Followers

Wednesday, September 1, 2010

Smart Medic 100


Penafian:  ( SMARTMEDIC 100 TELAH DIGANTIKAN DENGAN SMARTMEDIC 200)
 
Tuan tuan dan puan puan, saudara dan saudari.....................


saya ingin berkongsi pendapat nak sedikit pandangan saya mengenai SmartMedic 100 oleh MAA Takaful
  • SmartMedic 100 adalah satu produk MAA Takaful. Maa Takaful ada class dan reputasi.
  • Memberi perlindungan terhadap bil bil perubatan kita. Terutama di kala kecemasan.
  • Lebih dikenali umum sebagai program " medical card ".
  • Produk Maa Takaful menang 2 kali berturut Anugerah produk Takaful terbaik. Sah sah produk ini adalah yang terbaik di kalangan yang bagus di pasaran kita.
Saya ini dilahirkan oleh UiTM dalam bidang Aktuari iaitu bidang khas untuk insurans .Saya yang ada didikan khusus pun pilih SmartMedic 100 ini berdasarkan pengetahuan saya timba di Universiti dulu. Tidak ketinggalan s

aya sendiri sudah ada SmartMedic 100 ini sebelum menjadi agen MAA Takaful. Sebab saya hanya pilih yang terbaik buat diri sendiri, keluarga dan orang tersayang.



Medical card tu apa?
Mudah.. sejenis kad! muahahahaha....seperti dalam gambar di sebelah.





Program Medical card pula?
Soalan yang terbaik! tuan puan, di pasaran ada banyak program medical card. terpulanglah pada tuan, puan, cik nak pilih yang mana satu asalkan berkenan di hati. Program medical card ini adalah atas konsep saling menjamin. Kutipan premium atau kita panggil bulanan dikumpul dan disatukan dengan peserta peserta takaful yang lain. Kita akan berikrar akan saling tolong menolong jika ada kalangan kita (peserta) yang ditimpa musibah sesuai dengan akad di awal kita sertai takaful ini.

Bagaimana Kad kesihatan ini berfungsi ?
saya bagi contoh kad SmartMedic 100
  • Perlindungan kewangan terhadap kos bil-bil rawatan di hospital kerajaan atau swasta***
  • memberi peluang kemasukan ke hospital yang terjamin dengan bil-bil akan dilangsaikan oleh pihak takaful /insurans *** . Hospital terima kita sebab bil-bil akan dilangsaikan. Ada jaminan untuk mereka keluar modal rawat kita macam SmartMedic 100.
  • Kena masuk wad tapi bukan duit keluar, duit masuk pula , kita akan diberi elaun tunai masuk wad. Jumlah elaun bergantung kepada medical card anda. SmartMedic 100boleh bagi kita sehingga RM85 sehari selama 200 hari setahun !
  • Biasanya ada khairat kematian. Bunuh diri tak dapat ye, tapi SmartMedic 100 dapat, sebab khairat kematian RM5000 bagi apa jua sebab termasuk ler bunuh diri atau dibunuh. ada ke orang nak bunuh diri ? ishhh nape pula tak ada..tu yang dok bawa kereta, motor laju laju tak ke nak bunuh diri? Dibunuh pula, kita yang dalam kereta sebagai penumpang, driver bawa laju, tak ke umpama nak bunuh kita ?
*** tertakluk kepada syarat syarat medical card anda.

Apa yang best SmartMedic 100 ini?
Ishh...memang best, saya ada katakan, saya ambil SmartMedic 100 sebelum saya sendiri jadi agennya. Saya dapati konsepnya memenuhi apa yang saya perlukan iaitu ;

  1. Ianya stand alone product . tak yah nak bayar lebih utk pelaburan. wat pe nak bayar untuk pelaburan kalau duit lebih tu kita dah ada tempat nak deposit macam ASB. lainlah kalau kita ada budget lebih. Kita nak stand alone sebab tak nak terbeban bayaran premiumnya . kita budget ngam ngam aje tiap2 bulan tapi tau kita perlukan perlindungan. Inilah solution diberi oleh SmartMedic 100 ini. Perlindungan maksimum, premium tak dibeban utk pelaburan ( bayar kurang / murah). Hanya bayar utk perlindungan sahaja.
  2. Perlindungan di seluruh dunia.
  3. Layak masuk wad/bilik mewah di hospital sebab SmartMedic 100 boleh bagi bilik semahal RM450 sehari. WOW !! macam tidor di hotel pula.
  4. Ada 4 plan ( 4 jenis premium) utk kita pilih bersesuaian dengan poket kita.
  5. Maa takaful telah menerima Anugerah produk takaful terbaik 2 kali berturut turut. Jadi obviously lah bahawa Maa Takaful ada Class, reputasi , amalan , layanan dan perkhidmatan terbaik berbanding yang lain. Mereka pun bagus, tapi kami yang terbaik di masa kini.


  1. Inilah dia anugerah yang telah diiktiraf kepada Maa Takaful. 2 kali berturut turut. Kalau tak bagus tentu sekali jer menang kan?
Lagi sekali saya suka nak pesan...tolonglah sertai satu program medical kad demi kebaikan masa depan kita dan anak-anak. Kita sakit biarlah sakit sorang sorang, tapi kita sakit orang lain juga. "sakit" utk mereka cari duit tampung kos rawatan, pembedahan, wad dan sebagainya bagi pihak kita.

Mau menangis siang dan malam mengenang nasib diri nanti !

1 comment:

  1. Salam Bro.

    Boleh emailkan info kat saya tak. moses.mtechs@gmail.com

    ReplyDelete

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)