Followers

Monday, September 27, 2010

Aku Belum Perlukan Medical Card lagi

" Aku belum perlu medical card lagi , nanti dah dekat dekat nak jatuh sakit aku cari lah satu" .
@ belum masanya lagi utk ada satu.

Tentu pernah dengar ungakapan ini kan..saya sendiri pun pernah ungkapkannya. tapi sebelum saya masuk belajar di UiTM dalam sains aktuari dulu......emm.. memang lah kita perlukan medical card bilamana kita sakit tapi tak kan nak tunggu sakit atau dekat dekat nak sakit baru nak cari satu.

Tanyalah diri sendiri , benar atau tidak pernyataan berikut
  1. Aku boleh terlibat dalam kemalangan jalanraya bila bila sahaja.
  2. Aku boleh jatuh sakit bila bila sahaja
  3. Aku tak tahu adakah sedang menghidapi penyakit apa sebab rasa sihat ajer setiap hari.
  4. Aku boleh ditimpa musibah kecederaan dlm pelbagai cara.
  5. Aku tahu dah ramai orang meninggal / cedera dalam bilik air.
  6. Aku tahu, bilamana kena dapatkan rawatan , tak mampu nak bayar bil2 perubatan.
  7. Aku tahu, orang tua aku dah tua dan masanya utk mereka sakit dah hampir. lumrah manusia bila tua akan sakit.
  8. Aku tahu, aku sayang orang tua aku tapi kalau mereka sakit aku tak mampu nak ubatkan sebab tak cukup wang , terutamanya dalam jangkamasa panjang.
  9. Aku tak ada wang yang cukup utk perkara2 di luar jangkaan.
  10. Aku tak pernah ambil peduli hal orang lain.
Jika semuanya peryataan di atas anda jawab ya,.... emm.. tepuk dada, seluk poket, ada duit yang cukup tak ?

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)