Followers

Monday, October 24, 2016

Maa Takaful kini Zurich Takaful

Jadi adalah menjadi keutamaan bagi saya untuk memberi tahu bahawa penulisan saya ini masih ada beberapa tempat yang belum ditukar kepada ZURICH TAKAFUL .  Jadi jika masih nampak MAA TAKAFUL , itu salah saya . Pun begitu ,saya berharap .. anda memahami saya .

proses menukar Maa Takaful kepada Zurich takaful mengambil masa . Jika masih ada , maafkan saya .

Ada Masa , luangkan masa baca

ya .. posting saya tentu tak banyak info tentang apa yang tuan sedang cari . Saya berharap tuan dapat teruskan bacaan dengan posting saya yang lain juga.

Saya percaya , sesiapa yang banyak baca posting saya yang lain akan dapat sedikit sebanyak pengetahuan asas tentang takaful . Teruskan membaca semoga dapat info info yang mungkin tidak diceritakan oleh konsultan lain .

jika tuan ada menjumpai kesalahan saya terutama dari segi fakta yang salah .. segera maklumkan pada saya . Saya akan bertindak sewajarnya.

Zurich Takaful ..
Dari saya untuk anda.
Takaful kalau tak penting, masakan ia wujud
Orang lain ambil kenapa kita tak ambil .
orang lain nampak kepentingan ..kenapa tidak kita?

income replacement vs medical card mana lebih dulu

Mana lebih dulu , mana lebih penting .

Soalan ini bergantung penuh kepada kuasa kewangan anda. Jika ada kemampuan untuk ambil serentak maka soalan posting ini tidak menjadi persoalan.

Di Zurich Takaful ini boleh ambil medical card sahaja .  Boleh ambil takaful nyawa + medical card juga. Istimewa sebab ada pilihan untuk ambil kad sahaja.

Baik , balik kepada soalan .. mana satu lebih penting. ( ini ada masalah bajet) .

Anda akan berasa hairan sebab para agen ada yang berbeza pendapat. Ada yang kata ambil income replacement dulu  baru tambah medical card . Utamakan protection gaji dulu ( income replacement) sebab tuan hilang upaya nanti ada pampasan , atau tuan mati , waris tuan ada jaminan kelangsungan hidup mereka dengan pampasan diterima. Sayang anak dan bini , ambillah income protection ini katanya. Konsultan akan tambah ayat klise.. kesian anak anak !

Namun pada pendapat saya , jika ada masalah dengan bajet sebab tak boleh ambil kedua duanya … saya 100% berpendapat bahawa , ambil medical card terlebih dahulu . Kita ini nak sihat , nak teruskan bekerja supaya dapat mencari nafkah . Jika sakit , macam mana nak kerja. Setakat MC bagi pada bos memang boleh ..tapi imagine sakit yang mengakibatkan kita tak boleh bekerja. Lambat laun pasti kita berhenti kerja , diberhentikan  @ kalau kerja sendiri .. tak keluar kerja.. tak ada gajilah . Dah sakit badan , macam mana nak meriahkan suasana dalam rumah tangga. Ahli keluarga pun susah hati , tuan tak sihat. Nak berubat  kena tunggu rawatan dan giliran . Nak ke hospital swasta tak mampu pula . Jadi kalau dah sakit , tak ada medical card , akan berlaku rentetan kekecewaan dalam hidup kita ini . Yang pertama tentulah menyesal sebab tak ada kad , jadi tak dapat nak berubat di hospital swasta yang semua orang tahu dari segi masa menunggu rawatan adalah cepat. Kata orang, ada duit kita cakap . mat saleh kata.. no money no talk.  Bukan saya prejudis ..tapi tanyalah sesiapa sahaja.. kalau sakit dan ada kemampuan nak ke hospital gov @ swasta? Kita tak kaya tapi mampu juga ke private sebab ada medical card. Sebenarnya orang kaya raya pun ada ambil medical card. Apatah kita yang tak berapa kaya ni kan .

saya sambung sikit lagi ..

Kita kalau dapat rawatan , sihat badan semula tentu akan berikan perubahan positif ke atas keluarga. Ahli keluarga ceria semula. kebahagian rumah tangga kembali . Anak anak dapat bersekolah dengan tenang… ada worst scenario anak anak dapat kembali ke sekolah ..kita sakit anak anak terpaksa jaga kita. Atau anak anak yang ganti kita keluar cari nafkah .

kesimpulannya, medical card kita perlukan semasa kita hidup .
income replacement bukan untuk kita hidup tapi kita dah mati .

Maa Takaful … kesinambungan produk

Anda yang sedia maklum bahawa kini Maa Takaful sudah tiada di pasaran sebab telah diambil alih oleh gergasi insurans dunia iaitu Zurich . Maa Takaful kini dengan imej baru ZURICH TAKAFUL.

bagi pelanggan sedia ada Maa Takaful , tiada sebarang perubahan ke atas polisi mereka . Polisi mereka diteruskan sepertimana tertulis dalam buku polisi . Produk takaful sedia ada yang ditawarkan oleh Maa Takaful juga diteruskan oleh Zurich Takaful . Tiada perubahan ke atas produk sedia ada. Produk adalah pelan takaful .

Oleh itu , adalah dimaklumkan bahawa , jika konsultan anda tersasul asik sebut Maa Takaful , beliau bercakap begitu begitu sebab sudah sebati dengan mulut beliau selama ini . Jadi maafkan beliau . Sebab itu saya mulakan posting kali ini mengatakan pelanggan sedia ada dan pelan takaful sedia ada sejak zaman Maa Takaful tidak berubah . Masih sah.

Hibah dan beneficiary .. apa beza

kita bercakap tentang orang sebenarnya . hibah adalah hadiah , beneficiary adalah penerima pampasan. Orang yang terima sum insured samada dengan cara hibah @ beneficiary. Kita wajar mengetahui sejauh mana kuasa mutlak orang yang terima pampasan ke atas sum insured tersebut.

sebagai penerima hibah , adalah menjadi hak milik sepenuhnya sum insured tersebut ke atas beliau . Maksud mudah saya , kalau kita dinamakan sebagai hibah  untuk sum insured maka duit tersebut adalah milik kita sepenuhnya.

Berbeza pula dengan situasi di mana , nama kita diletakkan sebagai beneficiary . Kita cuma sebagai individu yang diberi kepercayaan oleh pemegang polisi ( orang yg mati ) untuk terima wang pampasan daripada kompeni takaful / insurans. Maka sesungguhnya bahawa wang tersebut bukanlah menjadi hak milik kita sepenuhnya. Kita wajib untuk menguruskan wang tersebut . Ada bahagian untuk waris si mati ( insured person) . Kita ini cuma pemegang amanah . Maka jalankan amanah tersebut.

income replacement , income protection tu apa?

income replacement sebenarnya adalah produk takaful nyawa . Dalam takaful nyawa ini certain amount of sum insured diletakkan sebagai anggaran nilai tersebut mencukupi @ hampir hampir cukup menggantikan gaji yang diterima oleh peserta semasa hidupnya. Pun begitu , adalah menjadi kewajipan bagi konsultan tersebut untuk mengajar , tunjuk dan memberi panduan bagaimana income replacement itu dilaksanakan . Jika waris dapat wang pampasan tetapi tidak bertindak untuk memastikan kelangsungan wang tersebut , lambat laun akan habis juga. Jika sebelum ini disebut sebut inclome replacement , maka ia tak jadi income replacement sebaliknya jadi “bulk of money to spend on needs and whatever ..you name it”.  Sum insured tersebut sepatutnya dilaburkan ke akaun / instrument pelaburan dengan certain amount of return ( intereset/ dividen ) . Sebagai contoh

Ali mati .. waris dapat pampasan RM300,000.00
Waris Ali samada sebagai beneficiary @ penerima hibah terima RM300,000.00 tersebut.
Waris  Ali tidak belanjakan terus sum insured ini .
Waris Ali masukkan dalam saving  / pelaburan dengan pulangan sekitar 8% setahun.
Kiraan : RM300,000.00 X 8% pulangan = RM24,000  ( setahun)

Waris Ali ambil RM24,000 dan guna buat belanja . Maka setiap bulan ada RM2,000. 00 wang untuk dibelanjakan.
Jadi income ini berterusan di mana sum insured RM300,000.00 tadi tidak terusik pun . Jika waris ali bijak sebab tidak usik sum insured dalam pelaburan tersebut …. maka selama lamanya income bulanan mereka dapat hanya melalui interest / dividen .

Itulah dinamakan income replacement. Ia ada continuity . Hanya anda faham . Jika tak faham .. tiba masanya untuk kita berbincang lebih lanjut.

Sunday, October 23, 2016

Lokasi Terbaru : Kulim

Kini saya boleh berunding dan memberikan nasihat takaful seterusnya menjadi agen anda di Kulim, kedah .

Jadi jika anda berada di kulim dan perlukan nasihat takaful , jangan segan segan hubungi saya . Kita boleh berbincang di telefon dan seterusnya set temujanji di mana mana lokasi yang sesuai .

zurich Takaful : Kulim

Maa Takaful Kepada Zurich Takaful

Adalah dimaklumkan bahawa Maa Takaful kini dikenali sebagai Zurich Takaful pula.

Friday, October 7, 2016

Musim Hujan dan Panduan Keselamatan

Walaupun musim hujan , sungai sedim tetap dibuka seperti biasa. Air sungai akan meningkat naik tetapi masih jernih sepanjang musim hujan ini . Arus akan bertambah deras di kawasan berjeram manakala kawasan flat water tiada perbezaan ketara.

Adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri semasa berada berhampiran air. Dalam air sudah semestinya kena jaga keselamatan . Sebagai panduan , sebenarnya adalah lebih selamat untuk memakai kasut bertutup semasa berada dalam air . Semasa berada di darat , pastikan memakai kasut yang ada GRIP pada permukaan batu .

Sentiasalah berwaspada dengan anak anak agar tidak menghampiri langsung kawasan berarus deras walaupun airnya nampak jernih dan cetek pada pandangan anda.

Kita kena fahami bahawa dan tidak boleh memandang deras kuasa air . Maksud saya kekuatan air untuk menolak kita. Kita tak mampu melawan arus .

Pada masa yang sama , kita jaga keselamatan pengunjung lain dan pengunjung di masa depan dengan tidak membuang sampah merata rata. Sebaiknya kita bawa pulang saja sampah kita . Kita boleh bawa datang sini kenapa pula masa balik tak boleh bawa bersama ? Kebersihan adalah tanggungjawab kita demi kesihatan bersama.