Followers

Thursday, June 25, 2015

Saya graduan sains Aktuari

saya sebenarnya berminat dengan takaful ini bukan sebab ingin menjadi agen dan menikmati komisen daripada jualan produk takaful . Juga bukan kerana saya mahu bekerja dengan syarikat insurans dan takaful di negara ini . Hakikatnya saya memang pernah bekerja dengan RHB Insurance Berhad . Pun begitu , minat saya lebih kepada takaful . Saya juga lebih gemar menyampaikan apa yang telah saya pelajari dulu dengan orang ramai .

Bidang aktuari sangat mencabar semasa zaman belajar . Kerah keringat siang malam untuk belajar. Fokus utama kami adalah matematik dan statistik yang isinya adalah calculus dan probability. Pada masa sama mesti mahir dengan ilmu sains komputer, kewangan dan pengajian perniagaan. Walaupun di peringkat diploma , disajikan dengan 8 paper matematik , 7 paper statistik. Ini belum termasuk dengan subjek iringan lain . Pelajar dalam bidang ini tidak ramai , sebab setiap kali intake tempat adalah terhad. Saya percaya kerana tenaga pengajar khas bidang ini belum mencukupi bagi menambah kuota pengambilan setiap tahun .

Bidang ini jika berjaya sampai mendapat gelaran AKTUARI / actuaries .. Maka satu dunia memerlukan tenaga dan kepakaran pemegang title ini. Pun begitu , bertahun tahun usaha dan pengorbanan perlu dibuat bagi mendapat ilmu secukup sebelum bergelar seorang aktuari . Di negara ini UiTM salah satu tempat untuk belajar aktuari. Di situlah tempat saya menimba ilmu .

Aktuari adalah orang bertanggungjawab dalam menentukan kadar caruman takaful yang tuan tuan sekalian . Tanpa kepakaran mereka , agak pincanglah industri takaful dan insurans. Pakar aktuari diperlukan bagi menimbangtara dan menguruskan risiko dan ketidaktentuan khasnya untuk insurans.

bacaan lanjut secara umum boleh lihat wikipedia di sini

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)