Followers

Sunday, July 12, 2015

Fikir kenapa Orang lain ada takaful???

Takaful ini diwujudkan sebab ada kepentingan kepada individu dan kepada masyarakat dalam skop yang lebih luas. Dengan takaful , wujudnya perlindungan terhadap pendapatan dan hilang upaya dan kos melibatkan rawatan dan sebagainya.

Takaful disertai ramai dan terdiri daripada pelbagai latar belakang individu dan berbeza juga dari segi tahap kemampuan ekonomi . Peserta takaful sebetulnya bukanlah daripada golongan yang berkemampuan . Percayalah bahawa , mereka yang memahami kepentingan takaful ini akan berusaha mendapatkannya . Mereka tidak menjadikan taraf ekonomi mereka sebagai halangan. Bagi mereka , perlindungan lebih penting berbanding simpanan . Sebab itulah walaupun orang kaya tetapi mereka masih sertai takaful sedangkan secara logiknya mereka telah stabil dari segi ekonomi . Bagi yang kurang berkemampuan , mereka tetap nak sertai takaful . Bagi mereka , jika tanpa kewangan yang stabil  bagaimana dengan situasi keluarga apabila ketiadaan beliau nanti . Bagaimana pula beliau nak teruskan kehidupan andai sudah jatuh ditimpa tangga. Tiada lagi pendapatan menambah derita. Jadi dengan takaful , boleh menambahbaik kehidupan orang ditinggalkan selamanya atau memperbaiki tahap kesihatan justeru tidak lagi menggunakan wang simpanan peribadi atau lebih teruk terpaksa merayu simpati orang ramai . Bercakap situasi merayu ini , boleh buka harian metro , setiap hari ada saja berita insan merayu simpati bagi mendapatkan rawatan.

Persoalan di sini , kenapa mereka berusaha untuk ada takaful tetapi tidak ANDA ?

  1. Adakah anda terlampau kaya
  2. adakah anda mampu sihat
  3. adakah anda mampu mendapatkan rawatan segera dan menjelaskan bil dengan sendiri
  4. adakah anda tidak perlu tinggalkan sebarang wang kepada waris
  5. adakah anda sudah cukup perlindungan takaful sedia ada terutama daripada majikan
  6. adakah anda rasa anda tak akan mati
  7. adakah anda rasa anda mati , orang lain yang dapat pampasan itu
  8. adakah anda fikir anda tidak mampu dari segi kewangan .
  9. adakah anda seorang individu seperti insan lain yang dapat gaji tolak belanja tolak simpanan , akhirnya tiada baki lagi untuk takaful .  GAJI-EXPENSE –SAVING =____(RM)takaful.
  10. adakah anda tidak mahu jadi seperti peserta takaful . GAJI – EXPENSES – TAKAFUL=___(RM) SAVING.
  11. adakah anda fikir orang ramai termasuk adik beradik dan ibu bapa sanggup berkorban wang ringgit untuk merawat anda.
  12. adakah anda tak kisah kehidupan orang lain terjejas dengan ketiadaan anda
  13. adakah anda tak kisah kehidupan orang lain terjejas dengan kemerosotan kesihatan akibat penyakit , kemalangan , usia , jangkitan dan lain lain .
  14. adakah anda malas berfikir untuk masa depan
  15. adakah anda sering dihasut oleh rakan rakan , media massa , FB  bahawa mencarum takaful/ insurans merugikan
  16. adakah mereka yang menghasut anda akan membantu anda dikala kesusahan @ membantu keluarga anda dikala anda tiada di dunia ini lagi .
  17. adakah bagi anda simpanan lebih penting berbanding takaful
  18. adakah anda faham konsep bertakaful dan kepentingan sebelum anda berkata tidak kepada takaful .
  19. jika takaful tidak penting kepada anda , kenapa pula ia penting kepada individu lain dan kenapa individu lain sanggup berhabisan untuk takaful . sudahkan anda memahami niat mereka?

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)