Saya sebenarnya adalah graduan dari bidang sains aktuari . Semasa dalam pengajian saya telah didedahkan dengan kepentingan insuran , bagaimana insuran berfungsi , di sebalik tadbir pengurusan , pengiraan reserve , quota share , reinsuran , produk , statistik dan pelbagai lagi perkara melibatkan insuran .
Sebelum pergi lanjut suka di sini saya jelaskan bahawa sains aktuari adalah menjadi tulang belakang kepada sesebuah syarikat insuran . Tanpa mereka proses underwriting dan prospecting bisnes insurans ini agak mustahil . Memang boleh dibuat oleh orang bukan aktuari tapi dewasa kini , siap yang laksanakannya? Ya , mereka inilah yang digelar actuaries .
Balik kepada kisah kenapa saya terlibat.
- Saya Graduan bidang insuran– Khusus dalam Aktuari. Adalah amat merugikan jika saya tinggal bidang ini begitu sahaja.
- Saya tahu peri pentingnya insuran di zaman ini
- Saya mahu kaum melayu saya ramai yang dilindungi insuran di masa depan
- Ini boleh mengubah gaya hidup dan nasib saya di masa depan
Saya di sini , sebenarnya berbesar hati dapat membantu mereka di luar sana memahami insuran . Ada masanya saya gembira dapat membantu mereka yang sedia ada polisi insuran walaupun polisi mereka dari syarikat lain . Saya suka beri penerangan tapi tak berharap sangat dapat “ closed case” sebab bagi saya asalkan mereka subcribe insuran saya sudah puas hati tidak kisah dengan mana mana syarikat . Apa yang penting, mereka akhirnya faham akan kepentingannya . Ada pula kenalan kata, “macam tu rugilah , buat letih terang ajer , tapi mereka ambil dengan orang lain” . Jawab saya , “ya..saya rugi dari segi komisen tapi saya tak rugi di akhirat dengan menyampaikan ilmu”.
Untuk makluman insuran dan takaful adalah perkara yang sama ! Secara asasnya takaful adalah insuran dan insuran adalah takaful .
Di negara kita ,insuran merujuk kepada insuranskonvensional tapi takaful merujuk kepada insuran islam . Itu sahaja . Pokoknya kedua duanya memberi perlindungan .
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)