Followers

Monday, April 24, 2017

yang penting mana satu nak pilih

fahami kepentingan bertakaful , berinsurans  dulu , kemudian barulah berfikir macam mana nak katakan mana satu kena ambil dulu .

medical card  dulukah
Pampasan kematian dulukah ( sering kali disebut income replacement )
Kemalangan diri kah

Bagi saya … saya ulang, .. fahami dulu kepentingan bertakaful .

Takaful adalah insurans ..
Ia insurans yang berlandaskan hukum hakam dalam islam . Patuh syariah . Jadi kita boleh katakan takaful adalah insurans. Hanya beza pada nama tapi membawa konsep yang sama .

Takaful dan insurans sama-sama memberi jaminan ke atas seseorang / sesuatu yang dilindungi dengan satu amaun pampasan yang ditentukan apabila berlaku perkara atau musibah . Banyak gaya penulisan dan bahasa di luar sana yang boleh anda baca tetapi tetap membawa kepada satu maksud.  Menjamin , pampasan , orang dilindungi , musibah , syarikat insurans .

kepentingan insurans bergantung kepada jenis insurans diambil pula . Sebagai contoh
1- medical card : tujuan nya untuk perkara kesihatan diri membawa kepada jaminan akan bil rawatan
2- Kematian : memberikan pampasan kepada waris atas kematian orang dilindungi
3- Kemalangan diri : memberikan pampasan kepada orang dilindungi di atas kemalangan yang berlaku

banyak lagi insurans yang ada di luar sana , saja bagi 3 contoh ini sahaja .

1- medical card kita rasa manfaatnya semasa hidup
2- Takaful nyawa : manfaat boleh dapat masa hidup oleh orang dilindungi @ waris yang dapat sebab tuan polisi mati
3- Takaful kemalangan diri : manfaat masa hidup atau selepas kematian nya .

kalau nak hidup lama kata orang , bila sakit kena berubat . Nak berubat ada pula cepat dan lambat . Jika nak cepat tentulah kena pilih hospital swasta berbanding kerajaan ( mostly sakit begitulah senario pilihan hospital )  Jadi bila berubat kena keluarkan duit bayar bil . Ada lagi ke hospital swasta bagi rawatan percuma @ murah ?? Nak bayar pakai duit simpanan memang boleh tapi kalau dah ada pilihan tak perlu guna duit tu ..kenapa nak tolak kan . Maka ambillah medical card.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)