Penerima pampasan bahasa melayu . Istilah diguna pakai dalam insurans ialah “Beneficiary” . Dalam kehidupan seharian kita panggil waris.
Sesiapa sahaja boleh dinamakan sebagai penerima pampasan . Pampasan ini pula adalah bebas daripada masalah paperwork pembahagian harta. Sebab ini bukan harta tetapi sejumlah wang yang diterima atas sebab kehilangan nyawa @ hilang upaya kekal @ penyakit kritikal .
Tahukah anda bahawa , andai kita dipilih sebagai beneficiary maka wajiblah kita menguruskan pampasan itu sewajarnya. Wang pampasan bukan hak milik kita secara mutlak , sebaliknya kita adalah sebagai pemegang amanah . Maka selepas menerima ini jangan kata sejumlah wang itu hak milik kita. Memang dalam masyarakat kita masih ramai yang tidak faham situasi ini . Ramai menyangka wang itu milik mereka. Sebab itu ada masalah pembahagian wang pampasan ini dalam masyarakat kita.
Wang pampasan boleh menjadi hak milik mutlak andai peserta insurans / takaful menamakan kita sebagai penerima HIBAH . Maksudnya sebagai hadiah . Hibah boleh dinamakan atas nama sesiapa sahaja . Terpulang kepada pemegang polisi . Ahli keluarga , mak ayah , adik adik , jiran , hatta orang gaji atau pengasuh dan bibik.
Policy holder boleh mengisi borang penama samada sebagai hibah atau beneficiary . Jika tak pernah isi , boleh hubungi agen untuk mengisi borang khas . Jika ada polisi “medical card”, tak perlu isi penama sebab tiada pampasan diberikan sebaliknya RM5000 diterima waris adalah khairat kematian .
pemegang polisi = peserta = policy holder = pencarum
Hibah = Hadiah
Beneficiary = penama = penerima pampasan = pemegang amanah