Followers

Monday, October 24, 2016

income replacement vs medical card mana lebih dulu

Mana lebih dulu , mana lebih penting .

Soalan ini bergantung penuh kepada kuasa kewangan anda. Jika ada kemampuan untuk ambil serentak maka soalan posting ini tidak menjadi persoalan.

Di Zurich Takaful ini boleh ambil medical card sahaja .  Boleh ambil takaful nyawa + medical card juga. Istimewa sebab ada pilihan untuk ambil kad sahaja.

Baik , balik kepada soalan .. mana satu lebih penting. ( ini ada masalah bajet) .

Anda akan berasa hairan sebab para agen ada yang berbeza pendapat. Ada yang kata ambil income replacement dulu  baru tambah medical card . Utamakan protection gaji dulu ( income replacement) sebab tuan hilang upaya nanti ada pampasan , atau tuan mati , waris tuan ada jaminan kelangsungan hidup mereka dengan pampasan diterima. Sayang anak dan bini , ambillah income protection ini katanya. Konsultan akan tambah ayat klise.. kesian anak anak !

Namun pada pendapat saya , jika ada masalah dengan bajet sebab tak boleh ambil kedua duanya … saya 100% berpendapat bahawa , ambil medical card terlebih dahulu . Kita ini nak sihat , nak teruskan bekerja supaya dapat mencari nafkah . Jika sakit , macam mana nak kerja. Setakat MC bagi pada bos memang boleh ..tapi imagine sakit yang mengakibatkan kita tak boleh bekerja. Lambat laun pasti kita berhenti kerja , diberhentikan  @ kalau kerja sendiri .. tak keluar kerja.. tak ada gajilah . Dah sakit badan , macam mana nak meriahkan suasana dalam rumah tangga. Ahli keluarga pun susah hati , tuan tak sihat. Nak berubat  kena tunggu rawatan dan giliran . Nak ke hospital swasta tak mampu pula . Jadi kalau dah sakit , tak ada medical card , akan berlaku rentetan kekecewaan dalam hidup kita ini . Yang pertama tentulah menyesal sebab tak ada kad , jadi tak dapat nak berubat di hospital swasta yang semua orang tahu dari segi masa menunggu rawatan adalah cepat. Kata orang, ada duit kita cakap . mat saleh kata.. no money no talk.  Bukan saya prejudis ..tapi tanyalah sesiapa sahaja.. kalau sakit dan ada kemampuan nak ke hospital gov @ swasta? Kita tak kaya tapi mampu juga ke private sebab ada medical card. Sebenarnya orang kaya raya pun ada ambil medical card. Apatah kita yang tak berapa kaya ni kan .

saya sambung sikit lagi ..

Kita kalau dapat rawatan , sihat badan semula tentu akan berikan perubahan positif ke atas keluarga. Ahli keluarga ceria semula. kebahagian rumah tangga kembali . Anak anak dapat bersekolah dengan tenang… ada worst scenario anak anak dapat kembali ke sekolah ..kita sakit anak anak terpaksa jaga kita. Atau anak anak yang ganti kita keluar cari nafkah .

kesimpulannya, medical card kita perlukan semasa kita hidup .
income replacement bukan untuk kita hidup tapi kita dah mati .

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)