Followers

Tuesday, October 26, 2010

Untuk Siapa Medical Card

Ya,. satu soalan yang tersangat baik. Saya nak kongsi pendpt saya .
Medical ini saya sarankan kepada diri sendiri, anak anak dan orang tua kita.

Ini pendapat saya:
Jika kita masih ada ibu ayah, better dapatkan medical ini untuk mereka. Tanyalah diri balik, dan ikutlah logik akal dan masa.
  • Lumrah org tua, penyakit akan datang.
  • Kalau dah sakit, tempoh penyembuhan lebih lama berbanding orang muda.
  • Kalau dah lama, serius, kos tinggi mampukah kita menanggung kos rawatan?
  • Sayang mak ayah @ tidak ?
Jadi nasihat saya, dapatkanlah perlindungan kesihatan ( medical card ) untuk mereka. Percayalah , kita ni kalau kaya sekalipun belum tentu dpt bayar keseluruhan kos rawatan mak ayah kita.

Kedua, dapatkan utk diri sendiri. Bagi yang bujang, kalau kita sakit, kepada siapa kita nak mengadu nasib dapatkan bantuan kewangan. Kita sakit dah tak boleh bekerja, nak harapkan mak ayah, emm...mampukah mereka. Kena pula mereka pun perlukan wang utk sakit diri sendiri.

Jika berkeluarga, duit yang kita cari dengan bekerja @ duit simpanan nak dibelanjakan kepada keluarga @ nak biayai kos rawatan kita. Jika kos rawatan cecah seribu sahaja pun, macam macam kita boleh buat utk kebahagian keluarga tp malangnya nak guna utk kita seorang ajer. Tentu rasa terkilan jika duit beribu habis utk diri sendiri , pada masa sama tengok keluarga tak dapat merasa nikmat wang tadi. Kita ni perlu bekerja jadi perlu kembali sihat dengan segera supaya dapat terus mencari rezeki utk keluarga. Kalau sakit, tak dapatkan rawatan sewajarnya kerna tak ada sumber kewangan,............emmmmm..... terus meneruslah kita dirundung kekecewaan dan susah hati.

cukuplah setakat itu saya kongsi kali ni. Jika ada pendapat / soalan sila majukan di bahagian komen ya.


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)