Followers

Wednesday, July 10, 2013

Maa Takafulink Hajj

Pelan ni memang dirangka bagi mereka yang target nak kumpul duit ke tanah suci  . Maa Takaful bagi pelbagai jenis kelebihan menyimpan di sini dan tuan bakal tahu sebentar lagi. Teruskan bacaan . Saya akan cuba sampaikan seringkasnya dah padat . InsyaAllah .
Pelan apa ni ?Simpanan Haji Alternatif Terbaik selain di Tabung Haji .

Apa yang terbaiknya ?
Simpan dalam Tabung Haji yang anda buat sekarang adalah membuat simpanan dan pelaburan semata-mata. Sebaliknya di Maa Takaful melaui pelan ini (Maa Takafulink Hajj) simpanan tersebu ada simpanan,pelaburan dan perlindungan. Jawabnya di sini , terbaik sebab ada perlindungan kepada diri kita sendiri.

Kenapa mesti di Takaful
Sebab jika di takaful ada manfaat tambahan iaitu perlindungan ( insurans). Semua operator yang ada pelan haji akan tawarkan perlindungan

Jadi Kenapa Mesti Pilih MAA Takaful
MAA Takaful ada pelan yang lebih  menarik . Menyimpan di tempat lain cuma bagi pulangan dari segi pelaburan tersebut sahaja . Tidak ada perlindungan pun . Terjadi apa apa pada kita , kita boleh dapat wang simpanan sahaja. Dalam akaun RM15,00 dapat lah balik RM15,000. Tetapi Pelan MAA Takaful Hajj ini siap ada pampasan lagi disamping dapat balik duit simpanan tu . Dalam akaun pelan ada RM15,000 dapat balik RM15,000 + pampasan sehingga RM100,000.  menarik bukan?

”Menarik” ?

  1. Ada badal haji  jika kita tak sempat tunaikan haji akibat meninggal dunia
  2. Ada Korban jika kita meninggal dunia
  3. Ada Waqaf jika kita  meninggal dunia
  4. Perlindungan luar negara : tanah suci sekiranya berlaku kematian ataupun kita hilang upaya kekal , MAA Takaful akan bayar  2kali ganda ( double)nilai pampasan sedia ada kita. Yang best lagi , ianya 365 hari dan bukan semasa musim haji dan umrah sahaja. Operator lain bagi pampasan berganda juga tetapi semasa musimnya sahaja. Bagi mereka yang bekerja , ulang alik ke tanah suci inilah peluang terbaik anda .
  5. Ada Khairat Kematian
  6. Pampasan kematian , jika di tanah suci nilainya double
  7. Boleh Add On : elaun hospital
  8. Boleh add on  : Hilang upaya kekal @ Penyakit kritikal : jika kita disahkan mengidap salah satu penyakit kritikal , tak perlu bagi caruman pada MAA Takaful  . Sebabnya , caruman tersebut sudah pun diselesaikan oleh MAA Takaful sampailah polisi kita matured . Caruman kita tak perlu bayar , polisi jalan macam biasa . Menarik bukan ? Ini dipanggil “ Waiver”
  9. Boleh keluarkan duit bila bila masa.
Saya tunjukkan jalan terbaik menyimpan sahaja . Bukan nak cakap menyimpan di tabung haji tidak bagus. Sebolehnya hendak saya syorkan perkara ini , pergi daftar untuk ke tanah suci di Tabung Haji, daftar tahun ini silap silap 2040 nanti baru dapat pergi . sementara itu kita menyimpan di Maa Takaful ini . Pelan Takafulink Hajj . Berbaloi baloi !!!
“macam macam ada “

Sunday, July 7, 2013

2 Pelan Perlindungan pulang modal

Ya.. begitu lah .. ada 2 pelan dalam Maa Takaful ini yang boleh memenuhi niat mereka di luar sana yang risau istilah “ duit burn” .  Selepas ini tak perlu lah risau sebab saya tahu  dan yakin tuan tuan sebenarnya memang nak ada perlindungan tapi risau sebab banyak sangat atau selalu dengar duit “burn” bila diletakkan dalam insurans/ takaful .  Apa yang tuan risaukan memang berasas tetapi haruslah saya katakan , bukan semua pelan akan burn duit kita tu  dan bukan semua duit kita akan burn , ada yang masih boleh dapat semula .

Tapi saya di sini bukanlah nak offer yang boleh dapat duit tu semuanya , tapi kalau berminat dengan takafulink daripada Maa Takaful ini  juga produk lagi satu .. Takaful Hajj .. maka tuan tidak salah lagi tempatnya .. memang boleh dapat balik 100% duit tersebut + perlindungan lagi .
Nak tahu lebih lanjut kena lah follow up di sini . Boleh tinggalkan komen juga.

    1. Berapa banyak kita nak tinggalkan pada keluarga pabila ketiadaan tuan di dunia ini lagi ?
    2. Berapa banyak kita nak sara hidup sendiri dan keluarga andai ditimpa penyakit kritikal ?
    3. Berapa banyak kita nak sara hidup sendiri dan keluarga andai hilang upaya kekal ?

katakan pada usia 50tahun tak dapat bekerja lagi . sudah hilang pendapatan . mana nak cari duit lagi andai kata tiada siapa nak ambil bekerja lagi . Wang simpanan makin hari makin susut juga . Sampai satu masa boleh jadi “0” .

Tanya diri nak berapa banyak ?

RM50,000 sahaja
RM100,000 jer
RM200,000 Ok kot
RM300,000 boleh la tahan tapi masih kena berjimat
RM500,000 sampai mati rasa lega
RM1,000,000 terbaik
RM2,000,000 lagi bagus. Lega, hidup pun senang lenang, kaya raya.

Bukan kami minta tuan laburkan sebanyak nilai nilai di atas tapi yang kena carumkan jauh jauh jauh jauh .. saya ulang jauh jauh jauh lebih rendah berbanding perlindungan diberikan tersebut. Jika tuan survive , boleh dapat 100% caruman tersebut semula beserta lebihan ( kira macam untung lah ) . simpan di tempat lain dapat dividen sahaja tapi jika di Maa Takaful , perlindungan kewangan itu yang terbaik sekali . InsyaAllah tuan tak akan rugi dan menyesal pun.

Derma baju sekolah anak anda

 

OFF TOPIC .. Ini adalah Khidmat Komuniti.

Kunjungan saya ke pos kemar melalui bandar Grik dan jalan bengkang bengkok selepas kampung bersia lama dan menuju ke pengkalan trojan sebelum menaiki bot dan 4x4 .

Sekolah ini menempatkan pelajar dari peringkat Pra sekolah hingga darjah 6. Kekuatan guru seramai 30 orang . Jumlah yang ramai jika di sekolah perkampungan orang asli tempat lain , tetapi jika di RPS Pos Kemar ini , jumlah ini adalah rendah berbanding jumlah pelajarnya yang mencecah 800  orang .

OA

Di sini bukan kisah guru nak disampaikan tetapi nak minta anda , orang ramai especially ibu bapa andai sudi menyumbangkan pakaian persalinan uniform sekolah  anak anak yang terpakai . Semua ini bolehlah disumbangkan melalui kami dan kami akan cuba sampaikan kepada murid murid sedaya upaya kami . Biasanya akan dibawa masuk oleh guru-guru sendiri . Kehidupan anak anak murid ini sesetengahnya terpaksa tinggal di asrama memandangkan jarak perjalanan ke sekolah yang jauh . Bayangkan lah anak anak kecil pra sekolah- darjah 6 . Lihat anak anda , masih kecil dan mentah mereka bukan . Apatah lagi murid murid orang asli ini , kecil kecil lagi terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan uruskan hidup sendiri di asrama. Memang ada guru bertugas tetapi , secara peribadi mereka masih tidak dapat menguruskan setiap murid. Lantaran masih ada murid yang tidak ada kelengkapan sekolah yang mencukupi . kasut selipar sebelah lain sebelah sana lain . Ada juga selipar besar sebelah , kecil sebelah . Itupun jika ada selipar . Baju sekolah , ada yang tidak berbasuh sebab ada 1 set salinan sahaja . Jika ada 2 atau 3 pasti guru akan basuh .

Dari segi sumbangan , kami hanya menerima uniform sekolah standard . Iaitu baju putih dan seluar biru , kain biru tua sahaja. Kasut sekolah berserta stokin juga . Selipar juga boleh.

Masuklah dan lihatlah sendiri semangat mereka untuk belajar walaupun dalam serba kekurangan termasuk dari segi kewangan, masa , bahasa , guru , kasih sayang dan masa bersama keluarga . Beruntung kita bersekolah di kampung biasa , di bandar . anak anak kita selesa belajar di sekolah yang jauh lebih baik dari mereka di perkampungan orang asli ini . Jika ingin masuk dan melihat mereka , boleh hubungi kami untuk uruskan bagi pihak anda.

Lepas ni boleh lah turut serta dalam Page FB kami .Klik , share dan menderma jika mampu.
https://www.facebook.com/pages/Derma-Uniform-Sekolah-Untuk-orang-Asli/469465843147690

Wednesday, June 19, 2013

Mana yang Wajar kosmetik vs Kad

Ramai orang di luar sana , yang sanggup berhabis RM RM RM untuk kecantikan diri . Katanya kesihata diri luar dan dalam mesti dijaga. Biar habis RM RM RM asalkan dapat maintain atau upgrade kesihatan diri luar dan dalam . Pun begitu tak kurang juga ada yang sanggup ke sana sini mencari pengamal perubatan tradisional dan moden untuk kecantikan .

RM RM RM .. begitu banyak sekali duit yang sanggup dilaburkan kearah itu . Cuba tanya diri sendiri, kaji selidik semula apa yang telah dibelanjakan , banyak mana RM RM RM dah habis atau mungkin akan habis sebab pasti ada produk yang memerlukan komitmen berterusan .

Akhir sekali saya ingin mengajak berfikir sejenak . Apa erti kecantikan semua ini jika tak dapat memberikan peluang terlepas daripada masalah rawatan kesihatan diri . Bagaimana jika ada sakit organ dalaman , duit nak pakai untuk kos rawatan mana nak cari terutamanya jika mahu disegerakan penderitaan berakhir . Jawapan di akhir akhir ini pastilah disarankan ke hospital swasta.  Jika berduit tak apa lah . tak sengsara .

Jadi , kalau ada duit tu , sebelum berhabis habisan dalam mencantikkan wajah , diri , adalah lebih baik beringat ingat untuk menjaga diri sendiri . sediakanlah pelan rawatan jika ditimpa musibah kesihatan .

tanya diri sendiri :::

“Apa guna cantik jika badan sakit sana sini sebab tiada duit nak tanggung kos rawatan”

Saturday, June 15, 2013

Takaful Link & Haji

Sebenarnya bukan Medical card sahaja  yang ada atau yang saya boleh kongsikan tapi produk lain macam takafulink dan takaful Hajj  ( untuk haji ) .

saya sangat menyukai takaful hajj sebenarnya sebab kebaikan yang ada padanya . Nak tahu lanjut boleh ler follow up blog ini ya .

Tak sanggup tunggu ,  .. jangan ler tunggu , hubungi saya terus .

OFF shore On Shore–Medical Card

Insurans Off shore medical card 1Insurans Off shore medical card
Insurans @ takaful untuk insan insan bekerja di pelantar dan di pantai khususnya yang masih mencari medical card . Beringat ingat sebelum kena .
Bagi mereka yang bekerja di OFF shore / On shore boleh lah memohon dengan MAA Takaful . Sebab bukan semua  jawatan di tempat ini yang dikategori berbahaya . Maka dengan itu , rebutlah peluang . Medical Card Smart Medic MAA Takaful ini .

kesimpulannya Maa Takaful boleh tawarkan untuk anda sementara yang lain menolak anda.

medical card offshore / onshore
Kad kesihatan offshore / onshore

Teruskan bacaan di sini pula
  1. Smart Medic 200
  2. Untuk dapatkan quotation

Thursday, June 13, 2013

Smart Medic 100 Digantikan dengan Smart Medic 200

Untuk tahun 2013 ini , nampaknya pelan terhangat Smart Medic 100 digantikan dengan pelan baru  iaitu Smart Medic 200 . Lebih kurang macam application smart phone ler pula . Versi Update .

Apa yang menarik ialah , tiada lagi had seumur hidup . Ini satu berita baik . Tak perlulah kita risau tuntutan kita dah habis sebab asik keluar masuk hospital . Pun begitu , had tuntutan setahun masih ada. Untuk nilainya boleh rujuk jadual di bawah ini

PLAN BENEFIT P150 P200 P300 P500 P1000 (RM)
(RM) (RM) (RM) (RM)
Annual Limit 50,000 100,000 150,000 200,000 250,000
Lifetime Limit No Lifetime Limit

Monday, June 10, 2013

Memahami Medical Card MAA TAKAFUL–Smartmedic 200

nota di bawah ini adalah tidak lengkap . Sila berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut. Nota ini sebagai mukadimah dan panduan sahaja. 

PLAN BENEFIT P150 P200 P300 P500 P1000
(RM)
(RM) (RM) (RM) (RM)
Annual Limit 50,000 100,000 150,000 200,000 250,000
Lifetime Limit No Lifetime Limit


ada lima pelan untuk dipilih .
  1. P150
  2. P200 
  3. P300 
  4. P500
  5. P1000
Kelima lima pelan ini tiada lagi limit seumur hidup . Hilang satu masalah  !
  1. Kadar sumbangan / caruman lelaki dan perempuan tidak sama walaupun sama usia. 

  2. Bayaran boleh dibuat melalui bank bank pilihan anda atau bayar kepada agen pilihan anda iaitu saya ler.  Bayaran dibuat adalah sumbangan kepada sesiapa sahaja dalam kumpulan Medical card Smartmedic ini yang ditimpa musibah. Jika kita yang dilanda musibah , maka kitalah yang menerima sumbangan daripada peserta lain juga. Semua ini ada akad, semasa menandatangani borang permohonan. 

  3. Smartmedic 200 ini adalah untuk melindungi kita dari segi bebanan kewangan terhadap bil rawatan samada di hospital kerajaan mahupun swasta terpilih . Ianya bukanlah memberi kita keuntungan tetapi membantu kita mengurangkan kos perbelanjaan bagi mendapatkan rawatan. Atau mungkin bukan sekadar mengurangkan kos tetapi menyelamatkan kita 100% daripada kos rawatan
    .
  4. Uniknya Smartmedic 200 ini tiada co-takaful . Iatu satu terma yang terdapat pada sesetengah takaful lain . Co–takaful mengkehendaki kita untuk membayar sejumlah daripada kos rawatan kita di hospital. 

  5. Smartmedic 200 ini tidak perlu didaftar bersama pelaburan . Bukankah kita perlukan perlindungan , jadi kenapa nak bebankan dengan bayaran tambahan untuk pelaburan pula. Smartmedic 200 MAA Takaful ini boleh STAND ALONE. 

    Teruskan bacaan di sini pula 
    1. Smart Medic 200
    2. Untuk dapatkan quotation

Friday, May 31, 2013

Agen pun masuk Wad juga

ini adalah gambar terbaru wad KPJ Penang .  VIP room . saya telah bermalam di sini . Jangan ingat saya agen saya tak pakai kad. Saya sendiri dah 3 tahun , ini kali pertama menggunakannya . 20-22 mei 2013jika tuan tuan mahukan masuk wad ( jika perlu) seperti ini , boleh lah hubungi saya untuk dapatkan medical card ditawarkan oleh MAA Takaful .





Monday, January 21, 2013

Learn how to die & live

setiap hari kena ingat Allah ...dan ingat mati .. baru kita sedar kita ni diutuskan ke dunia untuk apa . Ambil tahu syurga .. tahu ngeri neraka jahanam tu ,buat bacaan pasal neraka..kaji neraka tu macam mana.. ada masa bila ingat mati rasa dunia ni sempit sangat walaupun orang kata besar .

how to live

Monday, January 7, 2013

Belum terlambat Untuk ada medical card tapi....

Tuan , puan , Encik , cik , belum terlambat untuk memiliki perlindungan kewangan ke atas bil bil perubatan dan rawatan di hospital tapi sudah terlambat jika tergolong dalam fakta berikut :-

  1. Telah melebihi usia 59 tahun semasa permohonan ( MAA Takaful - SmartMedic menerima usia penyertaan maksimum ialah 59 tahun sahaja) 
  2. Telah disahkan mengidap penyakit tertentu . Pun begitu masih boleh memohon tetapi penyakit sedia ada tidak akan ditanggung oleh MAA Takaful  ( saya percaya kompeni lain pun macam itu juga) dan penyakit / bil rawatan lain boleh ditanggung seperti pencarum yang lain juga. 
  3. Belum berusia 30 hari . MAA Takaful - SmartMedic paling awal terima apabila berusia 30hari) 
  4. Tidak berpegang kepada formula ini  PENDAPATAN- BELANJA-TAKAFUL= SAVING sebab memang akan sukar berikan komitmen pada takaful nanti. 
  5. Hilang  upaya kekal 

Friday, December 14, 2012

Bertindak Sekarang, x perlu bayar lagi

Jangan segan silu untuk mendapatkan Quotation Medical card . Untuk sesiapa  pun boleh . email jer pada saya maklumat berikut , bukan kena bayar lagi .. dapatkan dulu maklumat, lepas tu baru Tuan , cik , puan buat keputusan. 

Namanya:_________________
Jantina:___________________
Tarikh lahir :______________

jangan lupa email tuan sekali (jika komen di post ini ) . Sila pilih berhajat nak had seumur hidup yang mana satu. nanti saya bagilah kadarnya mengikut pilihan tersebut.

Pakej yang ada seperti berikut :-
HAD TAHUNAN KESELURUHAN RM50,000 RM100,000 RM150,000 RM200,000
HAD SEUMUR HIDUP RM150,000 RM300,000 RM450,000 RM600,000

Thursday, September 27, 2012

Emailkan saja pertanyaan kepada kami


Jika inginkan kepastian dan maklumat lanjut berkaitan kad perubatan ditawarkan oleh MAA takaful , boleh lah berhubung terus dengan saya . Boleh melalui email saya zampairul@gmail.com ataupun hubungi dengan panggilan / sms / viber / whatspp   0136061652.

untuk email , boleh terus nyatakan
  1. nama panggilan
  2. jantina
  3. bulan lahir dan tahun
  4. Pekerjaan
  5. Pertanyaan ,ulasan Tuan, puan sendiri jika ada.
Jika berminat untuk orang lain pun boleh . Ikut sahaja modul di atas . 

Saturday, August 18, 2012

Siapakah MAA TAKAFUL

MAA Takaful Medical card

HISTORY

MAA Takaful is a result of a strategic joint venture between MAA Group Berhad (“MAAG”) – [Formerly known as MAA Holdings Berhad] and Solidarity Company BSC (C) of Bahrain, one of the leading companies in the Arab world.

On 21 February 2006, a Joint Venture (JV) Agreement was signed with Solidarity, to form a JV company called MAA Takaful to carry on the Takaful business.

On 3 March 2006, Bank Negara Malaysia granted approval for a new Takaful licence for the joint venture of MAAG and Solidarity. On 2 May 2006, MAA Takaful was incorporated with a paid up capital of RM100 million and licensed on 1 July 2007 as a composite Takaful Operator. Today, MAA Takaful has an agency force of over 10,000.

MAAG holds 75% equity interest in MAA Takaful while Solidarity holds 25%.

Friday, August 17, 2012

MEMOHON KEMAAFAN SILAP & SALAH : AIDILFITRI 2012

memohon maaf dari semua kenalan di atas segala kesalahan , terkasar bahasa, terkutuk , menyakiti hati , merosakkan nama , merendahkan martabat, mendatangkan aib , jika ada saya berhutang pada kalian, sila maklumkan , mohon halalkan makan minum selama ini .
adam .. encik bear ..

kad raya ADAM SEDIM

SELAMAT BERAMAL DAN DOAKAN KESEJAHTERAAN SAYA
ADAM : ENCIK BEAR : SUKAHATIADAM
AIDILFITRI 2012

Thursday, August 16, 2012

Medical card (Smart Medic 100) MAA takaful


MAA Takaful Smart Medic 100 merupakan kad perubatan yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga dengan memberikan perlindungan pembedahan dan manfaat hospital yang komprehensif apabila anda memerlukannya. Dengan kos perubatan yang meningkat saban hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu meminta-minta untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan anda.

TIADA KO-TAKAFUL
Kad perubatan MAA Takaful tidak mempunyai ko-takaful 10%. Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan. Sesetengah pengedali takaful di Malaysia mengenakan Ko-takaful ini pada kad perubatan mereka. Namun dengan MAA Takaful Smart Medic, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda akan ditanggung 100%.
KAD PERUBATAN TUNGGAL (STAND ALONE)
Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic adalah kad perubatan tunggal di mana ia tidak perlu digabungkan dengan mana-mana pelan takaful hayat. Ini bermakna anda boleh mempunyai kad perubatan sahaja tanpa perlu memiliki pelan  lain.
PEMBAHARUAN DIJAMIN
Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun.
KAD PERUBATAN YANG MURAH DAN MAMPU DIMILIKI
Dengan RM55 sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan dengan nilai had tahunan sehingga RM100,000 dan seumur hidup RM300,000.
MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN YANG TINGGI
MAA Takaful Smart Medic 100 menawarkan khairat kematian sebanyak RM5000 untuk apa jua sebab kematian.
PANEL HOSPITAL TERBAIK SELURUH MALAYSIA
MAA Takaful mempunyai lebih 90 panel hospital seluruh Malaysia.
46 PENYAKIT KRITIKAL DITANGGUNG
Sebelum ini hanya 36 tetapi kini 46 , lagi banyak ditanggung, bukan dikurangkan.

Wednesday, August 15, 2012

Alasan/faktor/sebab Kita Perlu ada Takaful

1. Menyediakan dana pendapatan sekiranya anda meninggal dunia.
2. Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya
3.Menyediakan dana persaraan
4.Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
5. Menyediakan dana penyakit kritikal.
6. Mengelakkan dari berhutang
7. Melindungi aset
8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
9. Melindungi perniagaan
10.Melakukan amal jariah
11.Mengurangkan cukai pendapatan

‎3 Sebab Kenapa Skim Takaful Penting Kepada Anda

Skim Takaful bukan seperti mana yang anda fikirkan, bukan sekadar seorang agent mengetuk pintu rumah anda untuk menjual polisi bagi melindungi anda daripada sebab kemalangan sahaja.
Skim Takaful adalah lebih daripada itu, ianya memberi jaminan perlindungan apabila kita meninggal dunia dengan manfaat Khairat dibayar pada waris kita.Tetapi berapa ramaikah diantara kita sudah mendapatkan perlindungan ini?Rata-rata yang kita lihat, masih ramai lagi diantara kita yang tiada perlindungan Takaful. Apakah sebabnya?
1) Tiada pengetahuan langsung.. apa itu Takaful..
2) Mereka rasakan Takaful itu tidak perlu .. dan melihat ianya sebagai bebanan bayaran tambahan yang perlu dikeluarkan..selain dari bil-bil yang telah sedia ada..Adakah mereka tahu bahawa jika mereka bermula lebih awal… semasa muda.. mereka mendapat lebih manfaat perlindungan berbanding semasa mereka sudah tua kelak..
Berikut adalah alasan kenapa kita memerlukan Takaful

Alasan 1
Adakah kita mempunyai berbagai-bagai bil atau bayaran hutang yang perlu di lunaskan pada setiap bulan?? Ini adalah alasan besar kenapa kita memerlukan Takaful supaya segala bayaran bil dan hutang tadi terbayar andainya kita telah tiada.. dan waris kita tidak dibebani lagi oleh hutang kita.
Alasan 2
Anda muda, gagah dan sihat sekarang? Tiada berpenyakit? Jadi inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan Takaful. Bayaran sumbangan anda adalah kecil bermula dari sekarang hingga anda berumur 65 tahun.. dan ianya adalah sebagai simpanan persaraan anda nanti.. lagi awal anda bermula takaful adalah lebih bagus… kerana anda tidak perlu risau lagi jika anda mendapat penyakit yang serious akan datang .., kerana anda telah dilindungi Takaful… Orang yang sudah berpenyakit memang tiada sebarang syarikat insuran atau takaful yang akan menerimanya. Kata orang.. ambillah pelan Takaful sekarang… semasa ia menerima kita, jangan sampai semua syarikat takaful dan insuran sudah tidak menerima kita apabila kita telah menghidap penyakit.. ketika itu kita akan menyesal kelak….
Alasan 3
Adakah anda berkahwin? Adakah anda sayang isteri anda? Jadi.. perlukah anda tinggalkan isteri dan anak-anak anda dengan kesusahan setelah ketiadaan anda? Bayangkan jika kita tiada perlindungan Takaful, ditakdirkan kita mengidap kanser 6 bulan akan datang… dan meninggal selepas 18 bulan kemudian. Kita terpaksa tinggalkan isteri dan 2 orang anak kita meneruskan hidup mereka dengan ketiadaan sumber kewangan… bagaimanakah mereka hendak menyara hidup mereka? Membayar bil-bil dan hutang peninggalan kita… Inikah yang patut kita tinggalkan untuk mereka? Cuba fakir-fikirkan….Banyak lagi alasan-alasan lain kenapa kita perlukan Perlindungan Takaful!

Monday, August 6, 2012

Medical Card untuk aktiviti lasak

Buat masa ini , kemalangan dan seterusnya kos rawatan di hospital akibat aktiviti lasak kita seperti camping , abseiling, wall climbing dan hiking gunung masih boleh ditanggung oleh produk terbaik ini. SMART MEDIC 100 ini . Jadi bagi penggiat aktiviti lasak terutamanya pendaki gunung inilah yang terbaik untuk kita .

Beberapa orang teman saya telah mendapat kemalangan semasa aktiviti lasak , mereka telah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan swasta. Ada antara mereka tidak dapat membayar kos rawatan lantaran tiada insurans atau insuran mereka tidak “cover” disebabkan aktiviti mereka itu.

Pun begitu bukan semua aktiviti lasak MAA Takaful melalui SMART MEDIC 100 ini cover. Ada beberapa aktiviti lasak telah dikecualikan seperti

“sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa apa jenis perlumbaan kecuali jalan kaki, sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara (bahaya oooo) , luncur air, aktiviti dalam air (risiko lemas ) yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk , sukan profesional dan aktiviti yang tidak dibenarkan. “

  • medical card sesuai untuk risiko akibat mendaki gunung !!

Insurans Kesihatan Pekerja Asing

SKIM INSURANS KESIHATAN DIKUATKUASAKAN 1 JULAI

HEALTH INSURANCE FOR FOREIGN WORKERS IN SABAH FROM JULY 1

Sunday, August 5, 2012

2011,2012 Bulan Raya Bulan Kemerdekaan Juga

Nampaknya 2012 ini sama dengan tahun lepas, Kita menyambut hari raya aidl fitri dalam bulan kemerdekaan . Double meaning kemerdekaan ini  . Adakah sebulan kita berpuasa kita dapat merdekakan diri kita daripada kekangan nafsu itu dan ini . Adakah kita masih mempertahankan kemerdekaan tanahair kita ini ?

hari Merdeka

Bendera malaysia

Ramai2 mesti lupa, nak raya nanti sebab nak nak hargai pengorbanan menahan lapar, dahaga , nafsu dan sbgnya. Tapi kita lupa, bulan ini bulan kemerdekaan. Terima kasih perwira perwira ku..tanpa kalian, bumi ini belum bertuah.. Selamat Hari Merdeka, Al- fatihah buat pejuang tanahair.

2 soalan untuk anda.

  1. Sebagai seorang muslim , jika Rasulallah s.a.w depan mata kita, apa akan kita lakukan di bulan puasa ini ?
  2. Sebagai seorang rakyat malaysia , adakah kita cinta akan negara kita. Apakah definisi “ Cinta kepada negara”  dan bagaimanakah anda tunjukkannya ?

Nak dapatkan quotation medical card

Jangan ler malu malu nak dapatkan quotation medical card yang ditawarkan oleh MAA TAKAFUL ini . Ia dipanggil SMARTMEDIC 100 . Menawarkan perlindungan kewangan terhadap bil perubatan* anda.  Saya tak makan orang lah . InsyaAllah saya akan cuba hantar secepat mungkin . Saya hantar , tak perlu mendaftar lagi. Baca dan faham dulu , tak faham boleh tanya saya . Kalau dah sedia dan berminat baru kita proceed . 

Untuk mendapatkan quotation email kepada saya di Sukahatiadam@gmail.com perkara berikut.

  1. usia dan tarikh lahir
  2. Jantina
  3. No telefon untuk dihubungi

mudah jer kan . So, jangan berlengah dan ragu ragu . ayuh email kepada saya . Saya menanti permohonan daripada kalian .

Medical card MAA takaful macam mana ? KLIK SINI
Nak tengok Broucher pelan yang ada KLIK SINI

Saturday, July 21, 2012

Kenapa Mesti Pilih Kad kesihatan MAA Takaful ?

emm. soalan subjektif untuk dijawab . Pun begitu saya akan menjawab dengan sebaik mungkin.

  1. Tidak wajib diambil bersama pelan pelaburan . Jadi nilai monthly atau annually kita adalah lebih rendah. Ini kerana ianya dikira berdasarkan manfaat oleh Kad kesihatan sahaja. Tidak seperti kad kesihatan daripada operator insuran dan takaful yang lain yang mensyaratkan secara langsung mesti bersama pelaburan. Sebab itu kami lebih rendah berbanding mereka. Bayar apa yang perlu sahaja. Kita boleh buat pelaburan di tempat lain tanpa perlu terasa beban di MAA Takaful.
  2. Tiada CO- takaful
    Co- insurans atau co-takaful adalah bayaran kepada pihak hospital semasa pendaftaran atau pun semasa nak discharge dari hospital swasta. Kita perlu bayar dalam kira kira 10% dari nilai caj rawatan. 90% lagi akan diselesaikan oleh medical card itu. Sebagai contoh kos rawatan membuang apendik di swasta RM4000. Maka masa nak daftar keluar kita perlu bayar 10% ( RM400). Emm.. bukan ini membebankan kita pada masa tersebut!  Untuk Pengetahuan , tiada co –takaful untuk smart medic MAA Takaful . Kita tidak perlu bayar pun.  Keseluruhan (100%) kos rawatan akan diselesaikan oleh MAA Takaful . Asalkan kos rawatan kita memenuhi syarat syarat seperti dalam polisi .( sijil takaful) kita.

Friday, July 20, 2012

Takaful & Insurans Mendaki Gunung-Outdoors

Para pendaki Gunung , outdoors always terdedah dengan injury samada short term atau long term . Kalau tak kena treatment tak apa lah , kalau kena treatment yang costing .. hopefully dah prepare dengan plan kesihatan samada melalui government / swasta. Dapatkanlah medical card anda hari ini. yezza.. sekian mukadimah agen medical card / takaful. Naik gunung , trip outdoor boleh bayar ratusan , tak akan lah untuk jaminan kewangan terhadap badan sendiri nak diabaikan dan tak mampu. Sekali injured dan kena pula tunggu giliran / temujanji pada sekian sekian haribulan tentu tak best kan . Jadi tentulah kita nak pulih dengan cepat .

Nak cepat, kenalah kita dapatkan di pusat perubatan swasta. Untuk ringankan beban diri sendiri, medical card jawapannya. Lagi cepat dapat rawatan , lagi cepat kita boleh kembali aktif dalam aktiviti luar pintu ini .

Monday, May 9, 2011

Ulasan Buku Panduan TBE .. haruskah

tetiba terfikir untuk buat ulasan chapter by chapter Buku TBE yang sering digunakan oleh candidate utk peperiksaan takaful Asas. TBE .. haruskah saya berbuat demikian .. jika ramai yang mohon , komen di post ini..insyaAllah sy bersemangat lah skit nak buat .. boleh lah sy cuba huraikan chapter by chapter secara mendalam ... sedalam yang saya tahu...saya cuba!

Sunday, March 13, 2011

Kedekut danbayar tak bertempat

Perlindungan insurans untuk harta benda( kereta ) boleh pula beli . Sayangkan harta lebihkan daripada sayang keluarga dan diri sendiri.

Imagine begini , kereta awk bayar insurans tahunan, ada yang cecah ribuan ringgit + cukai jalan . Awak sanggup bayar , alasannya awk nak pakai kereta tu. Tapi insurans utk badan sendiri , awk tak sanggup, alasan, alah.. awk tak akan kena penyakit sebab awk tak makan itu ini , gelojoh , kurang lemak ... lagi, sebab awk kata, awk tak akan accident tahun ni .. sapa boleh tau hal ni semua? saya juga maksudkan insurans utk keluarga anda. tak sayang mak ayah , tak sayang anak anak , adik adik dan keluarga handai.. kereta , motor 2 ,3 biji boleh/sanggup bayar insurans..

so, bawa2 pikirlah, antara kereta dan orang tersayang termasuklah diri sendiri ( badan ni nak guna utk ibadah kepada Allah, kalau dah sakit cam ne nak ibadah dengan banyak dan tenang sebab bilamana nak kena keluar kerja juga untuk dapatkan duit bagi menampung kos rawatan diri sendiri atau pun keluarga.


Awk kedekut tak bertempat

Thursday, January 13, 2011

Construction of Mortality Table

Construction of Mortality Table

In the construction of a mortality table, the investigations which are undertaken are designed to yield at each age, x, the rate of mortality , that is, the probability that a life age x will die within a year. The two principle sources of life tables are general population statistics obtained from census and the mortality records of life insurance companies.

An initial age is chosen and a convenient number of lives is assumed to exist at that precise age. This number, called the radix, is usually a round number such as 1,000,000 or 10,000,000. The mortality rate is applied to this number of lives to get the number that will die at this age. Hence the number of lives (survivors) at the next age is obtained by reducing the radix by this number of deaths.

The number of survivors of the original group (radix) who have now attained age x is designated by . The number of persons in the group who die after attaining age x but before reaching age x+1, is represented by .


Thus :

Lx+1 = Lx-dx where dx = Lxqx

The 1980 Commissioner’s Standard Ordinary Mortality Table (1980 CSO Table)


Male

Female

Age

Number living

Number dying

Mortality rate per 1000

Number living

Number dying

Mortality rate per 1000

Age

0

1,000,0000

41 800

4.18

1,000,0000

28 900

2.89

0

1

9,958,200

10 655

1.07

9,971,100

8 675

.87

1

2

9,947,545

9 848

.99

9,962,425

8 070

.81

2

3

9,937,697

9 739

.98

9,954,355

7 864

.79

3

.

.

.

.

.

.

.

.

25

9,663,007

17 104

1.77

9,767,317

11 330

1.16

25

26

9,645,903

16 687

1.73

9,755,987

11 610

1.19

26

.

.

.

.

.

.

.

.


The symbol means the probability that (x) will live to reach age x + n. Out of the persons alive at age x there are survivors at age x + n. Thus

npx = Lx+n / Lx


Risk in Insurance / takaful .....part 2

Insurability of specific risks


Insurance is sold on a case-by-case basis. Insurance companies consider a number of factors in order to determine whether a proposed risk is an insurable risk.


The people who are involved in the creation and operation of an insurance policy:

Applicant – The person or business that applies for an insurance policy

Policyowner – The person or business that owns an insurance policy

Insured – The person whose life is insured under an insurance policy

Policyowner-insured – The person who is both the policyowner and the insured

Third-party policy – An insurance policy that one person or business purchases on the life of another person

Beneficiary – The person or party the owner of an insurance policy names to receive the policy benefit if the event insured against occurs


Insurable interest requirement


  • Only pure risks are insurable.

  • Insurance is intended to compensate an individual or a business for a financial loss, not to provide an opportunity for gain.

  • To prevent people from using insurance policies as means of making wagers (gambling by purchasing policies on lives of people who were completely unrelated to them and created a possibility of financial gain if the insured died), the government passed law that when an insurance policy is issued, the policyowner must have an insurable interest in the risk that is insured. The policyowner must be likely to suffer a genuine loss or detriment should the event insured against occur.

  • An insurable interest exists when the policyowner is likely to benefit if the insured continues to live and is likely to suffer some loss or detriment if the insured dies.

  • If the insurer determines that the proposed policyowner does not meet the insurable interest requirement, then the insurer will not issue the policy.

  • All persons are considered to have an insurable interest in their own lives.

  • Insurable interest laws do not require that the named beneficiary have an insurable interest in the policyowner-insured’s life. A policyowner-insured can name anyone as beneficiary.

  • Most insurance company underwriting guidelines require that the beneficiary also must have an insurable interest in the life of the insured when the policy is issued.

  • In a third party policy, both policyowner and beneficiary must have insurable interest in the insured’s life when the policy is issued.

  • Certain family relationships are deemed by law to create an insurable interest between an insured and a policyowner or beneficiary – natural bonds of love and affection and financial dependence

  • Spouse, mother, father, child, grandparent, grandchild, brother and sister


Assessing the degree of risk


  • Not all individuals of the same sex and age have an equal likelihood of suffering a loss

  • Antiselection, adverse selection or selection against the insurer – the tendency of individuals who believe they have a greater-than-average likelihood of loss to seek insurance protection to a greater extent than do those who believe they have an average or less-than-average likelihood of loss

  • Underwriting or selection of risks – the process of identifying or classifying the degree of risk represented by a proposed insured.

  • Two primary stages of underwriting:

  • Identifying the risks that a proposed insured presents

  • Factors that can increase or decrease the likelihood that an individual will suffer a loss

  • Physical hazard – a physical characteristic that may increase the likelihood of loss

  • Moral hazard – the likelihood that a person involved in an insurance transaction may act dishonestly in that transaction

  • Classifying the degree of risks that a proposed insured presents

  • To enable the insurer to determine the equitable premium rate to charge for the requested coverage

  • Standard risks - the risk category that is composed of proposed insureds who have a likelihood of loss that is not significantly greater than average and are charged standard premium rates

  • substandard risks - the risk category that is composed of proposed insureds who have a significantly greater than average likelihood of loss and are charged substandard premium rates or special class rates

  • declined risks - the risk category that is composed of proposed insureds who are considered to present a risk that is too great for the insurer to cover.

  • preferred risks - the risk category that is composed of proposed insureds who present a significantly less than average likelihood of loss and are charged lower than standard premium rate

  • Underwriters – the insurance company employees who are responsible for evaluating proposed risks.

Risk in Insurance / takaful .....part 1

The concept of risk

Risk exists when there is uncertainty about the future

There are two major type of risk:

  • Speculative risk – involves three possible outcomes: loss, gain, no change.

  • Pure risk – a risk that involves no possibility of gain.

Pure risk involves possibility of economic loss without the possibility of economic gain - is the kind of risk that can be insured.

The purpose of insurance is to compensate for financial loss, not to provide an opportunity for financial gain.

Risk Management

The practice of risk management involves identifying risk, assessing risk, and dealing with risk.

In order to eliminate or reduce our exposure to financial risk, we can ….

  • Avoid risk’ – by staying away from the risk. This is sometimes not effective or practical.

  • Control risk’ – by taking steps to prevent or reduce losses. In other words, reduce the likelihood of a loss or lessen the severity of a potential loss.

  • Accept risk ‘– by assuming all financial responsibility for that risk as in self insurance.

  • Transfer risk’ – by shifting the financial responsibility for that risk to another party, generally in exchange for a fee by purchasing insurance coverage. Life insurance companies sell insurance policies to provide financial security from personal risk – the risk of economic loss associated with death, poor health and outliving one’s savings.

  • Share risk’ with the community through cooperative and mutual protection as in al-takaful or khairat.


Managing Personal Risks through Insurance

Insurance companies use the concept known as risk pooling – losses are shared by large numbers of people who are all subject to such losses and the probability of loss is small for each person resulting in the cost to each person being relatively small.


Characteristics of insurable risks

Risks that can be insured must satisfy the following category.

  • The loss must occur by chance (cannot be totally predictable or controlled).

  • Death is certain to occur rather than by chance but the timing of death usually occur by chance.

  • The loss must be definite (the insurer must be able to determine when to pay policy benefits and how much the benefits should be).

  • Time (when) and amount (how much).

  • Contract of indemnity – the amount of policy benefit payable is based on actual amount of financial loss that results from the loss (determined at the time of loss) or on the maximum amount stated in the contract, whichever is less;

  • Valued contract – specifies the amount of benefit payable when a covered loss occurs, regardless of the actual amount of the loss incurred – face amount or face value.

  • The loss must be significant (the insured generally must suffer financial hardship as a result of the loss).

  • Losses that cause financial hardship to people.

  • The loss rate must be predictable (the insurer must be able to predict with reasonable accuracy the number and timing of covered losses that will occur in a given group of insureds).

  • The rate at which covered losses are expected to occur in a specified group of insureds.

  • The law of large numbers states that, typically, the more time we observe a particular event, the more likely it is that our observed results will approximate the ‘true’ probability that the event will occur

  • Mortality tables – charts that display the incidence of death, by age, among a given group of people.

  • Morbidity tables – charts that display the incidence of sickness accidents, by age, occurring among a given group people.

  • The loss must not be catastrophic to the insurer (the insurer must not be subject to catastrophic financial damage as a result of the loss).

  • Reinsurance’ – a type of insurance that one insurance company purchases from another insurance company in order to transfer risks on insurance policies that the ceding company issued. When a covered loss occurs, the reinsurer reimburses the ceding company for the portion of the loss that was reinsured;

  • Cede’ – to obtain reinsurance on insurance policies by transferring all or part of the risk to reinsurer

  • Retention limit’ – the maximum amount of insurance that an insurer is willing to carry at its own risk on any one life


Sunday, November 21, 2010

Pendrive fake.. tipu saiz

Kita ni setiap hari simpan data dalam pendrive. jadi bila ada maklumat seperti ini, terus saja hati ni nak kongsi dengan para pembaca terutama para agen agar data prospek, client kita tak hilang, rosak, corrupted dan sewaktu dengannya.

Hari ini saya survey dekat www.mudah.com.my .. Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!

Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..

Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.

Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.

Anda kena berhati-hati~!!

Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer Speed" juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! .

Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!

Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau " Corrupted" bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.

Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!!

Harga semasa yang Original di sini :

http://www.pcdepot.com.my/category/51/132/USB%20Drives/MP3%20Player.aspx

Sila Share dengan kawan-kawan agar tidak tertipu.

Thursday, November 4, 2010

Kita tak fikirkan masa depan


Pertama sekali tengok sekeliling kita.

Setiap hari kita terdedah kepada risiko kemalangan , sakit dan mati.Jika ditakdirkan kita meninggal dunia, sudah kita sediakan dana khas utk orang yg kita tinggalkan. Bagi yg berkahwin pasti telah pikirkan hal ini, tapi masalahnya bagi yang bujang bujang ni, baik lelaki mahupun wanita. Tak pernah pikir, kalau dia dah tak ada (mati) , orang2 yg dia tinggalkan itu macam mana keadaannya. At least dengan adanya insurans, orang yg kita tinggalkan especially mak bapak akan diberi pampasan sebab kita dah tak ada.

kalau masih hidup boleh lah kita terus berbakti pada orang tua, orang lain mati tak dapat nak tolong mak ayah..kita ( pemegang insurans) dah mati pun boleh tolong mak ayah tau. kan ke besar pahalanya tu.
Sekiranya mahu mak ayah, isteri dan anak2 mendapat pampasan kematian yg tinggi, saya sarankan ambil insurans/ takaful jenis PA ( personal xcden) . Tahukah , dengan bayaran 1300 setahun @ 13 ribu 10 tahun @ 26 ribu 20thun dan 39ribu 30 tahun, once meninggal pampasannya RM1,000,00.00.. ya satu juta!!! kalau kita hidup sehingga 30 thn lagi baru 39ribu tapi waris dapat 1million Oooo.... itu kalau hidup panjang... bagaimana kalau kita cuma hidup hingga hari esok, yg mana kita ni setiap hari ,setiap masa terdedah dengan risiko mati...kalau dah ada perlindungan, mati esok pun RM1,000,00.00 dibyr pada waris.
itu cakap pasal mati.

kedua, cakap pasal sakit.. semua orng tentu pernah sakit. tak pernah masuk wad pun ramai juga..macam saya..syukur.

tapi... walaupun sy sihat, tak pernah masuk wad tapi risiko kena penaykit tetap ada.. kalau lah ditakdirkan kita kena cancer.. skrang ni memang lah.. tapi tau kan..kanser ni makan masa bertahun tahun..
darah tinggi pula..skrang darah kita normal.. mana tau disebabkan kita alpa menjaga makan, tak bersenam. merokok pula tu.. tak merokok, tapi dok di kalangan perokok..sama gak tu.. darah tinggi ni bleh melarat sakitnya.. strok, serangan jantung dsbnya.
kencing manis.. skrang ni kencing kita normal..masin lagi.. once dah kena., tau ler susahnya nak rasa nikmat hidup dunia..iaitu nikmat makan.. itu ini tak boleh makan.maklumlah org kita ni bila masak, suka yg manis2 belaka.

Kegagalan buah pinggang.. yg ni lagi satu.. benda ni pun makan masa nak kena.. sekali dah kena.. org kata, nak kemana kena pikir kat mana boleh buat dialisis.. pastu kalau dah cecah time kronik, kena gantikan buah pinggang tu..memang lah ada penderma tapi, kena tunggu turn.. itu pun kalau sepadan ngan kita.. tunggu turn lama ooooo, ramai rkyt kita kena penyakit buah pinggang ni..

k, sy bukan nak takut takutkan hangpa semua tapi cuba lah bawa bawa pikir jap benda sy cakap ni. Sy minta pikirkan bila kena penyakit macam yg saya sebutkan diatas, tentu nak pakai duit. Kalau ke hospital kerajaan murah, swasta mahal... tak banyak pun sikit tetap kena pakai kan.
kalau boleh menabung setiap bulan @ tahun dlm asb asn, kenapa tak boleh pula dalam perlindungan diri. Untuk kesihatan, ambillah medical card.

Bagi sy antara ASN,ASB dan insurans/ takaful... lebih penting takaful/insurans.