Followers

Wednesday, December 31, 2014

MEDICAL CARD TAK PERLU CLAIM ..betul ke ?

Kalau guna medical card tak perlu claim.. adakah benar , auta atau momok sahaja ?

BENAR
Jawapan daripada saya begini kisahnya.
Apabila kita admit hospital panel  ,pihak hospital akan semak validity kad kita. Mana tahu tak bayar caruman atau ada caruman tertunggak . 

Kad kita Valid. Masih sah. Masih aktif . Caruman tak pernah missed . Hebat tak pernah missed !! 

Maka kita akan dimasukkan ke wad dengan segera. Hospital swasta tersenyum ler masa tu . Dia tahu kos rawatan kita dah boleh untung. Hakikat!hospital swasta adalah perniagaan disamping memberi perkhidmatan mengubah kualiti hidup tak sihat kepada sihat. Ehhh ..jangan melencong. Stay with me !!!!. 

Maka kita pun masuk wad , jalani rawatan dan kemudian dapat discharge. Kita pun berlalu. Cashless . Kaunter bayaran tak minta pun daripada kita untuk bayar bil beribu ribu tersebut. Ini kerana bil tadi dijelaskan oleh Medical card Maa Takaful . Bayar terus kepada hospital . Bukan bayar pada kita kemudian kita bayar pula kepada hospital. Maa Takaful bayar terus kepada hospital.

Tamat.

Walaupun bagaimanapun .. ada situasi kita perlu buat CLAIM kepada pihak takaful . Sebagai contoh kita guna kad ini di hospital bukan panel . Diulang ... bukan panel . 

Maka kita bayar pakai duit sendiri dulu kemudian isi boring dan submit bersama resit dan berberapa dokumen lain . Ini kita panggil “reimbursement” . MEANS . kita masih boleh pakai duit takaful di hospital bukan panel tetapi ..bayar duit claim kemudian dengan syarikat . 

Contoh bukan panel ? emmm…. mudah !!! hospital di oversea. Kita kan suka melancong , bisnes di oversea . Mana tahu satu hari nanti semasa dalam perantauan tu kita perlukan rawatan. Lagi satu hospital dalam negara kita tapi masih belum dalam senarai panel takaful Maa Takaful..
YOUR HEALTH IS YOUR WEALTH!

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)