Followers

Tuesday, March 15, 2016

Caruman RM100 Sebulan Terasa Berat : MEDICA2015

seringkali saya menerima soalan  berbaur “ penjimatan / low bajet” . Ramai yang bertanya boleh tak kurangkan RM100 sebulan  malah ada yang tanya RM50 sebulan untuk medical card.  Saya menjawab dengan fakta , iaitu mengikut jadual bayaran mengikut usia . Medical card Maa Takaful ( MEDICA2015) adalah stand alone product.  Walaupun stand alone yang caruman konpom lebih rendah daripada takafulink/investmenlink , masih ada yang kurang mampu.

Ya, bagi saya mampu atau tidak adalah subjektif. Pada sesetengah orang , RM50 sangat besar untuk dibelanjakan . Ada orang yang lain , mampu bayar RM300 sebulan untuk top Up kredit internet mobile phone tetapi belum tentu mampu nak komited dengan takaful yang serendah RM100 sebulan hatta RM60 sebulan takaful untuk anak anak sendiri. Jadi di sini saya bukanlah bawa isu orang kita tak berpendapatan tetapi lain … isu sebenar di bawah ini .

Ramai di luar sana teringin dan memang pun kalau boleh nak masuk private hospital atas sebab servis yang diberikan oleh hospital , jangkamasa menunggu untuk rawatan , privacy issue dan lain lain lagi . Namun masih ramai yang masih berlengah lengah bilamana sudah berhajat nak dapatkan medical card. Segelintir yang lain merungut caruman ditawarkan kompeni-kompeni takaful negara ini tinggi . Inilah saya cuba nak sampaikan .. Maa Takaful sedia tawarkan stand alone ( murah berbanding takafulink) pun masih ada yang berkira kira nak ambil . Bagaimana jika tanpa kad ,kita tuju ke private hospital . Dan bil rawatan tadi kita bayar dengan wang simpanan , wang pinjaman , wang tabung , wang kecemasan , wang sumbangan orang ramai , duit sedekah .. lambat laun akan habis juga. Silap silap  , rawatan belum habis , duit tu semua dah habis . Kalau caruman bulanan masih tak mampu  nak berkorban , sanggup pula nak korban wang simpanan ?

menyimpan sampai RM12k , 15K bertahun tahun , tapi masuk wad . 2 malam ajer dah habiskan wang simpanan . Tak ke ralat bila berlaku demikian . Pilihan sudah ada , dapatkan takaful medical card . Tak habis 12K tu …tak ganggu pun.

 

kalau RM100 sebulan dah terbeban , apatah lagi kalau kena bil beribu !!

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)