Followers

Tuesday, February 18, 2014

Sediakan wang kecil sebelum wang besar

Apa tu. macam mengarut jer post kali ini . Sebenarnya ini cuma metafora saya. Sama jer macam orang selalu kata , “Sediakan payung sebelum hujan” .

“Saya kata sediakan duit kecil sebelum duit besar” merujuk kepada kepada bayar caruman duit kecil jer berbanding pulangannya . Jangan sampai terpaksa guna duit yang banyak  untuk bil perubatan sebab tak sediakan wang kecil .

Kita ni ramai yang berkira sangat nak keluarkan duit , nak sediakan sedikit wang daripada gaji untuk dapatkan perlindungan diri daripada tanggung kos perubatan yang tinggi terutamanya di hospital swasta. Kita bercakap di swasta sebab tanya dalam diri tuan tuan , kalau tak sanggup nak tahan sakit , ke mana tuan nak pergi , kerajaan atau swasta? Tuan tuan jawab sendiri, saya tak nak jawab sebab saya dah tahu jawapannya.

Kita hanya perlu bayar kecil jer nilainya berbanding faedah bil perubatan kita nanti . Kita bayar mungkin serendah rm70 sebulan tetapi ianya sudah cukup selamatkan wang simpanan kita

daripada lebur bayar bil perubatan  yang tinggi.. jauh jauh jauh ..far far far away lebih tinggi . Kos demam panas di hospital swasta untuk anak anak kita terutamanya bayi biarpun 2 malam sahaja mungkin cecah RM2000 . Kalau kita bayar caruman medical card anak ini , mungkin sebulan cuma rm100 sahaja . kalau setahun baru bayar rm1200 tetapi kita kena bil satu malam sudah rm2000..itu rendah jer .. kalau kena sakit lain macam mana , bil sudah tentu kadarnya lebih tinggi.

tahukah rawatan batu karang dengan susulan 1 sessi boleh cecah rm20,000 . Kalau kita bayar 2 tahun mungkin baru rm3000 sahaja caruman itu tetapi dapat jimat rm17,000.

bayangkanlah kalau kita bayar rm20,000 dengan duit simpanan. ternyata satu pembaziran teramat sangat sebab kita sudah tahu sebelum ini instrumen untuk jimat , untuk selamatkan wang simpanan ialah medical card tapi kita berkeras hati tak nak join.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)