Zurich takaful , Maa Takaful ,islam, medical card , kad kesihatan , insurans kesihatan , quotation , takaful , islamic , smartmedic 100, smart medic , 100, takaful basic exam , tbe, result , permit , insurance, maa takaful, takaful link , risiko , tabarru , premium , akad , takaful terbaik , insurans terbaik . agen lembah klang shah alam
Wednesday, September 10, 2014
sentapan jiwa.. sebab tak ada takaful
mereka sudah terlewat.. tapi kita masih ada peluang. medical card di pasaran..belum terlewat andai kita belum disahkan penyakit. tak boleh nak tipu dalam borang sebab rekod hospital .
Nak tunggu cover penyakit kritikal mesti 120hari. jadi kalau kita buat card.. baru sebulan dah disahkan ada penyakit.. kad x cover.. jadi
sediakan payung dalam kereta sebelum bertolak dan bukannya dah jalan baru nak singgah beli payung.
jangan fikir MASIH AWAL setiap kali nak join medical card. berfikiran begitu akan memakan diri nanti. Sekali dah disahkan penyakit... langsung seumur hidup tak dapat appy kad. Macam "blacklisted".
Monday, August 25, 2014
Alasan Mudah nak Join takaful : medical card ini
- Sebab ianya tanggung bil perubatan di hospital kerajaan dan swasta
- Sebab kos perubatan dewasa ini tinggi bagi kes kes kritikal dan kes sakit teramat
- Sebab tak nak guna hospital kerajaan yang kena tunggu giliran panjang bagi mendapatkan rawatan dari peringkat awal ( pesakit luar , jumpa doktor , jumpa pakar , ujian A,B, C , X dan sebagainya ,operation / surgery / rawatan kemo / rawatan itu ini .
- Jumpa dan dapatkan khidmat di hospital swasta lebih cepat . Mudah jawapannya keranan secara umumnya hospital swasta adalah perniagaan , Pelanggan mesti diraikan !
- Sebab kita tak nak gunakan wang simpanan untuk bayar bil .
- SEBAB KITA TAK MAMPU NAK BAYAR BIL PERUBATAN TAPI NAK SEMBUH DENGAN CEPAT . Maka biarlah kad yang bayarkan. Jumlah caruman tak seberapa pun berbanding kos perubatan dan rawatan kita nanti.
- Sebab GL oleh majikan sedia ada kita TERHAD . Samada dari segi nilai tuntutan , spesifikasi penyakit tertentu sahaja , kos pembedahan sahaja tetapi tidak termasuk barang artificial macam besi titanium dan skru bagi kes patah tulang . Ini termasuk majikan kerajaan dan swasta.
- Kalau dah guna banyak duit majikan untuk kos rawatan kita , lama lama kita pun ada harapan diberhentikan .
Wednesday, February 19, 2014
Pelanggan Dihargai
Kepada para pelanggan anda diminta untuk mengaktif “ my account” di laman web dan selepas itu boleh lah menikmati program penghargaan pelanggan oleh Maa Takaful .
Tuesday, February 18, 2014
Sediakan wang kecil sebelum wang besar
Apa tu. macam mengarut jer post kali ini . Sebenarnya ini cuma metafora saya. Sama jer macam orang selalu kata , “Sediakan payung sebelum hujan” .
“Saya kata sediakan duit kecil sebelum duit besar” merujuk kepada kepada bayar caruman duit kecil jer berbanding pulangannya . Jangan sampai terpaksa guna duit yang banyak untuk bil perubatan sebab tak sediakan wang kecil .
Kita ni ramai yang berkira sangat nak keluarkan duit , nak sediakan sedikit wang daripada gaji untuk dapatkan perlindungan diri daripada tanggung kos perubatan yang tinggi terutamanya di hospital swasta. Kita bercakap di swasta sebab tanya dalam diri tuan tuan , kalau tak sanggup nak tahan sakit , ke mana tuan nak pergi , kerajaan atau swasta? Tuan tuan jawab sendiri, saya tak nak jawab sebab saya dah tahu jawapannya.
Kita hanya perlu bayar kecil jer nilainya berbanding faedah bil perubatan kita nanti . Kita bayar mungkin serendah rm70 sebulan tetapi ianya sudah cukup selamatkan wang simpanan kita
Monday, February 17, 2014
Hubungi Agen Jangan segan silu
Ada orang di luar sana yang masih segan silu nak hubungi agen walhal dia perlukan perlindungan takaful @ insurans. Janganlah macam tu , ingat kata orang orang tua “ malu bertanya sesat jalan”.
Lagipun belum pernah dengar ada orang kena tampar sebab hubungi agen . Sekarang zaman dah maju bukan setapak tapi bertapak tapak ke hadapan . Sebenarnya mudah jer nak hubungai agen atau lebih khusus lagi , nak hubungi saya .
Call saya , sms , whatsapp no ni 0136061652 .
Kalau rasa tak nak buat guna handphone tu , boleh ler share kepada saya butiran peribadi. Tuan cuma perlu isikan data SINI . Apa yang tuan isikan akan dihantar terus ke dalam inbox email saya.
Saya ikut kehendak tuan , Jika tuan sekadar nak tahu lanjut pasal produk jangan segan segan nak hubungi saya . Saya tak akan mendesak tuan untuk subcribe dengan saya . Sebaliknya saya
Fakta Pelik tapi benar dalam Insuran
Ya.. sapa yang tak berapa pelik mungkin kerna dia belum terjerumus dalam masalah ini . Apakah yang saya cuba nak katakan dalam post kali ini . Baik..saya cuba ringkaskan saja di sini .
Kita ni memang materialistik dan selfish .
Kita ni memang tak gunakan akal kita dengan wajar
Kita ni memang tak pernah nak ambil iktibar
Kita ni memang sentiasa fikirkan diri sendiri ini akan sentiasa terlindung daripada musibah
semua di atas adalah benar dan berlaku kepada diri saya sendiri suatu masa dulu . Kenapa , apa, bagaiman dan mengapa dll ????
itulah yang selalu timbul daripada mulut client apabila sudah terhantuk baru terngadah semasa berjumpa dengan agen untuk minta buah fikiran.
Saya lebih sayangkan kereta dan motor – materialistik
Kita fikir insuran motor dan kereta wajib supaya dapat roadtax dan boleh claim jika kemalangan. Jika ada insurans pastilah saya boleh jimat banyak . Ternyata kita cuma sayangkan benda tetapi , benda yang lebih bernilai iaitu tubuh badan dan anak isteri kita tak kisah pun . tak pernah pun nak berikan perlindungan kewangan kepada mereka. Lindungi kewangan mereka dengan takaful . Kita memang materialistik. Sanggup berhabis untuk kebendaan sahaja. Itu tidak termasuk duit dihabiskan untuk loan bank , baiki dan modified dan make up kereta.
Hadiah Terbaik Untuk Tersayang?
Kalau ditanya pada saya , apakah hadiah terbaik sempena hari hari istimewa hidup berpasangan maka jawab saya ialah “perlindungan”.
Tanyalah para wanita di luar sana apakah yang mereka dambakan daripada seorang lelaki baik boyfriend mahupun encik suami . Selain kasih sayang ialah perlindungan .
Meletakkan mereka dalam sebuah rumah adalah perlindungan juga . Mereka terlindung daripada bahang cuaca dan sejuknya air hujan . Rumah juga menjadi perlindungan daripada perkara yang merbahaya .
selain itu , tahukah anda bahawa orang tersayang juga perlu diberi jaminan perlindungan daripada keputusan rezeki wang ringgit . Maka bertindak wajarlah dengan kepentingan wang untuk survivor mereka. Lindungi mereka dengan Takaful agar mereka terus dapat hidup walaupun tanpa ketiadaan kita. Jika lebih teruk lagi , kita hilang upaya kekal dan mereka yang memikul beban mencari rezeki untuk anak anak dan diri kita pula.
Dengan takaful , sekurang kurangnya mereka telah dilindungi daripada kesusahan.
Anda memang bertanggungjawab dan sayang kepada anak anak dan isteri/ suami ?
Berapakah Nilai Sum Insured (Perlindungan)
Untuk takaful / insuran nyawa , menjawab soalan ini , saya berpendapat adalah seperti berikut .
- Adakah gaji sekarang mencukupi untuk seisi keluarga?
- Jika cukup , katakan gaji tuan setahun RM60,000
- RM60,000 x 11 tahun = RM660,000
- RM660,000 adalah nilai sum insured @ sum covered anda
kalau gaji lain , mungkin seperti berikut :
- katakan gaji tuan setahun RM40,000
- RM40,000 x 11 tahun = RM440,000
- RM440,000 adalah nilai sum insured @ sum covered anda .
SOALAN SAYA KEPADA TUAN
Adakah gaji sekarang mencukupi?
Jika sekarang pun tak cukup tak cukup jer , apatah lagi jika rezeki gaji ditarik balik oleh Allah S.W.T dengan cara kematian tuan @ hilang upaya kekal .
jika tuan rasa nak faham lebih lanjut , kita set appointment .
“Biar rugi masa jumpa saya jangan rugi masa mencari duit andai sudah ditimpa kerugian tiada takaful .”
“saya pula, biar rugi masa walaupun client tak join asalkan saya tak rugi sebab dah sampaikan ilmu takaful padanya . Tak dapat imbuhan dunia , ilmu saya tu imbuhan akhirat”.
Wednesday, February 12, 2014
Denggi Boleh “cover” dengan Maa Takaful
Medical card Maa takaful “smartmedic 200” boleh cover denggi .
Jika baru join , cooling period cuma 21 hari di Maa Takaful berbanding kompeni lain yang masih 31 hari. Lagipun sekarang ni denggi ada di mana mana sahaja , baik kita beringat sebelum kena. Kalau kena denggi masuk dalam seminggu di hospital . Kalau nak selesa kata orang masuk private , kalau nak ramai kawan , masuk government. Nak cik misi manis ramai , gov . Nak pakai kad pilih mana mana yang suka sebab tiada masalah soal bil .
Share pengalaman seorang pesakit : Disahkan kena denggi pagi , tetapi 6 petang baru dapat katil . Kesian sepanjang masa terpaksa menahan sakit penangan denggi di kerusi sahaja. Bukan nak kata hopsital tersebut tak layan dia tetapi nak utarakan bahawa kita sentiasa terdedah dengan denggi . Lihatlah betapa ramai pesakit denggi di hospital sampai tak cukup katil.
Tuesday, February 11, 2014
Perlukah Agent Semasa Masuk Hospital
Memang acapkali menerima soalan ini .
Jawapan saya .
Tak perlu ada agent bersama ketika nak masuk hospital .
Tak perlu call agent ketika nak masuk hospital .
Tak perlu paksa agent datang ketika masuk hospital .
Jika kemasukan ke hospital perlukan agent bersama . Bermakna Kad Kesihatan anda bukanlah memberikan kemudahan tetapi kesusahan kepada anda . Bayangkan agent berada jauh di utara kita pula masuk hospital di selatan . Perlu tunggu agent baru boleh masuk ? Tak logiklah kan. Tambahan pula agent berada di oversea , habuan bekerja keras dapatlah melancong.Kena balik sebab ada client masuk hospital?
Tak perlu call agent sebab agent bukan bertanggungjawab uruskan guarantee letter dan bukannya kena dapatkan persetujuan daripada agent . Pun begitu bukanlah kata agent sombong tetapi nak bagitau bahawa tak perlu susah payah call agent . Imagine agent berada di luar kawasan liputan termasuk lah berada di oversea . Boleh call agent tapi bukan compulsory . Jika agent berkelapangan memang akan ada agent yang datang melawat .( means dah admit ) . Call agent untuk dapatkan info dan panduan nak admit , tiada masalah .
Yang ni lagi satu , bukan agent sombong tapi agent cuma membantu mendapatkan perlindungan. Mungkin kes pertama akan ada antara agent yang datang untuk bantu admit . Itu pun jika dia berkemampuan pada ketika itu . Saya bercakap atas fakta sebab kehadiran agent disamping anda semasa admit adalah optional .
Secara kesimpulannya , kemasukan hospital adalah mudah tanpa perlu kehadiran agent . Maa takaful menawarkan kesenangan , bukan kesusahan.
proses admit hospital : selepas jumpa doktor , doktor sarankan masuk wad , ke kaunter pendaftaran katakan nak pakai kad . Kaunter akan semak kad kita dengan Maa Takaful . Tunggu sebentar untuk pengesahan dan guarantee letter diberikan oleh Maa Takaful kepada hospital berkenaan . Lancar maka , bersabarlah dan bergembiralah , tanggungan bil anda kini oleh kad kesihatan ini .
Jika lupa bawa kad , always ingat no kad atau senang cite snap jer satu gambar kad untuk rekod dalam handphone kita. Worst scenario , boleh jer semak dengan no IC
Monday, January 27, 2014
Dear our Value Customer !!
Dear our Value Customer
TERIMA KASIH
Saya akan berusaha secepat mungkin tunaikan hasrat tuan / puan /cik untuk dapatkan quoatation ini .
TAHNIAH
Sebab tuan / puan / cik mengetahui kepentingan untuk dilindungi Takaful.
Sunday, January 26, 2014
Takaful Vs Insurans
Takaful dari segi bahasa bermaksud "Jamin menjamin" @ pada kamus maksudnya insurans yg didasarkan pd atau yg mengikut asas-asas dan hukum-hukum agama Islam.
Insurans dari segi bahasa bermaksud "perjanjian unttk membayar sebarang ganti rugi dgn bayaran tertentu oleh sesuatu syarikat"
Jadi di sini boleh disimpulkan bahawa insurans dan takaful adalah perkara yang sama dari segi memberikan PERLINDUNGAN. Pun begitu , dari segi operasi , takaful dan insurans ada bezanya.
Soalan seterusnya
Yang mana satu terbaik ?
Ini soalan yang rumit, sebab untuk menentukan yang terbaik bergantung penuh kepada keperluan kita sendiri selepas itu barulah kepada takaful @ insurans
Wajib ambil insurans/ takaful?
Tuan , sebagai orang islam kita banyak mengambil kira status hukum sesuatu perkara. Inilah indahnya islam kerana menjaga umatnya dari pelbagai aspek . Untuk subcribe takaful mahupun insurans adalah tidak wajib sebaliknya harus. Pun begitu , status hukum boleh berubah iaitu apabila kita sebagai umat islam hendakkan insurans, maka kita WAJIB beralih kepada yang islamik . Negara kita sudah ada insurans islamik iaitu TAKAFUL . Suatu masa dulu kita belum ada yang islamik , maka dimaafkan sebab tiada pilihan.
Wajib takaful?
Ya, wajib kepada Takaful andai tuan umat islam . Tidak wajib sucbribe takaful / insurans . Hanya wajib pabila tuan berhajat sahaja.
Kenapa Perlu Takaful
Ok .. untuk post kali ini bukan nak promote Maa Takaful tetapi secara khususnya nak promote kenapa kita mesti ada takaful . Untuk diri sendiri , keluarga mahupun pekerja .
Sebenarnya ramai orang di luar sana yang tahu takaful itu penting tetapi kata mereka dalam hati “ gaji tak cukup” . Ya, betul tu . Sebab saya sendiri pernah merasai dan berfikiran begitu . Maka lahirlah soalan dalam diri saya sendiri
“bagaimana andai ditimpa musibah dan tak bekerja . Pastinya tak cukup langsung masa itu , parah sokmo. Sekarang pun tak cukup masakan masa sebegitu nanti” .
Maka dengan sebab itu saya pun mencari perlindungan . Berlindung agar saya terus menerus ada duit untuk sisa sisa kehidupan selepas ditimpa musibah . Saya dapat berlindung tapi sayangnya saya tak dapat kongsi dengan orang lain . Suka untuk saya gunakan metafora berikut,
Hujan lebat dan kita perlu bergerak juga. Saya awal awal lagi sudah beli payung dan sentiasa bawa ke sana ke mari. Kata orang buat apa susah susah bawa payung lagi membazir duit sahaja. Bukan pakai selalu pun . Nah.. hari ini hujan dan saya ada perlindungan . Tuan tuan apa yang ada ? Tuan tuan pilih untuk bersenang senang sewaktu masa dulu hingga sekarang , sekarang sudah hujan saya lega saya tak basah . Tapi tuan tuan tetap basah . lencun . Jadi tuan tuan tiada perlindungan sebab itu basah lencun . Saya masih boleh meneruskan perjalanan , tuan tuan sudah “sangkut” di sana ,kebuntuan.tuan tuan mungkin berminat nak baca posting saya yang Lain yang berkaitan DI SINI
Monday, October 7, 2013
Realiti kadar rawatan di Malaysia
Gambar di bawah menggambarkan bajet kasar kos rawatan bagi beberapa penyakit yang serius di negara ini . Ternyata dengan melihat sahaja gambar ini , sudah pasti memiliki kad kesihatan adalah wajar sekali dan mesti diusahakan dengan segera. Jangan terlewat mendapatkan kad sebab sebaik sahaja anda disahkan ada penyakit , tiada lagi kad yang sudi ambil anda. Carilah duit sendiri , pakai lah duit simpanan untuk kos rawatan . Ramai orang beranggapan kadar kad mahal tapi kalau dah bayar rawatan dengan duit sendiri berani saya katakan “ramai yang akan menyesal” tidak ada kad . Ternyata di waktu itu mereka masing masing mengakui kadar kad adalah amat rendah sekali .
Saya berani katakan , bahawa saya tidak kejar sangat komisen yang saya dapat daripada caruman tuan tuan tapi apa yang saya kejar adalah ilmu yang saya sampaikan ini dapat membantu tuan tuan di masa depan . Dapat membantu tuan tuan dari segi kewangan dan untuk mendapatkan rawatan segera dan kelegaan segera . Saya amat berterima kasih kepada para peserta takaful yang telah sudi mendengar nasihat daripada saya yang muda ini . Sungguh seronok sekali apabila dapat membantu tuan tuan sekalian .
Jangan berlengah untuk dapatkan kad sebab nanti “ sudah terhantuk baru terngadah” .
Gunakan lah formula yang sebenar “ Gaji – perbelanjaan – takaful = simpanan” . Tabiat kita adalah terbalik dan salah sebenarnya di mana kita beranggapan dapat gaji tolak belanja dan simpanan ( asb , bank , emas , rumah) dan ada baki baru nak ambil takaful . Kalau tak ada baki , sampai bila bila tak ambil insuran. Bayangkan kalau tetiba sakit dan pihak majikan tidak dapat tanggung 100% bil rawatan ?
Friday, October 4, 2013
Kenapa Saya Terlibat Dalam Takaful
Saya sebenarnya adalah graduan dari bidang sains aktuari . Semasa dalam pengajian saya telah didedahkan dengan kepentingan insuran , bagaimana insuran berfungsi , di sebalik tadbir pengurusan , pengiraan reserve , quota share , reinsuran , produk , statistik dan pelbagai lagi perkara melibatkan insuran .
Sebelum pergi lanjut suka di sini saya jelaskan bahawa sains aktuari adalah menjadi tulang belakang kepada sesebuah syarikat insuran . Tanpa mereka proses underwriting dan prospecting bisnes insurans ini agak mustahil . Memang boleh dibuat oleh orang bukan aktuari tapi dewasa kini , siap yang laksanakannya? Ya , mereka inilah yang digelar actuaries .
Balik kepada kisah kenapa saya terlibat.
- Saya Graduan bidang insuran– Khusus dalam Aktuari. Adalah amat merugikan jika saya tinggal bidang ini begitu sahaja.
- Saya tahu peri pentingnya insuran di zaman ini
- Saya mahu kaum melayu saya ramai yang dilindungi insuran di masa depan
- Ini boleh mengubah gaya hidup dan nasib saya di masa depan
Saya di sini , sebenarnya berbesar hati dapat membantu mereka di luar sana memahami insuran . Ada masanya saya gembira dapat membantu mereka yang sedia ada polisi insuran walaupun polisi mereka dari syarikat lain . Saya suka beri penerangan tapi tak berharap sangat dapat “ closed case” sebab bagi saya asalkan mereka subcribe insuran saya sudah puas hati tidak kisah dengan mana mana syarikat . Apa yang penting, mereka akhirnya faham akan kepentingannya . Ada pula kenalan kata, “macam tu rugilah , buat letih terang ajer , tapi mereka ambil dengan orang lain” . Jawab saya , “ya..saya rugi dari segi komisen tapi saya tak rugi di akhirat dengan menyampaikan ilmu”.
Untuk makluman insuran dan takaful adalah perkara yang sama ! Secara asasnya takaful adalah insuran dan insuran adalah takaful .
Di negara kita ,insuran merujuk kepada insuranskonvensional tapi takaful merujuk kepada insuran islam . Itu sahaja . Pokoknya kedua duanya memberi perlindungan .
Wednesday, July 10, 2013
Maa Takafulink Hajj
Pelan apa ni ?Simpanan Haji Alternatif Terbaik selain di Tabung Haji .
Apa yang terbaiknya ?Simpan dalam Tabung Haji yang anda buat sekarang adalah membuat simpanan dan pelaburan semata-mata. Sebaliknya di Maa Takaful melaui pelan ini (Maa Takafulink Hajj) simpanan tersebu ada simpanan,pelaburan dan perlindungan. Jawabnya di sini , terbaik sebab ada perlindungan kepada diri kita sendiri.
Kenapa mesti di TakafulSebab jika di takaful ada manfaat tambahan iaitu perlindungan ( insurans). Semua operator yang ada pelan haji akan tawarkan perlindungan
Jadi Kenapa Mesti Pilih MAA Takaful MAA Takaful ada pelan yang lebih menarik . Menyimpan di tempat lain cuma bagi pulangan dari segi pelaburan tersebut sahaja . Tidak ada perlindungan pun . Terjadi apa apa pada kita , kita boleh dapat wang simpanan sahaja. Dalam akaun RM15,00 dapat lah balik RM15,000. Tetapi Pelan MAA Takaful Hajj ini siap ada pampasan lagi disamping dapat balik duit simpanan tu . Dalam akaun pelan ada RM15,000 dapat balik RM15,000 + pampasan sehingga RM100,000. menarik bukan?
”Menarik” ?
- Ada badal haji jika kita tak sempat tunaikan haji akibat meninggal dunia
- Ada Korban jika kita meninggal dunia
- Ada Waqaf jika kita meninggal dunia
- Perlindungan luar negara : tanah suci sekiranya berlaku kematian ataupun kita hilang upaya kekal , MAA Takaful akan bayar 2kali ganda ( double)nilai pampasan sedia ada kita. Yang best lagi , ianya 365 hari dan bukan semasa musim haji dan umrah sahaja. Operator lain bagi pampasan berganda juga tetapi semasa musimnya sahaja. Bagi mereka yang bekerja , ulang alik ke tanah suci inilah peluang terbaik anda .
- Ada Khairat Kematian
- Pampasan kematian , jika di tanah suci nilainya double
- Boleh Add On : elaun hospital
- Boleh add on : Hilang upaya kekal @ Penyakit kritikal : jika kita disahkan mengidap salah satu penyakit kritikal , tak perlu bagi caruman pada MAA Takaful . Sebabnya , caruman tersebut sudah pun diselesaikan oleh MAA Takaful sampailah polisi kita matured . Caruman kita tak perlu bayar , polisi jalan macam biasa . Menarik bukan ? Ini dipanggil “ Waiver”
- Boleh keluarkan duit bila bila masa.
“macam macam ada “
Sunday, July 7, 2013
2 Pelan Perlindungan pulang modal
Ya.. begitu lah .. ada 2 pelan dalam Maa Takaful ini yang boleh memenuhi niat mereka di luar sana yang risau istilah “ duit burn” . Selepas ini tak perlu lah risau sebab saya tahu dan yakin tuan tuan sebenarnya memang nak ada perlindungan tapi risau sebab banyak sangat atau selalu dengar duit “burn” bila diletakkan dalam insurans/ takaful . Apa yang tuan risaukan memang berasas tetapi haruslah saya katakan , bukan semua pelan akan burn duit kita tu dan bukan semua duit kita akan burn , ada yang masih boleh dapat semula .
Tapi saya di sini bukanlah nak offer yang boleh dapat duit tu semuanya , tapi kalau berminat dengan takafulink daripada Maa Takaful ini juga produk lagi satu .. Takaful Hajj .. maka tuan tidak salah lagi tempatnya .. memang boleh dapat balik 100% duit tersebut + perlindungan lagi .
Nak tahu lebih lanjut kena lah follow up di sini . Boleh tinggalkan komen juga.
- Berapa banyak kita nak tinggalkan pada keluarga pabila ketiadaan tuan di dunia ini lagi ?
- Berapa banyak kita nak sara hidup sendiri dan keluarga andai ditimpa penyakit kritikal ?
- Berapa banyak kita nak sara hidup sendiri dan keluarga andai hilang upaya kekal ?
katakan pada usia 50tahun tak dapat bekerja lagi . sudah hilang pendapatan . mana nak cari duit lagi andai kata tiada siapa nak ambil bekerja lagi . Wang simpanan makin hari makin susut juga . Sampai satu masa boleh jadi “0” .
Tanya diri nak berapa banyak ?
RM50,000 sahaja
RM100,000 jer
RM200,000 Ok kot
RM300,000 boleh la tahan tapi masih kena berjimat
RM500,000 sampai mati rasa lega
RM1,000,000 terbaik
RM2,000,000 lagi bagus. Lega, hidup pun senang lenang, kaya raya.
Bukan kami minta tuan laburkan sebanyak nilai nilai di atas tapi yang kena carumkan jauh jauh jauh jauh .. saya ulang jauh jauh jauh lebih rendah berbanding perlindungan diberikan tersebut. Jika tuan survive , boleh dapat 100% caruman tersebut semula beserta lebihan ( kira macam untung lah ) . simpan di tempat lain dapat dividen sahaja tapi jika di Maa Takaful , perlindungan kewangan itu yang terbaik sekali . InsyaAllah tuan tak akan rugi dan menyesal pun.
Derma baju sekolah anak anda
OFF TOPIC .. Ini adalah Khidmat Komuniti.
Kunjungan saya ke pos kemar melalui bandar Grik dan jalan bengkang bengkok selepas kampung bersia lama dan menuju ke pengkalan trojan sebelum menaiki bot dan 4x4 .
Sekolah ini menempatkan pelajar dari peringkat Pra sekolah hingga darjah 6. Kekuatan guru seramai 30 orang . Jumlah yang ramai jika di sekolah perkampungan orang asli tempat lain , tetapi jika di RPS Pos Kemar ini , jumlah ini adalah rendah berbanding jumlah pelajarnya yang mencecah 800 orang .
Di sini bukan kisah guru nak disampaikan tetapi nak minta anda , orang ramai especially ibu bapa andai sudi menyumbangkan pakaian persalinan uniform sekolah anak anak yang terpakai . Semua ini bolehlah disumbangkan melalui kami dan kami akan cuba sampaikan kepada murid murid sedaya upaya kami . Biasanya akan dibawa masuk oleh guru-guru sendiri . Kehidupan anak anak murid ini sesetengahnya terpaksa tinggal di asrama memandangkan jarak perjalanan ke sekolah yang jauh . Bayangkan lah anak anak kecil pra sekolah- darjah 6 . Lihat anak anda , masih kecil dan mentah mereka bukan . Apatah lagi murid murid orang asli ini , kecil kecil lagi terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan uruskan hidup sendiri di asrama. Memang ada guru bertugas tetapi , secara peribadi mereka masih tidak dapat menguruskan setiap murid. Lantaran masih ada murid yang tidak ada kelengkapan sekolah yang mencukupi . kasut selipar sebelah lain sebelah sana lain . Ada juga selipar besar sebelah , kecil sebelah . Itupun jika ada selipar . Baju sekolah , ada yang tidak berbasuh sebab ada 1 set salinan sahaja . Jika ada 2 atau 3 pasti guru akan basuh .
Dari segi sumbangan , kami hanya menerima uniform sekolah standard . Iaitu baju putih dan seluar biru , kain biru tua sahaja. Kasut sekolah berserta stokin juga . Selipar juga boleh.
Masuklah dan lihatlah sendiri semangat mereka untuk belajar walaupun dalam serba kekurangan termasuk dari segi kewangan, masa , bahasa , guru , kasih sayang dan masa bersama keluarga . Beruntung kita bersekolah di kampung biasa , di bandar . anak anak kita selesa belajar di sekolah yang jauh lebih baik dari mereka di perkampungan orang asli ini . Jika ingin masuk dan melihat mereka , boleh hubungi kami untuk uruskan bagi pihak anda.
Lepas ni boleh lah turut serta dalam Page FB kami .Klik , share dan menderma jika mampu.
https://www.facebook.com/pages/Derma-Uniform-Sekolah-Untuk-orang-Asli/469465843147690
Wednesday, June 19, 2013
Mana yang Wajar kosmetik vs Kad
Ramai orang di luar sana , yang sanggup berhabis RM RM RM untuk kecantikan diri . Katanya kesihata diri luar dan dalam mesti dijaga. Biar habis RM RM RM asalkan dapat maintain atau upgrade kesihatan diri luar dan dalam . Pun begitu tak kurang juga ada yang sanggup ke sana sini mencari pengamal perubatan tradisional dan moden untuk kecantikan .
RM RM RM .. begitu banyak sekali duit yang sanggup dilaburkan kearah itu . Cuba tanya diri sendiri, kaji selidik semula apa yang telah dibelanjakan , banyak mana RM RM RM dah habis atau mungkin akan habis sebab pasti ada produk yang memerlukan komitmen berterusan .
Akhir sekali saya ingin mengajak berfikir sejenak . Apa erti kecantikan semua ini jika tak dapat memberikan peluang terlepas daripada masalah rawatan kesihatan diri . Bagaimana jika ada sakit organ dalaman , duit nak pakai untuk kos rawatan mana nak cari terutamanya jika mahu disegerakan penderitaan berakhir . Jawapan di akhir akhir ini pastilah disarankan ke hospital swasta. Jika berduit tak apa lah . tak sengsara .
Jadi , kalau ada duit tu , sebelum berhabis habisan dalam mencantikkan wajah , diri , adalah lebih baik beringat ingat untuk menjaga diri sendiri . sediakanlah pelan rawatan jika ditimpa musibah kesihatan .
tanya diri sendiri :::
“Apa guna cantik jika badan sakit sana sini sebab tiada duit nak tanggung kos rawatan”
Saturday, June 15, 2013
Takaful Link & Haji
Sebenarnya bukan Medical card sahaja yang ada atau yang saya boleh kongsikan tapi produk lain macam takafulink dan takaful Hajj ( untuk haji ) .
saya sangat menyukai takaful hajj sebenarnya sebab kebaikan yang ada padanya . Nak tahu lanjut boleh ler follow up blog ini ya .
Tak sanggup tunggu , .. jangan ler tunggu , hubungi saya terus .
OFF shore On Shore–Medical Card
Bagi mereka yang bekerja di OFF shore / On shore boleh lah memohon dengan MAA Takaful . Sebab bukan semua jawatan di tempat ini yang dikategori berbahaya . Maka dengan itu , rebutlah peluang . Medical Card Smart Medic MAA Takaful ini .
kesimpulannya Maa Takaful boleh tawarkan untuk anda sementara yang lain menolak anda.
medical card offshore / onshore
Kad kesihatan offshore / onshore
Teruskan bacaan di sini pula
Thursday, June 13, 2013
Smart Medic 100 Digantikan dengan Smart Medic 200
Untuk tahun 2013 ini , nampaknya pelan terhangat Smart Medic 100 digantikan dengan pelan baru iaitu Smart Medic 200 . Lebih kurang macam application smart phone ler pula . Versi Update .
Apa yang menarik ialah , tiada lagi had seumur hidup . Ini satu berita baik . Tak perlulah kita risau tuntutan kita dah habis sebab asik keluar masuk hospital . Pun begitu , had tuntutan setahun masih ada. Untuk nilainya boleh rujuk jadual di bawah ini
| PLAN BENEFIT | P150 | P200 | P300 | P500 | P1000 (RM) |
| (RM) | (RM) | (RM) | (RM) | ||
| Annual Limit | 50,000 | 100,000 | 150,000 | 200,000 | 250,000 |
| Lifetime Limit | No Lifetime Limit | ||||
Monday, June 10, 2013
Memahami Medical Card MAA TAKAFUL–Smartmedic 200
| PLAN BENEFIT | P150 | P200 | P300 | P500 | P1000 (RM) |
| (RM) | (RM) | (RM) | (RM) | ||
| Annual Limit | 50,000 | 100,000 | 150,000 | 200,000 | 250,000 |
| Lifetime Limit | No Lifetime Limit | ||||
ada lima pelan untuk dipilih .
- P150
- P200
- P300
- P500
- P1000
- Kadar sumbangan / caruman lelaki dan perempuan tidak sama walaupun sama usia.
- Bayaran boleh dibuat melalui bank bank pilihan anda atau bayar kepada agen pilihan anda iaitu saya ler. Bayaran dibuat adalah sumbangan kepada sesiapa sahaja dalam kumpulan Medical card Smartmedic ini yang ditimpa musibah. Jika kita yang dilanda musibah , maka kitalah yang menerima sumbangan daripada peserta lain juga. Semua ini ada akad, semasa menandatangani borang permohonan.
- Smartmedic 200 ini adalah untuk melindungi kita dari segi bebanan kewangan terhadap bil rawatan samada di hospital kerajaan mahupun swasta terpilih . Ianya bukanlah memberi kita keuntungan tetapi membantu kita mengurangkan kos perbelanjaan bagi mendapatkan rawatan. Atau mungkin bukan sekadar mengurangkan kos tetapi menyelamatkan kita 100% daripada kos rawatan
. - Uniknya Smartmedic 200 ini tiada co-takaful . Iatu satu terma yang terdapat pada sesetengah takaful lain . Co–takaful mengkehendaki kita untuk membayar sejumlah daripada kos rawatan kita di hospital.
- Smartmedic 200 ini tidak perlu didaftar bersama pelaburan . Bukankah kita perlukan perlindungan , jadi kenapa nak bebankan dengan bayaran tambahan untuk pelaburan pula. Smartmedic 200 MAA Takaful ini boleh STAND ALONE.
Teruskan bacaan di sini pula
Friday, May 31, 2013
Agen pun masuk Wad juga
Monday, January 21, 2013
Learn how to die & live
setiap hari kena ingat Allah ...dan ingat mati .. baru kita sedar kita ni diutuskan ke dunia untuk apa . Ambil tahu syurga .. tahu ngeri neraka jahanam tu ,buat bacaan pasal neraka..kaji neraka tu macam mana.. ada masa bila ingat mati rasa dunia ni sempit sangat walaupun orang kata besar .
Monday, January 7, 2013
Belum terlambat Untuk ada medical card tapi....
- Telah melebihi usia 59 tahun semasa permohonan ( MAA Takaful - SmartMedic menerima usia penyertaan maksimum ialah 59 tahun sahaja)
- Telah disahkan mengidap penyakit tertentu . Pun begitu masih boleh memohon tetapi penyakit sedia ada tidak akan ditanggung oleh MAA Takaful ( saya percaya kompeni lain pun macam itu juga) dan penyakit / bil rawatan lain boleh ditanggung seperti pencarum yang lain juga.
- Belum berusia 30 hari . MAA Takaful - SmartMedic paling awal terima apabila berusia 30hari)
- Tidak berpegang kepada formula ini PENDAPATAN- BELANJA-TAKAFUL= SAVING sebab memang akan sukar berikan komitmen pada takaful nanti.
- Hilang upaya kekal
Friday, December 14, 2012
Bertindak Sekarang, x perlu bayar lagi
Pakej yang ada seperti berikut :-
| HAD TAHUNAN KESELURUHAN | RM50,000 | RM100,000 | RM150,000 | RM200,000 |
| HAD SEUMUR HIDUP | RM150,000 | RM300,000 | RM450,000 | RM600,000 |
Thursday, September 27, 2012
Emailkan saja pertanyaan kepada kami
Jika inginkan kepastian dan maklumat lanjut berkaitan kad perubatan ditawarkan oleh MAA takaful , boleh lah berhubung terus dengan saya . Boleh melalui email saya zampairul@gmail.com ataupun hubungi dengan panggilan / sms / viber / whatspp 0136061652.
untuk email , boleh terus nyatakan
- nama panggilan
- jantina
- bulan lahir dan tahun
- Pekerjaan
- Pertanyaan ,ulasan Tuan, puan sendiri jika ada.
Saturday, August 18, 2012
Siapakah MAA TAKAFUL
HISTORY
MAA Takaful is a result of a strategic joint venture between MAA Group Berhad (“MAAG”) – [Formerly known as MAA Holdings Berhad] and Solidarity Company BSC (C) of Bahrain, one of the leading companies in the Arab world.
On 21 February 2006, a Joint Venture (JV) Agreement was signed with Solidarity, to form a JV company called MAA Takaful to carry on the Takaful business.
On 3 March 2006, Bank Negara Malaysia granted approval for a new Takaful licence for the joint venture of MAAG and Solidarity. On 2 May 2006, MAA Takaful was incorporated with a paid up capital of RM100 million and licensed on 1 July 2007 as a composite Takaful Operator. Today, MAA Takaful has an agency force of over 10,000.
MAAG holds 75% equity interest in MAA Takaful while Solidarity holds 25%.
Friday, August 17, 2012
MEMOHON KEMAAFAN SILAP & SALAH : AIDILFITRI 2012
memohon maaf dari semua kenalan di atas segala kesalahan , terkasar bahasa, terkutuk , menyakiti hati , merosakkan nama , merendahkan martabat, mendatangkan aib , jika ada saya berhutang pada kalian, sila maklumkan , mohon halalkan makan minum selama ini .
adam .. encik bear ..
SELAMAT BERAMAL DAN DOAKAN KESEJAHTERAAN SAYA
ADAM : ENCIK BEAR : SUKAHATIADAM
AIDILFITRI 2012
Thursday, August 16, 2012
Medical card (Smart Medic 100) MAA takaful
MAA Takaful Smart Medic 100 merupakan kad perubatan yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga dengan memberikan perlindungan pembedahan dan manfaat hospital yang komprehensif apabila anda memerlukannya. Dengan kos perubatan yang meningkat saban hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu meminta-minta untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan anda.
TIADA KO-TAKAFUL
Kad perubatan MAA Takaful tidak mempunyai ko-takaful 10%. Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan. Sesetengah pengedali takaful di Malaysia mengenakan Ko-takaful ini pada kad perubatan mereka. Namun dengan MAA Takaful Smart Medic, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda akan ditanggung 100%.
KAD PERUBATAN TUNGGAL (STAND ALONE)
Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic adalah kad perubatan tunggal di mana ia tidak perlu digabungkan dengan mana-mana pelan takaful hayat. Ini bermakna anda boleh mempunyai kad perubatan sahaja tanpa perlu memiliki pelan lain.
PEMBAHARUAN DIJAMIN
Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun.
KAD PERUBATAN YANG MURAH DAN MAMPU DIMILIKI
Dengan RM55 sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan dengan nilai had tahunan sehingga RM100,000 dan seumur hidup RM300,000.
MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN YANG TINGGI
MAA Takaful Smart Medic 100 menawarkan khairat kematian sebanyak RM5000 untuk apa jua sebab kematian.
PANEL HOSPITAL TERBAIK SELURUH MALAYSIA
MAA Takaful mempunyai lebih 90 panel hospital seluruh Malaysia.
46 PENYAKIT KRITIKAL DITANGGUNG
Sebelum ini hanya 36 tetapi kini 46 , lagi banyak ditanggung, bukan dikurangkan.
Wednesday, August 15, 2012
Alasan/faktor/sebab Kita Perlu ada Takaful
1. Menyediakan dana pendapatan sekiranya anda meninggal dunia.
2. Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya
3.Menyediakan dana persaraan
4.Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
5. Menyediakan dana penyakit kritikal.
6. Mengelakkan dari berhutang
7. Melindungi aset
8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
9. Melindungi perniagaan
10.Melakukan amal jariah
11.Mengurangkan cukai pendapatan
3 Sebab Kenapa Skim Takaful Penting Kepada Anda
Skim Takaful bukan seperti mana yang anda fikirkan, bukan sekadar seorang agent mengetuk pintu rumah anda untuk menjual polisi bagi melindungi anda daripada sebab kemalangan sahaja.
Skim Takaful adalah lebih daripada itu, ianya memberi jaminan perlindungan apabila kita meninggal dunia dengan manfaat Khairat dibayar pada waris kita.Tetapi berapa ramaikah diantara kita sudah mendapatkan perlindungan ini?Rata-rata yang kita lihat, masih ramai lagi diantara kita yang tiada perlindungan Takaful. Apakah sebabnya?
1) Tiada pengetahuan langsung.. apa itu Takaful..
2) Mereka rasakan Takaful itu tidak perlu .. dan melihat ianya sebagai bebanan bayaran tambahan yang perlu dikeluarkan..selain dari bil-bil yang telah sedia ada..Adakah mereka tahu bahawa jika mereka bermula lebih awal… semasa muda.. mereka mendapat lebih manfaat perlindungan berbanding semasa mereka sudah tua kelak..
Berikut adalah alasan kenapa kita memerlukan Takaful
Alasan 1
Adakah kita mempunyai berbagai-bagai bil atau bayaran hutang yang perlu di lunaskan pada setiap bulan?? Ini adalah alasan besar kenapa kita memerlukan Takaful supaya segala bayaran bil dan hutang tadi terbayar andainya kita telah tiada.. dan waris kita tidak dibebani lagi oleh hutang kita.
Alasan 2
Anda muda, gagah dan sihat sekarang? Tiada berpenyakit? Jadi inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan Takaful. Bayaran sumbangan anda adalah kecil bermula dari sekarang hingga anda berumur 65 tahun.. dan ianya adalah sebagai simpanan persaraan anda nanti.. lagi awal anda bermula takaful adalah lebih bagus… kerana anda tidak perlu risau lagi jika anda mendapat penyakit yang serious akan datang .., kerana anda telah dilindungi Takaful… Orang yang sudah berpenyakit memang tiada sebarang syarikat insuran atau takaful yang akan menerimanya. Kata orang.. ambillah pelan Takaful sekarang… semasa ia menerima kita, jangan sampai semua syarikat takaful dan insuran sudah tidak menerima kita apabila kita telah menghidap penyakit.. ketika itu kita akan menyesal kelak….
Alasan 3
Adakah anda berkahwin? Adakah anda sayang isteri anda? Jadi.. perlukah anda tinggalkan isteri dan anak-anak anda dengan kesusahan setelah ketiadaan anda? Bayangkan jika kita tiada perlindungan Takaful, ditakdirkan kita mengidap kanser 6 bulan akan datang… dan meninggal selepas 18 bulan kemudian. Kita terpaksa tinggalkan isteri dan 2 orang anak kita meneruskan hidup mereka dengan ketiadaan sumber kewangan… bagaimanakah mereka hendak menyara hidup mereka? Membayar bil-bil dan hutang peninggalan kita… Inikah yang patut kita tinggalkan untuk mereka? Cuba fakir-fikirkan….Banyak lagi alasan-alasan lain kenapa kita perlukan Perlindungan Takaful!
Monday, August 6, 2012
Medical Card untuk aktiviti lasak
Buat masa ini , kemalangan dan seterusnya kos rawatan di hospital akibat aktiviti lasak kita seperti camping , abseiling, wall climbing dan hiking gunung masih boleh ditanggung oleh produk terbaik ini. SMART MEDIC 100 ini . Jadi bagi penggiat aktiviti lasak terutamanya pendaki gunung inilah yang terbaik untuk kita .
Beberapa orang teman saya telah mendapat kemalangan semasa aktiviti lasak , mereka telah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan swasta. Ada antara mereka tidak dapat membayar kos rawatan lantaran tiada insurans atau insuran mereka tidak “cover” disebabkan aktiviti mereka itu.
Pun begitu bukan semua aktiviti lasak MAA Takaful melalui SMART MEDIC 100 ini cover. Ada beberapa aktiviti lasak telah dikecualikan seperti
“sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa apa jenis perlumbaan kecuali jalan kaki, sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara (bahaya oooo) , luncur air, aktiviti dalam air (risiko lemas ) yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk , sukan profesional dan aktiviti yang tidak dibenarkan. “
- medical card sesuai untuk risiko akibat mendaki gunung !!
Insurans Kesihatan Pekerja Asing
SKIM INSURANS KESIHATAN DIKUATKUASAKAN 1 JULAI
HEALTH INSURANCE FOR FOREIGN WORKERS IN SABAH FROM JULY 1
Sunday, August 5, 2012
2011,2012 Bulan Raya Bulan Kemerdekaan Juga
Nampaknya 2012 ini sama dengan tahun lepas, Kita menyambut hari raya aidl fitri dalam bulan kemerdekaan . Double meaning kemerdekaan ini . Adakah sebulan kita berpuasa kita dapat merdekakan diri kita daripada kekangan nafsu itu dan ini . Adakah kita masih mempertahankan kemerdekaan tanahair kita ini ?
Ramai2 mesti lupa, nak raya nanti sebab nak nak hargai pengorbanan menahan lapar, dahaga , nafsu dan sbgnya. Tapi kita lupa, bulan ini bulan kemerdekaan. Terima kasih perwira perwira ku..tanpa kalian, bumi ini belum bertuah.. Selamat Hari Merdeka, Al- fatihah buat pejuang tanahair.
2 soalan untuk anda.
- Sebagai seorang muslim , jika Rasulallah s.a.w depan mata kita, apa akan kita lakukan di bulan puasa ini ?
- Sebagai seorang rakyat malaysia , adakah kita cinta akan negara kita. Apakah definisi “ Cinta kepada negara” dan bagaimanakah anda tunjukkannya ?
Nak dapatkan quotation medical card
Jangan ler malu malu nak dapatkan quotation medical card yang ditawarkan oleh MAA TAKAFUL ini . Ia dipanggil SMARTMEDIC 100 . Menawarkan perlindungan kewangan terhadap bil perubatan* anda. Saya tak makan orang lah . InsyaAllah saya akan cuba hantar secepat mungkin . Saya hantar , tak perlu mendaftar lagi. Baca dan faham dulu , tak faham boleh tanya saya . Kalau dah sedia dan berminat baru kita proceed .
Untuk mendapatkan quotation email kepada saya di Sukahatiadam@gmail.com perkara berikut.
- usia dan tarikh lahir
- Jantina
- No telefon untuk dihubungi
mudah jer kan . So, jangan berlengah dan ragu ragu . ayuh email kepada saya . Saya menanti permohonan daripada kalian .
Medical card MAA takaful macam mana ? KLIK SINI
Nak tengok Broucher pelan yang ada KLIK SINI
Saturday, July 21, 2012
Kenapa Mesti Pilih Kad kesihatan MAA Takaful ?
emm. soalan subjektif untuk dijawab . Pun begitu saya akan menjawab dengan sebaik mungkin.
- Tidak wajib diambil bersama pelan pelaburan . Jadi nilai monthly atau annually kita adalah lebih rendah. Ini kerana ianya dikira berdasarkan manfaat oleh Kad kesihatan sahaja. Tidak seperti kad kesihatan daripada operator insuran dan takaful yang lain yang mensyaratkan secara langsung mesti bersama pelaburan. Sebab itu kami lebih rendah berbanding mereka. Bayar apa yang perlu sahaja. Kita boleh buat pelaburan di tempat lain tanpa perlu terasa beban di MAA Takaful.
- Tiada CO- takaful
Co- insurans atau co-takaful adalah bayaran kepada pihak hospital semasa pendaftaran atau pun semasa nak discharge dari hospital swasta. Kita perlu bayar dalam kira kira 10% dari nilai caj rawatan. 90% lagi akan diselesaikan oleh medical card itu. Sebagai contoh kos rawatan membuang apendik di swasta RM4000. Maka masa nak daftar keluar kita perlu bayar 10% ( RM400). Emm.. bukan ini membebankan kita pada masa tersebut! Untuk Pengetahuan , tiada co –takaful untuk smart medic MAA Takaful . Kita tidak perlu bayar pun. Keseluruhan (100%) kos rawatan akan diselesaikan oleh MAA Takaful . Asalkan kos rawatan kita memenuhi syarat syarat seperti dalam polisi .( sijil takaful) kita.
Friday, July 20, 2012
Takaful & Insurans Mendaki Gunung-Outdoors
Para pendaki Gunung , outdoors always terdedah dengan injury samada short term atau long term . Kalau tak kena treatment tak apa lah , kalau kena treatment yang costing .. hopefully dah prepare dengan plan kesihatan samada melalui government / swasta. Dapatkanlah medical card anda hari ini. yezza.. sekian mukadimah agen medical card / takaful. Naik gunung , trip outdoor boleh bayar ratusan , tak akan lah untuk jaminan kewangan terhadap badan sendiri nak diabaikan dan tak mampu. Sekali injured dan kena pula tunggu giliran / temujanji pada sekian sekian haribulan tentu tak best kan . Jadi tentulah kita nak pulih dengan cepat .
Nak cepat, kenalah kita dapatkan di pusat perubatan swasta. Untuk ringankan beban diri sendiri, medical card jawapannya. Lagi cepat dapat rawatan , lagi cepat kita boleh kembali aktif dalam aktiviti luar pintu ini .
Monday, May 9, 2011
Ulasan Buku Panduan TBE .. haruskah
Sunday, March 13, 2011
Kedekut danbayar tak bertempat
Thursday, January 13, 2011
Construction of Mortality Table
Construction of Mortality Table
In the construction of a mortality table, the investigations which are undertaken are designed to yield at each age, x, the rate of mortality , that is, the probability that a life age x will die within a year. The two principle sources of life tables are general population statistics obtained from census and the mortality records of life insurance companies.
An initial age is chosen and a convenient number of lives is assumed to exist at that precise age. This number, called the radix, is usually a round number such as 1,000,000 or 10,000,000. The mortality rate is applied to this number of lives to get the number that will die at this age. Hence the number of lives (survivors) at the next age is obtained by reducing the radix by this number of deaths.
The number of survivors of the original group (radix) who have now attained age x is designated by . The number of persons in the group who die after attaining age x but before reaching age x+1, is represented by .
Thus :
Lx+1 = Lx-dx where dx = Lxqx
The 1980 Commissioner’s Standard Ordinary Mortality Table (1980 CSO Table)
| Male | Female | ||||||
| Age | Number living | Number dying | Mortality rate per 1000 | Number living | Number dying | Mortality rate per 1000 | Age |
| 0 | 1,000,0000 | 41 800 | 4.18 | 1,000,0000 | 28 900 | 2.89 | 0 |
| 1 | 9,958,200 | 10 655 | 1.07 | 9,971,100 | 8 675 | .87 | 1 |
| 2 | 9,947,545 | 9 848 | .99 | 9,962,425 | 8 070 | .81 | 2 |
| 3 | 9,937,697 | 9 739 | .98 | 9,954,355 | 7 864 | .79 | 3 |
| . | . | . | . | . | . | . | . |
| 25 | 9,663,007 | 17 104 | 1.77 | 9,767,317 | 11 330 | 1.16 | 25 |
| 26 | 9,645,903 | 16 687 | 1.73 | 9,755,987 | 11 610 | 1.19 | 26 |
| . | . | . | . | . | . | . | . |
The symbol means the probability that (x) will live to reach age x + n. Out of the persons alive at age x there are survivors at age x + n. Thus
npx = Lx+n / Lx
Risk in Insurance / takaful .....part 2
Insurability of specific risks
Insurance is sold on a case-by-case basis. Insurance companies consider a number of factors in order to determine whether a proposed risk is an insurable risk.
The people who are involved in the creation and operation of an insurance policy:
Applicant – The person or business that applies for an insurance policy
Policyowner – The person or business that owns an insurance policy
Insured – The person whose life is insured under an insurance policy
Policyowner-insured – The person who is both the policyowner and the insured
Third-party policy – An insurance policy that one person or business purchases on the life of another person
Beneficiary – The person or party the owner of an insurance policy names to receive the policy benefit if the event insured against occurs
Insurable interest requirement
Only pure risks are insurable.
Insurance is intended to compensate an individual or a business for a financial loss, not to provide an opportunity for gain.
To prevent people from using insurance policies as means of making wagers (gambling by purchasing policies on lives of people who were completely unrelated to them and created a possibility of financial gain if the insured died), the government passed law that when an insurance policy is issued, the policyowner must have an insurable interest in the risk that is insured. The policyowner must be likely to suffer a genuine loss or detriment should the event insured against occur.
An insurable interest exists when the policyowner is likely to benefit if the insured continues to live and is likely to suffer some loss or detriment if the insured dies.
If the insurer determines that the proposed policyowner does not meet the insurable interest requirement, then the insurer will not issue the policy.
All persons are considered to have an insurable interest in their own lives.
Insurable interest laws do not require that the named beneficiary have an insurable interest in the policyowner-insured’s life. A policyowner-insured can name anyone as beneficiary.
Most insurance company underwriting guidelines require that the beneficiary also must have an insurable interest in the life of the insured when the policy is issued.
In a third party policy, both policyowner and beneficiary must have insurable interest in the insured’s life when the policy is issued.
Certain family relationships are deemed by law to create an insurable interest between an insured and a policyowner or beneficiary – natural bonds of love and affection and financial dependence
Spouse, mother, father, child, grandparent, grandchild, brother and sister
Assessing the degree of risk
Not all individuals of the same sex and age have an equal likelihood of suffering a loss
Antiselection, adverse selection or selection against the insurer – the tendency of individuals who believe they have a greater-than-average likelihood of loss to seek insurance protection to a greater extent than do those who believe they have an average or less-than-average likelihood of loss
Underwriting or selection of risks – the process of identifying or classifying the degree of risk represented by a proposed insured.
Two primary stages of underwriting:
Identifying the risks that a proposed insured presents
Factors that can increase or decrease the likelihood that an individual will suffer a loss
Physical hazard – a physical characteristic that may increase the likelihood of loss
Moral hazard – the likelihood that a person involved in an insurance transaction may act dishonestly in that transaction
Classifying the degree of risks that a proposed insured presents
To enable the insurer to determine the equitable premium rate to charge for the requested coverage
Standard risks - the risk category that is composed of proposed insureds who have a likelihood of loss that is not significantly greater than average and are charged standard premium rates
substandard risks - the risk category that is composed of proposed insureds who have a significantly greater than average likelihood of loss and are charged substandard premium rates or special class rates
declined risks - the risk category that is composed of proposed insureds who are considered to present a risk that is too great for the insurer to cover.
preferred risks - the risk category that is composed of proposed insureds who present a significantly less than average likelihood of loss and are charged lower than standard premium rate
Underwriters – the insurance company employees who are responsible for evaluating proposed risks.
%5B3%5D.jpg)
%5B3%5D.jpg)
%5B3%5D.jpg)