Followers

Wednesday, June 19, 2013

Mana yang Wajar kosmetik vs Kad

Ramai orang di luar sana , yang sanggup berhabis RM RM RM untuk kecantikan diri . Katanya kesihata diri luar dan dalam mesti dijaga. Biar habis RM RM RM asalkan dapat maintain atau upgrade kesihatan diri luar dan dalam . Pun begitu tak kurang juga ada yang sanggup ke sana sini mencari pengamal perubatan tradisional dan moden untuk kecantikan .

RM RM RM .. begitu banyak sekali duit yang sanggup dilaburkan kearah itu . Cuba tanya diri sendiri, kaji selidik semula apa yang telah dibelanjakan , banyak mana RM RM RM dah habis atau mungkin akan habis sebab pasti ada produk yang memerlukan komitmen berterusan .

Akhir sekali saya ingin mengajak berfikir sejenak . Apa erti kecantikan semua ini jika tak dapat memberikan peluang terlepas daripada masalah rawatan kesihatan diri . Bagaimana jika ada sakit organ dalaman , duit nak pakai untuk kos rawatan mana nak cari terutamanya jika mahu disegerakan penderitaan berakhir . Jawapan di akhir akhir ini pastilah disarankan ke hospital swasta.  Jika berduit tak apa lah . tak sengsara .

Jadi , kalau ada duit tu , sebelum berhabis habisan dalam mencantikkan wajah , diri , adalah lebih baik beringat ingat untuk menjaga diri sendiri . sediakanlah pelan rawatan jika ditimpa musibah kesihatan .

tanya diri sendiri :::

“Apa guna cantik jika badan sakit sana sini sebab tiada duit nak tanggung kos rawatan”

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)