Followers

Thursday, November 4, 2010

Kita tak fikirkan masa depan


Pertama sekali tengok sekeliling kita.

Setiap hari kita terdedah kepada risiko kemalangan , sakit dan mati.Jika ditakdirkan kita meninggal dunia, sudah kita sediakan dana khas utk orang yg kita tinggalkan. Bagi yg berkahwin pasti telah pikirkan hal ini, tapi masalahnya bagi yang bujang bujang ni, baik lelaki mahupun wanita. Tak pernah pikir, kalau dia dah tak ada (mati) , orang2 yg dia tinggalkan itu macam mana keadaannya. At least dengan adanya insurans, orang yg kita tinggalkan especially mak bapak akan diberi pampasan sebab kita dah tak ada.

kalau masih hidup boleh lah kita terus berbakti pada orang tua, orang lain mati tak dapat nak tolong mak ayah..kita ( pemegang insurans) dah mati pun boleh tolong mak ayah tau. kan ke besar pahalanya tu.
Sekiranya mahu mak ayah, isteri dan anak2 mendapat pampasan kematian yg tinggi, saya sarankan ambil insurans/ takaful jenis PA ( personal xcden) . Tahukah , dengan bayaran 1300 setahun @ 13 ribu 10 tahun @ 26 ribu 20thun dan 39ribu 30 tahun, once meninggal pampasannya RM1,000,00.00.. ya satu juta!!! kalau kita hidup sehingga 30 thn lagi baru 39ribu tapi waris dapat 1million Oooo.... itu kalau hidup panjang... bagaimana kalau kita cuma hidup hingga hari esok, yg mana kita ni setiap hari ,setiap masa terdedah dengan risiko mati...kalau dah ada perlindungan, mati esok pun RM1,000,00.00 dibyr pada waris.
itu cakap pasal mati.

kedua, cakap pasal sakit.. semua orng tentu pernah sakit. tak pernah masuk wad pun ramai juga..macam saya..syukur.

tapi... walaupun sy sihat, tak pernah masuk wad tapi risiko kena penaykit tetap ada.. kalau lah ditakdirkan kita kena cancer.. skrang ni memang lah.. tapi tau kan..kanser ni makan masa bertahun tahun..
darah tinggi pula..skrang darah kita normal.. mana tau disebabkan kita alpa menjaga makan, tak bersenam. merokok pula tu.. tak merokok, tapi dok di kalangan perokok..sama gak tu.. darah tinggi ni bleh melarat sakitnya.. strok, serangan jantung dsbnya.
kencing manis.. skrang ni kencing kita normal..masin lagi.. once dah kena., tau ler susahnya nak rasa nikmat hidup dunia..iaitu nikmat makan.. itu ini tak boleh makan.maklumlah org kita ni bila masak, suka yg manis2 belaka.

Kegagalan buah pinggang.. yg ni lagi satu.. benda ni pun makan masa nak kena.. sekali dah kena.. org kata, nak kemana kena pikir kat mana boleh buat dialisis.. pastu kalau dah cecah time kronik, kena gantikan buah pinggang tu..memang lah ada penderma tapi, kena tunggu turn.. itu pun kalau sepadan ngan kita.. tunggu turn lama ooooo, ramai rkyt kita kena penyakit buah pinggang ni..

k, sy bukan nak takut takutkan hangpa semua tapi cuba lah bawa bawa pikir jap benda sy cakap ni. Sy minta pikirkan bila kena penyakit macam yg saya sebutkan diatas, tentu nak pakai duit. Kalau ke hospital kerajaan murah, swasta mahal... tak banyak pun sikit tetap kena pakai kan.
kalau boleh menabung setiap bulan @ tahun dlm asb asn, kenapa tak boleh pula dalam perlindungan diri. Untuk kesihatan, ambillah medical card.

Bagi sy antara ASN,ASB dan insurans/ takaful... lebih penting takaful/insurans.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)