Jadi adalah menjadi keutamaan bagi saya untuk memberi tahu bahawa penulisan saya ini masih ada beberapa tempat yang belum ditukar kepada ZURICH TAKAFUL . Jadi jika masih nampak MAA TAKAFUL , itu salah saya . Pun begitu ,saya berharap .. anda memahami saya .
proses menukar Maa Takaful kepada Zurich takaful mengambil masa . Jika masih ada , maafkan saya .
Zurich takaful , Maa Takaful ,islam, medical card , kad kesihatan , insurans kesihatan , quotation , takaful , islamic , smartmedic 100, smart medic , 100, takaful basic exam , tbe, result , permit , insurance, maa takaful, takaful link , risiko , tabarru , premium , akad , takaful terbaik , insurans terbaik . agen lembah klang shah alam
Monday, October 24, 2016
Maa Takaful kini Zurich Takaful
Ada Masa , luangkan masa baca
ya .. posting saya tentu tak banyak info tentang apa yang tuan sedang cari . Saya berharap tuan dapat teruskan bacaan dengan posting saya yang lain juga.
Saya percaya , sesiapa yang banyak baca posting saya yang lain akan dapat sedikit sebanyak pengetahuan asas tentang takaful . Teruskan membaca semoga dapat info info yang mungkin tidak diceritakan oleh konsultan lain .
jika tuan ada menjumpai kesalahan saya terutama dari segi fakta yang salah .. segera maklumkan pada saya . Saya akan bertindak sewajarnya.
Zurich Takaful ..
Dari saya untuk anda.
Takaful kalau tak penting, masakan ia wujud
Orang lain ambil kenapa kita tak ambil .
orang lain nampak kepentingan ..kenapa tidak kita?
income replacement vs medical card mana lebih dulu
Mana lebih dulu , mana lebih penting .
Soalan ini bergantung penuh kepada kuasa kewangan anda. Jika ada kemampuan untuk ambil serentak maka soalan posting ini tidak menjadi persoalan.
Di Zurich Takaful ini boleh ambil medical card sahaja . Boleh ambil takaful nyawa + medical card juga. Istimewa sebab ada pilihan untuk ambil kad sahaja.
Baik , balik kepada soalan .. mana satu lebih penting. ( ini ada masalah bajet) .
Anda akan berasa hairan sebab para agen ada yang berbeza pendapat. Ada yang kata ambil income replacement dulu baru tambah medical card . Utamakan protection gaji dulu ( income replacement) sebab tuan hilang upaya nanti ada pampasan , atau tuan mati , waris tuan ada jaminan kelangsungan hidup mereka dengan pampasan diterima. Sayang anak dan bini , ambillah income protection ini katanya. Konsultan akan tambah ayat klise.. kesian anak anak !
Namun pada pendapat saya , jika ada masalah dengan bajet sebab tak boleh ambil kedua duanya … saya 100% berpendapat bahawa , ambil medical card terlebih dahulu . Kita ini nak sihat , nak teruskan bekerja supaya dapat mencari nafkah . Jika sakit , macam mana nak kerja. Setakat MC bagi pada bos memang boleh ..tapi imagine sakit yang mengakibatkan kita tak boleh bekerja. Lambat laun pasti kita berhenti kerja , diberhentikan @ kalau kerja sendiri .. tak keluar kerja.. tak ada gajilah . Dah sakit badan , macam mana nak meriahkan suasana dalam rumah tangga. Ahli keluarga pun susah hati , tuan tak sihat. Nak berubat kena tunggu rawatan dan giliran . Nak ke hospital swasta tak mampu pula . Jadi kalau dah sakit , tak ada medical card , akan berlaku rentetan kekecewaan dalam hidup kita ini . Yang pertama tentulah menyesal sebab tak ada kad , jadi tak dapat nak berubat di hospital swasta yang semua orang tahu dari segi masa menunggu rawatan adalah cepat. Kata orang, ada duit kita cakap . mat saleh kata.. no money no talk. Bukan saya prejudis ..tapi tanyalah sesiapa sahaja.. kalau sakit dan ada kemampuan nak ke hospital gov @ swasta? Kita tak kaya tapi mampu juga ke private sebab ada medical card. Sebenarnya orang kaya raya pun ada ambil medical card. Apatah kita yang tak berapa kaya ni kan .
saya sambung sikit lagi ..
Kita kalau dapat rawatan , sihat badan semula tentu akan berikan perubahan positif ke atas keluarga. Ahli keluarga ceria semula. kebahagian rumah tangga kembali . Anak anak dapat bersekolah dengan tenang… ada worst scenario anak anak dapat kembali ke sekolah ..kita sakit anak anak terpaksa jaga kita. Atau anak anak yang ganti kita keluar cari nafkah .
kesimpulannya, medical card kita perlukan semasa kita hidup .
income replacement bukan untuk kita hidup tapi kita dah mati .
Maa Takaful … kesinambungan produk
Anda yang sedia maklum bahawa kini Maa Takaful sudah tiada di pasaran sebab telah diambil alih oleh gergasi insurans dunia iaitu Zurich . Maa Takaful kini dengan imej baru ZURICH TAKAFUL.
bagi pelanggan sedia ada Maa Takaful , tiada sebarang perubahan ke atas polisi mereka . Polisi mereka diteruskan sepertimana tertulis dalam buku polisi . Produk takaful sedia ada yang ditawarkan oleh Maa Takaful juga diteruskan oleh Zurich Takaful . Tiada perubahan ke atas produk sedia ada. Produk adalah pelan takaful .
Oleh itu , adalah dimaklumkan bahawa , jika konsultan anda tersasul asik sebut Maa Takaful , beliau bercakap begitu begitu sebab sudah sebati dengan mulut beliau selama ini . Jadi maafkan beliau . Sebab itu saya mulakan posting kali ini mengatakan pelanggan sedia ada dan pelan takaful sedia ada sejak zaman Maa Takaful tidak berubah . Masih sah.
Hibah dan beneficiary .. apa beza
kita bercakap tentang orang sebenarnya . hibah adalah hadiah , beneficiary adalah penerima pampasan. Orang yang terima sum insured samada dengan cara hibah @ beneficiary. Kita wajar mengetahui sejauh mana kuasa mutlak orang yang terima pampasan ke atas sum insured tersebut.
sebagai penerima hibah , adalah menjadi hak milik sepenuhnya sum insured tersebut ke atas beliau . Maksud mudah saya , kalau kita dinamakan sebagai hibah untuk sum insured maka duit tersebut adalah milik kita sepenuhnya.
Berbeza pula dengan situasi di mana , nama kita diletakkan sebagai beneficiary . Kita cuma sebagai individu yang diberi kepercayaan oleh pemegang polisi ( orang yg mati ) untuk terima wang pampasan daripada kompeni takaful / insurans. Maka sesungguhnya bahawa wang tersebut bukanlah menjadi hak milik kita sepenuhnya. Kita wajib untuk menguruskan wang tersebut . Ada bahagian untuk waris si mati ( insured person) . Kita ini cuma pemegang amanah . Maka jalankan amanah tersebut.
income replacement , income protection tu apa?
income replacement sebenarnya adalah produk takaful nyawa . Dalam takaful nyawa ini certain amount of sum insured diletakkan sebagai anggaran nilai tersebut mencukupi @ hampir hampir cukup menggantikan gaji yang diterima oleh peserta semasa hidupnya. Pun begitu , adalah menjadi kewajipan bagi konsultan tersebut untuk mengajar , tunjuk dan memberi panduan bagaimana income replacement itu dilaksanakan . Jika waris dapat wang pampasan tetapi tidak bertindak untuk memastikan kelangsungan wang tersebut , lambat laun akan habis juga. Jika sebelum ini disebut sebut inclome replacement , maka ia tak jadi income replacement sebaliknya jadi “bulk of money to spend on needs and whatever ..you name it”. Sum insured tersebut sepatutnya dilaburkan ke akaun / instrument pelaburan dengan certain amount of return ( intereset/ dividen ) . Sebagai contoh
Ali mati .. waris dapat pampasan RM300,000.00
Waris Ali samada sebagai beneficiary @ penerima hibah terima RM300,000.00 tersebut.
Waris Ali tidak belanjakan terus sum insured ini .
Waris Ali masukkan dalam saving / pelaburan dengan pulangan sekitar 8% setahun.
Kiraan : RM300,000.00 X 8% pulangan = RM24,000 ( setahun)
Waris Ali ambil RM24,000 dan guna buat belanja . Maka setiap bulan ada RM2,000. 00 wang untuk dibelanjakan.
Jadi income ini berterusan di mana sum insured RM300,000.00 tadi tidak terusik pun . Jika waris ali bijak sebab tidak usik sum insured dalam pelaburan tersebut …. maka selama lamanya income bulanan mereka dapat hanya melalui interest / dividen .
Itulah dinamakan income replacement. Ia ada continuity . Hanya anda faham . Jika tak faham .. tiba masanya untuk kita berbincang lebih lanjut.
Sunday, October 23, 2016
Lokasi Terbaru : Kulim
Kini saya boleh berunding dan memberikan nasihat takaful seterusnya menjadi agen anda di Kulim, kedah .
Jadi jika anda berada di kulim dan perlukan nasihat takaful , jangan segan segan hubungi saya . Kita boleh berbincang di telefon dan seterusnya set temujanji di mana mana lokasi yang sesuai .
zurich Takaful : Kulim
Maa Takaful Kepada Zurich Takaful
Adalah dimaklumkan bahawa Maa Takaful kini dikenali sebagai Zurich Takaful pula.
Friday, October 7, 2016
Musim Hujan dan Panduan Keselamatan
Walaupun musim hujan , sungai sedim tetap dibuka seperti biasa. Air sungai akan meningkat naik tetapi masih jernih sepanjang musim hujan ini . Arus akan bertambah deras di kawasan berjeram manakala kawasan flat water tiada perbezaan ketara.
Adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri semasa berada berhampiran air. Dalam air sudah semestinya kena jaga keselamatan . Sebagai panduan , sebenarnya adalah lebih selamat untuk memakai kasut bertutup semasa berada dalam air . Semasa berada di darat , pastikan memakai kasut yang ada GRIP pada permukaan batu .
Sentiasalah berwaspada dengan anak anak agar tidak menghampiri langsung kawasan berarus deras walaupun airnya nampak jernih dan cetek pada pandangan anda.
Kita kena fahami bahawa dan tidak boleh memandang deras kuasa air . Maksud saya kekuatan air untuk menolak kita. Kita tak mampu melawan arus .
Pada masa yang sama , kita jaga keselamatan pengunjung lain dan pengunjung di masa depan dengan tidak membuang sampah merata rata. Sebaiknya kita bawa pulang saja sampah kita . Kita boleh bawa datang sini kenapa pula masa balik tak boleh bawa bersama ? Kebersihan adalah tanggungjawab kita demi kesihatan bersama.
Friday, September 30, 2016
Berjimat ..seperti pelanggan sedia ada
Kali ni nak cerita , pengalaman seorang pencarum . Beliau ambil Medica2015 sejak 9 bulan lepas.
Jumlah caruman beliau bayar selama 9bulan dalam lingkungan hampir RM700 sahaja.
kenapa saya kata sahaja ?
Sebab beliau telah dimasukan ke hospital KPJ untuk rawatan batu karang. Jumlah bil beliau secara hampir RM14,000.00 .. Nah .. berapa banyak beliau telah jimat ?
jika tiada medical card , beliau kena pakai duit tabung sendiri sebanyak 14K … ataupun tak buat pun rawatan sebab tak ada duit @ shortage.
Sunday, September 25, 2016
Zurich Takaful
Zurich adalah sebuah kompeni yang memainkan peranan besar dalam industri insurans secara global . Jadi adalah menjadi satu kelebihan apabila kemahiran dan pengetahuan Zurich dibawa ke dalam Maa Takaful .
Maa Takaful dengan ini telah bertukar menjadi Zurich Takaful . Amatlah menjadi kebanggaan apabila Maa Takaful menjadi pilihan Zurich . Ini secara langsunga membuktikan bahawa selama ini Maa Takaful sangat bagus dalam industri takaful hinggakan kompeni tersohor dunia berminat memilikinya.
Maa Takaful dan Zurich
Sukacita dimaklumkan bahawa , Maa Takaful bertukar menjadi Zurich Takaful .
Tiada sebarang perubahan kepada polisi sedia ada
Friday, August 5, 2016
Biar Berhutang Untuk Takaful
Ya.. posting kali ini nak bagi pendapat peribadi …
Biar kita berhutang semata mata nak ambil takaful daripada berhutang di kemudian hari nak setel bil rawatan , nak setel biaya anak sekolah , nak bayar sewa rumah , installment rumah , kereta dan lain lain …sebab kita dah jatuh sakit dan tak bekerja ( hilang pendapatan) .
Berhutang sekarang jadi bil rawatan akan diselesaikan oleh kad . ( tak usik gaji , simpanan dan lain lain aset/cash)
Berhutang sekarang jadi apabila ditimpa musibah macam sakit kritikal dan tak bekerja kita masih mampu berdiri” sebab ada pampasan sakit kritikal .
Berhutang sekarang supaya pewaris kita dapat pampasan kematian untuk teruskan kehidupan mereka . Anak anak masih boleh bersekolah sebab adanya wang untuk mereka . Bukankah pendidikan itu penting demi masa depan mereka.
Berhutang sekarang supaya pewaris kita dapat pampasan kematian kita @ kita sendiri dapat pampasan akibat lumpuh kekal jadi tak perlu meraya dalam akhbar , facebook @ lebih sedih lagi merayu pada saudara mara terdekat dan jauh dan mendapatkan belas ehsan mereka.
Berhutang sekarang supaya anak bini kita masih ada tempat untk berteduh .
Dah dapat pampasan … bayarlah hutang hutang tu !!!!!! hutang + keuntungan bank ( interest) adalah jauh lebih rendah berbanding manfaat pampasan kita @ waris kita akan dapat nanti .
hutang RM10,000 untuk dapatkan takaful selama 10 tahun .. Dalam 10 tahun mendatang tak akan tak ada possibility untuk kita mati @ lumpuh @ sakit @ kemalangan ????????
Friday, July 22, 2016
Takaful Nyawa Lebih Penting berbanding Kad Kesihatan ?
Tajuk post kali ini panjang . Kalau saya tambah “Kajian perbandingan Takaful Nyawa Lebih Penting…..” nanti sudah jadi macam tajuk tesis pula. At least Kajian Ilmiah .
sebenarnya takaful adalah penting dalam kehidupan kita. Takaful nyawa memberikan kita kelegaan dari segi mental sebab sudah tahu ahli keluarga akan dapat pampasan atas kematian kita. Takaful kesihatan pula memberi kita ketenangan sewaktu hidup dikala sedang bergelut , berjuang melawan sakit dan penyakit di badan . Pada masa yang sama emosi kita boleh terkawal sebab tahu , ahli keluarga dan akaun bank sendiri tak terusik demi membantu kita pulih semula.
Takaful kemalangan diri memberikan kita ketenangan dari segi pampasan akibat kemalangan . Maklumlah hidup kita ini sentiasa sahaja terdedah dengan kemalangan . Ada antara kita setiap hari akan berada di jalanraya malah perkerjaannya sendiri sudah berada di atas jalanray . Habis kerja sampai rumah , atau hari cuti ..tetap terdedah dengan kemalangan . Pampasan tidak semestinya akibat kemalangan jalanraya sahaja , malah konsep kemalangan lebih luas.
Jika kita tiada masalah kewangan , saya sarankan ambil semua .
Jika ada masalah kewangan , saya utamakan kad kesihatan .
berduit maka tambah pula Takaful nyawa dan sertakan sekali takaful kemalangan .
PATINA : PA terbaik Maa Takaful
Patina boleh bagi pampasan sehingga berjuta ringgit. Emmm… kita kalau simpan duit untuk ditinggalkan pada waris sebanyak itu …sangat sukar .
Kalau tak pernah claim , maka renewal akan diberi diskaun 20% .
bagi yang ada bayar cukai , boleh mohon pengurangan cukai nanti.
Sunday, July 17, 2016
takafulink dan investmentlink
takafulink dan investmentlink .. perkara yang sama .
itu ajer posting kali ni . Bye.
Rider(s)
Dalam insurans dan takaful .. rider adalah manfaat tambahan .
Biasa rider ada dalam takafulink / investmentlink . bagaimana nak faham ..
Takaful nyawa + medical card. Takaful nyawa ( core ) dan medical card adalah rider’nya . Kita boleh ambil takaful nyawa ajer . Medical card tu nak ambil sekali atau tak nak ambil pun boleh.
contoh lain .
takaful nyawa ( core) + elaun hospital +elaun mc + medical card + critical illness + kemalangansemua yang saya bold dan italic adalah rider dalam pelan takaful nyawa.
tambahan …
ambillah takaful kemalangan diri .. ia juga penting. Bayar murah , pampasan tinggi .
jangan ingat accident jalanraya ajer boleh claim .. dipatuk ular kira kemalangan juga tu .
Saturday, July 16, 2016
lebih risiko mati sebab kemalangan berbanding…
ya.. kali ni nak beri pendapat peribadi bahawa kita ni sentiasa terdedah dengan kemalangan jalanraya. Setiap hari kita gunakan jalanraya dan setiap kali itulah diri kita terbuka , terdedah dengan pelbagai jenis kemalangan jalanraya . Walaupun kita hanya pejalan kaki , pengguna LRT , Komuter , bas awam dan sebagainya. Apatah lagi kalau kita menaiki kereta sendiri . Penunggang motosikal lebih lebih lagi terdedah . Golongan motor samada dilanggar atau melanggar atau terbabas tetap sakit tetap jatuh .
jadi fikirkan bahawa bila bila masa sahaja kita boleh mati , sakit sebab kemalangan jalanraya berbanding sebab sakit dan penyakit. Mati sebab sakit at least kita dah tahu kita sakit apa , tapi mati dan sakit sebab kemalangan siapa tahu ?
Maka saya menyeru agar kita pertimbangkan ambil pelan kemalangan diri . Harganya tidak semahal yang disangka. Perlindungannya juga tinggi. PATINA2016 antara PA ( personel xcden) yang Maa Takaful tawarkan . Pampasan RM1,000,000 .
Monday, July 11, 2016
kenapa boleh simpan emas…liat nak takaful
saya masih tertanya tanya kenapa orang kita masih boleh beli dan simpan emas baik secara fizikal mahupun secara maya . Point saya ialah kemampuan untuk berbelanja pada satu entiti / medium perlindungan diri daripada masalah wang fiat yang ada susut nilai , inflasi dan sebagainya.
bagaimana untuk diri sendiri yang sudah tentu ada lebih dari 2 masalah ( inflasi , susut nilai) dan masalah lain seperti susut berat badan , susut susuk tubuh , sakit badan , keracunan , kerosakan organ , kehilangan anggota badan dan masalah berantai daripada kemerosotan kesihatan macam hilang pekerjaan , hilang gaji , hilang kawan , hilang saudara , hilang harapan dan lain lain lagi .
Kenapa dahulu perlindungan aset
Kenapa tak dahulukan perlindungan kepada diri sendiri.?????
Jika accident .. bagus ada kad
Untuk musibah kemalangan jalanraya , jika ada kad bolehlah kita beralih dari hospital kerajaan ke hospital swasta . Bukan perbandingan dari segi khidmat tetapi nak cakap jika ada kad kesihatan terutamanya MEDICA2015 tentu ada keutamaan untuk kita dapatkan rawatan sambungan di swasta.
DISKAUN 20% medical card Maa Takaful
Post kali ini cuma nak cakap , MEDICA2015 jika tak digunakan maka tahun depan punya renewal diberi diskaun 20%
Tuesday, July 5, 2016
SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN
SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN BERSAMA SANAK SAUDARA SEMOGA IA MENJADI HARI YANG PENUH BERMAKNA UNTUK ANDA .
BAGI SEMUA PEMEGANG POLISI YANG BERSAMA SAYA , MAAF DAN SERIBU KEMAAFAN SAYA MOHON DARIPADA KALIAN DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN DIBERIKAN KEPADA SAYA. BERSAMA KITA MENJADIKAN KEHIDUPAN SEHARIAN KITA LEBIH BERMAKNA . SAYA MENDOAKAN SEMOGA KITA SEMUA DIBAWAH PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T BAIK DARI SEGI KESIHATAN , REZEKI DAN PERLINDUNGAN TERUTAMANYA PERJALANAN KITA ATAS KENDERAAN SEPANJANG MUSIM PERAYAAN INI.
AMIN , AMIN , AMIN.
Thursday, June 23, 2016
Saving dalam Takaful
Nilai saving dalam takaful secara asasnya daripada caruman tuan sendiri . Banyak yang tuan simpan , maka banyaklah yang terkumpul (setelah ditolak caj itu dan ini ) .
Nilai saving ini pada masa yang sama boleh datang daripada “return” akaun pelaburan . “untung sabut timbul , untung batu tenggelam”
Saving terkumpul ini adalah wang anda . Maka dengan itu bila bila masa sahaja anda boleh ambil / withdraw . ( T&C applied) .
Persiapan raya … boleh ..tapi nak beli insurans .. failed
saya kekadang bukan nak kata … tapi inilah hakikat bagi mereka yang sedar akan kepentingan takaful tapi masih belum bertindak atas alasan kewangan . Baik … saya memahami permasalahan di situ . Posting ini nak tujukan persoalan kepada golongan ini …yang mana mereka boleh pula berbelanja sakan untu perayaan ..especially raya aidilfitri . Beli itu ini untuk anak anak . untuk ibu bapa . untuk anak buah . untuk kekasih . untuk tunang dan tak kurang juga untuk bakal mak dan bapak mertua .
Ada pula wang … ?
Sunday, June 19, 2016
Dulu 46 sekarang 36
Maa Takaful sebelum ini lindungi untuk penyakit kritikal sebanyak 46 jenis . Sekarang , agaknya untuk persaingan sihat dengan lain lain operator ( PENDAPAT SAYA) maka kena tawarkan 36 sahaja.
36 penyakit kritikal ini sebenarnya nak tunjukkan dalam takafulink diberikan perlindungan seterusnya pampasan andai kena salah satu daripada sakit ini . Semoga kita dijauhi dengan penyakit ini .
Untuk kad perubatan ( MEDICA) tiada masalah . samada 46 atau 36 sama sahaja . MEDICA tetap lindungi kita dari segi bayaran bil rawatan .
dalam tulisan saya kadangkala saya gunakan c.i ( critical illness)
Wednesday, May 4, 2016
Apabila perkara buruk berlaku…soalan orang ramai ..
Situasi ini sering kita dapat lihat…
situasi apa ?
Situasi di mana berlaku satu perkara yang malang @ mendukacitakan … maka pasti ada dari kalangan orang ramai akan bertanya … Dia / mangsa / arwah ada ambil insurans tak ?
Nah .. di situ kita dapat lihat bahawa ramai yang tahu kepentingan takaful / insurans tetapi masih liat nak ambil satu untuk diri sendiri . Yang bertanya soalan di atas itu pun masih ada yang Tiada takaful.
percaya lah.
Posting pasal medical card ajer
Ya.. jika anda seorang yang rajin dan telah membaca posting saya pasti akan perasan saya banyak tekankan medical card . Tuan tuan tentu sedia maklum bahawa ada banyak lagi produk takaful dan insurans macam takaful nyawa , takaful kemalangan diri , pendidikan dan lain lain lagi .
Kenapa saya banyak pasal medical card.
Pasal saya sedar ianya satu perkara yang penting. Sebab itu saya tidak jemu jemu berkempen , sharing dan mengajak tuan sekalian agar memahami kepentingan medical card .
posting ini ada kaitan dengan posting yang lepas : Takaful mana nak ambil dulu
Kulim dan Taiping
Saya dah luaskan kuasa … sebenarnya kawasan .
saya kini mudah dan lebih dekat untuk anda.
Agen Maa Takaful Kulim , Kedah
jadi orang kulim dan kawasan sekitar jangan segan silu nak berwhatsapp dengan saya atau telefon atau jika kelapangan boleh kita berjumpa. Jumpa tak semestinya kena sign borang terus .. yang penting anda fahami dulu .
Perbandingan medical card di Pasaran
saya tak buat perbandingan secara terbuka.
Saya boleh bantu anda dalam memahami takaful daripada Maa Takaful .
Pada pendapat saya , yang paling hampir memenuhi hasrat anda , itulah takaful terbaik untuk anda.
sebelum itu pastikan anda faham dengan jelas setiap produk yang jadi perbandingan tersebut.
Bersangka Baik dengan Agen Takaful , Insurans
setiap kali anda ditegur oleh agen insurans ,pasti rasa tak tenteram . Betul tak ? Saya dulu pun macam itu rasanya. Tambahan pula masih muda. Namun saya gembira saya ditegur juga oleh agen insurans dan hasilnya saya ada perlindungan insurans. ( Takaful itu insuran juga) .
Agen mendekati anda kerana tahu kepentingan bertakaful . Jadi ilmu yang ada ini nak dikongsi dengan orang ramai . Saya tak jumpa anda tapi saya kongsi di blog ini . Anggap saja , ada hikmah bilamana anda didekati agen. Tak berminat tolak secara baik . Agen boleh handle rejection . Pada masa yang sama para agen rasa kecewa dalam hati tak dapat nak bantu masyarakat.
Kehadiran agen adalah satu petanda , amaran , nasihat , teguran , peringatan untuk kita agar mempertimbangkan semula status kewangan diri sendiri di masa hadapan. Kita sanggup berbelanja untuk urusan kereta , rumah , hiburan berbanding takaful .
Jauh beza keperluaan antara astro dan takaful .. umpama makan tengahari .
Takaful adalah nasi … dan astro adalah seekor ikan bilis
Wednesday, April 27, 2016
Tak upaya tinggalkan waris dengan harta pusaka
jika tak upaya , ada cara lain .. tinggalkan harta dari segi jaminan kewangan . Berikan mereka pampasan akibat kematian anda .
- Berapa lama anda perlu bekerja untuk kumpulkan RM100,000 tunai lalu diberikan pada waris ?
- Berapa lama anda perlu bekerja untuk kumpulkan RM200,000 tunai lalu diberikan pada waris ?
- Berapa lama anda perlu bekerja untuk kumpulkan RM300,000 tunai lalu diberikan pada waris ?
mencarumlah takaful , dapatkan perlindungan sehingga RM1 Juta . Biarpun baru minggu lepas mula mencarum hari ini meninggal , maka nilai pampasan anda mohon itu akan menjadi hak milik waris.
*Masa depan demi anak anak : simpanan Univerisiti
Kita dicanangkan di media massa supaya menabung di SSPN untuk masa depan anak anak semasa di Univerisiti nanti agar mudah dapat wang / loan belajar . Itu duit kita di masa depan …secara terkumpul untuk anak anak masuk Universiti.
Nampaknya besar harapan kita untuk anak anak masuk universiti . Tahukah anda bahawa anak anak kita masa depannya belum terjamin dengan SSPN..maksud saya .. tak tentu lagi anak kita masuk universiti pun .
Jadi sebelum kita dahulukan SSPN.. baik kita dahulukan takaful untuk anak anak . Sebab SAKIT dan MATI adalah pasti untuk anak anak kita.
Fikir fikirkan lah .
Saya mengomel ini sebab saya kesal , saya masih gagal membantu tuan sekalian memahami dan bertakaful .
1gram emas sebulan
Kita sahut cabaran … kita sahut kempen menyimpan emas 1gram sebulan sebab lebih murah katanya berbanding beli dinar , jongkong dan bahan kemas.
Kita suka 1g emas sebulan harganya akan naik ..
Kita tak pula sanggup ambil wang untuk beli 1g emas untuk takaful . Berapakah kerugian anda tanggung dengan bertakaful ??????
Pentingkah Astro berbanding Takaful
ada kalangan kita setiap bulan begitu berdislin mengaturkan perbelanjaan untuk sebulan malah setahun terus. Kita berusaha bayar bil utiliti tetapi pada masa yang sama kita masih gagal untuk berdisiplin untuk bahagian takaful. Kita kata kalau nak tengok astro kena bayar dulu . Jadi kita pun bayar .. kita boleh bayar untuk satu benda yang boleh kita kongsi tengok bersama sama di tempat lain . macam di rumah orang lain , di kedai makan , di pejabat malah di mana mana sahaja.
Namun kita sering saja lupa bahawa sakit , cedera , bil rawatan tak dapat dikongsi bersama . Kita sendiri yang kena cari duit untuk langsaikannya. Kita sanggup untuk berhibur tapi perjudikan masa depan untuk rawatan lebih baik demi untuk tubuh badan sendiri.
fikir fikirkan lah.
saya mengomel sebab saya kesal saya masih gagal menyakinkan anda dan orang ramai bertakaful
Friday, April 1, 2016
MY Account untuk Pelanggan Menyemak info polisi
ya.. kalau dah jadi pelanggan / pemegang polis Maa Takaful maka anda layak untuk dapat My Account.
macam macam boleh disemak dan dibuat di situ. semuanya berguna buat anda sebagai pemegang polisi.
buka link di MY ACCOUNT MAA TAKAFUL untuk POLICY HOLDER
- semak dan cetak penyata untuk urusan dengan LHDN urusan income tax
- Kalau ambil takafulink boleh semak penyata pelaburan. macam macam boleh tengok dalam penyata ini.
- FPX PAYMENT.. iaitu cara untuk bayar dan update cepat berbanding bayar cara online banking bank sendiri. Yang ini online juga tapi melalui MAA TAKAFUL dan bawa ke online banking.
- Macam macam lagi lah
Thursday, March 31, 2016
Tak Letih ke kena reject
ahhahahahah.. kena reject tak ada masalah bagi saya dalam bidang ini .
Setiap kali kena reject itulah ada pendorong untuk saya terus bekerja dalam bidang ini .
Kenapa pula ? …. sebab saya tahu .. saya mesti berusaha lebih baik agar dapat membantu orang ramai di luar sana agar memiliki takaful . Saya sedih tak dapat menolong mereka ( yang reject ) .
ehh… tak payah ambil takaful .. rugi jer !
ehh… tak payah ambil takaful .. rugi jer !
kalau anda ditujukan statement begitu oleh kenalan , terutamanya oleh suami @ isteri , kawan @ lawan , keluarga @ ibu bapa @ anak anak ..
Maka .. jangalah anda bersusah payah nak jawab soalan mereka sebaliknya anda bertanyalah kembali soalan berikut kepada mereka.
“ kalau aku tak ada takaful , aku jatuh sakit perlukan duit dan sebagainya untuk rawatan…sejauh mana sekuat mana awak akan tolong aku ?”
“Kalau aku tak ambil takaful ini , dan aku meninggal dunia , bagaimana ahli keluarga aku , cukupkah makan mereka , pakaian mereka , pelajaran anak anak tidak terabai …. bolehkah awak bantu mereka selepas ketiadaan aku …sejauh mana awak akan bantu mereka?”
pengajarannya .. perkara baik kalau nak dibuat memang itu ini halangannya . Kalau nak buat perkara sia-sia memang mudah jer .
Kita susah payah hari ini demi masa depan sendiri .
Takaful Mana Satu nak ambil dulu..priority
Pada pendapat saya , dari segi keutamaan jika bajet menjadi faktor pertimbangan anda.
- Medical card ( MAA Takaful punya adalah STAND ALONE)
- Personal Accident ( Berbaloi sebab pampasan tinggi tapi caruman rendah )
- Takaful nyawa ( nak letak berapa RM sum insured, anda boleh tentukan)
angka 1 menunjukkan paling utama .
Kejatuhan ringgit tidak jejaskan Anda ?
Ya betul tu .. masih ramai antara kita ( malaysian) masih dapat bertahan dengan kejatuhan ringgit. Buktinya , rata rata antara kita masih mampu menerukan corak kehidupan harian seperti tiada apa apa berlaku pada ringgit. Bunyi di mulut ajer tapi belanja duit macam biasa. Maksud saya , tetap makan di gerai , tetap boleh isi minyak kereta sendiri , tak perlu car pool sebab mampu beli minyak dan kereta sendiri .
TAPI .kalau TERJATUH dan cedera .. nak cepat sembuh tentulah private hospital sebagai pilihan UTAMA .
yang ini anda boleh kata ringgit anda jatuh . !!! Bayar bil dengan wang gaji , wang simpanan .
Maa Takaful dah offer medical card stand alone supaya murah .. Ambil Lerrrrr
Kenapa perlu bayar lebih sedangkan boleh berjimat
Ya.. kenapa perlu bayar lebih sedangkan boleh berjimat di Maa Takaful untuk dapatkan medical card. Kerana Maa Takaful boleh menawarkan takaful medical card sahaja. Tak perlu nak ambil takaful nyawa lepas tu masukkan kad sebagai rider.
takaful nyawa + rider kad kesihatan lebih tinggi carumannya berbanding ambil kad ajer.
Tuesday, March 15, 2016
Caruman RM100 Sebulan Terasa Berat : MEDICA2015
seringkali saya menerima soalan berbaur “ penjimatan / low bajet” . Ramai yang bertanya boleh tak kurangkan RM100 sebulan malah ada yang tanya RM50 sebulan untuk medical card. Saya menjawab dengan fakta , iaitu mengikut jadual bayaran mengikut usia . Medical card Maa Takaful ( MEDICA2015) adalah stand alone product. Walaupun stand alone yang caruman konpom lebih rendah daripada takafulink/investmenlink , masih ada yang kurang mampu.
Ya, bagi saya mampu atau tidak adalah subjektif. Pada sesetengah orang , RM50 sangat besar untuk dibelanjakan . Ada orang yang lain , mampu bayar RM300 sebulan untuk top Up kredit internet mobile phone tetapi belum tentu mampu nak komited dengan takaful yang serendah RM100 sebulan hatta RM60 sebulan takaful untuk anak anak sendiri. Jadi di sini saya bukanlah bawa isu orang kita tak berpendapatan tetapi lain … isu sebenar di bawah ini .
Ramai di luar sana teringin dan memang pun kalau boleh nak masuk private hospital atas sebab servis yang diberikan oleh hospital , jangkamasa menunggu untuk rawatan , privacy issue dan lain lain lagi . Namun masih ramai yang masih berlengah lengah bilamana sudah berhajat nak dapatkan medical card. Segelintir yang lain merungut caruman ditawarkan kompeni-kompeni takaful negara ini tinggi . Inilah saya cuba nak sampaikan .. Maa Takaful sedia tawarkan stand alone ( murah berbanding takafulink) pun masih ada yang berkira kira nak ambil . Bagaimana jika tanpa kad ,kita tuju ke private hospital . Dan bil rawatan tadi kita bayar dengan wang simpanan , wang pinjaman , wang tabung , wang kecemasan , wang sumbangan orang ramai , duit sedekah .. lambat laun akan habis juga. Silap silap , rawatan belum habis , duit tu semua dah habis . Kalau caruman bulanan masih tak mampu nak berkorban , sanggup pula nak korban wang simpanan ?
menyimpan sampai RM12k , 15K bertahun tahun , tapi masuk wad . 2 malam ajer dah habiskan wang simpanan . Tak ke ralat bila berlaku demikian . Pilihan sudah ada , dapatkan takaful medical card . Tak habis 12K tu …tak ganggu pun.
kalau RM100 sebulan dah terbeban , apatah lagi kalau kena bil beribu !!
Thursday, March 3, 2016
MEDICA2015 Terus Laris
laris sebab produk itu sendiri . Bukan sebab agen .
Produk yang bagus tak perlu nak kena explain oleh agen sesangat. Buka broucher dan sedikit penerangan daripada konsultan para pelanggan boleh berpuas hati. Buktinya..memang dah ramai join.
Nak medical card ajer , so carilah MAA TAKAFUL . Dapatkan MEDICA2015 ini . Para pelanggan hanya perlu beri komitmen untuk kad ajer. Maka dengan itu ,kadar caruman pun rendah .
cuba tengok jadual di bawah ini . Jika kata nak berjimat.. memang inilah peluangnya. Pilihlah MEDICA2015 ini . JIMAT BUKAN !
ambil plan 150- baru RM44 sebulan ! khas untuk anak anak kita.
jadual di atas adalah untuk stand alone. Tiada unsur saving atau takaful nyawa( life) .
Tuesday, January 12, 2016
Dialisis dan Kanser .. bil rawatan seperti di Caj . Bukan limited seumur hidup
saya tekankan , nak pilih kad di pasaran , carilah , ambilah yang tak ada limit khas untuk rawatan kita. Contoh kes dialisis dan kanser . Kalaulah kad kita limit sampai RM3 juta sekalipun , tapi untuk rawatan dialisis , kanser limited pula . agaklah merugikan sikit lah . Sebab , kos rawatan bagi dua sakit ini ... tuan tuan tentu sedia maklum. Lagipun , rawatan penyakit ini ada susulan demi susulan .
kalaulah limit kepada RM300,000 ajer seumur hidup .. agak mengecewakan . Takut-takut habis kuota nanti , sakit masih belum sembuh . Ikutkan rate rawatan sekarang masih ok dengan RM300,000 .. tapi kita kena juga fikir di masa hadapan , makin hari , saban tahun kos rawatan meningkat. cukupkah RM300,000 nanti utk sakit 2 benda ni ??
Di Maa Takaful . kos rawatan bagi dialisis dan kanser adalah "SEPERTI DICAJ " . Pun begitu , terus terang saya cakap , tak ada limit khas tapi nak guna kad , boleh ajer sampai berapa ribu pun tapi jangan lebih dari had tahunan sudahlah .
Sunday, January 3, 2016
CONTOH untuk MEDICA2015 Khas Wanita Usia 20an
stand Alone. Tujuan stand alone supaya pelanggan yang hanya memerlukan medical card mampu join takaful juga kerana kadarnya lebih rendah berbanding takafulink/investmentlink. Buat masa ini hanya stand alone yang termurah di pasaran.
|
Manfaat / Plan
|
PLAN 150
|
PLAN
250
|
PLAN 300
|
PLAN 350
|
PLAN 500
|
PLAN 1000
|
|
|
Overall Annual Limit
|
50,000
|
100,000
|
200,000
|
300,000
|
400,000
|
500,000
|
|
|
Bilik
Hospital & Penginapan
|
150
|
250
|
300
|
350
|
500
|
1000
|
|
|
Elaun
hospital kerajaan
|
50
|
75
|
100
|
150
|
200
|
250
|
|
|
Khairat
Kematian
|
5,000
|
5,000
|
5,000
|
5,000
|
5,000
|
5,000
|
|
|
22 – 29
|
setahun
|
768.50
|
1002.76
|
1281.54
|
1753.24
|
2280.06
|
3057.04
|
|
sebulan
|
69.17
|
90.25
|
115.34
|
157.79
|
205.21
|
275.13
|
|
Thursday, November 5, 2015
Takaful nyawa perlu ada medical card dan saving sekali?
Kalau tuan tuan pernah dapat quotation takaful nyawa samada daripada agen Maa Takaful atau kompeni lain pernahkah terfikir kenapa ada pampasan kematian , ada simpanan (pelaburan ) dan ada medical card …sesetengah tak ada medical card sekali pula .
Takaful nyawa di negara kita biasanya datang bersama unsur saving. Kenapa ya .. sebab tuan tuan buat caruman secara berkala pada amaun tertentu . amaun tuan-tuan buat tu ada lebihan . Biarpun RM10 ajer lebihan setelah ditolak caj berkaitan , maka ia dimasukkan ke akaun pelaburan peserta. Inilah saving @ pelaburan .
Medical card pula dalam takaful nyawa jika ditawarkan bersama , ia adalah “rider” . Pada hemat saya , rider ini cuma option . Tuan-tuan berhak menolak rider ini . Di Maa takaful memang ada option nak letak atau tak nak . Yang bagusnya medical card Maa Takaful boleh ambil lain kali , sebab boleh stand alone.
Cadangan daripada pembaca
kekurangan idea bertulis .. bukan .. sebenarnya ada banyak benda boleh ditulis tetapi ada masa terhad untuk menaip . Jika berkesempatan , selalu sahaja saya akan menulis . Pun begitu tak boleh banyak sangat nanti anda pembaca nak cari info kena luang banyak masa di blog saya ini .
Kali ini saya mohon jasa baik pembaca agar memberikan maklumbalas , cadangan atau komen secara terbuka mahupun tertutup kepada saya . Jadi dapatlah saya tingkatkan mutu posting , mutu servis dan lain lain perkara . Tulisan daripada tuan-tuan sekalian sangat saya hargai.
Bolehkah Bukan Islam Ambil Takaful
Ya.. boleh malah digalakkan lagi . Tiada halangan . Tiada caj extra dikenakan sebaliknya kadar untuk beliau adalah sama . Maa tak ada diskriminasi sebegitu . Harap maklum .
Oleh itu , wahai orang ramai pilihlah Maa Takaful sebagai pilihan untuk takaful nyawa , medical card, personal accident atau nak buat saving . Nak gantikan MRTA pun boleh tau !
