Followers

Monday, October 24, 2016

income replacement , income protection tu apa?

income replacement sebenarnya adalah produk takaful nyawa . Dalam takaful nyawa ini certain amount of sum insured diletakkan sebagai anggaran nilai tersebut mencukupi @ hampir hampir cukup menggantikan gaji yang diterima oleh peserta semasa hidupnya. Pun begitu , adalah menjadi kewajipan bagi konsultan tersebut untuk mengajar , tunjuk dan memberi panduan bagaimana income replacement itu dilaksanakan . Jika waris dapat wang pampasan tetapi tidak bertindak untuk memastikan kelangsungan wang tersebut , lambat laun akan habis juga. Jika sebelum ini disebut sebut inclome replacement , maka ia tak jadi income replacement sebaliknya jadi “bulk of money to spend on needs and whatever ..you name it”.  Sum insured tersebut sepatutnya dilaburkan ke akaun / instrument pelaburan dengan certain amount of return ( intereset/ dividen ) . Sebagai contoh

Ali mati .. waris dapat pampasan RM300,000.00
Waris Ali samada sebagai beneficiary @ penerima hibah terima RM300,000.00 tersebut.
Waris  Ali tidak belanjakan terus sum insured ini .
Waris Ali masukkan dalam saving  / pelaburan dengan pulangan sekitar 8% setahun.
Kiraan : RM300,000.00 X 8% pulangan = RM24,000  ( setahun)

Waris Ali ambil RM24,000 dan guna buat belanja . Maka setiap bulan ada RM2,000. 00 wang untuk dibelanjakan.
Jadi income ini berterusan di mana sum insured RM300,000.00 tadi tidak terusik pun . Jika waris ali bijak sebab tidak usik sum insured dalam pelaburan tersebut …. maka selama lamanya income bulanan mereka dapat hanya melalui interest / dividen .

Itulah dinamakan income replacement. Ia ada continuity . Hanya anda faham . Jika tak faham .. tiba masanya untuk kita berbincang lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)