Followers

Tuesday, February 11, 2014

Perlukah Agent Semasa Masuk Hospital

Memang acapkali menerima soalan ini .
Jawapan saya .


Tak perlu ada agent bersama ketika nak masuk hospital .
Tak perlu call agent ketika nak masuk hospital .
Tak perlu paksa agent datang ketika masuk hospital
.

Jika kemasukan ke hospital perlukan agent bersama . Bermakna Kad Kesihatan anda bukanlah memberikan kemudahan tetapi kesusahan kepada anda . Bayangkan agent berada jauh di utara kita pula masuk hospital di selatan . Perlu tunggu agent baru boleh masuk ? Tak logiklah kan. Tambahan pula agent berada di oversea , habuan bekerja keras dapatlah melancong.Kena balik sebab ada client masuk hospital?

Tak perlu call agent sebab agent bukan bertanggungjawab uruskan guarantee letter dan bukannya kena dapatkan persetujuan daripada agent . Pun begitu bukanlah kata agent sombong tetapi nak bagitau bahawa tak perlu susah payah call agent . Imagine agent berada di luar kawasan liputan termasuk lah berada di oversea . Boleh call agent tapi bukan compulsory . Jika agent berkelapangan memang akan ada agent yang datang melawat .( means dah admit ) . Call agent untuk dapatkan info dan panduan nak admit , tiada masalah .

Yang ni lagi satu , bukan agent sombong tapi agent cuma membantu mendapatkan perlindungan. Mungkin kes pertama akan ada antara agent yang datang untuk bantu admit . Itu pun jika dia berkemampuan pada ketika itu . Saya bercakap atas fakta sebab kehadiran agent disamping anda semasa admit adalah optional .

Secara kesimpulannya , kemasukan hospital adalah mudah tanpa perlu kehadiran agent . Maa takaful menawarkan kesenangan , bukan kesusahan.
proses admit hospital : selepas jumpa doktor , doktor sarankan masuk wad , ke kaunter pendaftaran katakan nak pakai kad . Kaunter akan semak kad kita dengan Maa Takaful . Tunggu sebentar untuk pengesahan dan guarantee letter diberikan oleh Maa Takaful kepada hospital berkenaan . Lancar maka , bersabarlah dan bergembiralah , tanggungan bil anda kini oleh kad kesihatan ini .

Jika lupa bawa kad , always ingat no kad atau senang cite snap jer satu gambar kad untuk rekod dalam handphone kita. Worst scenario , boleh jer semak dengan no IC

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komen . Komen lerrrr lagi :)