Followers

Tuesday, October 26, 2010

Bagaimana Memilih Medical Card

Ya... soalan ni memang telah menghantui diri saya sebelum ada perlindungan kesihatan aka Medical Card. Bagi saya soalan "Bagaimana Memilih Medical Card " ini merujuk kepada 2 perkara
  1. Medical card drpd syarikat mana?
  2. Berapa banyak perlindungan yang kita perlukan daripada medical card ?
Saya nak bagi pendapat saya utk no.1 dulu "Medical card drpd syarikat mana? " . Baik, di sini saya nak katakan ada banyak syarikat ( operator ) yang sediakan perlindungan kesihatan yang semuanya panggil medical card. Ada drpd insurans konvesional termasuk juga drpd operator takaful.

Jadi bagaimana memilih syarikat yang sesuai ?
  • Pertama sekali pilih nak yang islamik atau konvensional.
  • Jumlah premium dan perlindungan yang ditawarkan oleh mereka
Islamik atau konvensional adalah subjektif. Jadi saya nak bincangkan yang kedua. Jumlah premium dikenakan kepada kita adalah bergantung sepenuhnya kepada usia semasa kita. Maka setiap tahun jumlah premium kita akan bertambah kerana logiknya usia bertambah, risiko penyakit pun bertambah.

Seterusnya, jika sekarang ini kita tiada penyakit @ sejarah sakit , insyaAllah mana-mana operator dengan rela hati dan mudah sekali untuk terima kita masuk dalam skim perlindungan mereka. Jika sebaliknya, mana2 operator akan menimbang semula permohonan kita. Jika operator A tolak permohonan kita, syarikat B mungkin terima. Jadi kita pergi lah kepada syarikat B.

Next, kita pergi kepada perkara no.2 "Berapa banyak perlindungan yang kita perlukan daripada medical card ?"

Semestinya kita perlukan perlindungan terhadap segala penyakit yang mungkin melanda diri kita. Oh..tapi jangan lupa , medical juga melindungi kita daripada bebanan kewangan bagi bayaran bil perubatan/ rawatan kerana kemalangan.

Bagi soalan ini, maksud saya ialah berapa banyakkah jumlah perlindungan yang ditawarkan utk kita bagi tempoh setahun dan seumur hidup. Secara praktikalnya, lagi tinggi perlindungan , lagi tinggi lah jumlah premiumnya.

Ada yang menawarkan sehingga setengah juta perlindungan seumur hidup. Tidak kurang juga yang rendah sehingga 50ribu seumur hidup. Bagaimana nak pilih had seumur hidup ini. Kalau rendah nanti tak cukup pula, kalau terlebih, rugilah bayar premium utk perkara yg kita tak guna pun.

Ok...tips saya macam ini. Lazimnya kita sesuai ambil perlindungan seumur hidup diantara RM200,000 ke RM300,000 shj. Lebih dari itu agak tidak sesuai. kenapa ya ? sebelum itu, saya nyatakan ini adalah pendapat saya seorang sahaja, bukan pendapat operator atau agen lain . Beginilah...kita mungkin tak sempat nak claim melebihi RM300,000 kerana kita akan mati dulu., errkk..kenapa pula.. sebab hanya penyakit yang serius akan claim mencecah angka tersebut. Kalau dah serius, emm..tentu dah tak lama nak idup..

tapi bagaimana pula penyakit tak serius.. kalau tak serius, insyaAllah dengan rawatan yang kita dapat, dan dibayar oleh medical card kita, kita akan sembuh.






2 comments:

  1. salam.. "Ok...tips saya macam ini. Lazimnya kita sesuai ambil perlindungan seumur hidup diantara RM200,000 ke RM300,000 shj. Lebih dari itu agak tidak sesuai. kenapa ya ? sebelum itu, saya nyatakan ini adalah pendapat saya seorang sahaja, bukan pendapat operator atau agen lain . Beginilah...kita mungkin tak sempat nak claim melebihi RM300,000 kerana kita akan mati dulu., errkk..kenapa pula.. sebab hanya penyakit yang serius akan claim mencecah angka tersebut. Kalau dah serius, emm..tentu dah tak lama nak idup.."

    maafkan saya jika saya akan terkasar bahasa tuan rumah@empunya blog, saya kurang setuju dgn pendapat EN tentang ayat diatas.. bukankan kos perubatan akan meningkat setiap tahun? tidak mustahil kos perubatan boleh melebihi dari jumlah diatas.. sekian terima kasih.. sharing is caring..hhe

    ReplyDelete
  2. ya. terima kasih atas pendapat. anda tidak terkasar bahasa.

    Untuk pengetahuan , sekarang ini ( 2013) tidak perlu lagi risau had seumur hidup sebab di Maa tiada lagi had tersebut. yang ada had tahunana sahaja.

    kos perubatan dan rawatan meningkat saban tahun . ya betul tu .

    terbukti operator , agen , orang lain ada pendapat sendiri dalam menentukan pilihan terbaik untuk limit

    ReplyDelete

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)