kita bercakap tentang orang sebenarnya . hibah adalah hadiah , beneficiary adalah penerima pampasan. Orang yang terima sum insured samada dengan cara hibah @ beneficiary. Kita wajar mengetahui sejauh mana kuasa mutlak orang yang terima pampasan ke atas sum insured tersebut.
sebagai penerima hibah , adalah menjadi hak milik sepenuhnya sum insured tersebut ke atas beliau . Maksud mudah saya , kalau kita dinamakan sebagai hibah untuk sum insured maka duit tersebut adalah milik kita sepenuhnya.
Berbeza pula dengan situasi di mana , nama kita diletakkan sebagai beneficiary . Kita cuma sebagai individu yang diberi kepercayaan oleh pemegang polisi ( orang yg mati ) untuk terima wang pampasan daripada kompeni takaful / insurans. Maka sesungguhnya bahawa wang tersebut bukanlah menjadi hak milik kita sepenuhnya. Kita wajib untuk menguruskan wang tersebut . Ada bahagian untuk waris si mati ( insured person) . Kita ini cuma pemegang amanah . Maka jalankan amanah tersebut.
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)