Followers

Tuesday, May 19, 2015

Medical Card Untuk Pekerja ?

Saya sangat menggalakkan supaya majikan mempertimbangkan agar mengambil medical card untuk pekerja mereka. Cadangannya daripada saya ialah ambil plan paling terendah dan biarlah secara individu macam Plan Medical Card Maa Takaful MEDICA2015 .

Manfaat diterima oleh pekerja sama sahaja dengan plan sedia ada . Tiada bezanya. Sebagai majikan anda telah membuat keputusan wajar . Andai kata pekerja telah berhenti sekalipun , bekas pekerja anda masih boleh meneruskan medical card ini . Dia bayar sendiri selepas berhenti dengan tuan ( majikan) . Walaupun mereka tidak bekerja dengan tuan , tetapi mereka tetap dapat memperbaiki kehidupan ke arah lebih sihat sebab masih boleh mendapat rawatan dengan kad perubatan . Anda sebagai majikan sangat prihatin.

Majikan biasanya  memberi manfaat kesihatan kepada staf mereka sahaja. Staf berhenti maka manfaat kesihatan juga dihentikan. Amat malang bagi staf yang telah diberhentikan sebab mereka cuti sakit dalam tempoh yang lama . Perkataan lebih kasar , staff yang sakit lama sangat hanya membebankan majikan . Tiada manfaat kepada organisasi lagi . Maka staf begini akan diberhentikan.

Tidak salah beralih kepaa plan secara individu berbanding “bundle” seperti diamalkan oleh kebanyakan majikan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)