuk rawatan beliau . Hari ini , beliau menunggu waktu untuk next operation beliau . “Kos ditanggung oleh medical card buat masa ini  sudah cecah RM70,000 .00 sedangkan saya baru bayar 2 tahun” .

 

Di sinilah kepuasan sebenar saya sebagai agen  / konsultan apabila client dapat merasai perasan rasa selamat daripada beban kewangan akibat sakit .

Kegembiraan Saya .. melihat client mengaku …

kegembiraan saya bukan pada komisen yang saya dapat daripada setiap polisi yang berjaya saya closed ke atas client .
Tahukah apa yang buatkan saya gembira . hati berbunga bunga .. senyum penuh bangga dalam hati  apabila client sedia ada mengaku dia kesempitan wang , kesusahan tak terperi akibat sakit ditanggung sekarang ini . Tambahnya lagi , saya pasti “terduduk” tak mampu nak buat rawatan sebab tak ada sumber kewangan yang sesuai . MUJURLAH saya dapatkan kad ini walaupun masa tu saya rasa ambil pun sebab tak nak diganggu oleh agen lagi @ alasan lain  sebab tak pasti pun nak pakai bila tapi ntah la ..ambil jer lah sebab duit pun ada baki.

Client sedia ada saya , hingga kini masih guna kad sebab terbabit dalam kemalangan jalanraya memaksa para doktor pasang besi pada tulang temulang dia . Bukan sekali tetapi berkali kali kena operate  ( prosedur ) untuk rawatan beliau . Hari ini , beliau menunggu waktu untuk next operation beliau . “Kos ditanggung oleh medical card buat masa ini  sudah cecah RM70,000 .00 sedangkan saya baru bayar 2 tahun” .

 

Di sinilah kepuasan sebenar saya sebagai agen  / konsultan apabila client dapat merasai perasan rasa selamat daripada beban kewangan akibat sakit .

Thursday, April 13, 2017

Hutang sana sini.. sanggup pula

Ada antara kita , sanggup berhutang sana sini utk dapatkan takaful  / insurans.

situasi yang sama , sanggup berhutang untuk hidupkan insurans kereta. Sebab nak pakai kereta minggu depan , bulan depan @ hari hari . Tapi kalau berhutang untuk dapatkan insurans  / takaful macam saya sharing selama ini tak sanggup pula . Bagi saya , mereka itu tak nampak kegunaan takaful . Tak macam kereta, hutang .. boleh guna .

tak kena memang tak mengadah . Dah kena , baru nak mengadah , baru nak cari perlindungan itu ini .. maaf dah terlewat masa tu .

Kita sanggup berhutang beli kereta  , sampai bayar seribu sebulan  . Tapi … kalau takaful utk diri sendiri , semurah PATINA2016 tak sanggup pula. PATINA2016 adalah insurans islamik untuk kemalangan diri .

Saturday, April 1, 2017

Antara Tuntutan Insurans Yang Tidak Layak Seperti:

  1. penyakit sedia ada dan tidak disebutkan ketkan mengsi borang
  2. penyakit tertentu (hilang upaya dan komplikasi daripada berkaitan dengannya. Contoh : hipertensi, diabetes melitus, penyakit kardiovaskular.
  3. sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran serta keabnormalan fizikal neonatal yang wujud dalam temph 6 bulan dari masa kelahiran .
  4. Bunuh diri / hilang upaya disebabkan percubaan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri.
  5. Peperangan
  6. berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa peperangan atau semasa di bawah perintah operasi ketenteraan atau pemulihan ketenteraman awam.
  7. sebarang pelanggaran atau cubaan melanggar undang undang atau menentang daripada ditahan.
  8. kehamilan , keguguran atau melahirkan anak .
  9. penyakit mental atau saraf, rawatan ketagihan arak , salah guna dadah atau komplikasi yang timbul daripadanya atau pengambilan dadah secara tidak sengaja yang tidak diperkripsi oleh doktor.
  10. Pembedahan plastik / kosmetik / elektif / khatan (kecuali khatan akibat jangkitan) , pemeriksaan mata / pembedahan elektif untuk cacat penglihatan akibat rabun dekat, rabun jauh , pembiasan atau pembedahan keratotomi radial , cermin mata untuk pembetulan penghlihatan , kanta senuth , kanta intraokular , penggunaan atau permerolehan perkakas atau alat prostetik seperti anggota tiruan , alat pendengaran dan preskripnya.
  11. sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian kecuali diperlukan akibat kemalangan tidak termasuk penggantian gigi asal , gigi palsu dan perkhimatan prostetik .

Friday, March 31, 2017

Berita Benar : Gagal dapat pembiayaan Medical Card

Ini adalah cerita benar benar berlaku yang terjadi kepada seorang lelaki yang mengambil produk insurans dengan syarikat X .

Beliau ambil polisi kesihatan ini sejak 2014 dengan aharapan jika berlaku apa apa kepadanya , ia bakal membantunya kelak. Kisah bermula apabila beliau menghidap penyakit dengan hatinya . Oleh itu kerapa berulang alik ke hospital dan dimasukkan ke wad . Alkisahnya …. beliau terpaksa memabayar sendiri bil hospital. Beliau hubungi ejen insuransnya malangnya alasan daripada syarikat X tak dapat bagi perlindungan sebab  peraturan yang dibuat.  Apa yang menghairankan beliau , dalam terma dan syarat polisi tidak ada menyatakan berapa kali boleh masuk wad .

Oleh itu , saya menyarankan orang ramai di luar sana untuk mengambil kira faktor BOLEH MASUK WAD dan PAKAI KAD BANYAK KALI apabila ingin memilih medical card.  Zurich Takaful sejak masih beroperasai sebagai MAA Takaful memang tak pernah bagi had berapa kali boleh admit wad kepada semua pelanggannya. Hingga kini andai pelanggan perlu masuk wad , masuk lah .. yang penting jumlah tuntutan nanti tidak lebih nilainya daripada had tahunan ditanggung sahaja .

Thursday, March 30, 2017

Bakal @ Pemegang Polisi Perlu Isytihar Status Kesihatan Elak Tuntutan Ditolak

Setiap daripada kita mesti jujur dan memberikan maklumat yang diperlukan dengan jelas sebelum menyerahkan borang permohonan kepada ejen insurans .. iaitu saya .

Kegagalan membuat isytiharkan hanya akan menyebabkan sebarang tuntutan terbatal . Dalam satu kes yang berlaku di syarikat X oleh diceritakan oleh ejen Y .

“seorang pelanggan sebelum ambil insurnas beliau ada dimasukkan ke hospital dan buat pembedahan telinga tetapi tidak isytiharkan kepada ejen ( ejen Y ) . Kemudian beliau dimasukkan ke hospital atas sakit yang sama  : selepas dah mencarum dalam insuran. Pemegang polisi gagal membuat tuntutan kerana tidak jujur tentang status kesihatan mereka”

Sebelum tuntutan diluluskan ejen atau syarikat insurans  / takaful akan menyiasat terhadap permohonan itu . sekiranya tiada sejarah penyakit , rawatan tetapi tuntutan dibatalkan , maka kita sebagai pemegang polisi dinasihatkan berurusan terus dengan syarikat terbabit. FIGHT FOR YOUR RIGHT.

Friday, March 24, 2017

RM100 , RM200 , RM300 , RM400 sebulan rasa mahal

Maa takaful is now Zurich Takaful MalaysiaTengok tajuk posting kali ni .. saya nak bagitau , masa sihat walafiat ni memang akan rasa mahal sesangat komitmen untuk takaful . RM400 sebulan untuk seisi keluarga sebulan rasa macam nak liat nak jer nak bayar . Ada yang RM100 sebulan pun rasa rugi jer .. rasa besar sangat RM100 pergi kepada takaful .

Pemikiran kita , RM100 sebulan , RM200 , RM400 , RM500 sebulan tu macam macam boleh buat.

CUBA FIKIRKAN BILAMANA DAH TERLANTAR SAKIT . MASA TU NAK PAKAI DUIT UNTUK RAWATAN DIRI SENDIRI , ANAK , ISTERI ATAU SESIAPA SAHAJA YG DIBAWAH TANGGUNGJAWAB KITA  .. DENGAR DAN INGAT SEMULA YANG TAKAFUL BOLEH MEMBANTU RINGANKAN BEBAN … MASA TU DAH CARI SEMULA NO TELEFON KONSULTAN , AGEN TAKAFUL NAK AMBIL TAKAFUL KATANYA . TAMBAHNYA LAGI , KALI NI RM400 SEBULAN PUN SAYA SANGGUP !

ini realiti , kami para konsultan sering bertemu dengan masyarakat yang berfikiran begini pada peringkat awal kami approach mereka . Kini sudah terlewat , kami tak dapat bantu lagi . Sedih di hati kami  cuma kami tak tunjukkan .

saya sedih bukan sebab dia sakit tapi saya sedih sebab masa dulu saya tak berusaha sungguh sungguh dan saya kurang berkemahiran untuk yakinkan beliau mencarum takaful. Saya harus memperbaiki diri saya sendiri. 

Saturday, March 18, 2017

Kepentingan Takaful Senior Gold

Produk baru , tapi masih ramai yang belum tahu . Adalah menjadi satu perasan dukacita kepada diri sendiri sebab tak berusaha sehabis baik agar masyarakat di luar sana tahu adanya takaful untuk warga emas .

Takaful ini memberikan perlindungan TAKAFUL NYAWA kepada warga emas . Pampasan dibayar kepada waris akibat kematian normal dan juga akibat kemalangan . Jika akibat kemalangan , pampasan dibayar adalah berganda.

Takaful ini penting kepada mereka yang berusia emas  . Dengan takaful ini warga senior yang join takaful ini boleh tinggalkan sejumlah wang tunai kepada waris melalui pampasan kematian dirinya. Sedikit sebanyak membantu warisnya dari segi kewangan.

Takaful ini penting kepada warga emas sebab produk ini masih menerima kemasukan / sucribe / join hatta sudah ada penyakit. Tidak perlu medical check up juga. Maka  ini memberikan peluang kepada warga emas memiliki takaful juga.

Wednesday, March 1, 2017

Takaful nyawa untuk orang tua, warga emas

Takaful senior Gold boleh berikan perlindungan takaful nyawa . Kematian akibat kemalangan dan kematian biasa walaupun sudah ada penyakit tertentu.

walaupun sudah ada kencing manis , darah tinggi , batu karang …boleh lulus !!!!!

Caruman bermula serendah RM50 sebulan . RM100 sebulan . RM150 sebulan . RM200 sebulan.

* mengikut terma dan syarat.

Takaful Warga Tua

Zurich Takaful kenalkan produk terbaru . 2017 ini .

Takaful Senior Gold .

Takaful ini berikan pampasan kematian biasa dan kematian akibat kemalangan . Tiada rider lain dah .

RM100 , RM150 , RM200 , RM250 ……. sebulan .
Lagi tinggi caruman bulanan , lagi tinggi pampasan.

tidak perlu medical checkup .
Walaupun sudah ada sakit itu ini , sah dan boleh lulus  .

syarat :
pampasan dibayar setelah polisi lebih dari 2 tahun , jika kurang , Zurich Takaful pulangkan semula caruman dibuat dalam tempoh kurang 2 tahun tersebut sahaja.

Kita sebagai anak , boleh mohon bagi pihak orang tua kita. Jadi tunggu apa . Dapatkan segera !!!

 

sebagai contoh ibu dan bapa kita berusia 62 .

setahun kita bayar RM2400
10 tahun kita bayar RM24,000
20 tahun kita bayar RM48,000

Bapa 62 tahunEmak Usia 62 RM200

kalau meninggal akibat kemalangan, pampasan lebih tinggi daripada jumlah caruman terkumpul !!!

Tuesday, February 21, 2017

Bagaimana cara untuk mendaftar

Jika anda sudah berminat nak dapatkan takaful  , boleh ikuti langkah seterusnya untuk mendaftar .

  1. Isikan borang yang diberikan , lazimnya saya bagi melalui email .

    2 borang yang ringkas dan mudah untuk diisikan .
  2. Hantar borang asli kepada saya .
  3. saya dapat borang dan key in dalam sistem .
    buat bayaran  .
  4. pegawai zurich takaful buat semakan .
  5. lulus , perlindungan bermula.

Monday, February 20, 2017

Simpanan untuk waris

Anda pilih antara berikut yang manakan paling sesuai untuk tinggalkan waris dengan sejumlah wang .

 

1 – daripada simpanan tunai di institusi kewangan

2- melalui takaful nyawa

saya berikan senari0 berikut.

bapa simpan RM200 sebulan dalam institusi kewangan
ibu mencarum takaful RM200 sebulan dalam Zurich Takaful dengan pampasan RM300, 000

Bapa meninggal dunia setelah 10 tahun menyimpan dalam bank . Secara asas simpanan beliau sebanyak RM24 ribu dan tidak lebih RM40 ribu termasuk dividen.  Waris dapat nilai simpanan ini setelah pelbagai urusan dilakukan dan pembahagian mengikut undang2 sedia ada.

Ibu meninggal dunia setelah 10 tahun mencarum dalm takaful nyawa . Secara asas simpanan beliau tak sampai RM24 ribu sebab sebahagian caruman digunakan sebagai yuran( wakalah)  . Simpanan beliau mungkin hanya sekitar RM12,000 sahaja atau kurang. Waris dapat secara terus tanpa pelbagai urusan sebab pampasan ini dibayar terus  . Nilai yang waris dapat ialah RM300,000 + RM12,000 nilai simpanan ibu daripada takaful.

 

Daripada senario ini , saya sarankan anda yang fikir nak menabung untuk ditinggalkan kepada waris agar mempertimbangkan cara Ibu berbanding cara bapa.

Wednesday, February 15, 2017

Takaful Nyawa : Quotation asas

Takaful nyawa  / life insurance dalam islamic insurance di negara kita secara praktikalnya ada lebihan daripada sumbangan ( premium dlm insurans) automatik ia jadi simpanan . Simpanan itu seterusnya jadi pelaburan .

berikut adalah contoh bagi takaful nyawa secara asas tanpa memasukkan rider/s . Apa yang terpapar adalah

:::sumbangan asas peserta ( cik Alya) RM1200 setahun
:::sum insured beliau RM100,000.00 dan
:::jumlah saving terkumpul .
:::Quotation ini projection untuk selama 30 tahun . Kiranya polisi ini matang apabila cik alya pada ketika itu sudah puan , berusia 55 tahun .

cik alya 25thn_30thn_RM1200_takaful nyawa_zurich takaful

cik alya 25thn_30thn_RM1200_takaful nyawa_zurich takaful 2

 

di bawah ini pula … dengan modal RM200 sebulan @ RM2400 setahun .. dengan konsep yang sama seperti di atas Cik Alya MAMPU DAPATKAN POLISI PAMPASAN RM 1,000,000  ( 1 JUTA) . Nak tinggalkan RM1 juta dengan simpanan sendiri mungkin mustahil , tapi tidak mustahil dengan takaful.

cik alya 25thn_30thn_RM2400_takaful nyawa_si sejuta 1

cik alya 25thn_30thn_RM2400_takaful nyawa_si sejuta 2

Sunday, February 12, 2017

Takaful Nyawa ( Takaful Hajj ) Wanita 26 tahun

Plan Takaful nyawa :::::   Zurich Takaful ==== Plan Takaful Hajj
Usia Pelanggan ::::: 26 tahun … 1991 untuk tahun 2017 ini.
Jantina ::::: wanita
Tempoh ::::::: 30tahun
Sum Insured ::::: RM200,000 ( 2 ratus ribu)
Kadar Caruman ::::: RM100 sebulan
Rider :::: Waiver caruman untuk kes penyakit kritikal  .
Rider :::: Elaun hospital
Rider ::::  penyakit kritikal ( critical illness super)
Rider ::::  Badal haji , korban dan wakaf ( khusus protection)
Rider ::::  sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal akibat kemalangan.

Sila hubungi saya untuk dapatkan penerangan lanjut @ jika ada soalan berkaitan boleh ajukan terus di w.a @ komen @ email saya.  Sedia membantu pengetahuan saya ini .

wanita 26 tahun 1wanita 26 tahun 2

Saturday, February 11, 2017

Beralih dari medical card sedia ada kepada Zurich Takaful

Jika sudah ada medical card dari kompeni lain .. jangan rasa bersalah nak beralih kepada Zurich.

kita panggil sebagai take over bilamana subcribe dengan zurich takaful. Maksudnya tempoh menunggu ( grace period) tak perlu lagi. Hari ni apply esok inforced maka terus boleh guna kad. 120 hari , 30 hari menunggu dah tak ada .

tips tambahan , apply dulu yang zurich takaful ( MEDICA2015) , dah berjaya barulah fikir samada nak teruskan juga yang lama atau terminate . Jangan belum apply , belum berjaya dengan zurich takaful kita dah stop yang sana. Kalau jadi keperluan nak pakai medical card masa tu … tak ke haru biru jadinya.

Nota tambahan…Untuk terminate yang lama samada terminate terus polisi tersebut ( Takaful_investmentlink) atau hanya minta ubah untuk buang / keluarkan rider medical card . Maka dengan cara ini boleh mengurangkan kos caruman sedia ada.

ada beberapa syarat utama untuk Take Over ini . Antaraya  polisi tersebut mestilah sudah lebih dari setahun , anda masih sihat walafiat dan tiad sejarah claim yang serious di kompeni lama.

Your call .. nak simpan dalam institusi kewangan @ tabung di rumah @ dalam takaful

kita boleh menyimpan duit untuk emergency sakit nanti .

ada 2 cara menyimpan .
cara konvensional / standar ialah menabung .. tak kira lah menabung di rumah atau dalam medium kewangan macam bank .

cara ke-2 ialah .. kita menyimpan dalam takaful medical card zurich takaful . Kita simpan bulan bulan biarpun RM125 sebulan atau lebih rendah atau lebih tinggi . kalau sebulan rm100 , setahun RM1200 .. dalam beberapa tahun selepas menyimpan mungkin dah mencecah ribuan ringgit.

kalau simpan dalam bank / tabung .. kita sakit boleh ambil dan guna sepenuhnya ..adakah mencukupi ?????

kalau apply medical card zurich takaful , tak perlu risau sebab pasti mencukupi untuk rawatan kita . Bukan sekali tapi berkali kali .

Jadi kalau boleh , cuba ubah mind set ..instead of menyimpan cash untuk rawatan di masa hadapan dalam cara banking .. baik cuba dalam takaful . Jauh lebih jimat dan berbaloi baloi .

Apply Medical card Zurich Takaful tanpa medical check up

Ya. anda boleh apply medical card zurich takaful yang namanya kini MEDICA2015 tanpa perlu buat medical check up . Syarat utama untuk apply ialah anda mesti sihat walafiat.

Penukaran alamat Website ini

bagi merealisasikan tema straight to the point hala tuju website ini saya dengan rela paksa menukar kepada alamat baru .

https://smartmedic-zurichtakaful.blogspot.my daripada yang lama https://maa-smartmedic.blogspot.com

Jika anda search di enjin carian .. search engine .. google jumpa page lama , jangan risau . memang tak dapat dah ke website ini . Cuma nak bagitau saya tak hilang cuma alih alamat rumah sahaja.

Friday, February 10, 2017

Salah Satu Sebab Kenapa Saya Pilih sebagai consultan Maa Takaful ( kini dikenali Zurich Takaful)

tajuk posting kali ini salah satu … Maka satu daripada banyak sebab yang saya ada yang boleh saya ceritakan kali ini .

saya bermula dengan sebagai seorang dewasa yang mencari medical card . Saya buat kajian dari internet dan email beberapa konsultan dari pelbagai kompeni . Saya tertarik dengan produk medical card Maa Takaful pada ketika itu dan bukannya atas sebab konsultan itu sendiri. Bagi saya , pada masa tersebut medical card Maa Takaful memenuhi keperluan saya. Saya perlukan kad sahaja . Saya tak mencari saving @ pelaburan @ nyawa @ personal accident .

Saya buat kajian sendiri berdasarkan bantuan daripada konsultan secara langsung tidak langsung. Yang tak langsung ialah dengan membaca tulisan mereka dalam internet. Secara langsung tentulah dengan menghubungi konsultan tersebut.

Ini sebabnya ::::
Faktor pemilihan produk dan seterusnya menjadi konsultan bagi pihak Maa Takaful dipengaruhi  oleh pengetahuan saya sendiri dalam bidang takaful dan insurans. Saya adalah graduan Sains Aktuari dari UiTM Shah Alam . Sains aktuari  / actuary / actuarial science adalah berkisarkan insurans dan kewangan .  Atas faktor inilah yang saya memilih Maa Takaful ketika itu sebagai konsultan

Thursday, February 9, 2017

Medical card untuk kita bersiap sedia

Kalau kita ada duit banyak , sudah tentu kita akan cakap dah sedia untuk ambil medical card. Sesuai dengan tahap ekonomi  masa itu . Tahukah anda , bahawa jangan tunggu nak kaya dulu baru nak ambil kad. Kalau orang kaya pun ambil medical card , apatah lagi kita yang tak berapa kaya ni . Bab kesihatan mana boleh berkira. Iyelah .. adat orang kita , tak sakit memang tak cari kad. dah sakit bayar Rm1000 sebulan pun sanggup .

Abg sado A nak ambil kad sebab dah ada kencing manis ..
Abg sado B nak ambil kad sebab masih sihat walafiat .

secara zahirnya nampak macam A yang memerlukan kad tetapi sebenarnya B yang perlukan kad.
A perlukan duit untuk rawatan .
B perlukan kad untuk cover rawatan bila sakit.

Wednesday, February 8, 2017

Berapa anda boleh simpan di bank untuk 10 tahun dan mati

Katakan sebulan kita boleh simpan RM200 di bank selama 10 tahun dan kita meninggal dunia. Agak-agak berapa jumlah wang terkumpul di bank tersebut yang mana ia akan dapat kepada waris kita.

RM200 x 12bulan x 10tahun= RM24,000 .  ( ASAS)
RM24,000 + interest bank selama 10 tahun …. kita assume jumlah terkumpul dalam RM27,000 .

tahukah anda kalau mencarum dalam takaful nyawa  bukan RM24,000 tapi berlipat kali ganda pun boleh bagi pada waris.  Kita spend RM200 sebulan ambil plan takaful nyawa dengan pampasan kematian RM100,000 @ 200,000 .. Nah … tengok sendiri berapa kali ganda kita boleh tinggalkan pada waris.

Nak tengok lebih lanjut cara kira , nak tau caranya ….  jangan segan silu . Ilmu ni nak belajar tak boleh segan silu . Saya pula berniat nak tolong. Saya ada ilmu dalam bidang ni , saya nak share.

Lapsed

Jangan biarkan polisi anda lapsed.

bila polisi akan lapsed ?
Jika caruman dibuat secara bulanan dan maklumat tambahan seperti berikut :=

enforced date : 27/2/2017
due date : 26/3/2017
auto revival : 27/3/2017
lapsed : 27/5/2017

enforced tarikh polisi bermula.
due date ialah jangkamasa satu bulan diberikan untuk kita jelaskan caruman tanpa menjejaskan perlindungan takaful
auto revival ialah jika kita tidak langsaikan caruman selepas sebulan tempoh diberikan
lapsed ialah polisi kita mcm tergantung” . Masa ini tak boleh cover sebab dalam tempoh “grace period semula” . kita kena langsaikan semua caruman tertunggak hingga up to date dan grace period 4bulan (120) countdown semula.

polisi yang lapsed disadvante seperti berikut:=

1- restart semula grace period 120hari
2- Tak boleh claim dalam tempoh 120 hari
3- Mungkin kena buat beberapa report kesihatan macam urine test, blood test dan lain lain test
4- Jika masih diterima untuk reinstatement , mungkin akan ada loading” . Atau penyakit sedia ada tidak ditanggung.

Monday, February 6, 2017

Manfaat Tambahan Plan Takaful Nyawa

Client purchase takaful nyawa dan saya sebagai konsultan akan nasihatkan anda untuk ADD ON manfaat tambahan(rider) . Rider berikut adalah sangat berguna .

  1. Elaun Hospital :::::: samada hospital swasta mahupun awam . Maksimum hingga RM400 sehari .
  2. Kemalangan:::::::::: amaun biasa saya sarankan mininum RM30, 000 . Rider ini bagi pampasan akibat kemalangan
  3. Critical illnesses::::::  Andai client diberitakan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal maka sejumlah pampasan diberikan . Biasa saya akan sarankan sekitar RM70,000 .
  4. Waiver caruman ::::::: Bila dah kena #3 * critical illness .. maka peserta tidak perlu lagi bersusah payah pastikan caruman sentiasa berbayar . Client tidak perlu bayar lagi kerana caruman anda sudah dikira langsai setiap bulan / tahun . Polisi dan perlindungan takaful nyawa anda berjalan seperti biasa .
  5. Badal haji-wakaf-korban :::::  Sejumlah RM7000 diperuntukan untuk peserta yang meninggal dunia . RM7000 ini akan digunakan bagi badal haji , wakaf dan korban atas nama client tersebut.
  6. Manfaat pembayar :::::::  rider ini berfungsi untuk pelan takaful education ( nyawa) anak kita. Kita sebagai ibu bapa yang menjadi pembayar kepada polisi anak . Jika kita yang meninggal @ kena critical ilness @ hilang upaya kekal , polisi anak kita tak perlu bayar lagi . Sudah diselesaikan setiap tahun / bulan hinggalah polisi anak kita matang.

semua rider ini ada Terms and condition. Apa yang saya ceritakan di atas secara kasar sahaja .

Sunday, February 5, 2017

Kepentingan fire extinguisher

Rasanya semua orang kenal alat pemadam api . Bezanya pada ketika bila kita akan pakai dan siapa akan pakai . Tak terjadi kebakaran , ok lah . kalau jadi paling cepat kita dapat elakkan kebakaran besar , paling kurang kita berjaya elakkan kebakaran merebak ke tempat lain . Paling beruntung dapat padamkan terus kebakaran . Kebakaran boleh menyebabkan kerugian harga benda samada sikit mahupun besar nilainya . Kebakaran juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Adakala jika dikaji , kehilangan nyawa akibat kebakaran pada mulanya boleh diselamatkan sebab ada tersedia fire extinguisher ini di tempat tersebut . Dan ada orang yang menggunakannya .

Jadi kalau tak penting , tak perlu letak di tempat strategik  .

Fikirkan fikirkan lah .. adakah sama dengan konsep beringat ingat ambil takaful sebelum kemalangan menimpa . Sebelum musibah melanda diri dan keluarga.

Monday, January 23, 2017

CONTOH TAKAFUL EDUCATION ANAK LELAKI

Saya berikan contoh di bawah ini khas untuk anak kita andai usianya 8 tahun . Kanak-kanak sesuai dilindungi takaful nyawa plan education .

JANTINA  : L
USIA : 8
HASRAT BELIAU  :  takaful nyawa  + saving
PLAN DITAWARKAN: Takaful Education ( zurich takaful) .
TEMPOH : 17  Tahun ( kerana polisi ini tamat apabila anak berusia 25tahun)
KADAR CARUMAN : RM150 sebulan
MANFAAT : 
Pampasan kematian RM100, 000 . 00 ( seratus ribu)
penyakit kritikal RM70 , 000 .00 (7puluh ribu)
Elaun hospital RM100.00 sehari
Waiver caruman sepenuhnya akibat penyakit kritikal @ Hilang upaya kekal @ penyakit kritikal ke atas ibu @bapa  
Nilai saving ( jika ada akan dipulangkan kepada peserta @ bersama pampasan kepada waris) .. dijangkakan nilai terkumpul antara RM21,000 hingga RM35,000 .

Plan ini mewajibkan perlindungan tambahan ke atas polisi anak  Manfaat tambahan ini mengecualikan caruman Sijil Asas yang akan datang sekiranya Peserta meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) atau didiagnos menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal  “

maksudnya .. kita sebagai ibu @ bapa tak perlu risau caruman anak kita dikecualikan hingga polisi anak kita ini matang nanti . Dikecualikan terus , tak perlu bayar apa apa lagi . Polisi berjalan seperti biasa . Sebab kita dah ada manfaat tambahan disebutkan di atas  ini. 

si 100k edu L 8tahun

CONTOH TAKAFULINK LELAKI USIA 35 TAHUN

baik…. berjumpa lagi dalam posting seterusnya daripada saya . Kali ini nak bagi contoh , apa yang dapat dicadangkan kepada anda seorang lelaki berusia 35 tahun. Berminat dengan takaful nyawa . Pada masa yang sama fikirkan andai kena penyakit berat / penyakit kritikal macam mana nak bayar caruman . Bersama posting kali ini saya cuba bawakan secara ringkas apa yang anda berusia 35 tahun boleh dapat daripada Zurich Takaful .

JANTINA  : L
USIA : 35
HASRAT BELIAU  :  takaful nyawa 
PLAN DITAWARKAN: Takafulink ( zurich takaful) .
TEMPOH : 25 Tahun
MANFAAT : 
Pampasan kematian RM200, 000 . 00 ( 2ratus ribu)
penyakit kritikal RM70 , 000 .00 (7puluh ribu)
Kemalangan diri RM30,000.00 ( 3puluh ribu)
Elaun hospital RM100.00 sehari
Waiver caruman sepenuhnya akibat penyakit kritikal 
Nilai saving ( jika ada akan dipulangkan kepada peserta @ bersama pampasan kepada waris)

si 200k 25thn

Sunday, January 15, 2017

Takaful Kemalangan Diri

Takaful ini sebenarnya antara yang palin termurah di pasaran . Ia murah pada caruman tetapi caruman boleh tinggi .
Takaful ini menekankan perlindungan terhadap kemalangan
Bercakap tentang kemalangan , tolong jangan limit kepada kemalangan jalanraya sahaja .. takaful ini melindungi kita terhadap kemalangan lain juga macam jatuh tangga , jatuh longkang , gigitan binatang berbisa , disengat ular , Pokok tumbang , ranting jatuh , kecederaan semasa membaiki rumah dan lain lain lagi .

Di zurich takaful , namanya PATINA2016

Takaful education Zurich Takaful ..satu penerangan ringkas

#Takaful education .. Maa takaful ..kini disambung oleh Zurich Takaful Malaysia Berhad .
#Dalam takaful education ini , pentingnya untukberikan perlindungan kepada anak kita .
#polisi akan matang setelah anak berusia 25 tahun
#sepanjang 25 tahun ini ( assume ambil sejak bayi) anak kita akan dilindungi .
#pada masa yang sama , bayangkan jika kita sebagai ibu bapa kena TPD @ Ci .. caruman bulanan untuk takaful education anak kita tak perlu bayar dah . Polisi anak kita dah dibayar sepenuhnya sehingga polisi matang . Jika sebulan bayar RM300 ..setahun RM3600  .. tak perlu risau .. kita ibu bapa tak perlu bayar apa2 dah .
#Pampasan kematian adalah pampasan asas . Kita boleh letak RM60K , RM100K @ RM200K  .. terpulang pada kita
# Boleh tambah medical card dalam polisi ini . DIsamping dilindungi untuk TPD , Ci ..anak kita boleh dapatkan rawatan sebab bil akan dibayar oleh medical card pula.

Maklumat lanjut .. boleh hubungi saya selalu . konsultan anda. 013606165

konsultan Takaful macam menekan pelanggan

Itu adalah senario biasa dalam masyarakat . Kata orang , agen takaful , agen insuran suka sangat tekan pelanggan untuk ambil insurans itu dan ini .

memanglah macam tu dah perangai konsultan ni … cuma nak bagitau  , sikap mereka ini tidaklah mencerminkan akhlak sebenar …. ahhhh ..kenapa saya berkata begitu ..

Para konsultan tahu aka kepentingan perlindungan insurans dan takaful . Mereka beria ia membantu anda memahami kepentingan . Dari segi manfaat tambahan ( riders) adalah sebagai daya penarik kepada anda untuk berubah fikiran dan sedia mendengar seterusnya memahami kepentingannya .

the real konsultan takaful mestilah yang menekankan perlindungan , bukannya beria ia lebih banyak bercerita tentang nilai simpanan .

Tuesday, January 10, 2017

Nak call konsultan tapi tak ada masa..macam mana

Jika ada masalah nak call konsultan  … saya lah tu .. senang saja .. boleh tinggalkan pesanan kepada saya untuk follow up call , sms , whatsapp tuan pada waktu tertentu .

Dunia sekarang, whastapp ajer mudah … bagi salam ..  Nyatakan  nak saya follow up tuan pasal takaful… Bagitau saya tarikh dan masa.. dan saya akan follow up seperti diminta .

tuan boleh juga hantar email sebenarnya .

0136061652 @ zampairul@gmail.com

Sehari Berapa RM boleh menabung

Saya tanya tuan , puan , cik .. saya harap jawab sendiri ya ..

dalam sehari , selepas pulang dari kerja .. boleh tak menabung . ..
Jika boleh  , berapa RM boleh simpan tanpa ada masalah ..

RM20 sehari
RM15 sehari
RM10 sehari
RM8 sehari
RM7 sehari
RM5 sehari
RM2 sehari ..

Jika jawapan anda boleh …. maka anda sebenarnya sudah mampu dan tiada alasan tak ada bajet untuk memiliki Takaful !

Jangan bertangguh.. bila bila masa tak layak subcribe

Ya… posting kali ni nak cakap , jangalah bertangguh nak ambil takaful .. apa jua takaful , mestilah ada syarat kelayakan . Kompeni insurans tak tunggu kita ada duit baru nak join , ada masa baru nak fikir dan dah terkena musibah baru nak ambil perlindungan ..

hatta kita tak berkemampuan , tapi naluri kita menafikan bahawa kita mampu  sebenarnya cuma kita tak berusaha mengubah cara perbelanjaan dan gaya hidup .

AMBILLAH TAKAFUL SEBELUM KITA SAKIT !!!!

Sudah sakit , tak ada takaful nak tanggung kita. walaupun baru berusia setahun , 20 tahun , 30 tahun atau kita baru sehari dua disahkan penyakit ..sebulan dua tahu ada penyakit itu atau ini .. Maaf … masa itu sudah terlambat utk kalian .

sekarang sebulan RM100, 200, 400 , 600 terasa sangat besar untuk takaful . Dah ditimpa musibah , sebulan RM550, 600 pun sanggup . PERCAYALAH .. bercakap bukan kosong tapi atas pengetahuan dan pengalaman .