Followers

Monday, February 17, 2014

Fakta Pelik tapi benar dalam Insuran

Ya.. sapa yang tak berapa pelik mungkin kerna dia belum terjerumus dalam masalah ini . Apakah yang saya cuba nak katakan dalam post kali ini . Baik..saya cuba ringkaskan saja di sini .

Kita ni memang materialistik dan selfish .
Kita ni memang tak gunakan akal kita dengan wajar
Kita ni memang tak pernah nak ambil iktibar
Kita ni memang sentiasa fikirkan diri sendiri ini akan sentiasa terlindung daripada musibah

semua di atas adalah benar dan berlaku kepada diri saya sendiri suatu masa dulu . Kenapa , apa, bagaiman dan mengapa dll ????

itulah yang selalu timbul daripada mulut client apabila sudah terhantuk baru terngadah  semasa berjumpa dengan agen untuk minta buah fikiran.

Saya lebih sayangkan kereta dan motor – materialistik 
Kita  fikir insuran motor dan kereta wajib supaya dapat roadtax dan boleh claim jika kemalangan. Jika ada insurans pastilah saya boleh jimat banyak . Ternyata kita cuma sayangkan benda tetapi , benda yang lebih bernilai iaitu tubuh badan dan anak isteri kita tak kisah pun . tak pernah pun nak berikan perlindungan kewangan kepada mereka. Lindungi kewangan mereka dengan takaful . Kita memang materialistik. Sanggup berhabis untuk kebendaan sahaja. Itu tidak termasuk duit dihabiskan untuk loan bank  , baiki dan modified dan make up kereta.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)