Followers

Monday, May 25, 2015

Medical card Mahal atau murah ?

Selalu orang ramai akan kata tak nak ambil medical card sebab mahal . Itu semua persepsi yang datang dari kuasa poket seseorang . Kalau mampu , memang tak akan kata mahal . Betul tak .

Sebenarnya bukan kuasa poket yang tentukan murah atau mahal medical card sebaliknya “mind set” kita sendiri. Kita rasa belanja RM50 , 70 , 100 , 120 , 130 , malah 200 sebulan untuk medical card adalah mahal . Tanya diri sendiri andai kata wang tersebut disimpan secara tetap di bank  , banyak atau sikit. Wang yang sama jika dibawa ke pasaraya banyak atau sikit ?

Jika berlaku kesakitan , penyakit dan bawa diri ke hospital swasta , kena bayar dengan wang poket sendiri ribuan ringgit masa tu barulah boleh kata RM3000 , RM14,000 , RM3000 adalah jumlah wang yang banyak . Wang ini pua tak akan kembali lagi. Tahukah juga bahawa jika ke hospital kerajaan , sekalipun percuma jika ada GL kerajaan , andai kena masuk besi dalam badan kena bayar sendiri. Sekeping besi sahaja sudah cecah ribuan ringgit.

Tahukah bahawa , dengan hanya RM100 sebulan atau Rm200 sebulan …kira kira RM2400 setahun sudah boleh menjimatkan wang simpanan anda ! semua kos perubatan ditanggung oleh kad. wang simpanan tak terusik pun. Boleh guna untuk perkara lain .

Tahukah juga orang kaya kaya pun ada ambil medical card sebab merungut kos perubatan tinggi . Jadi kalau orang kaya yang ada wang ribuan ringgit, ratusan ribu duit poket pun terasa mahal kos perubatan , apatah lagi kita pacal pacal sekalian . Maka jangan anggap medical card untuk orang mampu ajer..sebenarnya ia untuk orang tak mampu !

AKhir sekali , tahukah jika ada kad dan pernah guna kad especially melibatkan kos pembedahan ribuan ringgit  tuan tuan sekali tak akan sesekali melupakan caruman medical card. Malah akan menggalakkan rakan rakan dan kenalan supaya ada juga medical card !

kalau nak sembang . sapa sapa saja boleh sembang.
kalau nak tolong .. sapa sapa saja boleh tolong
kalau nak tolong bab duit .. fikir2 sapa yang boleh tolong
kalau dah fikir … buatlah keputusan wajar . 
kalau dah wajar .. tak akan menyesal punya !

1 comment:

  1. As salam tuan,
    Saya berumur 45 tahun (lahir 2hb Ogos 1970) & tidak merokok,
    isteri berumur 38 tahun (lahir 2hb Ogos 1977),
    anak lelaki berumur 12 tahun (lahir 3hb November 2003).

    Mohon e-mail proposal untuk :
    1. medical card familiy tanpa savings
    2. medical card familiy dengan savings

    Terima kasih
    Nizee
    zeeee70@gmail.com

    ReplyDelete

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)