Followers

Thursday, September 2, 2010

Maa Takaful dan saya


Kenapa saya jadi agen pula ?
Sebab saya nak kongsi kebaikan medical card kepada tuan, puan sekalian. Saya berharap ramai lagi di luar sana akan ada medical card. Pun begitu ikhlas saya katakan bahawa saya tidak berharap tuan, puan ambil dengan MAA takaful SmartMedic 200 saya wakilkan ini, biarpun dengan mana-mana takaful pun saya sokong asalkan ada! kalau ambil dengan saya, syukur , rezeki saya . terima kasih.

kenapa saya bawa kisah ini?
Sebab niat saya nak bagi kesedaran kepada tuan, puan akan kepentingan "medical card" . Saya tahu ramai yang tidak tahu kepentingannya, ada yang tahu tapi tiada orang yang approach mereka @ tidak cukup budget @ malas nak pikir lebih lanjut dan yang lebih berat lagi.. Ada kalangan kita yang fikir, " alah, aku tak akan masuk hospital terdekat ini, agak2 dekat dekat nak masuk hospital aku ambil lah medical card" .. pernah tak tuan puan berfikiran demikian? saya sendiri pernah terfikir begitu.

Tambahan pula musim raya ni, kes kes kemalangan jalanraya sangat tinggi. Bayangkan tetiba kita yang menjadi mangsa tak kira kes kecil atau besar, mana nak cekau duit di kala duit dah abis utk persiapan raya. Jadi at least something bad happen sampaikan kita, anak kita, mak ayah kita, abang kakak kita kena wad, kena dapatkan rawatan. Maa SmartMedic 200 dan peserta takaful akan menjamin kita di kala itu. Peserta takaful melalui Program SmartMedic 200 akan menjamin kos rawatan kita. Yang sakit dah tentu menderita, yang menderita pening kepala, dah keluar wad mana pula nak cari bayarkan bil. Yang sakit terus sakit jadinya. Mahukah kita berhadapan situasi ini ?

Ya, qada dan qadar tapi kita mesti berusaha kurangkan risiko dan bebanan. Jawapannya kepada usaha kita adalah MEDICAL CARD. Suka saya nasihatkan , tak kisahlah medical card dari syarikat takaful mana pun asalkan kita ada satu utk diri sendiri, keluarga, mak ayah, anak dan orang tersayang. Kalau tanya saya, saya akan sarankan SmartMedic 200 ini. InsyaAllah saya akan bantu tuan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)