Followers

Friday, July 22, 2016

Takaful Nyawa Lebih Penting berbanding Kad Kesihatan ?

Tajuk post kali ini panjang . Kalau saya tambah “Kajian perbandingan Takaful Nyawa Lebih Penting…..” nanti sudah jadi macam tajuk tesis pula. At least Kajian Ilmiah .

sebenarnya takaful adalah penting dalam kehidupan kita. Takaful nyawa memberikan kita kelegaan dari segi mental sebab sudah tahu ahli keluarga akan dapat pampasan atas kematian kita. Takaful kesihatan pula memberi kita ketenangan sewaktu hidup dikala sedang  bergelut , berjuang melawan sakit dan penyakit di badan . Pada masa yang sama emosi kita boleh terkawal sebab tahu , ahli keluarga dan akaun bank sendiri tak terusik demi membantu kita pulih semula.

Takaful kemalangan diri memberikan kita ketenangan dari segi pampasan akibat kemalangan . Maklumlah hidup kita ini sentiasa sahaja terdedah dengan kemalangan . Ada antara kita setiap hari akan berada di jalanraya malah perkerjaannya sendiri sudah berada di atas jalanray . Habis kerja sampai rumah , atau hari cuti ..tetap terdedah dengan kemalangan . Pampasan tidak semestinya akibat kemalangan jalanraya sahaja , malah konsep kemalangan lebih luas.

Jika kita tiada masalah kewangan , saya sarankan ambil semua .
Jika ada masalah kewangan , saya utamakan kad kesihatan .
berduit  maka tambah pula Takaful nyawa dan sertakan sekali takaful kemalangan .

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)