Followers

Tuesday, October 26, 2010

Premium Medical Card

salam sejahtera kepada pembaca semua samada yang lama atau baru.Terima kasih kerana sudi membaca nukilan saya. Ini semua adalah pendapat saya seorang sahaja , tidak mewakili mana2 pihak lain.

Baik, kali ini saya nak menulis pasal premium (secara amnya dalam asas insuran bayaran dibuat oleh pemegang polisi kepada operator )

Dalam takaful dipanggil sumbangan. Dalam konvesional adalah premium. tapi balik kepada asasnya disini saya nak gunakan istilah premium.

Lain padang lain belalang, maka lain operator lain premiumnya. Suka utk saya bagi contoh bagi medical card MAA takaful yg valid pada masa post ini ditulis.

Syarikat/operator :::::: MAA Takaful
Nama medical card::::: SmartMedic 100
Umur peserta:::::::::::: 29tahun
jantina:::::::::::::::::::::: lelaki

Jumlah perlindungan :::::::: RM150,000 seumur hidup
jumlah Bayaran bulanan:::: RM42.80

Jumlah perlindungan :::::::: RM300,000 seumur hidup
jumlah Bayaran bulanan:::: RM54.20

Jumlah perlindungan :::::::: RM450,000 seumur hidup
jumlah Bayaran bulanan:::: RM68.50

Jumlah perlindungan :::::::: RM600,000 seumur hidup
jumlah Bayaran bulanan:::: RM92.80

Jika dibandingkan dengan syarikat lain, MAA Takaful jauh lebih murah .




Bagaimana Memilih Medical Card

Ya... soalan ni memang telah menghantui diri saya sebelum ada perlindungan kesihatan aka Medical Card. Bagi saya soalan "Bagaimana Memilih Medical Card " ini merujuk kepada 2 perkara
  1. Medical card drpd syarikat mana?
  2. Berapa banyak perlindungan yang kita perlukan daripada medical card ?
Saya nak bagi pendapat saya utk no.1 dulu "Medical card drpd syarikat mana? " . Baik, di sini saya nak katakan ada banyak syarikat ( operator ) yang sediakan perlindungan kesihatan yang semuanya panggil medical card. Ada drpd insurans konvesional termasuk juga drpd operator takaful.

Jadi bagaimana memilih syarikat yang sesuai ?
  • Pertama sekali pilih nak yang islamik atau konvensional.
  • Jumlah premium dan perlindungan yang ditawarkan oleh mereka
Islamik atau konvensional adalah subjektif. Jadi saya nak bincangkan yang kedua. Jumlah premium dikenakan kepada kita adalah bergantung sepenuhnya kepada usia semasa kita. Maka setiap tahun jumlah premium kita akan bertambah kerana logiknya usia bertambah, risiko penyakit pun bertambah.

Seterusnya, jika sekarang ini kita tiada penyakit @ sejarah sakit , insyaAllah mana-mana operator dengan rela hati dan mudah sekali untuk terima kita masuk dalam skim perlindungan mereka. Jika sebaliknya, mana2 operator akan menimbang semula permohonan kita. Jika operator A tolak permohonan kita, syarikat B mungkin terima. Jadi kita pergi lah kepada syarikat B.

Next, kita pergi kepada perkara no.2 "Berapa banyak perlindungan yang kita perlukan daripada medical card ?"

Semestinya kita perlukan perlindungan terhadap segala penyakit yang mungkin melanda diri kita. Oh..tapi jangan lupa , medical juga melindungi kita daripada bebanan kewangan bagi bayaran bil perubatan/ rawatan kerana kemalangan.

Bagi soalan ini, maksud saya ialah berapa banyakkah jumlah perlindungan yang ditawarkan utk kita bagi tempoh setahun dan seumur hidup. Secara praktikalnya, lagi tinggi perlindungan , lagi tinggi lah jumlah premiumnya.

Ada yang menawarkan sehingga setengah juta perlindungan seumur hidup. Tidak kurang juga yang rendah sehingga 50ribu seumur hidup. Bagaimana nak pilih had seumur hidup ini. Kalau rendah nanti tak cukup pula, kalau terlebih, rugilah bayar premium utk perkara yg kita tak guna pun.

Ok...tips saya macam ini. Lazimnya kita sesuai ambil perlindungan seumur hidup diantara RM200,000 ke RM300,000 shj. Lebih dari itu agak tidak sesuai. kenapa ya ? sebelum itu, saya nyatakan ini adalah pendapat saya seorang sahaja, bukan pendapat operator atau agen lain . Beginilah...kita mungkin tak sempat nak claim melebihi RM300,000 kerana kita akan mati dulu., errkk..kenapa pula.. sebab hanya penyakit yang serius akan claim mencecah angka tersebut. Kalau dah serius, emm..tentu dah tak lama nak idup..

tapi bagaimana pula penyakit tak serius.. kalau tak serius, insyaAllah dengan rawatan yang kita dapat, dan dibayar oleh medical card kita, kita akan sembuh.






Untuk Siapa Medical Card

Ya,. satu soalan yang tersangat baik. Saya nak kongsi pendpt saya .
Medical ini saya sarankan kepada diri sendiri, anak anak dan orang tua kita.

Ini pendapat saya:
Jika kita masih ada ibu ayah, better dapatkan medical ini untuk mereka. Tanyalah diri balik, dan ikutlah logik akal dan masa.
  • Lumrah org tua, penyakit akan datang.
  • Kalau dah sakit, tempoh penyembuhan lebih lama berbanding orang muda.
  • Kalau dah lama, serius, kos tinggi mampukah kita menanggung kos rawatan?
  • Sayang mak ayah @ tidak ?
Jadi nasihat saya, dapatkanlah perlindungan kesihatan ( medical card ) untuk mereka. Percayalah , kita ni kalau kaya sekalipun belum tentu dpt bayar keseluruhan kos rawatan mak ayah kita.

Kedua, dapatkan utk diri sendiri. Bagi yang bujang, kalau kita sakit, kepada siapa kita nak mengadu nasib dapatkan bantuan kewangan. Kita sakit dah tak boleh bekerja, nak harapkan mak ayah, emm...mampukah mereka. Kena pula mereka pun perlukan wang utk sakit diri sendiri.

Jika berkeluarga, duit yang kita cari dengan bekerja @ duit simpanan nak dibelanjakan kepada keluarga @ nak biayai kos rawatan kita. Jika kos rawatan cecah seribu sahaja pun, macam macam kita boleh buat utk kebahagian keluarga tp malangnya nak guna utk kita seorang ajer. Tentu rasa terkilan jika duit beribu habis utk diri sendiri , pada masa sama tengok keluarga tak dapat merasa nikmat wang tadi. Kita ni perlu bekerja jadi perlu kembali sihat dengan segera supaya dapat terus mencari rezeki utk keluarga. Kalau sakit, tak dapatkan rawatan sewajarnya kerna tak ada sumber kewangan,............emmmmm..... terus meneruslah kita dirundung kekecewaan dan susah hati.

cukuplah setakat itu saya kongsi kali ni. Jika ada pendapat / soalan sila majukan di bahagian komen ya.